Telegram Web Link
Lengan Syahid

Tembok Haritsah kau tinggalkan,
Khandaq kau terus maju berjihad,
Meskipun bahaya kau
terpaksa telan,
Atau kematian yang harus kau relakan,

Si ibu yang mendoa keselamatan,
Koyaknya baju besi yang dipakai,
Compang camping senjata dihunus,
Kerana peperangan itu demi agama Tuhan!

Kata pencinta Allah,
Biar berpakaian sedikit
namun aku sahut peperangan
dengan kekuatan,
Tiadalah gentar maut meskipun ajal di hadapan .

Lenganmu yang dipanah ,
Jasad yang berani gagah,
Kau lah Penggegar Arasy Allah ,
Syahid lah wahai Saad bin Muadz,
Kaki yang pijak tanah
akan pijak di syurga sana ,
Itulah pemergian yang indah .

#cintaabadi
#pilihanIlahi

@budaktarbiah
THE WORKING CULTURE

Meh nak bawak tarik sikit working culture.

Working culture ada 3 bahagian.
- senyap tak buat apa apa
- happy workforce
- underpressure

As for me, kalau kau punya team dalam bahagian yang pertama, "senyap tak buat apa apa" pastu rasa sedap makan gaji buta boleh lenggang lenggang. ada kerja baru buat,takde kerja boleh berlatih mati (tidur). Maka, silakan buang pekerja dan silakan berhenti kerja (sebab tak pernah terfikir yang anda sebenarnya tengah 'infak' duit kepada pekerja yg tak berguna)

How about the 2nd and 3rd ? Both need to compliment each other. Happy sangat tapi kerja tak menepati KPI @ tak on spec, dan pressure sangat sampai semua rebel nak buat kerja dengan kualiti yang bagus, pun tak boleh.

So, bila boleh happy, silakan happy. Feed more motivation to the team. Inspire them more, and create culture nak berlumba bagi best performance. Tapi bila ada tasking yang kena rush and ada timeline / due, tindakan tu wajar untuk put some pressure, untuk push the task on time. DISAMPING, guide and follow up rapat tindakan tu untuk bantu depa blh siapkan kerja mengikut spec kita.

Lepas dah habis bagi pressure ?
Appreciate them, and review sama sama keberjayaan capaian objektif team.

Sebab, kita develop team, untuk capai target sama sama. Bukan jadi robot yang takde otak tak boleh nak ajak sembang cane nak scale up company :) Itu sahaja dari saya. Wabillahitaufiq wal hidayah. Wassalam.

Rujukan : Otak dan Kehidupan

p/s : Kalau SETUJU dengan post ni, silakan SHARE post ni.

Regards,
@budaktarbiah
one day one verse.
Surah al-Fajr: 27.

Bila ajal dah nak mai,
Allah panggil kita dengan panggilan

‘Wahai jiwa yang tenang’,

Jiwa yang dimaksudkan oleh Allah ialah jiwa yang suci kerana dipenuhi dengan iman dan amal yang dikerjakan di dunia.

Tetapi adakah jiwa kita sebegitu?

Imam Ghazali mengatakan bahawa ‘Manusia akan mati mengikut cara bagaimana dia hidup.’

Sekiranya kita nak saat kita mati itu dapat ketenangan, maka kehidupan kita di dunia juga perlu usaha melakukan amal .

berhenti beralasan,
tingkatkan amalan ,
untuk mati dalam keimanan .

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
Daie, kau yang PILIH!

kau daie , kau kena proaktif! Jangan statik pada satu usaha saja.

" tapi kak , saya tak pandai lah handle banyak banyak program , ke sana ke mari , masalah duit lagi . "

Atau sebenarnya kita yang takut untuk ambil risiko dalam dakwah?

Dalam dunia dakwah ni , memang ada susah memang ada payah . Dah nama pun kau nak kejar redha Allah , kalau ciput je usaha memang taklah nak berjayakan Islam kan?

Meh aku citer , tu ha musuh Allah bukan 2 atau 3 tahun depa usaha tapi ratusan tahun usaha nak kumpul duit banyak untuk monopoli semua benda . Tengoklah kesan daripada usaha tu , setiap manusia memakai barang jenama mereka , hiburan yang terikut ikut sampai baca quran pun kat otak boleh jadi beatbox ikut rentak depa .

Mana pergi daie di luar sana ? Gais kita asyik menuduh itu salah ini salah tapi hakikatnya yang salah tu kita.

Kita ni tak payah lah nak mengaku daie kalau tak buat kerja yang Allah suruh . Jangan mengaku kita ni konon pencinta akhirat kalau nak bawa kebaikan pun dok mengeluh .

Aku bukan nak kata apalah kan cuma kita dah dalam zaman fitnah . Kalau kita masih lagi dalam keadaan macam ni . Sorry to say , pintu syurga pun tak ingin nak buka .

Crack! (Sentap)

Sekarang nak tercegat lagi ka ?
Dah habaq , hampa pun dah tahu . Gerak gerak! Jangan bagi alasan bodoh sebagai penghalang untuk kita berdakwah !

You are daie you should do it ! Proaktif!
Nak syurga Allah kena sungguh sungguh .

#cintaabadi
#pilihanIlahi

Note : kalau kau rasa post ni amanah , kau sharelah amanah ni pada semua orang yang kau kenal. Pahala Allah tu luas. Mana tahu titian sirat pun senang kau lintas .

@budaktarbiah
one day one verse .
Surah az-Zumar : 62

Banyak dah orang orang kita ni ingkari hakikat bahawa Allah mencipta alam semesta ni .

Siap wujud macam macam teori nak tegaskan yang dunia ni memang terjadi dengan sendirinya .

Orang orang macam ni lah dikatakan kafir!
Allah kata mereka ini YANG PALING RUGI DI DUNIA APATAH LAGI DI AKHIRAT!

Kalau di hati hampa ada rasa was was baik padam cepat! Tadak guna nak ragu nanti rugi ja . Dalam quran pun dah kasitahu bukan sekali tapi berbanyak banyak kali .

Letakkan keyakinan bahawa Allah lah sang Pencipta teragung . Moga hati kita sentiasa yakin dengan Dia 💖

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
RAPAT-RAPAT NI NAK PERGI MANA ?

Ada sejenis sahabat. Caring dia lain macam tahap tinggi betul. Pantang nampak kawan sedih atau sakit.

Dia mula la bagi nasihat melalui whatsapp berjam-jam tu kalau dia takda kat kampus. Kalau ada kat kampus dan tengah lapar teruk, dia sanggup bungkus makanan tu lepastu cepat-cepat jumpa kawan dia yang ada masalah.

Kawan dia tak cakap pun "I need you right now..", tapi dia tahu kawan dia perlukan dia saat ni.

Tiap malam aku nampak ja dia kat bilik discussion tu nak tolong kawan dia sekali mengajar. Lepastu dia teman kawan dia balik semula ke hostel .
(Hostel kawan dia jauh kalau jalan kaki tu memang 10 minit baru sampai ). Tapi dia sanggup gais teman. Risau benor kawan dia tu balik sorang sorang . Tak kesah lah malam ke pagi ke sama ja. Nak juga teman.

Kalau orang yang tak kenal dia akan cakap ,
"Untunglah ramai kawan lagi-lagi kau kan caring boleh keluar sesama, makan ramai-ramai.."

Sebenarnya tak sama sekali! Yes dia ada banyak kenalan, tapi aku selalu nampak dia seorang diri. Siapa je tak pelik kan ?
Tapi dia cakap macam ni kat aku .

"Aku banyak kenalan bukan untuk jadi peneman time aku makan, time aku study, time aku bersenam tapi aku cari banyak kenalan untuk aku ajak depa masuk syurga dengan aku."

Rupanya yang dia sanggup bungkus makanan, whatsapp berjam-jam bagi nasihat, yang sanggup teman bagai tu semua inti patinya tak lain tak bukan hanyalah...

"Aku nak depa makin dekat dengan ibadah yang sepatutnya, aku nak depa yakin Allah ada dengan depa lagi-lagi saat diuji Allah. Kalau boleh benda baik yang aku tahu, aku nak bagi semuanya sebab tu aku peminjam ilmu Allah dan cara aku pulangkan adalah kongsi apa yang aku ada, dengan orang lain."

Macam kita pinjam barang, kita pulangkan balik betul?

Dari situ aku belajar perkara yang besar tentang erti SAHABAT..

Sahabat yang bukan jenis berkepit pun dia nak ajak ke syurga sesama apatah lagi kita yang 24/7 jam dengan kawan kita ni.

Kita masih diberi banyak masa dan peluang.
Dan masa tu, tak perlu pun kita kejar kejar, cari cari. Kawan depan mata pun kita duk takut nak ajak buat baik, belum cuba dah letak anggapan, "dia nak ke dengar sharing aku?"

Betul kan?
Kita ni memang penakut.
Heh, baca sini!

Jangan letak takut tu pada tempat yang SALAH.
Letaklah takut tu pada ALLAH.

#cintaabadi
#pilihanIlahi
#pilihcaramati

@budaktarbiah
one day one verse .
Surah al-Anfal : 17

Turunnya ayat ini kerana satu peristiwa.

Dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah memerintahkan
Ali bin Abu Talib:

Ambilkan segenggam tanah, Ali mengambilnya dan diberikan kepada Rasul lalu dilemparkan kepada orang-orang musyrik, maka tidak seorangpun dari mereka kecuali terkena matanya.

Bukan itu saja malah setiap kali orang Muslimin menancapkan tombak untuk membunuh musuh dan setiap lemparan segenggam tanah dari mereka dijamin akan memenuhi sasaran. Allah-lah yang menjamin dan membantu mereka.

Berusahalah untuk terus mencapai kemenangan di dunia dan akhirat.
Kerana Allah suka membantu orang orang yang rajin berusaha!

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
one day one verse.
Surah ar-Ra'd : 28

Kali terakhir kita berzikir lebih 10 minit bila ?

Zaman sekarang ni orang di masjid yang jemaah pun bangun cepat cepat tak ikut zikir imam . Alasannya ada urusan penting.
Apa salahnya kita ni zikir kejap . Tak lama pun.

Time kerja cepat melatah bila diuji . Antara sebabnya kita ni lah tak hadiahkan masa kita sikit untuk berzikir ingati Allah sebelum memulakan apa apa urusan or amanah di dunia .

Bolehlah lepasni rajin rajin lidah tu zikir . Masa memandu pun boleh je zikir ikut alunan kat radio tu ha.

Moga zikir itu dapat tenteramkan hati kita .
Berbuatlah kerana Allah .

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
one day one verse.
Surah Saba : 25

Setiap apa yang kita buat , kita yang tanggung dosa tu . Tak boleh cakap nanti kat akhirat ,
" ha semua ni salah kawan aku lah aku kena seksa macam ni . "
" aku tak solat cukup sebab dia tak kejut aku waktu aku tidur ."

Atau kita sebenarnya yang tak usaha dalam ibadah kita?

Eh dengar cerita ni .
Orang musyrik pernah tuduh Rasulullah saw dan orang mukmin bahwa mereka telah berdosa besar kononnya murtad dan khianati agama nenek moyang mereka.

Sebagai jawapan atas tuduhan tu , Allah turunkan ayat ni beritahu bahawa masing masing memang bertanggungjawab atas segala dosa dan kesalahan sendiri sama ada baik atau buruk.

Tiada siapa yang dapat LARI !
Renungkanlah .

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
Forwarded from Inilah Masanya
Nasi putih sahaja 'nampak' sudah cukup untuk mengenyangkan kita..

Tapi, keadaan tidak akan sempurna tanpa lauk pauk yang lain..

Begitu juga dengan Tarbiah..

Halaqoh sahaja memang 'nampak' macam sudah memadai untuk membina diri kita..

Tapi, keadaan tidak akan sempurna tanpa program-program tarbiah yang lain..
one day one verse.
Surah al-Baqarah : 164

Syukur pada Allah anugerahkan lautan untuk kita belayar.
Kalau tak , jangan haraplah kita boleh ke seberang bawa barang barang perniagaan .

Orang yang tak merasa belayar mungkin dia kata " apalah sangat belayar , jalan darat kan ada.."

Tapi untuk nelayan , pelayar lagi lagi zaman dulu ni lah yang paling penting tau . Kalau tak , takdenya ekonomi nak maju.

Kerana itu Allah tahu apa yang kita PERLU! Allah juga beri kita akal untuk wujudkan bahtera supaya boleh belayar.

Inilah bukti Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik buat hamba-Nya.

Nikmat mana lagi yang kita tuduh kononnya tak cukup untuk hidup ?

Eh kalau solat tu pun tak cukup , macam manalah rasa syukur tu pun nak cukup?
Cuba ibadat tu biar tanam ikhlas.

Crack!

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
one day one verse.
Surah ali- Imran : 9

Hari akhirat yang dirahsiakan tarikhnya,
Neraka yang tidak ketahui betapa hebat panasnya,
Syurga yang indah tidak pernah dirasanya,
itulah manusia , ada yang terbatas .

Tapi Allah ,
TIADA APA YANG TERBATAS!

dan pengumpulan manusia pada hari itu adalah JANJI ALLAH .
Ingat lah Allah tak pernah mungkiri janji-Nya.

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
NAK CAWAN KE NAK AIR?

Situasi ni simple je.
Ada 2 sahabat yang tengah khusyuk buat kerja dalam ofis. Dua dua tengah serabut kalut malut siapkan tasking masing-masing yang dah nak overdue.

Azan berkumandang.

"Saiful, solat jom! Dah Asar ni", laju tangan Aiman tepuk bahu gempal si Saiful .

"Ok. Kau pergi lah dulu. Satgi aku solat", balas Saiful sambil jungkit bahu sikit, dengan mata masih tertancap di skrin komputer. Tak berkalih matanya. Bukti 'serius' nak siapkan kerja. Ceh!

Usai solat, Saiful masih ditempat dan posisi yang sama. Tak berganjak. Langsung.

"Man, dahaga ni! Nak cawan."

"Nah", hulur Aiman tanpa banyak soal.

Teguk.

"Weh, asal bagi cawan kosong? Air nya manoi (mana)?", soal Saiful.

"Pul, kau minta cawan. Aku bagi lah cawan. Kalau kau minta air, dah confirm aku bagi cawan berisi air. Sama juga dengan kehidupan. Kalau kau minta dunia, maka kau akan dapat dunia je. Tapi, kalau kau minta akhirat, inshaAllah kau akan dapat dunia dan akhirat. Kau faham maksud aku, kan?", senyum.

"Ok ok. Aku pergi solat dulu 😅", Saiful berlalu dengan sengih dan garu garu di kepala.

...
“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki di dunia kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagia pun di dunia.” (QS. Asy-Syura: 20)
...

:)

Again, you get what I meant?

#deepkejap
#pilihcaramati

@budaktarbiah
one day one verse.
Surah Hud : 9

Gais,
kalau tidak bersabar dan bersyukur apabila Allah uji,
kita akan lupa dengan nikmat lain yang Allah bagi walaupun satu nikmat je Dia dah ambil balik.

Sebab tu ramai yang mudah murung kesedihan kerana pemergian orang tersayang , rasa macam nak putus asa dalam masa yang terlampau panjang.

Contoh lain , kalau diuji dalam perniagaan tetiba jatuh mendadak tapi masih ada duit untuk makan , namun pasti yang nak diungkit yang nak dimarah , rasa stress hanya kerana kejatuhan itu sampaikan maki hamun tuduh orang bawahan tak buat kerja dan sebagainya .

Heh kau ! Sebutir nasi yang Allah bagi pun tak bersyukur . Oksigen yang Dia bagi pada kita pun tak pernah Dia ungkit yang kita pendosa tegar ni sibuk taknak syukur dah kenapa?

Moga Allah meletakkan keteguhan dalam jiwa kita semua agar terus tsabat dan istiqomah walaupun diri dilanda badai .

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
Spread this challenge!
If you do care and accept this challange, blast this as much as you can, and klik DONE once you share this post!
public poll

DONE ! – 84
👍👍👍👍👍👍👍 100%

👥 84 people voted so far.
Invite ramai ramai untuk join channel @budaktarbiah ni, dan accept this challenge.

Kita sama sama tingkatkan solidariti kita dari sini.

🔥🔥🔥🔥🔥🔥

Regards,
Admin @budaktarbiah
One day one verse.
Surah al-Isra: 2

Kitab Taurat diberi kepada Nabi Musa lalu Allah swt menyuruh Musa a.s. agar mengatakan kepada kaum Bani Israil ,
" Jangan kamu mengambil selain Allah sebagai penolong yang memberikan perlindungan dan juga menyelesaikan urusan-urusan kamu."

Namun , ada sahaja penyembahan selain Allah yang mereka lakukan .

Kalau kita tengok sekarang pun semua tahu Allah itu Tuhan yang Satu . Azan tiap hari dengar , tiada Tuhan selain Allah tapi masih lagi mengharap kepada manusia , kejar harta yang pasti takkan beri kemewahan dalam alam kubur nanti.

Hati yang sering kali putus asa kerana tidak meletakkan Allah sebagai penolong utamanya!

Moga hati kita ni seratus peratus berharap kepada Allah .
Cukup cukup meletakkan dunia pada darjat yang tinggi.
Pupuklah untuk terus cintai Ilahi.
Bukankah selamatnya kita di akhirat juga atas rahmat-Nya nanti?

#pilihcaramati
#ODOV

@budaktarbiah
Update Christchurch New Zealand setakat jam 12.30pm (MAS / MY)

1) abang Rahimi Ahmad.
Diceritakan atas keizinanan dari isteri. Abang rahimi stabil setakat ini, tapi masih memerlukan beberapa lagi pembedahan untuk membuang fragments (x pasti fragment peluru atau tulang etc) dalam dural space. Beliau masih di ICU. Keluarga beliau dan exco Penang dalam perjalanan ke sini.

Kebetulan Puan Jacinda Arden buat lawatan mengejut, beliau turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku.

2) abang Tarmizi
Beliau masih hidup, tolong jangan sebarkan berita palsu tentang kematian beliau. saya x dapat berjumpa beliau sebab masih dalam pembedahan.

3) Nazril
Berada di wad biasa, stabil. Anaknya Daniel 17 tahun menemani beliau yang tidur selepas scan MRI. Gambar n butir kecederaan saya tak dedahkan sebab tak mendapat kebenaran pesakit yang masih tidur.

Mohon jangan tanya detail2 yang lain, saya terikat dengan prinsip confidentiality patient dan hanya dapat berkongsi maklumat yang tertentu sahaja. Sekali lagi, jangan sebar video shooting dan berita2 palsu.

Info dari FB
Mohamad Firdaus
Christchurch Hospital

Turut melaporkan,
Admin @budaktarbiah
ADA ORANG MALAYSIA YANG TERBUNUH DALAM KES TEMBAK DI CHRISTCHURCH?
2025/07/12 15:47:31
Back to Top
HTML Embed Code: