Telegram Web Link
Permohonan Judicial Review Loh Siew Hong ditolak mahkamah.

Tiga anak Muhammad Nagahswaran kekal status beragama Islam!

Tahniah MAIPs & barisan peguam.
Inilah barisan peguam dari Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia dalam kes ‘judicial review’ Loh Siew Hong yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekaligus mengekalkan status agama Islam tiga anak Muhammad Nagahswaran.

Tahniah (dari kanan) Hariz Yusof, Danial Farhan, Aidil Khalid, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Hanif Katri, Farah serta Atiqah.
Siapa Tuhan yang sebenar di dalam Bible menurut kata-kata Yesus di dalam Yohanes Bab 17 Ayat 3;

"Inilah hidup yang kekal, yaitu supaya mereka itu mengenal Engkau, Allah yang Esa dan benar, dan Yesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu."
(Terjemahan Lama (TL) 1954)

"Inilah hidup kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Kristus Yesus yang telah Engkau utus."
(Teks Alkitab Terjemahan Baru Indonesia (c) LAI 1974)

Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), ESA bermaksud TUNGGAL. Di dalam KBBI ditulis ESA bermaksud bermaksud SATU-SATUNYA dan tidak dijumpai ESA bermaksud tritunggal.

Yesus juga bersabda dalam Matius Bab 4 Ayat 10,

Lalu kata Yesus kepadanya, "Nyahlah engkau dari sini, hai Iblis, karena telah tersurat: Hendaklah engkau menyembah Allah Tuhanmu, dan beribadat hanya kepada-Nya sahaja."
(Terjemahan Lama (TL) 1954)

Maka berkatalah Yesus kepadanya: "Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!"
(Teks Alkitab Terjemahan Baru Indonesia (c) LAI 1974)

Yesus menyatakan telah tertulis untuk MENYEMBAH ALLAH SAHAJA bukannya menyembah makhluk selain ALLAH.

Jom sembah ALLAH SAHAJA...
Tengahari tadi saya dan beberapa sahabat dari MRM menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri SALIHIN (Chartered Accountants).

Akaun Multiracial Reverted Muslims - MRM diaudit oleh Salihin sejak 2015 sehingga kini. Kami di MRM sangat bangga melihat sebuah firma akaun yang diasaskan seorang Muslim dan majoriti pekerja Muslim berkembang menjadi sebuah syarikat perunding audit, cukai & perakaunan tempatan terbesar di Malaysia.

Semoga Salihin terus maju jaya. Allahuma Ameen
Saya dihubungi pensyarah sebuah universiti. Beliau memberitahu bagaimana mereka suka dan tertarik dengan metodologi saya berdakwah.

Maka oleh itu mereka (pihak universiti) mahu melantik saya sebagai penasihat industri bagi Sarjana Usuluddin (Perbandingan Agama) universiti tersebut.

Awalnya saya menolak kerana beranggapan saya tidak layak dan juga ramai lagi di luar yang jauh berpengalaman dan hebat. Bukan jual mahal tapi itu realitinya.

Pensyarah bersetuju dengan kenyataan saya tetapi cuba menyakinkan saya bahawa mereka telah berbincang dan tetap mahu menjadi penasihat pakar.

Saya bagitau, jikalau begitu saya akan usaha bantu apa yang mampu. Tidak timbul isu bayaran dan sebagainya kerana bagi saya, saya hanya mahu menyumbang sekadar yang mampu untuk melahirkan lebih ramai pendakwah.

Pensyarah menzahirkan rasa syukur kerana saya sudi menerima jemputan dan lantikan mereka. Selepas itu beliau bertanya;

“Bro ada Degree kan?”

Saya kata takde.

“Ok takpe. Kalau macam tu mesti ada diploma kan?” Balasnya.

Saya jawab; “Maaf, itupun takde. Saya ni kelulusan SPM je tuan.”

Dia menjawab; “Ohhh.. Memang SPM je eh? Diploma memang takde eh?”

“Maaf tuan, memang takde. Saya SPM je”

Pensyarah tersebut menjawab; “Minta maaf Bro. Kalau begitu kami tak boleh melantik Bro kerana syarat mesti ada Degree atau Diploma”

Saya jawab; “Tak mengapa. Saya ok je. Takde masalah. Kalau tuan nak penasihat pakar bidang ini dan mesti ada kelayakan Degree, mungkin saya boleh cadangkan beberapa sahabat saya yang jauh lebih hebat dan bagus berbanding dengan saya”

Pensyarah membalas; “Alhamdulilah kalau begitu. Bro share nama dan contact mereka dengan saya ya nanti”

Saya jawab; “In Sha Allah nanti saya share ya. Cuma ada soalan nak tanya. Macam tuan sebut tadi pihak universiti nak lantik saya menjadi penasihat pakar selepas berbincang serta berdasarkan apa yang kalian nampak telah saya lakukan di lapangan tanpa mengetahui kelayakan akademik saya kan?”

“Ya betul Bro”, jawab pensyarah tu.

“Kalau keputusan nak lantik saya adalah berdasarkan apa yang kalian telah lihat apa yang saya lakukan tanpa mengetahui kelayakan akademik saya, kenapa bila nak dilantik kena tengok kelayakan akademik ya sedangkan keputusan nak lantik kerana pencapaian dan pengalaman saya bukan kerana akademik saya?”

Pensyarah balas; “Itulah. Saya pun tak tahu nak jawab camne. Nanti saya bawa isu ni kepada pihak pengurusan.”

Saya kata “Takpe. Is ok.. saya cuma musykil sahaja. Takde marah.. saya ok je. Hanya nak menyumbang. Takpe la, nanti kalau ada apa apa saya boleh bantu di belakang tabir bagitau la ya.”

Alhamdulilah sebulan kemudian seorang sahabat saya dilantik sebagai penasihat pakar mereka. Saya tumpang gembira di atas pelantikan beliau dan mendoakan kejayaan buat beliau dan juga universiti itu.

Tahun sebelum itu, Saya dilantik sebagai Panel Penilai Sijil Kemahiran Malaysia - Dakwah oleh Kementerian Sumber Manusia tanpa mereka bertanyakan kelayakan akademik saya. Sekali lagi mereka tegaskan, ilmu dan pengalaman saya yang mereka mahukan. Ok fine.

Beberapa bulan kemudian, sebuah lagi universiti di utara menghubungi saya dan berminat melantik saya sebagai Penasihat Industri Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dengan Komunikasi.

Sebelum berbincang lanjut, saya terusnya nyatakan bahawa saya ini hanya ada SPM takde sebarang degree atau diploma. Tak nak membazir masa mereka dan saya.

Terus pensyarah universiti di utara ini menjawab;

“Takde masalah Bro. Kami ok je. Sebab utama kami memilih Bro kerana pencapaian dan pengalaman bro bukan kerana akademik. Yang kami mahukan adalah ilmu dan pengalaman praktikal Bro untuk pelajar kami.”

Tiada langsung perbincangan tentang bayaran. Saya hanya mahu menyumbang. Saya berbesar hati menerima tawaran mereka itu.

Sedikit sebanyak pengalaman (panjang juga menulis ni) dikongsikan dengan sahabat semua. Sahabat-sahabat ada pengalaman lebih kurang sama?
Belajar setinggi yang boleh.. Akademik penting tetapi jangan jadikan kekurangan akademik untuk kita berhenti belajar dan mengejar impian..
Tidak salah bergembira melihat @cristiano sujud syukur selepas menjaringkan gol kemenangan pasukannya semalam selain mendoakan agar Allah bukan sahaja mengurniakan hidayah buatnya tetapi kepada semua orang.

Namun jangan terlupa pula kita untuk senantiasa sujud serta bersyukur pada Allah di atas segala nikmat dariNya.

Dialah Tuhan Yang Maha Esa yang layak disembah…
Bila duduk dengan peguam hebat & berpengalaman seperti Datuk Zainul Rijal, Tuan Haniff Katri & Malcom Fernandez, kita banyak mendengar dan belajar je la.

Nak jadi lawyer tak mampu bukan bermakna tak boleh belajar selok belok undang-undang.. Nasib baik dah belajar serba sedikit terms undang-undang so bila mereka guna technical jargon takde la terkebil kebil sangat..

Alhamdulilah..
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Terlalu ramai orang dm/pm saya video ini meminta saya untuk membantu.

Kami sedang usaha dapatkan info. Siapa yang ada info tentang kes ini khususnya wanita mualaf ini, sila dm/pm saya segera. in Sha Allah kami akan kerjasama dengan mana-mana pihak untuk membantu mereka.

Hilang sudah juga suara suara para hipokrit yang mengatakan jangan memisahkan anak dari seorang ibu tetapi dalam kes ini, ibu yang memeluk islam dipisahkan dari anaknya namun mereka membisu.

Bantu kami dapatkan info untuk kami bantu wanita ini.. URGENT…

Kredit video kepada Yuseri Yusof.
2024/10/02 14:29:51
Back to Top
HTML Embed Code: