Telegram Web Link
Sampai bila nak kena sembahyang? sampai kita mati.

Rasa macam lama lagi.

Tapi kalau kita mati sekejap lagi.. Inilah solat terakhir kita.

Jadi sempurnakan solat dgn baik kerana esok belum tentu ada buat kita.

#roadtosolehah
Assalamualaikum, semua. Sebelum mulakan tahun 2022, boleh dapatkan Planner bagi merancang hari-hari kalian ;)

Student Planner RM20
Standard Planner RM25
Premium Planner RM49.90

Untuk tengok design boleh klik link di bawah. Ini katalog wassup saya.

https://wa.me/c/601137585824
❤️ here is mine. comel kan? ☃️

Nak rewards diri sendiri sebab berjaya lepasi tahun 2021.
Forwarded from Intan Abd Hamid
Forwarded from Intan Abd Hamid
Masih ada slot kosong untuk kelas pengajian FIQH DARAH WANITA pada 8 JANUARI 2022.

Bagi yang berminat jemput isi form dibawah
https://forms.gle/sjis8RBp6x9cX3LPA

Khas buat semua muslimat Malaysia Singapura.

Setelah buat pembayaran dan submit form di atas, boleh masuk di telegram bawah untuk sebarang info akan diupdate di sini ⬇️

https://www.tg-me.com/+1LpgCFBgyugzYmE1

Kongsikan pada yang lain agar tersebar manfaat 🤗
⬆️Bagi yg nak memasuki pengajian fiqh wanita, boleh daftar

Hanya RM5

Untuk ilmu yg berpanjangan. Semoga bermanfaat
🖊️Di suatu ketika ada niat nak belajar bahasa Arab. jadi mula dgn matan jurumiyah. tapi sayangnya, susah bagi saya. mungkin kerana saya tak ada asas bahasa arab. tapi ye la kan, memang bukan budak sekolah agama. menangis tak faham.

tapi sekarang dipertemukan jalan lain. jalan yg sesuai yg masih boleh menyambung hajat nak belajar. alhamdulillah :) tahu nahu sikit-sikit, sekali pandang ayat boleh tahu ada baris tak kena. satu nikmat.
Saya suka baca tulisan kawan saya, sbb dia yg banyak dorong bila rasa nak ponteng kelas arab. dia selalu memotivasikan saya.

Berita baiknya, dia ada buat satu channel telegram utk memotivasikan orang lain juga buat belajar bahasa Arab.

Jom support telegram channel dia https://www.tg-me.com/Motivasibahasaarab
Pelajaran Pertama

Penggunaa Perkataan
هَذَا

Kita Sering mendengar perkataan هَذَا tersebut di dalam Al-Quran. Perkataan هَذَا membawa maksud Ini.

اسمُ الإِشَارَةِ للمُفْرَدِ المُذَكَّرِ القَريبِ العاقِلِ، وغَير العاقِلِ

Terjemah: Kata tunjuk untuk perkara yang tunggal (Singular), Muzzakar, Dekat, Berakal dan Tidak berakal.

Secara amnya kita menggunakan perkataan ini dalam Bahasa Melayu pun untuk sesuatu perkara yang dekat.

Contoh

هذا بيتٌ Ini adalah rumah
Ada seorang yang membaca Al-Qur'an...

Tetapi dia tidak dapat menghafalnya walaupun sedikit.

Maka, anaknya yang kecil bertanya: "Apa faedah baca Al-Qur'an tanpa menghafalnya sedikitpun?!"

Jawab ayah: "Aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila kau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut bawa kepadaku."

Kata anak: "Mustahil ia penuh."

Jawab ayah: "Cubalah dulu."

Bakul jerami itu digunakan untuk memindahkan arang. Maka budak itu mengambilnya dan menuju ke laut, lalu cuba memenuhkannya dan terus pergi kepada ayahnya dengan cepat.

Tetapi, airnya telah kering lalu ia berkata kepada ayahnya: "Tidak ada faedah saya mengisinya."

Ayahnya menjawab: "Cuba lagi kali kedua!"

Maka budak itu melakukannya, tetapi masih tidak berjaya untuk membawa air kepada ayahnya. Dia mencuba lagi kali ketiga, keempat dan kelima tetapi tiada faedah kerana air tidak dapat dipenuhkan.

Budak itu berasa sangat letih dan berkata kepada ayahnya: "Tidak mungkin saya dapat memenuhkan bakul jerami ini dengan air."

Kata ayah kepada anaknya: "Adakah engkau lihat sesuatu yang berlaku kepada bakul jerami?"

Budak itu terkejut dan menjawab: "Ya ayah. Asalnya bakul jerami itu kotor dengan bekas-bekas arang, sekarang telah bersih sepenuhnya."

Maka, berkata sang ayah kepada anaknya: "Ini adalah sempurna apa yang dilakukan Al-Qur'an kepadamu. Dunia dan segala amalannya telah memenuhi hatimu dengan segala kekotorannya, dan Al-Qur'an seperti air laut yang membersihkan hatimu walaupun engkau tidak menghafal sedikitpun ayatnya..."

Sucikan hatimu, dengan berzikir dan mengingati Allah...

Teks asalnya:

كان هناك رجل يقرأ القرآن ولكن لا يحفظ منه شيئا.
فسأله ابنه الصغير ما الفائدة من قرائتك دون ان تحفظ منه شيئا ؟!
فقال سأخبرك لاحقا اذا ملأت سلة القش هذه ماءً من البحر
فقال الولد مستحيل ان املأها فقال له جرب ،
كانت السلة تستخدم لنقل الفحم ، فأخذها الصبي واتجه الى البحر وحاول ملئها واتجه بسرعة الى ابيه
ولكن الماء تسرب منها فقال لأبيه لا فائدة فقال الاب جرب ثانية!
ففعل فلم ينجح باحضار الماء وجرب ثالثة ورابعة وخامسة دون جدوى
فاعتراه التعب وقال لأبيه لايمكن ان نملأها بالماء!
فقال الاب لابنه الم تلاحظ شيئا على السلة؟!
هنا تنبه الصبي فقال نعم يا ابي كانت متسخة من بقايا الفحم والان نظيفة تماما
فقال الاب لابنه وهذا تماما ما يفعله القرآن بقلبك
فالدنيا واعمالها قد تملأ قلبك باوساخها والقرآن كماء البحر
يجلي صدرك حتى لو لم تحفظ منه شيئا !
طابت حياتكم ... بذكر الله

Terjemahan : Ustaz Abu Dzar Omar
📍 Side note utk followers:

Soalan-soalan utk menceriakan hujung minggu anda.

Nak soalan kuiz fardhu ain? Sabar, nanti kita buat okay!😉

Jawab dulu semua soalan ni🧐
Banyakkan berdoa masa hujan ❤️

Yg terkesan, semoga dipermudahkan.
Tanah runtuh di Genting, air banjir naik di Dataran Merdeka, kemalangan maut 9 beranak, air naik sampai ke bumbung.

Hujan yg sama tapi ujian yg berbeza. Bersyukur andai kita masih terlindung.

Kalau ternampak ada yg menyiarkan tabung banjir kilat & seangkatan dengannya hulurkan walaupun RM5-RM10 tanpa berfikir dua tiga empat kali. Anggap macam kita belanja kawan kita makan bila bersedekah ke mana-mana tabung. Tak banyak pun yg kita dapat lakukan, tak sebesar usaha orang lain. Tetapi usaha yg ikhlas ini besar nilainya di sisi Allah.

Doa jangan tinggal. Bantu juga walaupun sekecil-kecil.
*🔴[ MISI BANTUAN BANJIR I-CARE ]🔴*

Kami dari IIUM Kuantan telah mensasarkan sebanyak *RM 2,000* bagi membantu mangsa banjir yang terlibat sekitar Kuantan, Pahang.

Antara keperluan yang bakal disumbangkan:

🔖 Tikar
🔖 Tuala wanita & Liners
🔖 Berus & Ubat gigi

Ayuh, rebut peluang untuk membantu saudara saudara kita yang lain!

*Sumbangan boleh disalurkan ke:*

MAYBANK
564717525244
Pistachio Resources
Rujukan: Banjir

Sebarang persoalan, boleh rujuk:
http://www.wasap.my/60196418385
(Br. Idris)

#SiswaBantu
2025/01/08 17:50:15
Back to Top
HTML Embed Code: