Telegram Web Link
Ini posting yang dipadamkan TikTok
Tips yang telah diamalkan bertahun agar tidak terlepas dari mendapat ganjaran malam Lailatulqadar.

Autodebit kepada mana mana individu atau organisasi selama 10 malan terakhir moga moga salah satu malam itu adalah malam Lailatulqadar.

Saya sudah pasti membuat autodebit kepada NGO kami iaitu MRM. Terpulang kepada sahabat untuk autodebit kepada sesiapapun. Semoga tips ini bermanfaat.
[Mukmin Suka Berjumpa Allah, Kafir Tidak Suka Berjumpa Allah]

“Barangsiapa suka berjumpa dengan Allah, Allah juga mencintai perjumpaan dengannya. Sebaliknya barangsiapa membenci perjumpaan dengan Allah, Allah juga membenci perjumpaan dengannya.”

Lantas ‘Aisyah berkata,

“Apakah yang dimaksud benci akan kematian, wahai Nabi Allah? Tentu kami semua takut akan kematian.”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam– lantas bersabda,

“Bukan begitu maksudnya. Namun maksud yang benar, seorang mukmin jika diberi khabar gembira dengan rahmat, keredhaan serta syurga-Nya, ia suka bertemu Allah, maka Allah pun suka berjumpa dengan-Nya. Sedangkan orang kafir, jika diberi khabar dengan seksa dan murka Allah, ia pun khuatir berjumpa dengan Allah, lantas Allah pun tidak suka berjumpa dengan-Nya.”
(HR. Muslim no. 2685).
“Wong you are very dangerous guy”

Dakwah itu dinamik bukannya statik.

Saya secara peribadi tidak gemar menggunakan pendekatan menjustifikasi atau apologetik apabila ada orang membuat dakwaan atau menimbulkan persoalan.
“Pendakwah tak sepatutnya screenshot & terjemah komen negatif tentang Islam & Muslim oleh wargamaya dalam medsos Cina”

Sampai bila nak hidup dalam penafian & enggan menerima realiti bahawa hidup ini tidak selalunya indah?

Selama ini segelintir mereka merasakan Muslim tidak tahu membaca Cina maka pelbagai komentar tentang Islam & Muslim ditulis di medsos Cina!

Saya juga mahukan keharmonian & perpaduan tetapi keharmonian & perpaduan yang ‘artificial’ & pada slogan semata-mata atau keharmonian & perpaduan yang betul-betul berteraskan Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara?

Usaha kami ini walaupun diperlekehkan oleh sesetengah Muslim tetapi kami sudah nampak kesannya apabila medsos Cina menutup ruangan komen & wargamaya berbahasa Cina sedikit berhati-hati dalam menulis kerana mereka tahu mereka dipantau!

Yang memberi nasihat & cadangan, terima kasih kami ucapkan. Anda buat apa yang anda mampu & percaya itulah cara yang terbaik dan kami pula melakukan apa yang kami yakini adalah yang terbaik.

Mudah sebenarnya memberikan cadangan & nasihat tetapi apabila diajak bersama melaksanakannya, seribu satu alasan diberikan.

Anda ada kepakaran anda dan kami ada kepakaran kami.

Saya & pasukan berjuang di jalanan, di surau, di masjid, di institusi pendidikan, di medsos & menerusi portal berita saya sendiri The Merdeka Times.

Kami tidak memaksa anda menyokong atau mesti buat apa yang kami buat kerana belum tentu anda sanggup berhadapan dengan risiko yang dihadapi oleh kami.

Selagi sesuatu itu tidak haram, maka kita raikan kepelbagaian dalam metod dakwah itu sendiri.
Jauhi..
Taqaballahu Minna Wa Minkum

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat.

Semoga kita semua mencapai ketaqwaan sepanjang Ramadhan yang baru berlalu & semoga Allah kurniakan keberkatan umur agar kita dapat menyambut Ramadhan yang akan datang.

Allahuma Ameen
FOKUS
PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Firdaus Wong mendakwa ramai ahli politik ketika ini mengamalkan double standard dalam memperjuangkan sesuatu isu demi meraih kepentingan untuk diri sendiri.

Oleh itu, Firdaus berkata, masyarakat perlu bijak menilai dan tidak terikut-ikut dengan rentak ahli politik ketika mereka terlalu lantang memperjuangkan satu-satu isu.

“Ini kerana mengapa ada isu yang mereka lantang tapi ada setengah isu kurang lantang?

“Sebabnya kalau tidak bawa isu nanti nama tenggelam dan dalam pilihan raya umum orang tidak undi mereka,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Pendakwah bebas itu berkata demikian mengulas isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam termasuk isu stoking dan dakwaan logo kalimah Allah pada tapak kasut baru-baru ini.

Dalam pada itu, Firdaus berkata, umat Islam di negara ini menjadi lebih sensitif disebabkan tindakan segelintir pihak yang melampau sehingga mencetuskan provokatif.

“Antara terlalu sensitif, kurang sensitif atau tiada langsung perasaan sensitif. Kita perlu tanya apakah yang menyebabkan umat Islam berperasaan sedemikian?

“Dulu mungkin kita kata kurang sensitif. Tapi apabila saban hari ada yang cuba menangguk di air keruh, isu kecil menjadi besar disebabkan sentimen. Bagi saya itu reaksi segelintir orang Melayu yang ditekan dan ditolak ke satu sudut,” jelasnya.

Oleh itu, Firdaus berharap rakyat bertindak bijak dan tidak terburu-buru sehingga mencetuskan kekacauan dan keharmonian kaum di negara ini.

“Serahkan balik kepada pihak berkuasa untuk menyiasat (dalam sebarang isu),” katanya.- UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2024/04/ahli-politik-double-standard-pejuang-isu-firdaus-wong/
Sebenarnya saya tak nampak kaitan perbuatan individu ini dengan dia pernah belajar sekolah tahfiz atau seorang penghafal Quran.

Seriously saya tak nampak.

Andai mesej yang ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil & kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama.
Welcome to Malaysia @Ibrahim Fatih (Ibothepro) & his younger brother Isa. Both of them are here to learn about Islam and hopefully to make Malaysia their new home.

Joseph Johnson Ibrahim embraced Islam 5 years ago while his brother, Isa embraced Islam 1 year ago.

In Sha Allah both will be staying in MRM’s apartment while learning about Islam & dawah.

May Allah make both of them source of goodness and guidance. Allahuma Ameen
2024/09/28 13:27:46
Back to Top
HTML Embed Code: