Telegram Web Link
Awal awal pagi selepas anak ke sekolah, saya terima aduan kes gangguan seksual.

Menjadi lumrah kami di MRM menerima pelbagai aduan & memohon pandangan mahupun pertolongan untuk kes belum Muslim, muallaf, murtad & isu-isu wanita saban hari.

Jikalau anda adalah mangsa atau kenalan kepada mangsa, In Sha Allah boleh hubungi kami di wasap.my/60103735596 untuk mendapatkan bantuan.

Semua informasi yang diberikan adalah rahsia & kami di MRM akan memberikan sokongan moral, kepakaran kaunseling, psikiatri, perubatan, undang-undang untuk anda mendapatkan keadilan.
Keturunan Mat Kilau jumpa dengan keturunan…

Bersarapan awal pagi, terserempak dengan cicit keturunan Mat Kilau, Dato Ahmad Saruji yang juga bekas penasihat Shariah Atomy. Dah biasa kami berjumpa di kedai makan yang sama. Itulah port sarapan kami.

Walaupun bergelar Dato, dia lebih suka saya panggil dia Abang dari panggil dia Dato. Seperti biasa bila kami berjumpa, perbincangan akan jadi seronok dan hangat especially bila kami bincang isu-isu semasa.

Apa isu yang panas sehari dua ini?

Well, kes Cikgu Fadli Salleh & KPM.

Cikgu Fadli Salleh & saya bersama berjuang isu Atomy & kedua-dua kami disaman Atomy dan kes masih belum selesai. Ada juga beberapa isu yang kami turut bersama.

Dato Ahmad Saruji, sebagai bekas guru & saya, kami berdua menyokong apa beberapa isu yang disuarakan oleh Cikgu Fadli. Walaupun berdepan pelbagai risiko tetapi dia terus lantang bersuara mewakili ‘silent majority’.

Seronok berborak dengan Dato Ahmad Saruji ini kerana kami mempunyai prinsip yang hampir sama & kami boleh agree to disagree respectfully. Kami berdua sangat bersetuju untuk bersuara menyatakan kebenaran dan bukan sekadar menjadi YES MAN andai dilantik dalam apa jua jawatan.

Sebelum berpisah, Dato bagi ayat ni bagi merumuskan perbincangan kami;

“Mereka tak takut mati punya orang. Tak takut akhirat”

Buat para pejuang sekalian, teruskan perjuangan walaupun dicaci & dimaki. Sucikan niat & tetap istiqomah mengharapkan keredhaan Ilahi.

*Dato keturunan Mat Kilau saya pula keturunan Nabi.

Nabi Adam Alaihisalam 😉
Selepas 23 tahun tidak berjumpa, Alhamdulilah Allah berikan peluang untuk saya berjumpa dengan bekas rakan sepasukan bawah 16 tahun KL @zulmoore20

Kali ini berjumpa bukan di atas padang bola tetapi di Putrajaya untuk ceramah saya di Menara Usahawan. Ketika kali terakhir kami berjumpa, saya belum lagi memeluk Islam. Dahulu persahabatan sebagai rakan sepasukan kini lebih dari itu, persaudaraan Islam! Alhamdulilah.

Karier bolasepak Zulkifli Affendi atau lebih dikenali sebagai ‘Moore’ berkembang sehingga mewakili pasukan bolasepak Malaysia di peringkat antarabangsa & merupakan lagenda bolasepak KL.

Semoga Allah merahmati sahabat-sahabat semua.
Ini bukan gambar raksasa untuk filem baharu tetapi ini adalah wajah seekor semut yang diambil menggunakan ‘magnifying lens’

MashaAllah…!!! Hebat cipta Allah Subhana Wa Ta’ala.. Tidaklah Allah ciptakan semua benda ini sia-sia tetapi hanya orang berakal yang mengambil pengajaran.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”
(Ali'Imraan 3:190-191)

Sahabat boleh lihat lebih banyak gambar serangga yang telah diambil dengan ‘magnifying lens’ di pautan ini.

https://nikonsmallworld.com/galleries/2022-photomicrography-competition/ant-camponotus
Perkara yang sepatutnya ‘menyibuk’, mereka diam. Perkara yang tak sepatutnya ‘menyibuk’, mereka ‘menyibuk’.

Dari kita busybody sini sana tanpa tahu hujung pangkal, disarankan kita sibukkan diri dengan mencari ilmu agar kita senantiasa bertindak dengan tepat dan rasional.
Semalam saya diundang menjadi panelis untuk dialog harmoni anjuran Rakan Siswa YADIM UIA, Gombak bersama Dr Bala (Hindu) & Dr Charanjit Kaur (Sikhism).

Kami makan bersama sebelum forum bermula. Riuh rendah meja panelis kerana kami telah berforum sebelum forum dalam auditorium bermula. Pelbagai topik kami bincangkan. Kamilah panelis dan Kamilah moderator.

Dalam perjalanan masuk ke auditorium, saya beritahu kepada Dr Charanjit,

“This is the first time we are sharing same stage as panelist”

Dr Charanjit balas;

“Ya. Is our first time together as panellist for interfaith program BUT, I do some research and read about you.”

Alamak! Haha.. Siap buat research lagi. Saya sambung;

“What is the result of your research? Good and bad right? For me, honesty is the best policy rather than double face.”

Kami gelak bersama..

Masuk dalam auditorium, Dr Charanjit duduk sebelah saya, dia sambung lagi perbualan.

“I thought you are very serious person you know and not friendly. But you really like to joke and funny la. Hahaha.”

Bayangkan pengacara majlis sedang memulakan majlis tetapi kami berdua boleh gelak kuat di bawah pentas.

Boleh pula masa forum, dia kata saya ‘curi’ point dia walhal saya tak tahu apa point dia. Last-last forum antara agama jadi macam sembang santai plak.

Siapa kata berlainan agama mesti bermusuh? Banyak persamaan walaupun agama tidak sama. Yang penting jujur dan tidak talam dua mula.

Dont talk about each other but talk to each other. Agree to disagree & toleransi tidak semestinya kita mesti makan apa yang orang lain makan dan celebrate apa yang orang lain celebrate.

See you soon Dr Charanjit Kaur & suami, Harpreet Singh. Kita sambung forum parenting kita. 😉

*Screenshot dikongsi dengan izin Dr Charanjit sendiri.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Family outing di Stadium Nasional Bukit Jalil menonton perlawanan akhir AFC Cup antara KL City menentang Al Seeb dari Oman.

KL tewas 3-0 tetapi objektif adalah outing bersama family. Pengalaman pertama anak-anak melihat Daddy mereka menjerit & bersorak sambil menonton bolasepak. Barangkali pengalaman ini akan lebih bermakna apabila mereka dewasa kelak untuk diimbas kembali. 😉
Shahadah sebelum Street Dakwah

Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.

Pagi tadi seorang lelaki Cina telah mengucapkan dua kalimah syahadah di Pejabat MRM Wangsa Maju.

Antara saat-saat yang menyentuh hati beliau untuk memeluk agama Islam adalah ketika salahfaham dia tentang the Do's & the Don'ts dalam Islam mula menghilang apabila dia mendalami tentang agama islam.

Dia yang asalnya tidak menganut mana-mana agama tetapi mula menjinakkan diri dengan agama Islam pada 3 tahun yang lepas.

Dia yang tidak tahu langsung tentang agama Islam setelah mengkaji, beliau terkejut apabila mengetahui bahawa adat budaya dan cara hidup keluarganya sebagai bangsa Cina kebanyakan tidak bercanggah dengan ajaran dalam agama Islam.

Dari situ dia dapat merasakan Allah permudahkan urusan baginya sehinggalah pintu hatinya diketuk membuatkan dia nekad untuk memeluk Islam setelah melihat bagaimana Islam dengan begitu jelas menyediakan a Complete set of way of life dibandingkan dengan agama lain!Allahuakbar!

Kepada anda yang masih mencari cara hidup yang lengkap, bacalah Al-Quran! Anda boleh dapatkan naskah terjemahan Al-Quran secara PERCUMA dengan menghubungi wasap.My/601110500414 SEKARANG!

Welcome back to Islam Bro.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
"Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."
(Al-Furqaan 25:20)

Apabila saya membaca ayat ini, saya dapat beberapa pengajaran buat diri saya;

1) Diri saya; percakapan, perbuatan, pemikiran, rupa paras, fizikal, merupakan ujian untuk orang di sekeliling saya.

2) Orang di sekeliling saya juga merupakan ujian buat diri saya.

3) Allah boleh ciptakan manusia dalam keadaan semuanya beriman dan semuanya mempunyai karektor yang sama tetapi hakikatnya tidak kerana kehidupan ini adalah ujian.

4) Apabila saya tidak suka kepada sikap, keperibadian, karektor orang lain, Allah tidak menghukum saya kerana mempunyai perasaan begitu tetapi Allah mungkin akan memberikan ganjaran atau hukuman BERDASARKAN reaksi saya terhadap perasaan dalam diri saya itu. Begitu juga orang lain apabila mereka tidak suka kepada saya, REAKSI mereka itu yang akan membezakan mereka dapat pahala atau dosa.

5) Setiap manusia ada karektor atau sikap tertentu yang mereka sukai pada orang lain tetapi pada masa yang sama, mereka juga tidak menyukai karektor dan sikap tertentu yang ada pada orang lain. Manusia itu diciptakan berbeza-beza sikap & karektornya.

Adakala kita tidak tahu kenapa kita tidak suka karektor yang ada pada seseorang sebagaimana ada orang tidak suka taugeh atau makanan-makanan tertentu. Sekali lagi, tidak suka taugeh atau makanan tertentu tidak menjadikan kita berdosa tetapi REAKSI kita ketika orang lain suka taugeh dan makanan tertentu sama ada kita mencela makanan itu atau tidak yang membezakan kita.

6) Orang lain menzalimi kita juga adalah sebahagian dari ujian hidup. Tiada manusia dapat lari dari realiti hidup ini. Bezanya ialah adakah kita akan membalas dendam dengan menzalimi mereka sebagaimana mereka telah menzalimi kita atau kita memilih untuk mendapatkan keadilan dengan cara yang sesuai dengan prinsip agama Islam dan mungkin memaafkan orang yang menzalimi?

Jikalau kita memilih untuk menzalimi mereka yang menzalimi kita, maka kita tiada beza dengan mereka walaupun mereka yang memulakannya.

Andai kita memilih untuk mendapatkan keadilan sesuai dengan prinsip agama Islam atau kita boleh memilih untuk memaafkan, maka kitaberjaya melepasi ujian itu. Mungkin kita tidak dapat keadilan di dunia tetapi kita tetap bersabar kerana yakin keadilan mutlak hanya di akhirat.

Mendapatkan keadilan atau memaafkan adalah hak mutlak individu yang dizalimi bukannya hak orang luar yang tiada kena mengena.

Contoh seseorang meminjam duit RM1,000 dari kita tetapi orang itu tidak mahu membayar hutang itu. Hak kita yang memberi hutang untuk tetap menuntut hutang dengan cara yang sesuai dengan agama Islam atau kita boleh memilih untuk menghalalkan untuk si penghutang kerana kita mengharapkan pahala yang lebih besar dari Allah. Kedua-duanya adalah hak pemiutang bukannya hak orang lain.

Banyak lagi pengajaran yanag saya dapati hanya dengan satu ayat ini sahaja. Saya menulis bukan untuk mengingatkan orang lain terlebih dahulu tetapi sebagai peringatan buat diri ini dan juga In Sha Allah sebagai bekalan amal soleh selepas ketiadaan diri ini di dunia yang apabila orang membaca kembali coretan-coretan saya ini akan mendapat manfaat yang seterusnya memberikan manfaat kepada saya di akhirat kelak.

Suka saya berpegang kepada hadits Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam ini;

“Seorang mukmin yang bergaul di tengah masyarakat dan bersabar terhadap gangguan mereka, itu lebih baik dari pada seorang mukmin yang tidak bergaul di tengah masyarakat dan tidak bersabar terhadap gangguan mereka”
(Al Bukhari dalam Adabul Mufrad 388)

Orang yang mengasingkan diri dari masyarakat & orang yang bergaul dengan masyarakat itu kedua-dua baik tetapi yang lebih baik adalah yang bergaul dengan masyarakat dan bersabar dengan mereka. Semoga bermanfaat.
image_2022-10-24_14-35-29.png
931.7 KB
Sertai saluran Telegram The Merdeka Times agar tidak ketinggalan berita terkini.

Tekan link https://www.tg-me.com/themerdekatimes atau imbas kod QR.
Kami mengalu-alukan para penuntut yang ingin menjalani latihan industri di The Merdeka Times. Emelkan segera resume anda kepada [email protected]

#internshipstudent #pratikal #themerdekatimes
2024/10/03 02:40:55
Back to Top
HTML Embed Code: