Telegram Web Link
👨‍👨‍👧‍👧Sepanjang musim perayaan dan percutian ini, pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang ketika pemanduan. Patuhi had laju dan tidak tergesa-gesa supaya emosi anda tidak mudah terganggu dengan sekeliling yang mungkin boleh menyebabkan anda hilang sabar.

🚗Pastikan anda rancang perjalanan sebelum memulakan pemanduan dan berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat jika perlu .Semoga anda semua selamat tiba ke kampung halaman masing-masing.

🌙Selamat Hari Raya Aidilfitri

#SihatSejahteraSyawal
#MalaysiaMADANI
Sudah bersedia untuk menyambut Syawal pada hari esok?

Tip ikhlas daripada admin:


1. Bertenang dan tidak gopoh ketika membawa kenderaan, khasnya dalam keadaan suasana yang sesak.
2. Dapatkan tidur yang cukup sebelum memulakan perjalanan
3. Dengarkan lagu hari raya kegemaran anda, bagi menimbulkan mod dan suasana seronok dalam kenderaan.
4. Kekal berhubung dengan ahli keluarga ketika dalam perjalanan menuju destinasi

Salam Syawal
Cuti kuarantin bukan tiket untuk beraya ke sana sini.

Sekiranya anak anda dijangkiti HFMD, kekal berada di rumah.

Terus waspada, Cegah HFMD.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Shopping raya ke tu?

Meh BKKM nak #Pesan :
Semasa membeli belah tu, gunakan plastik/beg berasingan tau

Sumber: BKKM
AWAS
Bahan mentah yang tidak segar mengandungi jumlah bakteria yang banyak dan boleh menyebabkan keracunan makanan

Sumber: BKKM
Musim raya memang seronok namun bila jerebu, jangan lupa

✔️ Kurangkan aktiviti luar
✔️ Sentiasa minum air kosong secukupnya
✔️ Kerap cuci tangan dan muka
✔️ Pakai pelitup muka jika perlu keluar

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sebelum balik kampung lakukan perkara ini dahulu
Jangan biar Aedes membiak dalam rumah kita
Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Hulurkan tangan penuh kemaafan, pastikan tangan tiada kekotoran, virus atau kuman.

Amalkan 7 langkah cuci tangan dengan betul.

Terus waspada, Cegah HFMD.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Nak sejuk beraya pada musim panas?
Ikut tip ni

✔️ Gandakan pengambilan air kosong
✔️ Elak minuman berkafein dan air panas
✔️ Kerap cuci tangan dan muka
✔️ Pakai pelitup muka jika perlu keluar

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
💦Ketika menyambut lebaran, kehadiran tetamu  di rumah terbuka biasanya disajikan dengan pelbagai jenis  aneka minuman panas dan sejuk.Minuman manis biasanya dihidangkan untuk para tetamu yang bertandang ke rumah terbuka. 

🥤Namun, para tetamu disarankan supaya meningkatkan  pengambilan air  kosong kerana dapat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.
Jemputlah beraya ke rumah bersama anak-anak.

Pastikan anak anda tidak demam, ulser pada tekak, mulut dan lidah serta ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki.

Terus waspada, Cegah HFMD.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sekarang ni musim panas, dah bersedia nak keluar beraya?

➡️ Gunakan payung atau topi
➡️ Pakai pakaian yang longgar dan berwana cerah
➡️ Elak berada di bawah panas terik
➡️ Pakai cermin mata gelap anti-UV
➡️ Sentiasa minum air kosong secukupnya

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kerap cuci permainan dan peralatan anak anda dengan sabun dan air.

Larang anak anda daripada memasukkan mainan atau objek ke dalam mulut.

Terus waspada, Cegah HFMD.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Musim Panas!

Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Nitrogen Dioksida boleh meningkatkan kerentanan jangkitan salur pernafasan dan penyempitan saluran pernafasan bagi pesakit bronkitis.

Pakai pelitup muka dan hadkan pergerakan keluar rumah.

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
⚠️ AWAS
"LUBUK KUMAN" YANG SELALU KITA TERLEPAS PANDANG

JANGAN KONGSI papan pemotong

ASINGKAN papan pemotong bahan mentah & makanan yang telah dimasak

Ingat, betulkan yang biasa, biasakan yang betul ‼️

Sumber: BKKM
Kenyataan Media Menteri Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia
2024/10/04 19:31:33
Back to Top
HTML Embed Code: