Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
“Saya takkan tukar agama saya dalam 3 minit sahaja”, gadis Jehovah Witnesses dari China..

Sokong dakwah kami

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Saya cadang nak bergambar dengan dia selepas game tetapi dia pula datang minta bergambar dulu sebab dia ada game lain pula selepas tu dan kena bertolak awal.

Beza usia kami 4 tahun sahaja tetapi dia jauh lebih fit dari saya. Lejen bolasepak Malaysia, Hardi Jaafar.

Rutin Ahad, pagi bersama keluarga atau di pejabat, tengahari Street Dakwah di Bukit Bintang, petang friendly di Setia Alam & malam makan malam bersama keluarga.
*HEBAHAN JAWATAN KOSONG*

Jawatan: Pemandu

MRM mencari seorang pemandu, kriteria calon yang dicari adalah seperti berikut;

• Menjaga solat 5 waktu
• Mempunyai sikap yang baik
• Komited dan menepati masa
• Tidak merokok
• Pembersih
• Memastikan kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan yang baik, selamat dan bersih.
• Bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan kenderaan termasuk menjaga kebersihan kereta, servis dan pembaikan kereta.
• Boleh bekerja untuk masa yang panjang, termasuk hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) dan Cuti umum.
• Tiada rekod jenayah
• Kesihatan yang baik
• Mahir selok belok jalan di lembah klang. Tidak bergantung sepenuhnya pada applikasi tunjuk arah seperti Waze.
• Sentiasa mengekalkan “Private and Confidential” dalam segala urusan yang diamanatkan.

*Jika anda berminat dan menepati kriteria yang ditetapkan, sila hantarkan CV ke [email protected], anggaran gaji dan lesen yang dimiliki.*
“Im going to make a very strong claim here. Lets see you will agree or disagree with me.”

Mata pelajar University of Adger Norway tenung tajam kepada saya seolah-oleh sedang bertanya soalan dengan raut wajah mereka;

“What claim you will be making?”

Saya sambung dan berkata;

“From the tip of your hair to your toes, all are ‘MUSLIM’!”

Salah seorang yang paling aktif berinteraksi dengan saya bernama Nina mencelah,

“Do you mean that all of us are Muslim therefore you said that?”

Saya menjawab, “Close but not close enough.”

Lalu saya menyambung;

“You still remember the definition of Islam I shared with you moments ago? Willing submission & obedience to the True God?”

Mereka semua mengangguk. Lalu saya sambung;

(Ruangan komen)
Adakah majoriti manusia peduli tentang fakta & kebenaran atau lebih mengutamakan perasaan & keselesaan.

Agama adalah berdasarkan keyakinan (kebenaran) yang dimanifestasikan dengan amalan bersandarkan fakta bukannya beragama berdasarkan keselesaan dengan menolak mana yang menjadikan kita kurang selesa & berbeza dengan gaya hidup kita.

Fikir-fikirkan.
“Brother Firdaus, here is some money for you!”

Prof. Trond Frestad menghampiri saya sebelum saya memulakan sesi pagi tadi,

“Brother Firdaus, here is some money for you.”

Saya sedikit terkejut kerana bengkel yang kami kendalikan adalah PERCUMA, makanan, minuman hatta Al-Quran terjemahan semuanya adalah PERCUMA. Kami tidak mengenakan bayaran kepada mereka. Saya bertanya kepada Prof. Trond;

“What is this for? We didnt charge for the workshop.”

Prof. Trond membalas;

“Yes I understand that but we appreciate what you have done and please continue your great works.”

Tidak sangka seorang pensyarah universiti dari Norway yang Belum Muslim bukan sahaja menghargai usaha dakwah kami tetapi menyokong usaha kami dengan menyumbang sebanyak RM1,000 serta meminta kami meneruskan usaha dakwah kami. Alhamdulilah.

Sesi hari ini lebih rancak & menarik di mana jumlah soalan yang ditanya 2-3 kali ganda lebih banyak dari semalam selain kualiti soalan yang ditanya.

Sebagai penceramah, sudah pasti saya sangat gembira dengan perkembangan ini kerana ini menandakan mereka memberikan perhatian dengan bertanya soalan yang mencabar.

Prof. Dr Rafidah Hanim juga turut hadir berkongsi topik ‘Gender Roles in Islam’ yang juga menerima begitu banyak soalan PANAS.

Salah seorang pelajar lelaki memberitahu kepada saya;

“I cant wait to get the Quran and read it. I have a lot of Muslim friends in Norway. Hope I will learn something from the Quran.”

Dalam ucapan penutupnya, Prof. Trond bertanya kepada pelajarnya,

“When we get Bro Firdaus to Norway, would you guys want to listen to him again?”

Alamak! Malu gila kalau mereka jawab tak nak. Berdebar dalam hati. Nak sorok mana muka ni.

“Yeahhh, sure”

Pelajar menjawab tanpa berfikir panjang sambil mata terbuka besar dan mengangguk angguk kepala mereka. Fuhhh.. Lega sikit..

Sebelum berpisah, Prof. Trond masuk ke bilik pejabat saya memaklumkan dia akan usahakan secepat & sebaik mungkin jemputan rasmi untuk saya ke University of Agder. Lalu saya bergurau dengannya,

“Not during this time of the year. I would love to experience snow but not 6 feet snow as high as you.”

Hahahahaha.. Kami ketawa bersama lalu beliau menjawab;

“No no no. The best time will be September or October.”

In Sha Allah doakanlah agar kami diberikan kesempatan untuk menyebarkan dakwah di bumi Norway pula.

Prof. Trond sebagai Belum Muslim memberikan sumbangan untuk menyokong dakwah kami, sahabat juga boleh menyokong dakwah kami;

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Terima kasih Prof. Trond & pelajar dari University of Agder, Norway..
2024/11/17 08:39:01
Back to Top
HTML Embed Code: