Telegram Web Link
Dalam perjalanan keluar selepas perlawanan antara England & Senegal, dua penyokong England ini berborak dengan suara yang agak kuat.

Antara dialog mereka yang menarik perhatian saya adalah;

“We in the West should learn how to respect people cultures and custom. We want other to respect ours and force other to accept, but we didn’t do the same to others…. Qatar have done a good job actually. People feel safe, everyone feel safe. Good transportation, good food, great hospitality, very respectful. One of the best World Cup I ever been.”

Perbualan dua sahabat yang casual tetapi saya yang terdengar dialog ini merasa teruja kerana apa yang media barat cuba gambar setiap hari sangat berbeza dengan realiti di lapangan di Qatar ini.

Begitu juga wanita merasa sungguh selesa di Qatar sehinggakan ada yang merasa terkejut kerana sepanjang di Qatar, dia tidak pernah diganggu hatta tiada langsung ‘catcalling’ yang beliau terima saban hari di Barat.

Piala Dunia Qatar 2022 tidak sempurna sebagaimana kejohanan lain, tetapi yang jelas adalah bagaimana serangan bersistematik oleh media barat terhadap Qatar hanya kerana Qatar merupakan sebuah negara Islam tetapi media barat berselindung di sebalik isu hak asasi manusia.
Saya tidak membazir masa berbincang tentang bolasepak dengan penyokong kelab bolasepak. Borak santai tak mengapa tetapi secara objektif dan serius? No Thanks.

Kenapa?

Kerana setiap kegagalan pasukan sokongan mereka akan dijustifikasi dengan emosional walaupun secara faktanya ke laut manakala setiap kejayaan pasukan sokongan mereka akan diselangi dengan memerli pasukan lain.

Kalau pemain pasukan sokongannya melakukan kekasaran yang jelas terhadap pemain lawan, yang dimaki adalah pengadil dan pemain lawan. Jarang mereka menyalahkan pemain pasukan mereka.

Saya dulu penyokong Manchester United & Real Madrid kerana membesar pada zaman penguasaan MU dalam EPL tetapi semakin meningkatnya usia, saya memilih untuk menjadi penyokong bolasepak tanpa menyokong secara fanatik kepada mana-mana kelab. (Confession : masih ada soft spot untuk MU)

Pasukan yang bermain dengan disiplin, hormat pihak lawan & berprinsip akan saya sokong walaupun tidak popular atau kuat. Saya boleh berkawan dengan penyokong pasukan bolasepak lain.

Nah, letakkan perkara yang sama dalam isu politik. Saya juga tidak akan membazir masa berbincang isu politik secara serius dengan mana-mana penyokong parti politik kerana saya sedar untuk mencapai satu perbincangan sihat dan objektif sangat sukar kerana situasinya hampir sama dengan di atas.

Parti lawan buat tak boleh, parti kita buat takpe. Parti lawan buat salah, parti kita buat kerana keadaan mendesak maka is ok. Begitulah.

Kita hanya boleh berbincang dengan mereka yang terbuka untuk berbincang secara objektif bukannya secara emosional.

*Sebab itu saya kibarkan Jalur Gemilang sambil pakai baju “Adam, Abraham, Moses, Jesus, Muhammad - Brothers In Faith” dalam Stadium Al-Bayt ketika England vs Senegal bukannya baju atau bendera parti politik.

Saya sokong Senegal dalam game tersebut walaupun sedar Senegal adalah underdog dalam game tersebut. Senegal tak main politik sokong songsang macam England.
Apabila Menteri negara Barat bersifat kebudak-budakan dengan memakai lilitan ‘One Love’ songsang.

Beriya-iya nak ke Qatar dan duduk tempat VVIP masa tengok game #worldcupqatar2022 tetapi tidak tahu hormat kepada tuan rumah.

Well, kita semua tahu apa yang terjadi kepada Jerman & Belgium dalam Piala Dunia kali ini bukan? 😉
Morocco 🇲🇦 #freepalestine
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Family dari UK membawa semangat #FreePalestine yang turut disokong oleh ramai penyokong Portugal & Swiss sebentar tadi.

Lihat mesej di baju mereka dan sorakan dari penyokong kedua-dua pasukan buat keluarga dari UK ini.
Semalam kami dijemput ke rumah Hj Hasnan di Al Khor yang jarak perjalanannya hampir sejam dari Doha.

Ramai rakyat Malaysia yang menganggotai Malaysian Association of Qatar (MAQ) juga turut hadir.

Jazakumullahu Khairan kerana menghidangkan makanan yang sangat sedap tetapi yang paling best ialah layanan super special dari semua sahabat Malaysia yang menetap di Qatar ini.
Ketika sedang turun dari tempat duduk untuk keluar dari Stadium Lusail seusai game Portugal vs Swiss, ternampak kelibat seorang lelaki dengan Jalur Gemilang.

Belum sempat saya menyapa, dia pula menyapa saya.

“Hey, I know you. You are famous in Malaysia right?”

Saya jawab;

“Not really famous though. What is your name brother?”

Dia menyambung;

“No no. Im sure I know you. You are famous. Okok I remember, I’m the one who sell you the Australia vs Denmark match ticket so you can apply for Hayya Card.”

Terus saya teringat;

“Ohh so you are Adib Valmiki? Whats a small world man. 80+ thousand people in the stadium and we met here. Anyway thanks for your help man. So are you working and staying here in Qatar?”

Adib Valmiki membalas, “Small matter bro. Im actually working in Dubai but come to Qatar just for World Cup. Eh, come lets take a picture together.”

QadarAllah, dalam perlawanan yang sama, satu lagi pasangan suami isteri dari Malaysia duduk di belakang kami.

Bakat rakyat Malaysia diiktiraf dan dicari di seluruh dunia! Hebat orang Malaysia…
Semalam saya menerima satu mesej dari seorang kenalan Belum Muslim di Messenger FB. Kami pernah bermain bolasepak bersama dalam pasukan KL Chinese & Selangor Chinese.

Saya tahu dia bersama beberapa sahabat juga berada di Qatar untuk Piala Dunia menerusi perkongsiannya di FB tetapi tidak menyangka beliau akan mesej saya. Ya la, dah lama kami tidak berjumpa & berkomunikasi kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Rupa-rupanya dia nak balik ke Malaysia setelah hampir seminggu di Qatar. Saya saja bertanya kepada dia adakah pengalamannya menyeronok sepanjang di Qatar kerana saya nampak di FB beliau ke padang pasir, naik ATV, naik 4x4, bermain dengan burung helang & bergambar dengan Salt Bae. Dia menjawab;

“Byk boring”

Saya dah boleh agak dah kenapa dia kata boring; “we like alkohol” katanya. Memang kawan kawan saya ni bila enjoy tak kira esok ada game ke atau selepas game, alkohol yang akan dicari. Dah kenal sangat mereka ni. Haha..

Saya beritahu yang you all boleh je minum dalam hotel dan kemudian saya sambung;

“This World Cup no fans fighting because no alcohol.”

Dan dia sebagai peminat tegar alkohol dan bolasepak menjawab;

“Agree”

Ramai je seperti sahabat Belum Muslim saya ini yang adakalanya rasional. Apabila jelas kebaikan atau keburukan sesuatu, mereka akan mengakuinya.

Walaupun mereka rasa boring kerana tidak dapat minum arak tetapi mereka tetap mengakui bagaimana dengan tiadanya arak yang dijual secara terbuka dan merata sepanjang Piala Dunia kali ini menjadi faktor tiadanya insiden pergaduhan di antara penyokong yang kerap dilihat dalam kejohanan yang lain.

#worldcup #worldcup2022 #worldcupqatar2022 #firdauswongqatar #firdauswong #mrmdakwah
[Lahir Muslim Tetapi Murtad Jadi Ateis & Kini Kembali Menjadi Muslim]

Alhamdulilah. Adakalanya kita tidak tahu perkataan & kita yang manakah yang akan menjentik hati orang lain untuk kembali taat kepada Allah.

Kita juga tidak tahu berapa lamakah masa untuk perkataan dan perbuatan kita itu akan difahami lalu diterima oleh orang lain.

Syukur Allah jadikan kami di MRM sebagai antara asbab seorang hamba Allah yang dilahirkan dalam keluarga Islam, menerima didikan Islam kemudian murtad menjadi ateis dan kini, Alhamdulilah beliau kembali beriman sebagai seorang Muslim. Allahuakbar..

Jadikanlah firman Allah Subhana Wa Ta’ala ini sebagai pembakar buat kita semua untuk istiqomah amar makruf nahi mungkar.

“Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna) kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, merekalah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),”
(Al-A'laa 87:9-12)
Cabaran Jepun berakhir tetapi pemain & penyokong Jepun meninggalkan impak di Qatar manakala Qatar meninggalkan memori baik di kalangan penyokong Jepun sebagai perfect host.

Tiada kekacauan, tiada pergaduhan, hanya bolasepak, persahabatan & perkenalan.

#metrothiswayqatar2022 #metrothisway
2024/11/20 06:23:54
Back to Top
HTML Embed Code: