Telegram Web Link
Saya telah berhubung dengan Puan Nur Aisyah & juga mesej kepada peguam yang mewakili beliau, Tuan Muhammad Amin.

Puan Nur Aisyah memberitahu saya beliau kurang sihat sejak kes itu. Sama sama kita doakan agar beliau dikurniakan kesembuhan segera.

QadarAllah saya memang akan ke Terengganu esok. In Sha Allah jikalau beliau beransur pulih, kami akan berjumpa esok di Terengganu.

Kami bantu belakang tabir pun tidak mengapa. Kita usaha yang termampu. Doakan..
Perbincangan hampir 4 jam bersama Yuseri Yusof yang menguar-uarkan kes Puan Nur Aisyah yang dipisahkan dari anaknya, Maisarah serta Tuan Muhammad Amin dari Amin Chambers.

In Sha Allah kami akan bekerjasama membantu Puan Nur Aisyah untuk disatukan kembali dengan Maisarah.

Rayuan telah difailkan di Mahkamah Persekutuan pada 26 Mei 2023 & Puan Nur Aisyah juga baru membuat laporan polis ke atas bekas suaminya.

Doakan..
Sahabat saya Abu Talhah kemalangan di Lebuhraya Plus sebelum Terowong Menora arah selatan

Beliau juga meminta maaf kepada mereka yang mengenalinya akan salah dan silapnya selama ini. Beliau bersama isteri dan tiga anaknya telah berada di Hospital Ipoh. Mana-mana sahabat yang boleh membantu saya untuk membantu sahabat saya ini, sila pm saya.

Jika ada yang mahu membantu beliau ini no akaunnya.

Maybank
158097710205
Syamsul Annuar Bin Yaacob
( Nama Sebenar Beliau)

Jazakumullahu Khairan
Menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Dato Baharuddin Ahmad di Hotel Summit USJ.

Beliau kini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Di majlis yang sama terjumpa dengan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun & juga pakar perlembagaan persekutuan, Profesor Madya Datuk Dr. Shamrahayu .

Selama ini hanya berkomunikasi menerusi telefon sahaja dengan Datuk Dr Shamrayu dan ini kali pertama berjumpa face to face.

Semoga perkahwinan puteri Dato Baharuddin, Nur Nadiya & suaminya Mohd Zaki diberkati oleh Allah serta bahagia sehingga ke Jannah. Allahuma Ameen
Sebaik tiba di Skypark Subang dari Terengganu, sepatutnya ke pejabat Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di Kg Baru untuk perbincangan kes Puan Aisyah tetapi perlu ke Hulu Yam untuk pengIslaman satu keluar Cina.

Terpaksa berbincang menerusi Google Meet semasa dalam perjalanan ke Hulu Yam.

Doakan..
Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.

Seorang tauke Cina memeluk Islam bersama isteri dan dua anak mereka! Alhamdulilah.

Semasa masih di Terengganu, Tuan Nabil, Penghulu Mukim Hulu Yam telah menghubungi saya memaklumkan seorang tauke Cina berhasrat untuk memeluk Islam bersama keluarganya.

Walaupun saya tahu pada waktu yang sama saya mempunyai temujanji untuk perbincangan bersama Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berkaitan kes Puan Nur Aisyah, tanpa berfikir panjang saya bersetuju untuk membantu untuk mengIslamkan keluarga ini di Hulu Yam.

Perbincangan bersama PPMM turut saya sertai secara Google Meet ketika dalam perjalanan ke Hulu Yam.

Apa yang menarik adalah tauke Cina ini telah lama disantuni oleh sahabat pendakwah kita di Hulu Yam, Adam serta Tuan Nabil. Setelah berbincang dengan isterinya, mereka setuju untuk memeluk Islam bersama dua anak mereka, seorang perempuan dan seorang lelaki.

Selamat kembali kepada agama fitrah. Jikalau sahabat berminat untuk mendalami Islam atau memeluk Islam, sila hubungi kami di wasap.my/601110500414
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek sebelum ini berkata, jam tangan dirampas KDN itu tidak mengandungi sebarang rujukan kepada LGBT.

Kalau betul model yang sama dijual di UAE tidak ada tulisan *gbt tetapi di Malaysia sahaja ada, maka ini sudah jelas mereka sengaja ‘test water’ kemudian ‘play victim’.

Kalau nak promote sangat kesongsangan, sila buat di negara anda bukannya di Malaysia. Majoriti rakyat Malaysia yang waras & rasional menolak kesongsangan.

https://themerdekatimes.com/news/2023/05/jam-tangan-dirampas-kdn-ada-tulisan-lgbtq/
Dah sampai di Kompleks Mahkamah Kuantan. ☝🏻
Kenyataan Media Multiracial Reverted Muslims - MRM tentang kes muallaf orang asli yang tular.
Nabi Muhammad mengajarkan bagaimana seorang pelacur dimasukkan ke syurga hanya kerana memberi air kepada anjing yang kehausan, apatahlagi apabila kita melakukan kebaikan kepada manusia!

Sebagai seorang Muslim, saya menyeru agar kita terus melakukan kebaikan tanpa mengira agama & latarbelakang selagi tidak bercanggah dengan prinsip agama Islam.

Biarkan suara ekstrimis seperti ini ditenggelami kebaikan Islam. Islam adalah cahaya yang menerangi kegelapan. Tidak sama kebaikan dengan kejahatan maka tolak kejahatan dengan kebaikan.
Tiada masalah untuk melawak tetapi perlu ada batasannya. Kebebasan bersuara itu patut diraikan tetapi ianya tidak bermakna kebebasan menghina.

Takkan dah belajar tinggi-tinggi sehingga menjadi doktor tetapi tidak boleh membezakan kesemua ini?

Jikalau anda ingin menghina diri untuk dijadikan bahan jenaka, silakan. Itu hak anda Tetapi apabila anda menjadikan orang lain sebagai bahan jenaka, orang lain juga ada hak untuk bertindak balas terhadap kebiadaban anda!

Jangan 'play victim' sangat konon orang tidak tahu menghargai lawak anda yang memerlukan anda menghina orang lain untuk kelihatan lawak.

https://themerdekatimes.com/news/2023/06/pelawak-tempatan-sokong-lawak-hina-malaysia
Apabila tiga Cina Muslim (Admas Pee & Datuk Nik Chan) terserempak di kedai kopi, apa lagi… Kami sembang pasal Cina la.. Takkan Cina bincang pasal Cina jadi rasis pula kan..

Kami bincang pasal dakwah kepada Cina. Admas Pee pernah jadi sami Buddha dan walaupun kami Muslim tetapi kami bertiga masih Cina cuma Admas & Datuk Nik nampak lebih Cina berbanding dengan saya kerana saya nampak lebih gelap. 😉
Selepas The Merdeka Times menjadi media terawal membuat liputan keceluparan pelawak (yang tak lawak) komediri, Jocelyn yang menghina Malaysia serta menjadikan MH370 sebagai bahan lawaknya, akhirnya Pesuruhjaya Tinggi Singapura memohon maaf.

In Sha Allah The Merdeka Times akan terus memperjuangkan Rukun Negara. Sila sokong dengan follow The Merdeka Times di semua platform media sosial.

*Ironiknya, Jocelyn bukan lagi warganegara Singapura.

https://themerdekatimes.com/news/2023/06/lawak-hina-malaysia-pesuruhjaya-tinggi-singapura-mohon-maaf/
Semalam The Merdeka Times melaporkan Jason Leong suka ‘lawak’ Jocelyn Chia. Ingatkan dia ni ‘open minded’ sampai boleh terima tragedi MH370 & hina Malaysia sebagai jenaka.

Rupa-rupanya dia takde la ‘open minded’ sangat sampai blok akaun medsos The Merdeka Times.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura dah mohon maaf walaupun Jocelyn ni dah bukan rakyat Singapura, bila lagi Jason Leong ini mahu keluar dari gua dan meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga tragedi MH370?

Atau mungkin laporan polis dibuat agar pihak polis boleh membantunya keluar dari gua & didakwa di mahkamah?
Memandangkan Jason Leong mengatakan dia suka dengan lawak @chiacomedy_official pasal tragedi MH370 & menghina Malaysia, mungkin saya cadangkan kalau dia berani & bukannya jaguh kampung sahaja untuk jadikan ‘h0l0️⃣ka*s’ sebagai isi kandungan lawaknya.

Saya nak tengok samaada dia masih akan bebas ke sana sini selepas jadikan ‘h*l*ka*s’ sebagai bahan jenaka di negara Barat yang BEGITU MENDUKUNG KEBEBASAN BERSUARA.

Adakah Jason Leong berani dan masih lagi bebas selepas itu. Andai dia ditahan pihak berkuasa di negara Barat, bagitaulah;

“I Love this bit. Is freedom of speech. You just dont know how to enjoy comedy”

Jason, ada berani sahut cabaran atau masih enggan meminta maaf kepada rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga tragedi MH370?
2024/10/02 12:34:23
Back to Top
HTML Embed Code: