Telegram Web Link
Seronok beraya, jangan sampai terleka.

Asingkan anak dengan segera sekiranya anak demam, hilang selera makan dan ada ruam pada tangan dan kaki.

Terus waspada, Cegah HFMD.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sulfur Dioksida boleh meningkatkan risiko kesihatan pesakit dan pernafasan kronik seperti asma dan bronkitis.

Pakai pelitup muka dan hadkan pergerakan keluar rumah.

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Pelantikan Ketua Pengarah Kesihatan
🦟Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April 2023 untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit malaria. Malaria merupakan penyakit yang disebabkan oleh parasit plasmodium yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Anopheles.

📌Tema sambutan malaria pada tahun ini adalah 'Kekalkan Sifar Malaria : Pendanaan, Inovasi, Implementasi'. Tema ini adalah untuk memastikan semua perancangan dan strategi dalam mencegah dan mengawal malaria dalam kalangan golongan berisiko tinggi dari dijangkiti malaria dilakukan dengan berkesan.
🤮🤮Keracunan makanan juga boleh terjadi semasa musim lebaran. Terdapat 3 sumber utama pencemaran makanan yang terdiri daripada pencemaran mikrobiologi, pencemaran kimia dan pencemaran fizikal.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati terhadap tanda-tanda keracunan makanan sekiranya mereka telah menjamah makanan yang tercemar dengan sumber pencemaran tersebut.

🩺Anda disarankan untuk segera berjumpa doktor jika menunjukkan gejala-gejala keracunan makanan.👨🏻‍⚕️👨🏻‍⚕️
Kenyataan Media
Kementerian Kesihatan Malaysia
26 April 2023

ISU PRODUK MI SEGERA MENGANDUNGI ETHYLENE OXIDE
🍜🍲Semasa perayaan Aidilfitri, terdapat pelbagai jenis makanan dihidangkan kepada para tetamu yang hadir ke rumah terbuka.
Keselamatan makanan sangat penting ketika menjelang Aidilfitri untuk mengelakkan keracunan makanan.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti tip keselamatan makanan yang dikongsikan agar makanan yang disediakan bersih dan selamat.🍲🍜
Tip Musim Panas.

Lindungi diri daripada cuaca panas terik dengan menggunakan payung atau pakai topi semasa berada di luar.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Raya ni mesti banyak rumah terbuka kan…dalam sibuk sediakan juadah tu jangan lupa buang bekas-bekas yang berpotensi menjadi pembiakan Aedes ke dalam tong sampah.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Bahaya Gelombang Haba dan Kesan Kepada Kesihatan

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Thahirahtul Asma' binti Zakaria, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Segera dapatkan rawatan sekiranya anda selesema, batuk, asma, sakit mata atau mendapat jangkitan paru-paru yang kronik.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Raya, raya juga........... tapi keselamatan makanan jangan lupa ❗️

Pastikan untuk sentiasa amalkan kebersihan diri & cuci tangan sebelum mengendalikan makanan

💡Penggunaan sabun & air adalah medium terbaik untuk menyingkirkan kotoran & membunuh bakteria pada tangan yang kotor & berminyak.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
PERCAYAKAN DERIA ANDA

Pastikan untuk sentiasa amalkan LIHAT, HIDU, & RASA sebelum makan

Terapkan budaya keselamatan makanan dalam kehidupan seharian kita & keluarga.

' Betulkan yang biasa, biasakan yang betul '

Anda mampu mengubahnya 😊

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK DALAM PEMBELIAN UBAT

Pengguna digalakkan membandingkan harga sebelum pembelian ubat-ubatan untuk membuat pilihan bagi mendapatkan harga yang berpatutan.

Harga Panduan Pengguna (https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/drug-price) merupakan senarai harga ubat-ubatan yang boleh dijadikan rujukan orang awam dalam membuat pilihan untuk pembelian ubat di fasiliti kesihatan swasta.
Kenyataan Media
26 April 2023

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 16 (16 APR - 22 APR 2023)
2024/10/04 21:20:16
Back to Top
HTML Embed Code: