Telegram Web Link
Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam selain diutus untuk mengajak manusia untuk mengtauhidkan Allah, Baginda juga dituskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam pernah bersabda;

"Sesungguhnya aku tidak diutuskan sebagai pelaknat. Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat."
(HR Muslim, no: 2599)

Ya, Baginda diutuskan sebagai rahmat. Baginda juga menyempurnakan akhlak yang mulia. Baginda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam juga tentang keperibadian yang patut ada pada seorang MUKMIN;

“Seorang mukmin bukanlah orang yang banyak mencela, bukan orang yang banyak melaknat, bukan pula orang yang keji (buruk akhlaqnya), dan bukan orang yang bercakap kotor”
(HR. At-Tirmidzi no. 1977)

Seorang mukmin bukan orang yang banyak mencela, bukan yang banyak melaknat, bukan orang yang keji dan bercakap kotor. Baginda mengumpamakan orang yang melaknat mukmin yang lain itu seperti membunuhnya;

“Siapa yang melaknat seorang Mukmin maka ia seperti membunuhnya ”
(HR. Al-Bukhari no 5587).

Malahan orang yang banyak melaknat tidak akan diberi syafaat dan penyaksiannya tidak akan diterima pada Hari Kiamat;

“Orang yang banyak melaknat tidak akan diberi syafaat dan syahadatnya tidak akan diterima pada Hari Kiamat”
(HR. Muslim no. 2598)

Peringatan buat diri dan sahabat-sahabat, jauhilah dari kata-kata keji, melaknat, mencela dan percakapan kotor. Semua perbuatan itu bukannya akhlak seorang Muslim dan ianya adalah sikap yang buruk tetapi yang jauh lebih buruk dari itu adalah cuba mempertahankan dengan menjustifikasi akhlak buruk kita itu.

Maka ingatlah, sebagaimana cawan yang di dalamnya adalah sirap laici, maka cawan itu akan menumpahkan sirap laici dan bukannya air lain.

Begitu juga dengan lisan kita akan menumpahkan isi hati kita. Jikalau bersih hati kita, maka bersihlah ayat yang keluar. Namun jikalau kotor isi hati kita, maka kekotoran itu akan tertumpah menerusi lisan kita.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya mengenai perkara yang banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga, Baginda menjawab,

“Taqwa kepada Allah dan berakhlak yang baik.”

Baginda ditanya pula mengenai perkara yang banyak memasukkan orang dalam neraka, jawab Baginda,

“Perkara yang disebabkan kerana mulut dan kemaluan.”
(HR. Tirmidzi no. 2004)
[3 Kriteria Memilih Guru]

Ibrahim An Nakha’i rahimahullah mengatakan:

“Para salaf dahulu jika mendatangi seseorang untuk diambil ilmunya, mereka memperhatikan dulu bagaimana akidahnya, bagaimana akhlaknya, bagaimana solatnya, baru setelah itu mereka mengambil ilmu darinya”
(Diriwayatkan oleh Ad Darimi dalam Sunan-nya, no.434).
Saya berbangsa Cina dari berasal dari Jinjang Utara.

Apabila disebut Jinjang, ramai yang gerun kerana dikatakan salah seorang gangster paling ganas Malaysia iaitu Botak Chin bersama sekutunya menjadikan Jinjang sebagai tempat persembunyiannya.

Di Jinjang juga terdapat beberapa kumpulan gangster Cina sewaktu saya membesar di situ. Adalah sesuatu yang biasa melihat budak-budak Cina Jinjang menggunakan perkataan kesat & sumpah seranah ketika berborak apatahlagi ketika bertengkar.

Malahan tidak keterlaluan jikalau saya katakan bahawa perbualan itu jadi lebih 'mesra' apabila perkataan kesat dijadikan imbuhan tambahan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Sudah tentu saya yang membesar dengan dikelilingi kawan-kawan Cina dan menonton drama serta filem Hong Kong juga tidak terkecuali menggunakan perkataan seumpama itu. Sumpah seranah & berkata kesat dah jadi seperti santapan harian.

Jiwa seperti kekosongan andai tidak sumpah seranah atau berkata kesat di kalangan sahabat-sahabat saya.

Saya juga perasan orang Melayu tidak mempunyai banyak kata-kata kesat yang 100% berasal dari Bahasa Melayu kerana majoriti perkataan kesat yang digunakan orang Melayu adalah dari Bahasa Cina atau Tamil atau Inggeris yang telah dimelayukan.

Barangkali orang Melayu diajar dengan adab Islamiah maka jikalau mereka terasa nak marah atau memaki, mereka akan berlapik dan gunakan bahasa yang lebih sopan seperti;

"Bertuah punya budak"
"Kurang asam"
"La Illaha illalah" (Tapi budak bukan Melayu sebut La Illala sahaja sebab tak faham)

Tetapi selepas memeluk Islam dan mula belajar tentang adab & akhlak dalam Islam, saya belajar menahan diri dari menggunakan perkataan kesat & kasar walaupun perkataan seperti itu telah sebati dengan hidup saya. Kenapa?

Kerana bila saya memeluk Islam, saya perlu ikut ajaran Islam bukannya Islam kena ikut saya. Sehinggakan sahabat-sahabat saya yang Belum Muslim yang telah lama mengenali saya perasan saya tidak lagi sumpah seranah dan berkata kesat. Mereka kenal dan tahu level sumpah seranah saya dulu.

Saya tidak boleh menggunakan alasan bahawa saya berasal dari Jinjang dan adalah biasa untuk saya sumpah seranah dan gunakan perkataan tidak elok maka is ok untuk saya terus menggunakan hari ini dalam kehidupan seharian.

Bayangkan pula kalau saya berceramah di dalam surau & masjid tetapi sumpah seranah & berkata kasar & kesat? Saya tak boleh menjustifikasi tindakan saya itu kerana Nabi diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia.”
[HR. Ahmad (2/381)]

Islam tidaklah menghalang budaya dan adat resam dan malahan meraikannya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bagi diri saya dan sahabat-sahabat yang beragama Islam, perkataan kita adalah cerminan akhlak kita.

Kita tundukkan akal dan hawa nafsu kita pada perintah Allah & RasulNya bukannya menjustifikasi atau menukar perintah Allah & RasulNya untuk disesuaikan dengan hawa nafsu kita.

Tak mampu berkata baik, kita diam sahaja. Islam dah ada guideline yang jelas kita follow je.
"Sesungguhnya kesukaran dalam ketaatan akan hilang namun pahalanya akan kekal. Sesungguhnya keseronokan maksiat juga akan hilang tetapi seksaanya akan kekal. Sentiasalah bersama Allah.

Hulurkanlah dua tanganmu di kegelapan malam dan berkatalah :

"Wahai tuhan, dunia ini tidak akan indah melainkan dengan mengingatiMu, akhirat tidak akan indah melainkan dengan keampunanMu dan Syurga juga tidak akan indah melainkan dengan melihatMu"
"Sesungguhnya telah binasa golongan-golongan terdahulu kerana membiarkan golongan mulia (atasan) yang mencuri daripada dihukum, sedangkan jika golongan marhaen (rakyat bawahan) mencuri, mereka dihukum dengan hukuman hudud. Aku bersumpah dengan nama Allah, sekiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri nescaya aku sendiri yang akan memotong tangannya."
[HR At-Tirmizi no. 1430]
Haritu ada seorang individu bernama Jason Leong tulis;

“BREAKING : Malaysia will never have a non-Malay Prime Minister”

Mungkin boleh tanya dia dan sekutu, jikalau suatu hari Bukan Melayu jadi PM, adakah dia bersedia menutup kesemua Confucianism Institute di Malaysia & juga sekolah vernakular di Malaysia sebagaimana PM baru UK, Rishi Sunak ‘claim’ itu yang akan dilakukannya?

Atau kalau Bukan Melayu tetapi Cina Muslim atau India Muslim yang jadi PM, dia & geng OK tak?

*Ataupun dia melawak je dengan ciapan dia tu? Lawak ke dia?
Jika engkau ingin mengetahui KESALEHAN seseorang, lihatlah saat ia berurusan wang dengan orang lain.

Jika engkau ingin mengetahui KEMATANGAN AKAL seseorang, lihatlah bagaimana ia berdebat dengan lawan dan bagaimana saat ia emosi.

Jika engkau ingin mengetahui AKHLAK seseorang, lihatlah bagaimana ia berinteraksi dengan bawahan, pembantu, dan orang miskin di sebalik lensa
Keagungan & kehebatan Allah Subhana Wa Ta’ala menerusi penciptaan serangga.

“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik,”
(Al-Baqarah 2:26)

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.”
(Al-Hajj 22:73)
2024/10/03 00:22:21
Back to Top
HTML Embed Code: