Telegram Web Link
Selesai memberikan keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sebagai saksi untuk laporan media berbahasa Cina serta komentar Islamfobia dari warganet.

Pembongkaran & kesedaran perlu dilakukan di media sosial akan laporan serta komentar Islamofobia tetapi laporan polis juga perlu dilakukan agar pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan.

Kes disiasat di bawah akta 298A Kanun Keseksaan. Saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia bagi mempertahankan Rukun Negara. Saya percaya saya tidak keseorangan dalam perjuangan ini.
‘Healing’ bersama Merdeka Motorhome

Dahulu saya ada impian untuk mengembara dalam ‘motorhome’. Best tengok dalam filem. Takde la nak berangan nak bawa dari Malaysia sehingga luar negara. Sekadar nak ‘travel’ dalam Malaysia je.

Cuti cuti Malaysia..

Saya percaya ramai juga nak merasa ‘travel’ & tidur dalam ‘motorhome’. Sewa kereta dapat ‘hotel’ atau hotel bergerak.

Bayangkan pandu ‘motorhome’ bersama isteri & anak-anak, sampai di dalam hutan atau tepi pantai. Melayan bunyi ombak atau kicauan burung.

Selesai bermain di pantai atau sungai, boleh mandi dalam ‘motorhome’. Ada meja makan.

Bila malam, kusyen jadi ‘transformer’, bertukar menjadi katil. Nak tengok TV boleh, ada peti sejuk, kipas & aircond menemani malam.

Ada harga promosi sekarang.. Harga pasaran antara RM650-900 tetapi sekarang hanya RM550 satu malam sahaja! Tempah sekarang dengan hubungi wasap.my/601133002380

*Ini satu lagi inisiatif peribadi saya selepas The Merdeka Times
SS Mufti Pulau Pinang hanya menegur & memberi pandangan beliau sebagai agamawan. Tiada keperluan untuk beliau meminta maaf kepada sesiapa di atas teguran & nasihatnya.

Semua pihak perlu bermuhasabah..
Pejuang hak asasi manusia?

Ya, mereka pejuang hak asasi manusia & berlagak merekalah penentu kayu ukur apa itu hak asasi manusia & kemodenan, HANYA apabila ianya sesuai dengan agenda mereka.
Kekuar dari tandas;

“Ustaz, ustaz, tu kereta Ustaz kan?”

Dalam hati, saya kan bukan ustaz. Ish ish..

“Ah, tu kereta saya tu.”

Ahli Persatuan Campervan Malaysia menjawab;

“Ah, sebab kami tau ni kereta ustaz. Tu bila sampai, kami bagitau ustaz masuk tandas minta mereka tunggu sekejap.”

Hahaha.. Macam tu pula..

En. Hanizam & keluarga yang menyewa Nomad II memilih untuk datang ke Campervan Part, Port Dickson semalam. Mereka enam sekeluarga bermalam di dalam Nomad II.

Kami sempat berborak-borak pagi tadi solat Subuh bersama En. Hanizam di depan pantai.

Pengalaman yang sangat menyeronokkan.

*Along dari @karysmamotorhome turut bersama semalam.

Jom.. @merdekamotorhome wasap.my/601133002380
Sesuatu itu benar hanya kerana lemah lembut manakala sesuatu itu salah kerana lebih tegas?

Betulkah cara berfikir begitu?
Kenapa?

Mudah sahaja.

Sebab bapa ayam itu bukan agamawan, bukan pendakwah, bukan berpenampilan agama.

Barangkali juga mungkin pada mata jantan & betina yang komen;

“Stay strong brader”
“Kami di belakang kamu”

Jantan-jantan mungkin mencemburui ‘lifestyle’ bapa ayam manakala betina betina yang menyokongnya pula mendambakan perhatian bapa ayam.

Halal haram? Ahhh, peduli apa mereka.. Jikalau mereka peduli, TIDAK MUNGKIN, ya TIDAK MUNGKIN seorang yang mengaku beriman boleh menyukai & menyokong individu yang melakukan suatu tindakan yang dibenci oleh Allah Subhana Wa Ta’ala.

Respon jantan & betina terhadap isu bapa ayam itu jelas menunjukkan betapa rosaknya masyarakat. Yang haram disokong, yang halal dibenci & ditentang.

Seperkara lagi, seperti hilang sudah ayat; “jangan buka aib dia” kerana yang melakukannya adalah bukan ustaz, bukan agamawan & bukan berpenampilan agama.

Ayat “jangan buka aib dia” hanya terpakai bilamana yang melakukan perkara itu adalah agamawan yang dipuja.
"Sorry, saya tak minat si fulan"
"Eh, saya nak unfollow/unfriend la"

Adakah perlu membuat pengumuman kepada semua orang apabila kita tidak menyukai seseorang atau ingin 'unfollow/unfriend' seseorang?

Cuma persoalannya, masa kita suka pada seseorang atau 'follow/unfriend' seseorang, ada tak kita buat pengumuman yang sama?

Medsos masing-masing maka ianya adalah hak masing-masing tetapi apa yang kita tulis dan kongsi di medsos serba sedikit sebenarnya melambangkan kematangan emosi kita.
2024/09/28 21:27:25
Back to Top
HTML Embed Code: