Telegram Web Link
Mereka tak paksa sesiapapun datang malahan menjemput semua untuk datang.

Cuma mereka beritahu awal-awal apa kod pakaian untuk ke rumah mereka & siapa yang tidak patuh maka tidak dibenarkan masuk & boleh dihalau keluar.

Dah datang jauh-jauh, masuk stadium beli tiket semua. Nak tunjuk perangai paksa orang terima nilai mereka. Sebelum memaksa orang lain terima dan hormat nilai songsang ini, belajarlah menghormati & terima nilai orang lain.

Kalau tak boleh, jangan pergi. Takde siapa paksa pun.

*Gambar seorang penyokong Amerika memakai lilitan pelangi diiring keluar dari stadium & kemudian diberikan masa 24 jam untuk keluar dari Qatar.
Antara perkara yang menonjol di Qatar ini samada sebelum & semasa #worldcup2022 ialah kebersihan.

Apa yang anda lihat ialah tandas awam bukannya tandas di hotel 5 bintang.

Kesucian merupakan sebagian dari Iman”
(HR. Muslim: 328)
Hospitality orang Qatar memang tak dapat disangkal. Berebut mereka mahu menjemput kami makan di rumah malahan ada yang memujuk kami agar bermalam di rumah mereka. SubhanAllah..

Orang Malaysia yang menetap di Qatar juga apa kurangnya. Semalam sahaja 2 group rakyat Malaysia menjemput kami untuk makan bersama mereka.

Jazakumullahu Khairan kepada Hj Salleh, Hj Basit, Hj Wan yang belanja sesi tengahari serta kepada Azril & Nizam yang belanja sebelah malam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kurniakan rezeki yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat buat mereka semua.

*Entah berat badan naik berapa kg la ni..
[Hati saya suruh saya masuk Islam.]

Alhamdulillah. Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.

Pagi tadi, seorang lelaki berbangsa India dibawa oleh sahabat beliau datang ke pejabat MRM untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Sewaktu bersembang dengan beliau, beliau berkata,

“Hati saya suruh saya masuk Islam. Saya rasa happy waktu solat.”

Walaupun beliau beragama Hindu sebelum ini, tetapi hatinya tertarik dengan agama Islam dan beliau sangat berminat untuk belajar tentang Islam. Malahan beliau pergi ke surau dan menyatakan niatnya untuk memeluk Islam. Beliau sedar bahawa inilah jalan yang betul bagi beliau.

Allahu akbar. Itulah hidayah yang telah Allah kurniakan kepada mualaf ini.

JIka sahabat mempunyai kenalan yang ingin tahu tentang Islam, boleh hubungi wasap.my/601110500414 untuk membuat temu janji perjumpaan.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
2024/10/02 16:35:03
Back to Top
HTML Embed Code: