Telegram Web Link
Forwarded from (Change channel... @annurquranic)
Salam alaik. Ramai netizen yg tnya dan nak tahu macam macam tentang Program Tahfiz Integrasi An Nur di Manjung ni.

Antara persoalan yg di aju,

1. Possible ke depa ni menghafal 30 juz dalam masa 3 bulan? Guys, tahun ni pecah rekod dapat hafal 30 juz dalam 41 hari tau! Basic hafalan surah lazim je :p

2. Yuran mahal. Yang ni ada juga yang tanya. Nak tahu yuran ni semua expenses nya ke mana, etc etc, WAJIB TENGOK LIVE PRESS CONFERENCE ni.

3. Banyak lagi cerita dan isu yang kita nak reveal.

https://www.facebook.com/hafalquran3bulan.official/videos/328045484491810/

Tak seronok kalau orang dengar fitnah dan jaja cerita tak betul ke sana sini. Untuk penjelasan lanjut, KLIK link fblive di atas :)

#astroawani
#harianmetro
#metroTV
#sinarharian
#huffazprofesional

@hafalquran3bulan
Pendakwah itu sepatutnya seperti apa?

Rujukan : Bekalan di Sepanjang Jalan Dakwah by Mustafa Masyhur
Forwarded from Wakaf Quran Asnaf dan Mualaf
Assalamualaikum, maaf ganggu.

Berminat untuk join bantu menjayakan "1 Quran 1 Asnaf" di Sabah Sarawak? 😊

Dengan mewakafkan senaskah Quran pun in shaa Allah membantu sangat & semoga dilipat gandakan rezeki sesuai dengan firmanNya:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai. Pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
[Surah al-Baqarah: ayat 261]

jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi: wasap.my/60194076645/wakafQuran
Forwarded from Wakaf Quran Asnaf dan Mualaf
Wakaf Quran Asnaf dan Mualaf
Photo
Kut kalau ada yang teringin nak berwakaf ke, berinfak ke, boleh roger sini :')

Well, wakaf, infaq, sedekah, Zakat, atau apa sahaja namanya, peranannya adalah utk menyucikan harta dan rezeki kita, kan.So why not kongsi skit utk keperluan yg lain :')

@budaktarbiah
Forwarded from (Change channel... @annurquranic)
TENTANG USIA👆🏻

Ada orang makin tua makin disayang sama Tuhannya.
Ada orang sebaliknya.

Kita ada kuasa untuk memilih.

@budaktarbiah
Alhamdulillah ini peserta yang khatam 30 juz dalam 41 hari.

Bayangkan perasaan kita kalau ada anak anak kita yang khatam hafalan 30 juz dpn mata kita sendiri 😭

👇🏻👇🏻👇🏻
https://twitter.com/aimi_suhaimi/status/1097005210130477056?s=19

Sekarang sahabat yang lain makin laju mengejar.

Malam tadi ada lg sorang, harini juga ada lagi sorg bakal khatam hafal 30 juz. Sblum mereka berdua ni ada lagi beberapa juga dah khatam hafalan

Alhamdulillah.

Doakan Allah terus menjaga hafalan mereka.

@budaktarbiah
Tarbiyah itu bukan bila tak tahan,
Maka tinggalkan.

Tinggalkan amanah yang membebankan,
Tinggalkan bebanan yang menyerabutkan,
Tinggakan keserabutan yang menyakitkan.

Sebelum berkehendakkan tarbiyah,
Maka bersedialah dengan segala macam amanah, bebanan dan keserabutan.

Sebab hidup menjadi seorang manusia yg bekerja untuk Allah, takkan pernah mudah.

Takkan.

*senyum.

@budaktarbiah
One day one verse .
Al-baqarah : 165

Siapa orang beriman itu? Mereka yang sangat besar cintanya kepada Allah.

Jom,
Improve kecintaan kita kepada Dia, dengan terus kuat memperbaiki kualiti amal ibadah kita.

Moga Dia kuatkan kita untuk terus istiqomah ❤️

#ODOV

@budaktarbiah
One day one verse
Al-Ahzab : 56

Suatu hari Rasulullah SAW ditanya mengapa baginda terlalu gembira sampai terlihat pada wajahnya. Baginda menjawab: "Memang Jibril telah datang kepadaku dan berkata,
"Wahai Muhammad sesungguhnya Tuhanmu telah menyampaikan salam kepadamu ."

Lalu Allah berfirman: "Tidakkah kamu merasa puas bahawa tidak ada seorang dari umatnya yang membaca selawat untukmu melainkan Aku membalasnya dengan sepuluh kali ganda. Dan tidak seorang yang menyampaikan salam kepadamu dari umatmu melainkan Allah membalas dengan salam sepuluh kali ganda.

Terlalu indah cinta Allah terhadap Rasul-Nya . Semoga kita sentiasa ingati untuk selawat ke atas baginda kerana kitalah umat yang baginda rindui .

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
One day one verse .
Surah al-Haqqah : 41

Quran itu penyejuk jiwa manusia . Panduan hidup zaman berzaman kerana ia universal.

Adanya kalimah Allah yang indah . Quran itu bukan ayat dari seorang penyair .

Mengapa kita ada rasa ragu dengannya?

Yakinlah ini ayat Ya Rahman , kalam teragung buat kita . Yang bila dibacanya berganda ganda pahala , terlindung daripada iblis laknatullah .
Allahu Akbar!

Moga pintu syurga senang terbuka buat kita yang dekat dengan Furqan Allah .
Ayuh membacanya selalu .

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
one day one verse .
Surah al-Furqan: 64

Ketika malam telah sunyi sepi, manusia lelap dibuai mimpi, namun ada yang mengerjakan solat dan berdiri menghadap Tuhan Yang Maha Esa.

Solat apakah itu ?
Itulah tahajud ❤️

Mereka inilah hamba Allah yang rindu bermunajat kepada-Nya.

Kerana apa?
dengan solat di malam harilah menjadikan jiwa mereka suci dan bersih.

Iman mereka bertambah, keyakinan menjadi mantap bahwa tiada Tuhan selain Dia, rahmat dan kasih sayang-Nya Maha Luas meliputi semua makhluk.

Selesai tahajud , barulah tidur dengan perasaan bahagia penuh tawakal dan takwa.

Semoga kita menjadi pilihan Allah untuk tahajud kepada-Nya . Jadilah hamba yang berusaha mencari redha-Nya .

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
one day one verse .
Surah al-Mukminun: 2

" Solat yang tidak khusuk sama saja dengan tubuh yang tidak bernyawa ."

Ini yang diperkatakan oleh para ulama dulu. Agak agak sebab apa?

Sebab solat ini ialah munajat kepada Allah . Fikiran akan sentiasa ingati Allah sehinggakan dia benar benar merasai Allah di hadapannya.

Malah, seluruh pancaindera dia seakan akan turut bermunajat . Kerana itu lah tubuh dan jiwa rasa kenikmatan dalam kekhusyukkan dan hidup !

Tubuh dan jiwanya bagai konkrit teguhnya. Kalau ada ujian yang menimpa dialah yang akan mara dahulu untuk membela Islam! Kuat kan?

Kita macam mana pula?
Mestilah nak jadi orang beriman yang kuat untuk membela Islam. Jadi jaga lah solat , peliharalah solat , dan solatlah di awal waktu .

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
one day one verse .
Surah al-Hajj : 66

Cer tepuk sikit pipi tu . Tanya kat diri bila kita tak bersyukur?

Allah dah habaq manusia ni memang tak bersyukur. Sedari kiamat nak dekat tapi tetap cintai maksiat . Bukan setakat zina , malah buang masa juga adalah satu maksiat .

Sekalipun banyak nikmat-nikmat yang Allah limpahkan kepada manusia, tetapi sedikit manusia yang mensyukuri-Nya.

Jangan kufur nikmat !
Jadikan nafas kita ini LILLAHI TA'ALA !

Teguh mara demi membela agama-Nya dan tak merasa mati pun dikeji kerana redhai Ilahi paling abadi di hati .

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
Satu hari aku leka belek buku syair Arab ni. Ada satu bait syair Arab yang terpanggil untuk aku bacanya.

“Putihkanlah buku Rejab lembaran catitanmu yang hitam itu dengan amalan soleh yang menyelamatkan daripada nyalaan api. "

Deep engko! Menusuk sampai ke tulang. Terbayang neraka tu terus kecut jantung , mata mengecik.

Allah tahu hamba-Nya mesti ada melakukan dosa kerana itulah Dia jadikan Rejab ni termasuk bulan-bulan yang haram.

Untuk apa?
Hamba-Nya berdoa memohon keampunan, hajat dan sebagainya kepada Allah.
Inshaa Allah , akan makbul..

Jadikanlah Rejab sebagai satu peluang yang besar untuk kita baiki amalan yang lopong tu.

Beristighfar dan berdoalah banyak-banyak.

Meh tadah tangan kita berdoa sesama,
“Allahummaghfirli warhamni watub 'alayya."
- Ya Allah ampunilah aku, rahmatilah aku dan terimalah taubatku.

Salam Rejab Lillahi Ta'ala 💖

#pilihcaramati
#KejarRedhaAllah

@budaktarbiah
2025/07/12 11:46:51
Back to Top
HTML Embed Code: