Telegram Web Link
☀️☀️Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan 9 kawasan di Malaysia akan mengalami cuaca panas sehingga 37 darjah Celsius iaitu pada tahap berjaga-jaga.

Cuaca panas boleh memudaratkan kesihatan.

📌Kesan kesihatan akibat cuaca panas boleh berlaku dari tahap ringan (mild) sehingga teruk seperti strok haba yang boleh menyebabkan kematian.

Oleh itu, orang ramai perlu mengambil tindakan segera untuk mengurangkan implikasi kesihatan akibat cuaca panas.

📌 Anda juga perlu mendapatkan nasihat perubatan sekiranya gejala berterusan dan semakin teruk.
👩‍⚕️🏥
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ketika ini, negara kita sedang dilanda cuaca panas yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di beberapa kawasan.

Sumber: FB Dr Zaliha Mustafa
Tip Musim Panas.

Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi memastikan anda kekal terhidrat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
☀️ Pendedahan kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA.

💧 Kekal hidrat. Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.

Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk.

🚨 Awasi juga tanda dan gejala kelesuan dan strok haba. Sila dapatkan rawatan.

Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut❗️
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ibu bapa disarankan untuk membawa anak-anak bagi mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 kerana ia dapat membantu anak-anak ini daripada mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Berikut adalah golongan yang berisiko tinggi apabila cuaca panas.

Segera dapatkan rawatan sekiranya rasa tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
28 April 2023

NASIHAT PENJAGAAN KESIHATAN SEMASA CUACA PANAS DI MUSIM PERAYAAN
Tip Musim Panas.

Kekal berada di dalam rumah / premis.
Pasang kipas atau penyaman udara bagi menyejukkan udara di dalam rumah.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sekarang ni musim panas ☀️, dah bersedia nak keluar beraya?

➡️ Gunakan ☂️ payung atau 🧢 topi
➡️ Pakai pakaian yang longgar 👕 dan berwana cerah
➡️ Elak berada di bawah panas terik
➡️ Pakai cermin mata gelap 🕶️ anti-UV
➡️ Sentiasa minum air kosong secukupnya 🥤

Segera dapatkan rawatan 🩺 jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pihak KKM sentiasa bekerjasama dengan KPM dari segi pemantauan kesihatan pesakit. KPM akan mengeluarkan peringatan dan langkah-langkah yang perlu diambil kepada semua anggota di institusi pendidikan, ibu bapa dan juga pelajar.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ibu bapa perlu memantau tahap kesihatan anak-anak. Sekiranya mereka tidak sihat, jangan benarkan mereka ke sekolah.
Pihak sekolah digalakkan untuk membuat saringan bergejala (gate keeping) sebelum seseorang individu masuk ke kawasan sekolah.

#ANMS #KekalSihat #COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
🍶 Ketika menyambut lebaran, kehadiran tetamu di rumah terbuka biasanya disajikan dengan pelbagai jenis aneka minuman panas dan sejuk.

Minuman manis biasanya dihidangkan untuk para tetamu yang bertandang ke rumah terbuka. Namun, para tetamu disarankan supaya meningkatkan pengambilan air kosong kerana dapat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Amaran WHO Mengenai Sirap Ubat Batuk Tercemar Buatan QP Pharmachem Ltd (Punjab,india): Guaifenesin Syrup Tg Syrup
Musim Panas Mempengaruhi Mental dan Emosi

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 8.00 pagi di TV1 bersama Dr. Nursyahirah Mohd Rosdi, Pegawai Perubatan dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
AUSSH ..!

Sitkom Promosi Kesihatan Pertama di Malaysia. Sitkom ANMS akan menemui anda di siaran TV1, RTM mulai 8 Mei 2023, selama 2 minggu, Isnin hingga Khamis, jam 10.30 malam.

Saksikan gelagat lucu para pelakon Sitkom ANMS antaranya Liza Abdullah, Acong Sweetchild, Nadia Mustafar, Roy Azman dan ramai lagi! Hibur, hibur juga, mesej kesihatan tak dilupa!  Jom tunggu depan TV dan saksikan pelakon hebat anda menyampaikan mesej kesihatan dengan lawak santai!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/04 23:16:38
Back to Top
HTML Embed Code: