Telegram Web Link
Sangat menarik untuk mengetahui bahawa Malaysiakini boleh terlihat dokumen ini dan melaporkan ‘sebahagian’ dari dokumen permohonan membatalkan pengislaman 137 orang asli tetapi MUNGKIN terlepas atau sengaja tidak memetik satu lagi fakta dalam dokumen writ saman itu.

Apa dia?

Pada perkara 15.6 tertulis;

“Plaintif Pertama akhirnya dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman. Pada atau sekitar tahun 2016, Plaintif Pertama telah bertemu dengan seorang peguam dan aktivis bernama Siti Kasim untuk mendapatkan khidmat beliau.”

Sound familiar?

Saya tidak akan kongsi maklumat lanjut tentang kes ini. Selebihnya, mahkamah.

Baca berita penuh di :- https://bit.ly/3lK89wy
'Boiling Frog Syndrome' atau Sindrom Katak Rebus sedang berlaku pada masyarakat. Apa itu Boiling Frog Syndrome?

Dalam bahasa mudah normalisasi sehingga masyarakat merasa kurang sensitif pada perkara yang sensitif sedikit demi sedikit tanpa masyarakat merasainya sehinggakan mereka yang cuba menyedarkan masyarakat yang dilanda 'Boiling Frog Syndrome' ini akan dicaci dan diperli.

Pernahkah anda mendengar orang berkata;

"Janganlah sensitif sangat"

"Open minded sikit la"

Ya kita perlu "open minded" dan jangan terlalu sensitif tetapi perlu peka apa yang perlu sensitif dan apa yang perlu "open minded".

Proses normalisasi atau menyahneutralkan sesuatu yang sensitif tidak berlaku dalam sekelip mata tetapi normalisasi itu berlaku dalam jangka masa yang panjang sehinggakan dari merasa sensitif kepada kurang sensitif sedikit demi sedikit sehinggalah kita merasa kurang sensitif langsung.

Paling teruk bukan tidak sensitif langsung tetapi adalah apabila memperjuangkan sesuatu yang mungkar di sisi agama Islam. Itulah kemuncak normalisasi.

Cuba renungkan perintah Allah kepada Nabi Adam agar jangan dekati satu pokok itu di Syurga tetapi akhirnya dia sampai juga ke pokok itu. Apakah iblis mengodanya terus untuk ke pokok atau iblis menormalisasikannya sehingga tanpa sedar telah sampai ke destinasi (tujuan) yang dimahukan oleh iblis?

Iblis tidak terus memberitahu kepada Nabi Adam bahawa dia mahu mengodanya untuk ke pokok itu tetapi perancangan normalisasi iblis adalah selangkah demi selangkah.
Iblis tidak memulakan dengan menyuruh kita melawan perintah Allah kerana pastinya kita tidak akan melakukannya tetapi iblis akan mencantikkan kemungkaran. Kalau scammer terus bagitau dia adalah scammer takde orang kena scam.

Scammer dipanggil scammer sebab dia ada taktik dan strategi untuk scam orang lain. Banyak proses normalisasi dari perkara tidak normal menurut Islam telahpun berlaku sehingga ramai orang Islam boleh berbangga dengan kemungkaran tanpa segan silu.

Mereka 'claim' iman mereka masih sama tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Apabila kita boleh merasa selesa dan adakalanya seperti 'redha' dengan kemungkaran itulah tandanya hati yang berpenyakit dan lemahnya iman.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Semalam nama saya & Zamri Vinoth disebut di dalam Parlimen oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer & Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau yang menyebut dua pendakwah bebas tanpa menyebut nama kami secara spesifik.

Untuk maklumat YB berdua, jumlah laporan polis bukan penentu seseorang melakukan kesalahan atau tidak. Bahaya YB kalau pegang prinsip banyak repot polis mesti didakwa. Macam mana dengan Ramasamy & ramai lagi yang juga banyak repot polis telah dilakukan?

Saya juga berharap agar RSN Rayer & Ganabatirau akan menjadi anak jantan dengan mengulangi di luar Parlimen apa yang mereka sebut semalam Parlimen. YB jangan mainkan sentimen konon saya & Zamri Vinoth menguris hati penganut agama lain.

Jikalau saya menyebut YB adalah seorang berbangsa India & saya berbangsa Cina, dan ini memang adalah fakta tetapi YB terguris hati bukan kerana saya menipu tetapi YB tak suka, takkan saya kena dakwa kerana YB tak suka fakta?

Facts dont care about your feelings.

Dulu ada kumpulan sasarkan Dr. Zakir Naik & sekarang?
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang penduduk Taman Permata, Hulu Kelang menghantar video dua missionari Kristian yang sedang melakukan aktiviti di sana pagi tadi.

Saya sangka baik mereka hanya target bukan Kristian & bukan Muslim kerana dalam video itu dia bertanya adakah itu rumah Melayu mungkin, just mungkin mahu mengelak dari melanggar undang-undang Malaysia walaupun awalnya nampak dia kelihatan keberatan untuk menjawab adakah dia dari kumpulan Kristian.

Saya sering memuji semangat & kemahuan Missionari Kristian ini menyampaikan agama mereka untuk selamatkan manusia lain kerana mereka percaya agama mereka satu satunya agama yang benar tetapi ianya tidak bermakna saya bersetuju & mengiktiraf.

Mereka sanggup menyumbang wang kepada Missionari Kristian untuk berdakyah jikalau diri mereka tidak mampu melakukannya. The International Mission Board (IMB), sebuah organisasi Kristian dari Amerika membelanjakan $175 billion untuk operasi mereka di India pada 2022!

IMB mempunyai 3,535 keluarga Missionari Kristian yang aktif di India!
“Ikat daging babi keliling jersi lebih efektif”
ALLAHUAKBAR!!!

Perkhabaran yang sangat mengembirakan di awal pagi Jumaat dalam bulan Ramadhan. Alhamdulilah.

Bulan Februari sebelum mereka menghadiri bengkel dakwah kami di Bangkok, Alhamdulilah 21 individu memeluk Islam dengan pendakwah di Thailand.

Syukur padaMu Ya Allah, selepas menghadiri bengkel dakwah kami, jumlah itu naik lebih sekali ganda kepada 50 orang hanya pada bulan March.

Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang mendoakan & menyumbang kepada MRM yang membolehkan kami untuk berdakwah serta melahirkan lebih ramai pendakwah yang efektif.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
“Please teach & guide my daughter so she can follow your footstep”

Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..

Seorang gadis Cina telah mengucapkan dua kalimah syahadah di MRM tengahari tadi. Menariknya adalah, ibunya yang belum Muslim datang menemani beliau untuk memeluk Islam. Alhamdulilah.

Dia telah menghubungi kami sebulan lebih lepas setelah mendapat nombor telefon kami di salah sebuah video saya di YouTube.

Masuk sahaja di dalam bilik perbincangan, saya memperkenalkan diri dan mengalukan kehadiran mereka ke MRM. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana sudi hadir bersama. Saya maklumkan bahawa kebiasaannya kami akan galakkan mereka yang ingin memeluk Islam untuk memaklumkan kepada ahli keluarga mereka khususnya IbuBapa mereka tentang hasrat mereka ini.

Kami tidak mahu kerana mereka menyembunyikan keislamanan mereka sehingga ahli keluarga mereka menyangka Islam mengajar mereka untuk menipu sedangkan Islam mengajar sebaliknya.

Kebiasaannya saya akan bertaaruf dan kemudian memberikan ruang kepada individu yang mahu memeluk Islam serta mereka yang turut hadir untuk bertanya apa jua soalan sebelum mengucap dua kalimah syahadah.

“As a mother, if my daughter believe Islam is good & can make her a better person, I will support her. I’m just afraid she become misguided and become extreme. You those sort of ISIS & terrorist.”

Saya memahami kenapa dia berkata begitu dan saya menjawab;

“Well Aunty, I truly understand that. That is the reason why we always told those who interested to become Muslim to inform their parents. Yes, their parents will have concern and worry that their children might become terrorist or extremist and their concern is valid.

I put myself in their shoes. If I am there being exposed day in day out about how bad Islam & Muslim are, I will have the same concern and worry as well!”

Kemudian saya berkongsikan kisah perjalanan saya memeluk Islam dan kenapa saya menubuhkan MRM & bagaimana ibu saya juga telah memeluk Islam pada 2019 setelah melihat perubahan dalam diri saya setelah membelajari Islam.. Ibunya mencelah;

“I’m glad to hear your story. Please teach her and guide her so she can follow your footsteps.”

Tanpa sedar, perbualan kami dalam Inggeris, Kantonis, Mandarin & Bahasa Melayu menghampiri 2 jam. Segala persoalannya kami berikan jawapan yang beliau berpuashati dengannya. Saya sering mengulangi kata-kata ini;

“Aunty, for me honesty is the best policy. No point I lie to you here but in the end later when you go back, you can search on Google and found out that I’m lying! I’m not afraid of the technology or you Google it but I’m afraid of Allah if I lie. So is better for me to be honest with you what is permissible and what is impermissible for her to do after she become Muslim.”

Ibunya menganggukkan kepala tanda setuju. Tidak lama selepas mereka bertolak pulang, ibunya menghantar mesej kepada saya kenapa beliau bertanya soalan macam-macam kepda saya tadi serta menghantar link bacaannya. Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan waktu dan dia juga mengucapkan terima kasih kepada saya kerana membantu anaknya memeluk Islam.

Setelah sampai di rumah, kami menerima mesej dari gadis Cina tersebut;

“she seems happier after talking to you guys, thank you for helping me with that... words cant explain how grateful i am🙏🏼

Alhamdulilah. Semoga ibunya pula dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Jazakumullahu Khairan di atas doa dan sokongan sahabat semua kepada kami di MRM.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
“Bro, saya kesuntukan masa hadir ke kuliah tapi saya nak belajar agama. Macam mana eh?

Itu antara persoalan yang saya terima. Tidak dinafikan terbaik adalah menghadiri kuliah secara fizikal. Itu yang terbaik.

Namun kita masih boleh memanfaatkan waktu memandu atau dalam pengangkutan awam dengan mendengar kuliah menerusi aplikasi yang ada di smart phone atau kenderaan kita.

Bayangkan pergi balik kerja dalam sejam dan kita mampu mendengar satu kuliah sehari? Ok la tu sebagai permulaan.

Segalanya bermula dengan niat. Andai kita berniat mahu belajar agama kerana mencari redha Allah, In Sha Allah akan dipermudahkan. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Jadikan Ramadhan kali ini sebagai pemangkin perubahan kita untuk lebih memahami agama Islam.

*Dulu mungkin stress kalau sangkut jam tetapi sekarang santai je sebab ditemani kuliah-kuliah bersiri. Bagaimana pula dengan sahabat semua?
Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) mendesak Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa meletak jawatan susulan pindaan Akta Racun 1952 untuk membenarkan pengesahan produk bercampur nikotin diluluskan, sekali gus mengetepikan keputusan Lembaga Racun sebelum ini.

https://themerdekatimes.com/news/2023/04/halalkan-vape-menteri-kesihatan-perlu-letak-jawatan-wafiq/
Jangan sangka muka baik itu orangnya baik dan jangan sangka muka jahat itu jahat orangnya.

Adakalanya kejahatan disembunyi disebalik muka baik manakala kebaikan tersembunyi di sebalik muka yang nampak jahat.

Namun secara realiti dan psikologi, majoriti manusia mudah terpengaruh berdasarkan wajah seseorang. Beauty privelege namanya.

Antara seorang berkulit cerah & berkulit kurang cerah, persepsi adalah yang cerah baik manakala yang kurang cerah jahat.

Anda mempunyai pengalaman ini?
Empat cara seseorang respon apabila diuji. Kita yang mana? Ayuh kita bermuhasabah..

1. MARAH

Ini adalah sesuatu yang boleh dirasai di dalam hati, seperti apabila seseorang itu marah kepada Tuhannya dan tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditetapkan Allah untuknya, yang boleh membawa kepada kekufuran, sebagaimana firman Allah Ta'ala;

“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.”
(Al-Hajj 22:11)

Mungkin juga dizahirkan kemarahan menerusi lisannya seperti, "Celaka saya" atau seumpamanya;

Atau ia boleh dizahirkan melalui tindakan fizikal seperti menampar pipi, mengoyakkan pakaian, mencabut rambut, dan sebagainya.

2. SABAR

Seseorang mungkin mendapati sesuatu yang membebankan dan tidak menyukainya, tetapi dia menanggungnya dengan sabar dan tabah.

Sama ada sesuatu berlaku atau tidak adalah tidak sama baginya; sebaliknya dia tidak menyukai apa yang dia alami dalam kesusahan, tetapi imannya melindunginya daripada rasa tidak puas hati.

3. REDHA, LEBIH TINGGI DARI SABAR

Redha adalah penerimaan sama ada di waktu senang dan susah bagi seseorang, dia menerima kedua-duanya dengan kehendak dan ketentuan Allah, walaupun dia mungkin berasa sedih apabila ditimpa musibah, kerana dia adalah seorang yang menerima kehendak & ketetapan Ilahi; apa sahaja kehendak dan ketetapan ilahi, dia akan menerimanya.


4. SYUKUR, TINGKATAN PALING TINGGI

Seseorang itu bersyukur (bukan bermakna dia gembira dengan musibah yang menimpanya) kepada Allah atas apa-apa musibah yang menimpanya, dan dengan itu termasuk dalam golongan hamba Allah yang bersyukur.

Apabila dia menyedari bahawa ada musibah yang lebih besar daripada apa yang menimpanya, dan musibah yang menjejaskan kepentingan dunianya lebih mudah ditanggung daripada musibah yang menjejaskan iltizam agamanya, dan azab di dunia lebih mudah dipikul daripada azab di akhirat, dan agar musibah ini menjadi penghapus dosanya dan menambah hasanatnya, maka dia akan bersyukur kepada Allah atas hal itu.

Nabi ﷺ bersabda:

“Tidak ada kekhuatiran, kesedihan atau apa pun yang menimpa seorang mukmin melainkan itu menjadi kafarat baginya, bahkan duri yang menusuknya.”
(Bukhari & Muslim)

Bukannya orang yang gembira itu adalah orang yang bersyukur tetapi ianya adalah orang yang bersyukur itu yang gembira.

Ayuh kita semua berusaha mengapai tingkatan tertinggi dan semoga Allah kurniakan kepada kita Sabrun Jamil. Allahuma Ameen
2024/10/01 11:20:10
Back to Top
HTML Embed Code: