Telegram Web Link
Reunion Ex-KL 98/99/00 game kedua & terakhir bagi 2023. Menang kalah, soal lain. Yang penting kami dapat meneruskan persahabatan yang terjalin sejak 25 tahun lepas.

Mengamit nostalgia apabila kami membuat replika jersi yang pernah kami pakai dahulu pada 1998.. Jersi KL favourite kami. Siapa masih ingat?

Berminat nak ajak team veteran ni untuk friendly? Kalau anda pasukan veteran 38 ke atas, boleh hubungi
- Conen +60 18 774 3551
- Kabut +60 13 376 6645
- Rizal 014 6872 420
Perjalanan dakwah tidak hanya dipenuhi dengan karakter seperti Abu Bakar, Umar Ibn Khattab, Uthman Ibn Affan, Ali Ibn Abi Talib atau Abdul Rahman Ibn Auf. Mereka semua sahabat Radiyallahuanhum adalah penegak agama Allah SWT.

Namun usah dilupa di sebalik nama mereka yang menegakkan agama Islam terselit juga nama seperti Al-Walid Ibn Mughirah, Ummayyah Ibn Khalaf, Abu Jahal, Abu Lahab serta Abdullah Ibn Ubay Ibn Salul yang menentang perjuangan.

Maka oleh itu pesanan untuk diri saya terutamanya, usahlah mengeluh apabila ada cubaan sabotaj atau menghalang usaha dakwah kita kerana jikalau tanpa semua ini, masakan ganjaran berdakwah itu begitu besar? Semakin hebat dan sukar cabaran serta rintangan, semakin hebat ganjaran di sisi Allah SWT.

Istiqomahlah dalam perjuangan dan kesabaran...
Seorang lelaki Muslim bersama anak-anaknya telah dimurtadkan di sebuah gereja terkemuka & kemudian berkahwin di cawangan gereja tersebut di KL.

Ini bukan khabar angin. Kami memiliki dokumen rasmi pengakuan memeluk Kristian mereka.

Saya nak lihat apa respon Council of Churches Malaysia(CCM), MCCBCHST & para liberal yang selama ini menentang pemelukan agama secara ‘unilateral’.

Saya ingin tahu apakah yang mereka perjuangkan itu hanyalah difokuskan pada pemelukan agama Islam secara ‘unilateral’ atau mereka tidak hipokrit dan juga menentang pemelukan agama secara ‘unilateral’ tanpa mengira agama apapun.

Saya sesekali tidak akan terkejut dengan penafian dan sandiwara mereka kelak..
Komen biadab..

Dah pernah belajar tentang Islam ke untuk mengatakan Islam tidak mengajar perancangan keluarga?

Apa agama kamu ajar tentang perancangan agama atau agama sendiri pun tak faham?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=750732300421633&id=100064546095888&mibextid=Nif5oz
Selepas perkongsian saya semalam tentang kes murtad di gereja, saya difahamkan ada persatuan gereja mahu merujuk isu ini kepada pihak perundangan mereka. Nak saman saya kot.

Saya & MRM TIDAK PERNAH mendedahkan apa-apa tanpa bukti tulen!

Laporan polis telah dibuat di atas insiden itu dan pihak Bahagian Undang-Undang MRM akan memfailkan saman sivil di mahkamah. Perlembagaan & undang-undang perlu dipertahankan. Berani kerana benar.

Sokong usaha amar makruf nahi mungkar kami;

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan MEREKA TIDAK TAKUT KEPADA CELAAN ORANG YANG MENCELA.”
(Al-Maidah 5:54)
Kingdomcity & Hannah Yeoh

Kingdomcity diasaskan oleh Mark Varughese di Malaysia pada April 2006 & Hannah Yeoh antara yang terawal menyertai Kingdomcity pada waktu itu menurut Mark.

Menurut Hannah dalam bukunya, Becoming Hannah, Mark Varughese memberikan nasihat kepadanya untuk keluar dari zon selesa dan bertanding kerusi Parlimen.

Maka tidak hairanlah Hannah Yeoh pernah dijemput memberikan ceramah & khutbah di Kingdomcity di Malaysia & juga luar negara.

Takde apa yang menghairankan untuk mana-mana pastor, missionari & penganut Kristian dijemput berceramah di mana-mana gereja sekalipun sebagaimana seorang pendakwah Islam dijemput berceramah di mana-mana surau & masjid.

Kingdomcity juga ada melakukan program ‘outreach’ di Malaysia sebagaimana pengakuan salah seorang pemimpin mereka, Scott Egber dalam satu video pada 10 Disember 2023.

Kingdomcity, ☔️
Rakyat Malaysia tapi tidak tahu berbahasa Malaysia & kemudian berani mengatakan adalah satu penghinaan baginya apabila Grab mahu duit Cina tetapi tidak mahu menggunakan Bahasa Cina.

Bukankah ianya penghinaan sebagai rakyat Malaysia tetapi tidal tahu Berbahasa Malaysia?

Lim Recipe 林食谱, IC bahasa Melayu atau Bahasa Cina? Lesen bisnes & sijil lahir bahasa apa?
PMX TERENCAT AKAL!

Itulah antara komen biadab netizen di media berbahasa Cina terhadap tindakan PMX, Anwar Ibrahim melarang kapal Israel untuk berlabuh di Malaysia.

Apabila sesuatu keputusan itu memihak kepada mereka atau mengikut kehendak mereka, dipuji melangit tetapi bila kerajaan atau PMX buat keputusan atas kepentingan negara, pelbagai cacimaki dan hinaan.

Setiap minggu di sekolah baca Rukun Negara, KESOPANAN & KESUSILAAN tetapi ianya seperti tidak membawa kesan kepada mereka.

Link asal berita;- https://www.facebook.com/share/eRkH2y4m2BSzNNaB/?mibextid=WC7FNe
Saya dah kata bahawa saya mempunyai prinsip tidak akan bercakap dan melakukan sesuatu tanpa bukti.

Saya kata laporan polis telah dibuat, memang ianya telah dibuat. Berani kerana benar. Biarlah apa orang nak kata.

“Merujuk kepada laporan polis dilihat The Merdeka Times, Muhammad Addinullah Mohd Hazmi, 34, berkata beliau dan isterinya menerima satu dokumen daripada bekas suami isterinya pada 20 Julai lalu, memaklumkan beliau (bekas suami isteri) mengkristiankan anak-anaknya.”


https://themerdekatimes.com/news/2023/12/lelaki-muslim-dakwa-tiga-anak-tirinya-dimurtadkan-di-gereja/
Instagram ‘ban’ saya dari buat ‘live’ sehingga 28 Feb 2024. Tak mengapa.

10mlm ini di TikTok saya, episod 2 Murtad, Punca & Solusi..
Bukan sahaja ‘reach’ di Facebook Page rendah kerana ‘shadow ban’ tetapi saya juga dilarang untuk buat sebarang ‘live’.. Perkara yang sama di Instagram saya.

Terpaksa buat live di TikTok & YouTube buat masa ini.

Sahabat boleh ikuti video-video & ‘live’ saya di kedua-dua platform. Follow & subscribe..
2024/10/04 19:21:46
Back to Top
HTML Embed Code: