Telegram Web Link
Wanita Kristian bernama Julie ini bersemangat menyebarkan agama Kristian di persimpangan jalan berdekatan Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Sejurus sahaja kami mendapat maklumat, kami telah menghantar pendakwah kami untuk menyantuni beliau & In Sha Allah kami akan berjumpa selepas solat Jumaat dengan beliau.

Saya baru selesai program di Bentong & akan pulang terus ke KL untuk berjumpa dengan wanita ini. Julie seorang Kristian yang baik yang berniat mahu menyelamatkan manusia dari api neraka sebagaimana kepercayaannya.

Saya sebagai Muslim juga percaya Islam sahaja jalannya terselamat dari api neraka. Kita akan berdiskusi dengan matang & rasional. Doakan..
“Setiap umatku akan diampuni kecuali orang yang melakukan jahr. Di antara bentuk melakukan jahr adalah seseorang di malam hari melakukan maksiat, namun di pagi harinya –padahal telah Allah tutupi-, ia sendiri yang bercerita, “Wahai fulan, aku semalam telah melakukan maksiat ini dan itu.” Padahal semalam Allah telah tutupi maksiat yang ia lakukan, namun di pagi harinya ia sendiri yang membuka ‘aib-‘aibnya yang telah Allah tutup.”
[HR Bukhari No. 6069]
Best tak? Dia boleh buka cerita dan dia juga boleh buat keputusan tutup cerita.

Siapa nak sambung cerita, dia sudah tak mahu cerita.

Dia risau kalau sambung cerita, akan jadi polemik tapi waktu dia bikin cerita tak terfikir ke dia yang dia mencipta polemik?

Ataupun sebenarnya dia sahaja boleh cipta polemik orang lain tak boleh?

Selepas ‘test water’ lepas tu tutup cerita. Tunggu bikin cerita baru? Siapa sambung cerita auto jadi rasis gitu? Dia bikin cerita tak jadi rasis ke?

Ngeh Koo Ham & Ngar Kor Ming. Bukan sehari dua kenal nama dua individu ini..
Penyelamat di masa fitnah
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
[Ulangtahun MRM Ke-10]

Tanpa disedari, 5hb Februari 2024 genaplah usia 10 tahun Multiracial Reverted Muslims (MRM).

Umur 10 tahun, masih sekolah rendah lagi. Begitu juga usia MRM dalam arena dakwah.

Tanpa izin Allah dan bantuan dariNya yang disalurkan menerusi sahabat semua, kami di Multiracial Reverted Muslims (MRM) tidak akan mampu melangkah selama dan sejauh ini.

Alhamdulilah... Allahuakbar!

Sila tonton video khas yang telah kami hasilkan buat sahabat semua. Sila komen dan tekan butang ‘share’ kepada sahabat anda.

Teruskan menyokong dan mendoakan kami di MRM.
“Buat apa ni bang? Saya nak join boleh?”

Shah, seorang penunggang Foodpanda berhenti di tepi jalan bertanya kepada Bro @adamtan11

“Bang, buat apa tu? Saya nak join boleh?”

Adam mengajaknya untuk masuk ke dalam untuk berbincang.

Shah terus membawa motorsikalnya masuk dan berbincang dengan Adam. Kemudian dia mengambil beberapa risalah tetapi apabila Adam memberitahu kepada dia untuk ambik lebih banyak, dia tambah lagi risalah di tangannya.

Shah juga mahu berdakwah sebagai penunggang Foodpanda. Street Dakwah bersambung selepas cuti Ahad lepas bersempena dengan Tahun Baru Cina.

Mahu turut sama berdakwah bersama kami atau dapatkan risalah percuma? Hubungi kami wasap.my/601110500414
Awas petanda begini.
Agenda Freemason sering dibincangkan & masyarakat ditakut-takutkan akan bahayanya Freemason. Barangkali kebimbangan itu berasas.

Namun pada masa yang sama, perkara yang mungkin sama atau mungkin lebih bahaya jarang dibincangkan dan elak dibincangkan. Sesiapa yang membincangkan juga perlu bersedia berhadapan dengan cacimaki & serangan bertalu-talu termasuklah serangan peribadi.

Apa dia?

FREEMAKSUM

Apa tu freemaksum? Freemason pernahlah juga dengar, freemaksum?

Freemaksum ini ialah apabila individu atau kelompok dimaksumkan secara 'percuma' oleh masyarakat yang lahir dari ketaasuban pada populariti, kepetahan, kecantikan/ketampanan, kebaikan dan pelbagai lagi sebab lain yang ditonjolkan di medsos.
Kita tidak tahu apakah individu atau kelompok yang dimaksumkan itu berniat mahu dimaksumkan atau tidak dan itu kita serahkan urusan mereka kepada Allah.

Masyarakat yang memaksumkan individu/kelompok tertentu pula sanggup bermati-matian memuji secara melampau walaupun mereka menafikan, mempertahankan tokok individu atau kumpulan sehingga sanggup mencaci maki mana-mana pihak yang mengkritik mereka manakala tokoh individu/kumpulan itu hanya perlu berdiam diri melihat pendokong freemaksum mempertahankan mereka.

Apakah ciri-ciri ahli freemaksum ini?

a) Ahli 'freemaksum' cepat melenting sehingga sanggup mencaci maki & menghina pihak lain apabila tokoh/kumpulan dikritik

b) Ahli 'freemaksum' akan mudah membuat kesimpulan apabila yang mengkritik tokoh/kumpulan adalah orang yang mereka memang tidak suka atau bermusuh

c) Ahli 'freemaksum' akan mudah mensucikan tokoh/kumpulan apabila adanya suatu tuduhan terhadap tokoh/kumpulan yang mereka maksumkan walaupun mereka berkemungkinan besar tidak tahu A-Z

d) Ahli 'freemaksum' akan sangat istiqomah mempertahankan tokoh/kumpulan yang mereka maksumkan siang dan malam di medsos & menyerang mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengannya

e) Ahli 'freemaksum' akan terus bermudah-mudahan menuduh orang lain memfitnah tokoh/kumpulan yang mereka maksumkan tanpa mereka sendiri siasat sendiri dengan alasan seperti,

"dia tu baik, popular, keturunan sekian-sekian, ada kelayakan sekian-sekian, takkan dia nak buat/cakap macam tu?"

Apa yang diungkapkan di atas hanyalah andai & sangkaan ahli 'freemaksum' yang emosional tanpa sebarang sandara bukti.

f) Apabila diminta membuktikan andai mereka seperti di atas, ahli 'freemaksum' kebiasaannya akan menjawab;

"Awak carilah sendiri. Saya tahulah. Siapa nak atau tak nak percaya, sudah. Nak bukti cari sendiri."

Adakah masyarakat kita tanpa sedar atau dengan sedarnya telah menjadi ahli 'freemaksum' dengan memaksumkan mana-mana individu/kumpulan?

Kita mungkin ingin menafikan kita tidak memaksumkan sesiapa tetapi tepuk dada, tanyalah iman adakah kita mempunyai ciri-ciri sebegitu?

Sebagaimana masyarakat kita didedahkan dengan bahaya freemason, kita juga perlu meningkatkan kesedaran masyarakat kita tentang gejala 'freemaksum' ini.

Yang maksum hanyalah Muhammad Bin Abdullah , Baginda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam.
Pernah seseorang meminta bantuan saya dalam kes yang dikendalikan.

Seperti biasa, saya akan soal bertalu talu bagi memastikan setiap perkara yang dibangkitkan adalah fakta dengan bukti yang jelas.

Dia gagal memberikan saya bukti untuk menyakinkan saya. Namun dia tetap nak minta saya bantu.

Saya enggan. Dia terus merayu untuk saya bantu. Dia minta nasihat apa yang perlu dia buat. Saya berikan beberapa nasihat kepadanya.

Dia angguk tanda faham, setuju dengan nasihat saya & bagitau akan ikut nasihat itu.

Saya masih enggan terlibat dalam kes itu. No evidences no talk. Saya hanya percaya pada bukti bukan airmata atau tuturkata.

Keesokan harinya, semua nasihat saya yang dia setuju malam sebelumnya, dia buat sebaliknya. Apa yang saya suruh dia jangan buat dan dia setuju, dia pergi buat juga.

Kini dia berhadapan dengan tindakan undang-undang & jikalau tiada keajaiban berlaku, dia akan kalah.

Saya tidak kisah membantu sesiapapun tetapi jikalau individu itu bersikap individualistik, tidak suka kerja sebagai pasukan, gilakan perhatian & populariti & tidak boleh ikut strategi & keputusan pasukan, maka saya tidak akan terlibat langsung.

Biar tersilap melepaskan seseorang dari tersilap menghukum seseorang.

Saya tak peduli siapa pun mereka. Bukti bukti bukti. Itu yang Islam ajarkan kepada saya.

Setakat sembang pong pang pong pang, petah bercakap, muka manis, jual airmata, maaf saya tak makan semua tu.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ridhuan Tee x Firdaus Wong, lebih Melayu dari Melayu?
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sabar je la walaupun jelas pemain lawan nak sepak kaki bukan nak ambil bola..
Jom amal..
Ini adalah genos!d. 🇮🇱diberikan lesen oleh 🇺🇸 & sekutunya untuk melakukan genos!d.

Penyokong tindakan🇮🇱 di Malaysia 2x5.
Adakah saya perlu menangis atau ketawa?

Kesamarataan jantina tetapi lelaki lari 10km manakala wanita 5km?

Gagal matematik?
Siapa di Melaka, jom jumpa di Stadium Hang Jebat..
In Sha Allah pukul 9.00 malam ini bersama Bro Zamri Vinoth & sahabat saya dari Indonesia, Dondy Tan di saluran YouTube saya

https://youtube.com/@FirdausWongWaiHungOfficial
Saya baru dihubungi Insp Souffi dari IPD Brickfields.

Saya akan memberikan kerjasama kepada pihak PDRM sebagai pemilik The Merdeka Times yang melaporkan kenyataan Prof. Datuk Dr Teo Kok Seong sehingga Teresa Kok melabel kenyataan Prof. Datuk Dr. Teo sebagai hasutan & rasis.

Saya & The Merdeka Times akan mempertahankan kenyataan Prof. Datuk Dr. Teo yang merupakan fakta.

Cina Muslim mempertahankan Cina Belum Muslim. Di mana rasisnya.

Majoriti ahli politik Melayu masih belum bersuara mempertahankan kenyataan Prof. Datuk Dr. Teo & ini sangat mengecewakan!

Seorang ahli akademik berbangsa Cina belum Muslim mempertahankan Perlembagaan Persekutuan & Rukun Negara tetapi ahli politik Melayu Muslim takut mempertahankannya?

Kerana apa? Kerana takut hilang undi? Takut hilang kerusi?

Saya akan memberi kenyataan kepada pihak PDRM minggu depan, In Sha Allah.. Berani kerana benar!
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Muallaf Cina & India menjilat Melayu?

Respon kepada individu bernama Thaqib
image_2024-03-11_11-46-32.png
1017.2 KB
Eksekutif Dakwah Senior MRM, Bro Adam Tan bakal berentap dalam pentas akhir Asatizah ZAYAN sebentar lagi.

Apa jua keputusan, ianya ada satu pencapaian bagi Adam yang baru memeluk Islam 4 tahun yang lalu.

Sebelum memeluk Islam, beliau telah hadir untuk perbincangan sehinggalah beliau memeluk Islam dan seterusnya ditawarkan untuk bekerja di MRM.

Pemilik 'Degree' dalam Psikologi serta penerima Anugerah Dekan UPSI, saya boleh menyatakan bahawa Bro Adam adalah seorang individu yang mudah diajar kerana kesanggupannya belajar selain beliau merupakan seorang 'fast learner'.

Kepada para penyumbang MRM, sumbangan bulanan anda itulah yang membolehkan kami fokus kepada usaha dakwah dan melatih pendakwah seperti Bro Adam Tan. Semoga sumbangan anda itu diterima oleh Allah & diganjari olehNya dengan sesuatu yang lebih baik. Allahuma Ameen

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Live Pentas Akhir Asatizah Zayan : https://www.facebook.com/zayan.my/videos/1248560576101247
2024/09/28 19:22:31
Back to Top
HTML Embed Code: