Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Cabar debat tetapi tidak memunculkan diri?

Sokong usaha dakwah kami di MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Saya meminta sahabat semua agar tidak mengambil tindakan sendiri. Buat laporan polis dan biarkan polis jalankan tugas mereka.

Semarah mana pun kita, JANGAN AMBIL TINDAKAN MEMBELAKANGKAN UNDANG UNDANG.

Kalau benar kita mahu mempertahankan agama sekalipun, kita mesti kita cara yang dibenarkan agama bukan melampaui batasan agama & undang-undang.

Kita tak nak mana-mana pihak menangguk di air yang keruh kerana tindakan kita yang membelakangkan undang-undang.
Kurang sensitif kalimah Allah dipersendakan ataupun sememangnya tidak pernah menganggap Allah itu nama Tuhan mereka?
Hanya kerana itu cara anda ‘memuliakan’ tuhan-tuhan anda, tidak semestinya itu mesti juga cara Muslim memuliakan Allah!

Nabi-Nabi pun kami muliakan tetapi tidak sehingga mempertuhankan mereka, apatahlagi Allah!

Walaupun anda mungkin OK tuhan-tuhan anda dipakai di stokin atau pakaian lain, tetapi peniaga Muslim tetap tidak akan menjualnya kerana menghormati agama lain.

Adakah Muslim lebih menghormati agama anda berbanding anda sendiri?

Kita dah merdeka lama dah, takkan benda semudah ini tak faham atau tak nak faham? Titah YDPA pada pembukaan Parlimen tentang terdapat generasi yang masih gagal menguasai Bahasa Melayu & memahami budaya hidup kaum lain perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak.
Selesai memberikan keterangan SEBAGAI SAKSI kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman bagi kes stokin tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart.

Terima kasih atas doa dan sokongan sahabat semua.
“…keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.”
(Al-Hajj 22:46)
Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah ‘Allah’ ditulis adalah menghina agama Islam.
WhatsAppFacebook


https://themerdekatimes.com/news/2024/03/lelaki-dipenjara-6-bulan-denda-rm12000-akibat-perolok-isu-stoking-kalimah-allah/
Saya ada sedikit je cabaran kepada pemfitnah yang menyakini tuduhan mereka itu betul.

Apabila anda membuat tuduhan terhadap saya, jikalau anda berani & yakin akan tuduhan anda, gunakan akaun yang tulen & tolong pm sekali alamat & no telefon bagi memudahkan peguam saya menghantar surat cinta.

Ok tak? Senang je kan cabaran saya.

Tapi saya akan faham kalau anda sekadar berani baling batu sembunyi tangan, tak berani nak sahut cabaran.

Sebagai Muslim yang beriman pada Hari Kiamat, anda tiada tempat untuk melarikan diri & bersembunyi di Padang Mahsyar.

Terima kasih sudi menghadiakan pahala kepada saya di bulan Ramadhan ini.

Sahabat kalau ternampak posting atau komen dari mana-mana pihak yang buat tuduhan tetapi tak berani letak no telefon dan pm alamat, tak perlu layan sangat dah mereka ini.
Screenshot 2024-03-25 at 16.28.03.png
792.5 KB
Ada sesiapa yang tahu alamat Chiong Yoke Kong 张玉刚 atau mungkin tuan badan sendiri berani untuk berkongsikan alamatnya kepada saya?

Peguam saya ada surat cinta kepada saudara Chiong.

Tak mahu berbincang di dalam podcast tak mengapa, saya tak kecil hati pun TETAPI janganlah sampai mengeluarkan kenyataan yang tak sepatutnya.

Awak bekas YB mesti tahu undang-undang kan. Saya dulu kini selamanya adalah YB, Yang Berdakwah.

Lepas ni kita sembang menerusi peguam sahaja, saudara Chiong..
Alhamdulillah, ramai yang ambil berat tentang fitnah yang sedang tersebar dengan yang meminta pengesahan tentang satu status ini yang dimuatnaik oleh seorang individu dan kemudiannya fitnah itu telah bertebaran di Whatsapp.

Buat makluman semua, saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut & telah pun membuat laporan polis pada Julai 2022 terhadap group Telegram tersebut yang menyebarkan fitnah itu.

Setelah saya mencabar & memaklumkan kepada pemilik akaun tersebut bahawa saya akan memfailkan saman terhadapnya, beliau telah memadamkan posting fitnahnya itu.

Selain itu juga, saya telah memfailkan satu saman fitnah yang berkaitan dengan fitnah-fitnah tersebut dan kes masih lagi sedang berjalan. InsyaAllaah, saya akan mengemaskini dari semasa ke semasa apabila bermulanya perbicaraan penuh kes tersebut yang telah ditetapkan oleh Mahkamah.

Kami juga telah mengenal pasti beberapa individu lain & dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memulakan, berkongsi atau menyebarkan fitnah ini.

Pengajaran kepada orang yang suka menyebarkan fitnah & degil adalah dengan tindakan saman. Berani kerana benar. Mereka berselindung di sebalik akaun medsos untuk menyebarkan fitnah.

‘Concerted character assasination?’

Akaun MRM diaudit oleh syarikat audit tempatan terbesar iaitu Salihin & mereka juga antara saksi saya dalam saman fitnah terhadap bekas kakitangan yang menyebarkan fitnah.

https://www.facebook.com/100044182431632/posts/pfbid0HFbRRrz33xjdYFqzzshkDtnA4TMBYRJ19bJU9okv2VLBkTUbXz6hR8BJ8r8vnvLSl/?
Ugutan bun*h

Selesai membuat 6 laporan polis terhadap 5 individu di Balai Polis Wangsa Maju, sebagai permulaan. Mungkin lebih banyak laporan akan dibuat ke atas pemfitnah semua.

Satu laporan ugutan bunuh terhadap saya & ahli keluarga. Satu laporan ugutan pukul & selebihnya adalah kerana memfitnah saya.

Ugut & fitnahlah saya macam mana pun, sesekali saya tidak pernah gentar & akan meneruskan dakwah saya.

Saya sering nasihatkan sahabat jangan bertindak di luar batasan agama & undang-undang so let me walk the talk as well dengan membiarkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka semua.

In Sha Allah saya juga akan susuli dengan saman fitnah terhadap mereka ini. Jazakumullahu Khairan atas doa & sokongan sahabat semua.
Content berkenaan cubaan cytro menyerang gagal telah dipadamkan oleh TikTok.

Kemudian saya menerima beberapa notifikasi bahawa beberapa video saya yang lain juga ‘melanggar’ peraturan sedangkan ada video yang telah sebulan dimuatnaik di TikTok & platform lain tanpa sebarang masalah.

Adakah ini cubaan untuk menutup ruang saya bersuara di TikTok dan kemudian di medsos lain apabila secara tiba tiba begitu banyak video saya di TikTok dikenakan tindakan?

Cytro yang jelas memfitnah pula dibiarkan ‘content’ mereka tanpa sebarang tindakan dan malahan semakin berleluasa.

Nak ‘cancel’ saya? Takpe, buatlah apa yang kalian mahukan. Pakai akaun palsu pun malaikat maut takkan silap cabut nyawa bila tiba masanya & mungkar nakir tetap akan hadir ke kubur kalian menyoal kita semua.

Jikalau sahabat mahu terus mengikuti perkembangan dakwah saya ANDAI medsos utama saya ini dipadamkan, sahabat boleh ikut Telegram rasmi saya:- https://www.tg-me.com/brofirdauswong
“Firdaus Wong, dalam masa 30 minit peluru akan hinggap di kepala di dalam live ini”

Itu salah satu komen ugutan ketika saya membuat live TikTok semasa Street Dakwah di Bukit Bintang.

Saya meneruskan live saya itu sehingga hampir pukul 6pm dan tiada apa yang berlaku. Saya meletakkan keyakinan penuh pada Allah Subhana Wa Ta’ala yang akan melindungi hamba-hambaNya.

Akaun itu mungkin akaun palsu, tetapi ugutan sedemikian rupa perlu dipandang serius.

Hasbunallah Wanikmal Wakiil (Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.)
Cina boikot Cina bukan rasis sebab sama sama Cina. Ini cuma segelintir Cina kafir boikot seorang Cina Muslim je.

Nak boikot saya dari apa sila bagitau secara jelas. Takkan nak boikot saya pun malu malu tak berani nak bagitau secara jelas.

Seperti biasa, senaraikan kedai, premis & perkhidmatan yang nak boikot saya supaya saya termasuk ke premis anda & saya juga boleh bantu promosi perniagaan anda.

Janganlah setakat berani boikot di sebalik akaun media sosial tetapi bila nampak muka saya masuk ke premis anda, depan depan tak nak pula boikot kerana mahukan duit saya yang akan dibelanjakan di premis anda.

Jgn padam post macam W.H Heng & yang lain lain.

Saya tak terasa pun sesiapa nak boikot saya. Rezeki, ajal maut semua dari Allah bukannya manusia yang lemah.

Ada saya kisah & risau ada yang nak boikot saya? Saya lebih risau diboikot oleh Allah di akhirat dari diboikot manusia di dunia.

*Sahabat Muslim, jaga adab & akhlak kita anda mahu komen ya. Islam itu tinggi & tiada apa yang lebih tinggi dari Islam..
“I used to watch your video on TikTok… if i would like to converting to Islam , how is the guidance step?”

Seusai kuliah Subuh, terus bergegas balik ke pejabat untuk membantu seorang saudara Cina memeluk Islam. Beliau telah menghubungi PA untuk membuat temujanji untuk mengucap dua kalimah syahadah hari ini.

Alhamdulilah, saudara Jayden Lee berbangsa Cina asal Seremban selamat mengucapkan dua kalimah syahadah sebentar tadi. Jayden juga merupakan pemilik agensi kewangan di Bukit Bintang.

Beliau mengatakan kepada saya banyak belajar dari video TikTok saya & benar, dia ingat video TikTok & isi kandungannya. Hebat. Saya mengambil kesempatan bertanya kepada Jayden;

“Just curious. Despite many people label me as being very strict and aggresive, why those label didnt drive you away from me & choose to become Muslim with me?”

Jayden tanpa berfikir pandang menjawab; (di ruangan komen)

Welcome back to Islam, Jayden.

Sokong MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
2024/09/28 15:24:53
Back to Top
HTML Embed Code: