Telegram Web Link
Alhamdulilah. Allahuakbar. Hadha Min Fadzli Rabbi.

Kumpulan pendakwah Thailand yang dilatih kami selama hampir seminggu di Thailand awal bulan ini memberikan respon yang sangat positif!

Sepanjang bulan Februari, 21 orang individu memeluk Islam bersama mereka.

Namun setakat 16 Mar sahaja, 23 individu telahpun mereka Islamkan! Alhamdulilah. Allahuakbar.

Mereka berkongsikan bagaimana teknik & strategi yang kami ajarkan sepanjang bengkel dakwah sangat membantu menjadikan mereka lebih efektif dalam dakwah. Alhamdulilah. Hadha min fadzli rabbi.

Dalam dakwah kami tidak meletakan sasaran berapa ramai yang memeluk Islam kerana hidayah itu hak mutlak Allah mahu berikan kepada siapa yang Dia kehendaki tetapi yang ditekankan adalah strategi dakwah dan keberkesanan penyampaian serta komunikasi.

Tahniah & Jazakumullahu Khairan kepada para penyumbang MRM kerana sumbangan anda digunakan untuk membantu usaha dakwah dalam dan luar negara. Sahabat semua juga mendapat ganjaran atas sumbangan anda walaupun tidak terlibat secara langsung.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Kemas selepas makan. Kita mudahkan urusan orang, In Sha Allah urusan kita dipermudahkan oleh Allah

Ini bukan di rumah tetapi di restoran. Sejak mula belajar Islam 12 tahun lepas, saya mula mengajar anak-anak agar mengemas selepas makan walaupun di restoran yang kita bayar caj perkhidmatan.

Bagi orang lain mungkin nampak janggal tetapi kita betulkan apa yang biasa dan biasakan apa yang betul.

😉
Sambutan Hari Polis Ke-216 Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur.

Terima kasih @pdrmsia_official KL kerana menjemput saya untuk hadir bersama.
In Sha Allah tonight at University of Nottingham Malaysia.

You can watch ‘live’ via Bro Firdaus Wong Facebook Pages.
Alhamdulilah. Satu lagi kemenangan Unit Undang-Undang Multiracial Reverted Muslims - MRM dalam mempertahankan kebenaran!

Alhamdulilah, dengan rahmat Allah syukur setakat ini majoriti kes berpihak kepada kebenaran. Alhamdulilah.

Kami akan terus ke hadapan mempertahankan kebenaran menerusi saluran undang-undang. Berpuluh jikalau bukan beratus ribu ringgit telah MRM belanjakan bagi tujuan membantu pendakwah & masyarakat untuk menegakkan keadilan!

Selain kes Zamri Vinoth, kami juga sedang membantu Ustazah Nazirah dengan menyaman Timb Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy & ADUN Bagan Dalam, Satees Muniandy selain juga membantu Muhammad Nagahswaran menegakkan keadilan terhadap bekas isterinya, Loh Siew Hong.

Pada masa yang sama, beberapa kes juga sedang dikendalikan Unit Undang-Undang MRM & ini termasuklah kes-kes wanita tertindas di bawah Sayap Wanita MRM.

Jazakumullahu Khairan kepada semua penyumbang MRM kerana asbab sumbangan dari anda membolehkan kami bukan sahaja berdakwah tetapi juga mempertahankan Islam & Muslim menerusi Unit Undang-Undang MRM!

Diharapkan sahabat semua terus menyokong usaha kami untuk berdakwah dan juga tegas mempertahankan kebenaran menerusi tindakan undang-undang!

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://themerdekatimes.com/news/2023/03/mahkamah-perintah-ngo-hindu-bayar-kos-rm10000-kepada-saya-zamri-vinoth/
Kalau tak menipu itu bukannya media India

Media India mempunyai sejenis ketaasuban terhadap Dr. Zakir Naik. Pembantaian golongan minoriti Muslim & Kristian di India tidak dilaporkan meluas tetapi saban tahun, isu Dr Zakir Naik juga dimainkan.

Mereka sekali lagi menipu kononnya Dr. Zakir Naik akan terus ditahan dan diekstradisi sebaik tiba di Oman untuk memberikan dua ceramah di sana semasa bulan Ramadhan. Saya sentiasa berkomunikasi dengan guru saya ini dan saya telah menerima mesej dari beliau pada pukul 5am tadi di Muscat dan beliau disambut dengan begitu meriah dan penghormatan dari Kerajaan Oman.

Berhati hatilah dengan pengaruh ekstrimis Hindutva & jangan membiarkan ianya merebak di Malaysia ini.
Ramadhan tiba, Ramadhan tiba..

Masih belum terlambat membuat persiapan..
Solat 5 waktu sehari WAJIB
Puasa Ramadhan bagi yang mampu WAJIB
Solat Terawih SUNAT

Buat yang terbaik apa yang termampu. Utamakan yang wajib sebelum yang sunat. Jangan memandang serong terhadap mereka yang tidak buat perkara sunat.

Doakan kebaikan untuk mereka sebagaimana perubahan positif yang ada dalam diri kita pada hari ini juga mungkin hasil doa orang lain untuk kita tanpa kita ketahui.
"Hi, are you Mr Firdaus Wong?"

Suara seseorang menyapa saya dari tepi ketika saya sedang membuat persiapan akhir untuk ceramah saya semalam di University of Nottingham.

"Yes, I am. How should I address you?" saya menjawab ringkas.

Kemudian dia membalas;

"Oh sorry, my name is xxxxx. I am a non Muslim and I know you have a lecture here. Also my GF is a Malay and her mum ask me to listen to your lecture as well."

Saya mempelawanya duduk di sebelah tepi saya untuk kami meneruskan perbualan. Saya meminta nombor telefon saya andai beliau mempunyai persoalan tentang Islam dan saya bersetuju memberikan kepada beliau.

Dia duduk dan mendengar ceramah saya sehingga selesai dan menjadi orang pertama yang bertanyakan soalan ketika sesi soaljawab dibuka.

Apabila tiba di rumah lebih kurang dalam jam 12.15tengah malam, saya menerima mesej daripada beliau;

"Hi Firdaus, XxXxXx XxXx here! I really enjoyed your talk just now, I resonate greatly with most parts of your life journey too. Hope we cross paths again and I hope you can help me in this journey when I have any questions :)"

Not a bad start to this Ramadhan. Semoga Allah jadikan kita asbab kebaikan dan hidayah buat insan lain. Allahuma Ameen
Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Ramadhan pertama kami menerima perkhabaran gembira dari pendakwah yang kami latih di Thailand apabila 3 orang individu mengucapkan syahadah dan baru sebentar tadi 2 orang lagi juga telah mengucapkan syahadah menjadikan 5 orang memeluk Islam pada hari pertama Ramadhan. Alhamdulilah. Allahuakbar.

Screenshot yang saya kongsikan ini adalah bagaimana kami mengajar mereka menerusi teknik 'reductionist' iaitu menjawab persoalan kompleks dengan cara yang ringkas dan mudah difahami.

Setakat bulan ini sahaja, 35 individu telah memeluk Islam bersama pendakwah yang kami latih ini. Alhamdulilah.

Tidak mahukah sahabat-sahabat semua turut mendapat ganjaran berdakwah dengan menyokong usaha dakwah kami di MRM?

Ayuh sahabat-sahabat semua, teruskan menyokong usaha kami di MRM melatih lebih ramai pendakwah untuk amar makruf nahi mungkar. Bersama-sama kita mengejar UNTA MERAH!

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Kalau boleh saya dah tak nak ulas tentang isu Dr Zakir Naik akan ditahan di Oman dan dihantar pulang ke India.

Nak buat macam mana media kita pun main petik sahaja dari media India yang memang sedia maklum anti Islam. Golongan minoriti dibantai di India jarang media India melaporkannya. Mungkin bila tulis tentang DZN maka akan dapat ‘views’ lebih.

Contoh tajuk berita ini tulis “Zakir Naik dilapor ditahan di Oman” tapi isi kandungan pula tulis ’AKAN DITAHAN’. Kan ada beza tu. Yang pertama adalah telah ditahan dan kedua pula belum tetapi bakal ditahan.

Hampir setiap hari Dr Zakir Naik berkomunikasi dengan saya dan pada saat saya menulis status ini beliau masih WhatsApp saya.

Terpulang kepada masyarakat untuk mengambil sumber berita dari siapa.

Follow The Merdeka Times : https://www.facebook.com/tmtnewsportal?mibextid=LQQJ4d
Dr Zakir Naik baru menghantar mesej kepada saya memaklumkan beliau selamat mendarat di Doha, Qatar awal pagi tadi. Alhamdulilah.

Berita ini sekaligus membuktikan bagaimana media India berkali-kali berbohong mengenai isu Dr. Zakir Naik. Harap media kita di Malaysia berhati-hati dalam memetik sumber berita dari media India.
2024/10/01 09:27:18
Back to Top
HTML Embed Code: