Telegram Web Link
Sebagai Muslim, saya tidak bersetuju dengan kenyataan dia yang mencadangkan Belum Muslim dilantik dalam jawatankuasa syariah & sebagai Muslim juga saya tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana individu atau kumpulan yang membaling molotov cocktail sehingga membakar tiga buah kereta miliknya.

“two wrongs don't make a right”

Biar polis siasat & jangan buat kesimpulan atau tuduhan siapa yang melakukannya..
Saya tiada masalah media berbahasa Cina melaporkan kenyataan mana-mana pendakwah Islam.

Saya mula akan curiga & tertanya hanya apabila sebuah media berbahasa Cina yang demografik pembacanya berkemungkinan besar adalah berbangsa Cina & juga kebarangkalian yang besar mereka adalah Belum Muslim lebih banyak menerbitkan kenyataan pendakwah Islam berbanding dengan kisah agama yang dianuti majoriti pembacanya.

Saya akan cuba sangka baik, barangkali media Cina nak bantu sebarkan agama Islam untuk difahami bangsa Cina Belum Muslim. Namun, berita yang mereka pilih tidak menampakkan itu tujuan mereka.

Bukan sekali dua, tetapi berkali kali. Hampir saban minggu jikalau bukan sehari dua pasti akan berita tentang kenyataan pendakwah Islam.

Kenapa media Cina tidak menonjolkan lebih banyak artikel tentang agama Kristian, Buddha, Taoism & Hindu?

(Sambungan di ruangan komen)
China Press (中國報)melaporkan makluman Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tentang penutupan operasi perniagaan selama dua jam setiap Jumaat, seperti biasa ianya menjadi ‘open seasons’ untuk warganet Cina!

Cina yang barangkali tidak tinggal di Terengganu & lingkungan mereka mungkin adalah geng geng kiasu rasis, komen macam macam. Dahsyat..

Barangkali mereka ini takde kaitan & tiada pun sebarang perniagaan pun di Kuala Terengganu!

Mereka ini baru sampai di Malaysia ke atau duduk di Malaysia tetapi baru keluar dari gua atau mereka ini Islamofobik?

Orang yang duduk & berniaga di Kuala Terengganu seperti Alex Chan Foo Yew tampil menjelaskan bahawa kedai Belum Muslim buka seperti biasa dan makluman itu hanya melibatkan operasi perniagaan Muslim sahaja!

Unit pemantauan media Cina The Merdeka Times akan terus memantau & membongkar kelompok ini!
“Agama Islam tidak seharusnya wujud. Ianya (Islam) perlu dihapuskan!”

Itu antara komen seorang individu bernama Lee Cent di Sin Chew Daily https://www.facebook.com/share/DxPBTvzGNZ1Pe29A/?mibextid=WC7FNe

Berminat sungguh ya Sin Chew sehingga berita tentang Siti Kasim memeluk ‘teddy bear’ dikongsi dua kali dalam tempoh sejam! Posting lain di page itu sendu, nak dapat 100 likes pun susah tetapi apa sahaja tentang Islam, likes beribu dan komen beratus, majoriti negatif.

Saya ingin melihat samaada individu bernama Lee Cent itu akan dikenakan tindakan atau tidak dengan komennya dan samaada Sin Chew juga akan dikenakan tindakan atau tidak!

Rakyat memerhati..
2024/11/17 11:05:06
Back to Top
HTML Embed Code: