Telegram Web Link
“Ha, itulah yang saya cari selama ini.”

“Saya enjoy life, minum, mabuk ingat selesai masalah, tapi esok bangun masalah tak selesai tetapi tambah masalah lagi. Sakit kepala sebab mabuk semalam & poket koyak pergi berjoli”, ujar Rudolf memulakan bicara.

“Saya agama Kristian dulu tetapi saya pun tak ikut juga. Hidup saya kerja, kerja, kerja sahaja. Saya ingat ada duit saya akan happy tapi happy saya sekejap sahaja. Kalau bisnes takde, duit tak masuk, saya lagi stress.”, Rudolf menyambung kisahnya.

Lalu saya bertanya; “Setuju kalau saya kata masa tu, Rudolf rasa jiwa kosong walaupun ada duit, Rudolf merasakan diri macam satu kapal laut di tengah lautan terapung tanpa destinasi sedangkan Rudolf nampak kapal lain terus berlayar menuju destinasi. Bukannya Rudolf tak nak belayar tetapi Rudolf tanya diri, ‘kalau aku nak berlayar, apa destinasi aku?’”

“Ah, itulah yang saya rasa masa tu. Sebiji macam you kata tadi.”, Rudolf membalas.

“Jadi apa sebenarnya keindahan Islam yang akhirnya menambat hati Rudolf?”, saya cuba menyelami punca dia tertarik dengan Islam.

Sambil matanya melihat kepada lagenda bolasepak Selangor, MPPJ & Malaysia, Azrin Syah Zainal atau lebih dikenali sebagai Ayin, Rudolf membalas;

“Masa bisnes tak jalan, duit takde, saya stress Bro. Memang stress. Tapi Ayin dan partner Melayu I yang lain, mereka pun sama bisnes tak jalan tapi hidup mereka tenang, happy, tak stress macam saya walaupun mereka ini ada anak bini. Saya single Bro!”

Saya tanya kat mereka mengapa korang relax je tak stress macam aku, dia jawab mereka yakin rezeki pada Allah, mungkin rezeki kita bukan pada duit tapi Allah bagi rezeki kesihatan, masa & lain lain rezeki. Solat menenangkan, mereka jawab.”

Saya mengangguk tanda mendengar dan bertanya setelah melihat airmata jantannya sedikit bergenang;

“Masa tu Rudolf rasa jealous dan terasa mahu ketenangan seperti mereka, betul?”

Rudolf segera membalas;

“Ha, itulah yang saya cari selama ini.”

Tidak lama selepas itu, Rudolf mengucapkan dua kalimah syahadah sambil disaksikan sahabat baiknya, Ayin dan kami berpelukan selepas selesai mengucapkan syahadah. Beliau memilih nama Rafik Rudolf.

Saya bertanya kepada Rafik; “Rafik tadi kata nak ketenangan macam mereka kan?”

Rafik menjawab; “A’ah”

“Kami akan ajar cara wudhu dan solat selepas ni. Rafik akan rasa ketenangannya terutamanya sewaktu sujud. Rafik akan terasa dunia ini kosong, hanya Rafik dan Allah sahaja berkomunikasi sahaja.”, sambung saya.

“Bagaimana ketenangan tu?” Rafik cuba nak tahu.

“Sukar untuk digambarkan dengan perkataan bagaimana ketenangan tu. Is beyond words! You have to do it to really feel it!”

Seusai solat Asar, saya bertanya kepada Rafik bagaimana ketenangan semasa sujud, dia menjawab;

“Macam Bro sebut, is beyond words. Tiada perkataan boleh mengambarkan ketenangan masa sujud tadi.”

Selamat pulang ke agama fitrahmu, Rafik Rudolf. Jikalau anda mempunyai sahabat yang mahu mengenali atau memeluk Islam, sila hubungi kami di wasap.my/601110500414

Sokong usaha dakwah kami:

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Syarikat atau organisasi akan terus berfungsi tanpa kehadiran ‘interns’ dan mereka TIDAK MEMERLUKAN ‘interns’ untuk terus beroperasi.
Sesuatu yang pelajar-pelajar di luar perlu fahami. Tidak salah menuntut hak tetapi ada adab & akhlaknya selain undang-undang.

Syarikat atau organisasi akan terus berfungsi tanpa kehadiran ‘interns’ dan mereka TIDAK MEMERLUKAN ‘interns’ untuk terus beroperasi.

Ada subjek yang mewajibkan pelajar melalui ‘internship’ & ‘Interns’ tidak dapat menamatkan pengajian melainkan melalui ‘internship’ yang bermaksud mereka MEMERLUKAN syarikat atau organisasi menerima mereka.

Anda mahu berjuang tentang gaji minimum, elaun minimum untuk ‘interns’ tetapi perlu difahami anda MEMERLUKAN syarikat bukan syarikat memerlukan anda.

Anda memohon ‘internship’ kerana mahu belajar yang seterusnya syarikat perlu mengajar anda. Apabila anda masuk ke kolej atau universiti untuk belajar, anda membayar yuran pengajian, betul?

Kenapa anda membayar yuran pengajian kepada kolej atau universiti? Kerana anda yang mahu belajar. Kolej & universiti tidak memaksa anda untuk belajar. Nak belajar, bayarlah yuran. Prinsip yang mudah.

Semasa ‘internship’, anda sedang belajar dan diajar oleh profesional yang berpengalaman. Anda tidak membayar yuran untuk belajar di dunia sebenar tetapi mendapat elaun kerana belajar?

Memang ada syarikat yang ambil kesempatan dan tidak dinafikan tetapi para pelajar juga perlu faham anda MEMERLUKAN syarikat untuk ‘internship’ & they DONT NEED YOU!

Saya sanggup kerja secara percuma & lebih masa di awal karier semata-mata untuk belajar dari mereka yang lebih berpengalaman. Mana-mana ahli politik yang cuba menangguk di air yang keruh dan nak jadi hero mewajibkan elaun minimum seperti gaji minimum sebanyak RM1,500, maka akan timbul persoalan pada majoriti majikan;

“Kenapa saya perlu bayar RM1,500 kepada mereka yang belum grad, belum terbukti, kerja sementara sedangkan saya boleh ambil mereka yang sudah bekerja & mempunyai sedikit pengalaman?”

Jangan salahkan majikan apabila jikalau elaun minimum ditetapkan maka banyak syarikat tidak akan membuka peluang ‘internship’ kepada pelajar.

Anda boleh tidak bersetuju tetapi bagi saya yang pernah menjadi pekerja & majikan, majoriti sahabat yang menjadi majikan atau dalam bidang pengurusan mengatakan perkara yang sama tentang budak zaman sekarang;

“Majoriti self-entitled, gaji nak tinggi kualiti, disiplin & komitmen kerja rendah serta mudah merajuk. Marah sikit merajuk, nak resign. Majikan kerap dibodohkan dan mereka je yang pandai tetapi pandai-pandai mereka tak jadi majikan hanya pandai complain.”

Buktikan apa yang majoriti majikan cakap ini adalah salah. Adik-adik semua kena ingat, majoriti majikan sebelum panggil interview apatahlagi nak ambil seseorang pekerja akan ‘stalk’ medsos bakal calon.

Di Multiracial Reverted Muslims - MRM & di The Merdeka Times, semua kebajikan ‘interns’ dijaga dengan baik dan dibayar elaun.

Kerapkali lunch percuma di office, adakalanya dinner juga percuma.

Elaun masuk on time kadangkala dapat duit poket atau hadiah dari bos. Dapat belajar secara praktikal & duduk dalam perbincangan bersama figura agamawan dan politik serta tokoh korporat.

Ada yang mempunyai sikap & disiplin yang bagus terus ditawarkan jawatan sebelum tamat ‘internship’.

Nak apply ‘internship’ di;

Multiracial Reverted Muslims (MRM)
[email protected]

The Merdeka Times (TMT)
[email protected]
Live forum “Kita Anak Malaysia” dari Dewan Sarjana Fakulti Pengajian Islam UKM.

Bro Firdaus Wong & Adam Corrie Lee

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=287393187003388&id=100044182431632
Apabila yang membunuh dan melakukan keganasan bukannya Muslim, maka media barat (hatta di Malaysia) akan balut dengan perkataan-perkataan positif & cantik.

Andai ianya dilakukan Muslim, segala perkataan negatif akan menjadi tajuk utama..
Ahmad Yasin (bercermin mata), 17 tahun bersama 4 adik beradiknya turut serta dalam Street Dakwah MRM di Bukit Bintang.

Dia berjanji dengan saya In Sha Allah dia akan bawa kesemua 8 adik beradiknya untuk turut serta dalam Street Dakwah.

Yasin menghadiri Kursus Metodologi Dakwah (KMD) pada tahun lepas dan semenjak itu sangat aktif bergiat bersama MRM. Anda mahu menyertai KMD MRM & menyertai Street Dakwah kami?

Sila hubungi bahagian dakwah di wasap.my/601110500414 untuk maklumat lanjut.
[Ebit Lew & Mondy Tattoo]

Ramai yang meminta saya untuk komen tentang isu terbaru melibatkan Ebit Lew dan influencer dari Indonesia bernama Mondy Tattoo.

Bagi yang telah mengikuti saya di medsos untuk suatu tempoh yang lama pasti akan tahu saya tidak pernah komen atau tulis tentang gerak kerja Ebit dan mana-mana pendakwah secara spesifik.

Sahabat-sahabat tidak pernah nampak saya mengulas secara terbuka tentang saudaraku Ebit bagi bantuan serta mengIslamkan orang yang telah Islam di Sabah yang mencetuskan kontroversi semasa COVID19.

Sahabat-sahabat juga tidak pernah nampak saya mengulas tentang isunya dengan Caprice secara mendalam melainkan saya pernah buat satu atau dua status/live IG tentang isu itu.

Saya juga tidak mengulas tentang dakwaan Caprice menepis tangannya dan Ebit tidak nampak Nadir duduk sebelah di Gaza serta isu Ebit mencabar Nadir bentangkan laporan audit.

Malahan mungkin ramai tidak tahu, saya pernah menulis di Facebook pada 2019 memuji Ebit (Gambar atas) berdasarkan apa yang ditonjolkan di media sosial. Saya tidak pernah mengenali beliau secara personal apatahlagi secara mendalam.

Saya berpegang kepada prinsip jikalau saya tidak mengenali seseorang secara mendalam, saya mengelakkan diri untuk memuji atau mengkritik secara tuntas. Saya hanya menilai berdasarkan yang zahir & bukti-bukti nyata bukan berdasarkan kata-kata orang semata-mata.

Saya mendoakan kebaikan untuk Ebit dan malahan mungkin ramai tidak tahu, 6 Oktober tahun lepas semasa saya berada di Domestic Golden Lounge KLIA (flight ditaja oleh Petronas) menanti penerbangan ke Bintulu untuk program bersama Petronas, saya ternampak saudaraku Ebit melangkah masuk dan saya segera berjalan menuju beliau dan menghulurkan tangan serta memberikan salam kepada beliau dan juga PA-nya, Azizul.

Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus boleh menjadi saksi kerana beliau juga ada di lokasi. Kita mungkin dan boleh berbeza tentang isu lain tetapi itu tidak bermakna kita kena bermusuh dan membenci satu sama lain. Saya diajar untuk bersikap objektif dalam segala perkara.

Saya hanya membantu mangsa yang memerlukan bantuan dari kami dan sebagai Muslim saya membantu yang dizalimi dan menzalimi sebagaimana hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam tetapi itu tidak bermaksud saya MESTI MEMUSUHI apatahlagi mendoakan kebinasaan buat saudara seagamaku.

Saya berdoa agar Allah kurniakan keikhlasan kepada kita semua dalam beribadah, berdakwah & membantu orang lain serta semoga Allah menerima segala amalan kita yang ikhlas. Saya juga berdoa agar Allah ampunkan dosa-dosa & kekurangan saya serta sahabat semua.

Saya ingin meminta maaf kepada sahabat-sahabat yang pm & juga ‘mentioned’ saya di ruangan komen yang meminta saya ulas isu ini kerana saya masih mempunyai pendirian yang sama untuk tidak ulas gerak kerja sesiapa secara spesifik.

Kata-kata seorang ulama di zaman Bani Ummayah bernama Ibrahim An-Nakha’i menjadi prinsip saya;

“Aku melihat sesuatu yang aku tidak suka, tidak ada yang menahanku untuk berkomentar dan membicarakannya kecuali kerana aku khuatir aku yang akan ditimpakan masalah yang sama dikemudian hari.”

Semoga nasihat itu tadi bermanfaat buat diri dan sahabat semua. Kita semua akan menjawab di hadapan Padang Mahsyar dan saya ingin memastikan saya ada jawapan yang baik di depan Allah kelak.

*jom buat korban di Afrika. Selain ibadah korban, saudara kita di Afrika juga dapat menjamah daging yang jarang mereka dapat. Klik di sini - https://bit.ly/Ibadah_Qurban_Afrika
*KURSUS METODOLOGI DAKWAH FASA 1 MRM*

Ramai berniat untuk berdakwah tetapi tidak tahu caranya.
Usah risau, kami akan kongsikan caranya. Dakwah adalah jauh lebih mudah dari yang anda sangkakan.

Kenapa? Tak percaya?
Kalau anda tak percaya, daftarlah untuk Kursus Metodologi Dakwah Fasa 1.

• Tarikh: 24 & 25 Jun 2023 (Sabtu & Ahad)
• Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang
• Lokasi: MRM Wangsa Maju
• Yuran: RM48

Anda akan terkejut besar kerana semudah itu sahaja untuk berdakwah. Tunggu apa lagi, daftarlah sekarang di link bawah atau imbas QR kod di poster:-

https://bit.ly/KMD_F1_JUN2023

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 011-1050 0414 (Dakwah MRM)
Bila dah taasub namun menafikannya.. baca caption di bawah..
Semalam TV Alhijrah melaporkan perkembangan perbicaraan gangguan seksual Ebit Lew yang sedang berlangsung di Tenom dari 21-23 Jun dengan tajuk;

“Kes Ebit Lew : Ada sejarah layari laman sesawang lucah dalam telefon bimbit dianalisis polis”

Bila saya melihat di ruangan komen, saya istighfar panjang. Kenapa?

Ada yang mengatakan TVAH jangan buka aib, jangan share benda yang tak pasti, tutup aib orang dan malahan ada wanita yang menjustifikasi melayari laman lucah adalah perkara normal untuk lelaki!

Ya Rabb.. TVAH hanya melaporkan kenyataan saksi pendakwaraya iaitu Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Latifah Abdul Aziz yang memberikan keterangan dan bukannya sangka-sangkaan!

Selepas diserang bertalu-talu, TVAH telah memadamkan posting tersebut.

ASP Latifah seorang yang berotoriti dan memberikan kenyataan berdasarkan siasatan forensik di telefon yang dirampas!

Ada pula yang kata, biarlah mahkamah tentukan. Memanglah mahkamah yang menentukan kerana media hanya melaporkan. Masyarakat masih tidak dapat membezakan apa itu aib & jenayah tetapi adakalanya bukannya tidak diberikan pendedahan perbezaan namun mereka memilih mendengar apa yang mereka suka sahaja.

Bukan tiada orang mengajar apa itu aib tetapi tidak sanggup belajar dan memahami. Bertabahlah wahai pendakwah semua untuk mendidik masyarakat yang taasub.

Tiada seorang yang ditimpa ketaasuban melainkan akalnya didangkalkan untuk berfikir secara rasional & secara objektif serta emosional tidak bertempat.

Semoga Allah jauhkan kita semua dari ketaasuban pada mana-mana individu selain Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam & juga prinsip-prinsip Islam. Allahuma Ameen
[Semua Media Diharamkan Untuk Lapor Kes Mahkamah]

Bermula hari ini, semua media diharamkan untuk melaporkan semua kes di mahkamah seperti bunuh, rasuah, pecah amanah, rogol dan sebagainya.

Media juga dilarang untuk melaporkan sebarang kenyataan ahli politik, perbahasan di Parlimen & bidasan sesama ahli politik. Mesyuarat & perbahasan komuniti dalam rukun tetangga juga dilarang untuk dikongsi dan disebarkan.

Selain itu, masyarakat juga dilarang berkongsi dan mengulas perbahasan agama di mana asatizah mengkritik pendapat satu sama lain.

Ini kerana menurut logik taasuber, semua ini adalah membuka aib dan menyebarkan berita yang tidak pasti. Para penjenayah & ahli politik ada sumbangan mereka dan jangan kerana satu kesalahan mereka maka kita lupakan kebaikan yang pernah mereka buat.

Namun, tiada masalah untuk mana-mana portal hiburan melaporkan selebriti curang, selebriti bergaduh, skandal selebriti, menonjolkan selebriti berpakaian tidak senonoh dan sebagainya kerana menurut logik taasuber, semua itu bukan aib tetapi fakta yang perlu diketahui masyarakat sebagai kesedaran & hiburan.

Kejahilan itu juga suatu aib yang perlu ditutup maka jikalau menurut logik taasuber, maka jangan komen apa-apa menunjukkan kejahilan diri kerana haram menyebarkan aib orang lain apatahlagi membuka aib sendiri.

Sekian logik taasuber.

*Proses mendidik masyarakat tidak taasub adalah satu proses berterusan. Bukan mudah tetapi itulah sunnah dalam berdakwah. Saya mahu mendidik masyarakat jauhi taasub pada sesiapapun, organisasi apa sekalipun baik parti politik, NGo dan sebagainya kecuali kepada Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam dan juga taasub pada prinsip.

Prinsip kebenaran berdiri dengan sendirinya tidak dimiliki secara mutlak oleh mana-mana individu atau organisasi. Para pendakwah, jangan kerana takut dikecam maka kita tidak terus mendidik. TERUSKAN..
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
“Jika Islam agama yang benar, kenapa akhlak Muslim teruk?” Pelancong Israel & Bro Firdaus Wong

#firdauswong #streetdawahmalaysia #streetdakwahmalaysia #streetdawahmrm #multiracialrevertedmuslims #fyp
2024/09/30 17:28:53
Back to Top
HTML Embed Code: