Telegram Web Link
Salah satu perkara yg best tahun 2021 ialah, saya peroleh quran tagging pertama. Setiap helaian ada nota tagging. Setiap juzuk ada tagging. Setiap surah ada tagging. ❤️

Saya dan kawan saya pun ada buka #projekwakafquran Alquran tagging tau utk sesiapa nak wakaf setiap bulan! Kenapa setiap bulan? Sebab jika amal yg dilakukan berterusan barulah namanya amalan.

Ada RM10 dlm poket, boleh daftar slot Alquran tagging utk satu nama ;)

Insya Allah, Alquran tagging ini kami akan bagi kepada mereka yg memerlukan.
Niat tu ada nak Alquran tagging tapi tak beli sebab dah ada Alquran lama. Suatu hari ada senior bagi. ❤️

Niat akan menjemput perkara yg kita inginkan. Niat lah yg baik-baik.
#projekwakafquran 1 slot 1 nama RM10

Boleh pm saya @cikstokinputih
Bagaimana hari kedua kalian dalam 2022?

Tidur seharian ?

Tak mengapa , rehatlah kerana anda memang memerlukannya.

Nikmati hari ini . Esok kerja keras lagi.

All is well
semuanya baik-baik belaka
Hari jumaat pertama di tahun 2022.

Banyakkan berselawat & berdoa, agar tahun ini jadi antara tahun yg indah-indah. Tak tahu nak doa apa?

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

1. Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku.
2. Ya Allah, terimalah amal ibadahku khususnya ketika Ramadhan2 yg lalu
3. Matikan aku dalam keadaan Husnul Khotimah
4. Sampaikan aku kepada Ramadhan akan datang
5. Juga ampaikan aku walaupun sekali seumur hidup ke Mekah & Madinah

Bijahinnabiy ameen.
Pada suatu ketika, kita khuatir. Mula memikirkan bagaimana jika ini tidak jadi, bagaimana nanti keadaan bertambah buruk, bagaimana pula jika tiada rezeki.

Berhenti memikirkan sesuatu di luar jangkauan seorang hamba. Kita hamba, punya kudrat utk berusaha. Dan selepas itu serahkan sepenuhnya kepada Dia.

Lari ikut mana pun tetap begitu. Usaha dan tawakal.

Yakin, Allah lebih Mengetahui apa yg terbaik buat kita. Bahkan rezeki buat kita telah ditetapkan sekian lama.

Surah alhujurat, ayat 22,
"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu, dan apa yg dijanjikan kepadamu."

Ayat yg indah, pengubat hati yg keresahan. ❤️
Forwarded from cikstokinputih (nur hidayah 🦢)
#projekwakafquran
Assalamualaikum semua, slot wakaf pada bulan ini dah dibuka utk kutipan.

Bagi sesiapa yg berhajat utk menyumbangkan sebahagian duit dgn niat atas diri sendiri, mak ayah atau ahli keluarga ; sama ada yg hidup mahupun telah meninggal dunia... Boleh hubungi saya @cikstokinputih

Berapa 1 slot wakaf Quran tagging?
1 slot, 1 nama, RM10 🤍

Kecil nilainya, tapi besar maknanya. 🌻☺️🌷
Ambil berkat hari Jumaat, semoga beroleh keberkatan & keampunan dari-Nya. ❤️
SELAWAT TAFRIJIYAH

🌸Selawat “Tafrijiyah” yang juga disebut Selawat Nariyah ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.

🌸Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
"Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.

(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu."
Assalamualaikum! Rindu nak buat kuiz fardhu ain ☺️ Jadi lepas maghrib ni boleh la kita try cuba test jawab sama-sama.

#kuizfardhuain
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Tajuk malam ni ialah..
Bab: Fiqh - solat
Setelah Ali mengambil wuduk, dia terus membentangkan sejadah di ruangan solat surau pejabat. Ada sticker penunjuk arah kiblat tertampal di siling.
Anonymous Quiz
41%
Ali boleh sahaja terus solat tanpa double comfirm benarkah kedudukan kiblatnya.
59%
Ali wajib buat ijtihad di mana arah kiblat sebelum mula solat.
Selepas selesai solat zohor di hujung waktu. Ali angkat takbir utk solat asar pula tanpa memastikan telah masuk waktu solat asar atau belum. Solatnya...
Anonymous Quiz
9%
Sah
91%
Tidak sah
Ali sedang solat. Dia meyakini bahawa bacaan tahiyat akhir itu sunat semata-mata, bukannya wajib. Solatnya...
Anonymous Quiz
19%
Sah
81%
Tidak sah
Abu pula yakin doa iftitah selepas takbiratul ihram ialah sunat. Dia yg dalam keadaan terburu-buru terus membaca alfatihah setelah mengangkat takbir. Solatnya...
Anonymous Quiz
85%
Sah
15%
Tidak sah
Berikut ialah rukun solat (wajib buat, jika tinggal solat tidak sah) kecuali...
Anonymous Quiz
7%
Membaca alfatihah
7%
Rukuk
73%
Membaca salam kedua
13%
Selawat ke atas nabi ketika tahiyat akhir
Abu solat maghrib di ruang tamu. Disebabkan dia solat terlalu pantas dan khuatir orang akan berkata buruk jika dia selesai solat awal, maka Abu sengaja menambah rakaat keempat solat maghrib.
Anonymous Quiz
5%
Solatnya sah
95%
Solatnya batal
2025/01/07 21:05:41
Back to Top
HTML Embed Code: