Telegram Web Link
Siapa yang tahu bagaimana dapat berhubung dengan pemilik bangunan ini khususnya lot yang highlighted, sila pm saya.

MRM bercadang menyewa seterusnya menjadikan Islamic Information Centre di Segi Tiga Emas Bukit Bintang. Doakan agar cita-cita ini tercapai. Allahuma Ameen
“I try to look for you for few years and today I meet you face to face!”

“Uncle, this is our pamphlets”, ujar Izzati kepada seorang Uncle Cina dalam lingkungan 70an.

Saya ternampak perbualan mereka lalu berjalan ke sana & setibanya saya di sana, Uncle tu menjawab;

#SAMBUNGAN DI RUANGAN KOMEN
Tiga kanak-kanak dan lima remaja sertai Street Dakwah Multiracial Reverted Muslims - MRM semalam.

Lepas penat memberi pamphlets, mereka duduk berborak sesama mereka. Lelaki pula bertukar-tukar nombor telefon, ‘add’ Discord masing-masing & selepas tu buat Group MRM YOUTH dalam Discord.

Bila dengan remaja ni, kita kena speak their language. Sambil mereka belajar berdakwah, mereka berukhwah sesuai dengan umur mereka.

Anda juga ada anak remaja yang mahu diberikan pendedahan dakwah? Jom hubungi Bro Azim di wasap.my/601110500414

Anak Bro Azim iaitu Bro Hamza adalah senior di kalangan kanak-kanak & remaja walaupun dia baru berusia 6 tahun kerana dia telah menyertai Street Dakwah sejak berusia 2 tahun lagi. Apa macam? 😉
[Balasan Bagi Orang Yang Membuat Fitnah]

Di dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Nur berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”
[Surah al-Nur:19]

Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini, mengatakan ayat ini membawa makna orang-orang yang mendengar berita buruk, kemudian menyampaikan dan menyebarkan berita tersebut. [Lihat: Tafsir al-Quran al-‘Azim (10/195)]

Demikian juga hadith yang diriwayatkan oleh Samurah Bin Jundub R.A, bahawa Nabi SAW telah bersabda:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الَّذِي أَتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَمَنْخِرُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ، فَإِنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الْكَذْبَةَ تَبْلُغُ الآفَاقَ

“Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam ; “Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia”
[Riwayat Ibn Hibban di dalam Sahihnya (655)]

Semoga kita semua tidak menjadi sebahagian dari mereka yang memfitnah dan menyebarkan fitnah serta diberikan kesabaran menghadapi fitnah. Allahuma Ameen

*Petikan dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertajuk; Bahaya Fitnah.
Kenangan di Arafah pada musim Haji 2018 bersama para #duyyufurahman1439

Dalam rombongan kami ada SU Sultan, KSU, CEO, Mufti, KP & Menteri. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Semoga para Hujjaj tahun ini mendapat Haji Mabrur. Allahuma Ameen
Kamu tidak akan sesekali sampai ke destinasi jikalau kamu berhenti & membaling batu pada setiap anjing yang menyalak.
Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn Baaz

We must confront the intellectual onslaught represented in the radio, books, newspapers, magazines and writings which the Muslim communities in our present time have been afflicted with.

The Muslim male and female spend most of their time with such, despite the fact that they contain deadly poison and misleading propagation most of the time.

Therefore confronting this is a very important issue if we want to protect Islaam and the Islamic culture from its conspiracies and evil.

The da`ees and the defenders of Islaam must devote their time in writing beneficial researches, articles, periodicals and give da`wah.

They should respond to different types of cultural attack and expose its defects and clarify its falseness.

The enemies have gathered now and are preparing all their efforts and abilities to establish different organizations and various ways to scheme and plot against the Muslims and deceive them.

Therefore we must counter attack these enemies. We must refute and disapprove of their networks, expose them, and present Islaam as a faith, belief, legal system and a social and moral system.

This should be done in a way that will make the people learn it, through good methods suitable for the age, and with wisdom and good admonition, arguing in a way that is best.

We should use all the methods of the media, according to the resources available and our ability.

The deen of Islaam is a complete deen, which contains all good. It is the source of happiness for all mankind, and helps us in achieving righteous prosperity, sound progression, security, tranquillity and a noble life and victory in this life and in the Hereafter.

Courtesy Of: Islaam.com Source: Words of Advice Regarding Da`wah
Boleh hidup bahagia, kenapa memilih hidup sengsara?

Tiada siapa memaksa kita untuk 'follow' di medsos. Semuanya pilihan kita. Kalau kita suka, kita 'follow' dan baca. Kalau terasa tidak suka dengan apa dibaca, kita boleh 'unfollow'. Tidak perlu menonjolkan sifat kebudak-budakan kita dengan mengumumkan; "saya nak unfollow" sedangkan tiada siapa paksa untuk 'follow' dna barangkali tidak tahupun kewujudan kita.

Tidak perlu kita komen pada pemilik akaun untuk tidak menulis itu atau ini dan menulis apa yang kita mahukan. Mereka pemilik akaun, hak mereka untuk membuat keputusan apa yang nak dikongsi.

Kita boleh menegur atau menasihati jikalau apa yang mereka kongsikan itu bercanggah dengan ajaran Islam atau undang-undang. Tidak perlu memaksa. Kalau kita masih tidak puas hati, maka buat laporan pada pihak berkuasa.

Mereka bertanggungjawab atas apa yang mereka kongsi, kita bertanggungjawab pada apa yang kita komen.

Hidup ini sementara, kalau kita tak suka seseorang di medsos, tekanlah butang 'unfollow' atau lebih senang blok sahaja. Jangan bazirkan masa kita menjadi PEMANTAU SETIA sedangkan diri ini tidak suka akan mereka.

Hanya orang yang kurang bahagia dalam hidup akan sanggup membazirkan masa, tenaga dan mungkin harta untuk menjadi TOP FANS (HATERS). Sibukkan diri dengan mendekatkan diri kepada Allah & cari redha Allah, In Sha Allah kita akan bahagia.

Hanya orang yang kurang bahagia mempunyai begitu banyak masa untuk difokuskan pada orang yang mereka tidak suka. Kesian pada ahli keluarga mereka.

Orang yang kurang bahagia yang akan mencemburui kebahagiaan orang lain dan biasanya mereka ini mempunyai perasaan hasad yang kuat, mereka mahu juga orang lain sengsara dan tidak bahagia seperti mereka.

Kita doakan orang itu bahagia agar dia sibuk dengan kebahagiaan dirinya sehingga tiada masa untuk menganggu kebahagiaan orang lain. Allahuma Ameen

Buat anda yang diganggu TOP FANS begini, tidak perlu dilayan kerana makin dilayan makin mereka suka kerana mereka berjaya menjadikan anda hilang fokus pada kebahagiaan anda.

JUST IGNORE THE BARKING DOGS ... THE LIONS DOESNT TURN AROUND WHEN A SMALL DOG BARKS.
Cinta, cinta, cinta & takut. Apa benda tu tu?

https://vt.tiktok.com/ZSLBCTCkX/
Ini antara yang diterapkan di Al-Khaadem sejak saya menjejakkan kaki pertama kali ke sini pada 2011.

Islam bukan pada perkataan yang kita ungkapkan tetapi pada apa yang kita lakukan. Islam agama yang indah bukan apabila kita bercakap tentangnya sahaja tetapi apabila kita mengamalkannya.

🥰🥰🥰
Sweden mengucapkan Eid Adha kepada Muslim di seluruh dunia dengan membenarkan satu lagi pembakaran Al-Quran di depan Masjid Central Stockholm.

Tiada komuniti agama lain membantu menghentikan pembakaran Al-Quran sebagaimana komuniti Muslim membantu menghentikan pembakaran Taurat di Sweden.

Majoriti Muslim hidup berprinsip & berani memperjuangkan prinsip. Muslim bukan pengecut & tidak akan takut mempertahankan kebenaran walaupun berdepan pelbagai risiko.

Tahu kenapa Muslim berani mempertahankan prinsip kebenaran? Kerana Muslim yakin akan kebenaran Islam.

Muslim tidak mengubah prinsip kerana takut hilang penganut atau pengaruh kerana yang dicari oleh Muslim adalah redha Allah bukan redha manusia. Halal tetap halal & harap tetap haram.

Islam bukan agama nasi campur, pilih mana yang disukai dan tinggalkan mana yang tidak digemari tetapi Islam ialah agama pakej yang diamalkan secara keseluruhan - IN TOTALITY!
Renung-renungkan…
Confession di hari Jumaat..
Saya Bro Bukan Ustaz

“Jangan jadikan gelaran Ustaz/ustazah itu terlalu murah!”

*Penerangan lanjut di ruangan komen
In Sha Allah saya akan berada di Bukit Bintang dari 3pm - 6pm untuk Street Dakwah.

Berminat untuk belajar, dijemput hadir.

Berminat untuk diskusi, pun dijemput dan sangat dialukan.
Abang Azharuddin sanggup naik MRT dari Seri Kembangan ke Bukit Bintang semata-mata ingin merasai & memberikan sokongan kepada usaha Street Dakwah kami.

Beliau hadir selepas melihat posting saya sebelum ini bahawa saya akan turut sama dalam Street Dakwah petang ini.

Beliau mengalami kemalangan 8 tahun lepas dan menjadi OKU tetapi kehadirannya memberikan semangat tambahan kepada kami. Ini kali pertama beliau menyertai kami dan berjanji akan turut sama pada masa hadapan.

Kami mendoakan agar Allah kurniakan kesembuhan buat Abang Azharuddin. Allahuma Ameen
Tierry berasal dari Perancis. Dari seorang ateis kepada bukan ateis.

Nantikan video perbualan antara saya dengan Tierry di Bukit Bintang pada minggu hadapan.
2024/09/30 19:28:19
Back to Top
HTML Embed Code: