Telegram Web Link
Street Dakwah ‘Paksa’ Orang Masuk Islam?

ALHAMDULILAH. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR…

Kami menerima perkhabaran gembira tengah malam semalam apabila seorang remaja Cina yang disantuni Bro Azim pada March 2023 memaklumkan bahawa dia telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

ALLAHUAKBAR…. ALHAMDULILAH…

Bro Azim menyantuni remaja ini ketika Street Dakwah di Bukit Bintang pada March tahun ini. Remaja ini sangat terbuka & objektif dalam perbincangan dengan Bro Azim. Hampir sejam setengah mereka bersoaljawab di Bukit Bintang.

Antara soalan yang ditanya oleh remaja Cina ini adalah tentang kenapa dilarang makan khinzir, asal usul nama Islam, siapa Nabi Muhammad, apa itu Al-Quran dan banyak lagi.

Sebelum berpisah, Bro Azim menghadiahkan senaskah terjemahan Al-Quran & beberapa risalah yang dibeli MRM hasil sumbangan sahabat semua.

Beliau membaca Al-Quran yang dihadiahkan kepadanya & menjadikan beliau lebih selesa serta dekat dengan Islam.

Sebab itu kami selalu mengatakan, jangan sesekali perkecilkan sehelai risalah mahupun sebuah Quran yang dihadiahkan kita kepada kenalan kita yang Belum Muslim. Allah boleh menjentik hati mereka dengan usaha kita itu dan menjadikannya asbab mereka dikurniakan hidayah.

Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang selama ini menyokong usaha dakwah kami di MRM untuk terus amar makruf nahi mungkar.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Sangat comel apabila di penghujung mesejnya dia meminta maaf kepada Bro Azim kerana menghantar mesej kepadanya tengah malam. Beliau tidak dapat menahan keterujaannya selepas mengucapkan dua kalimah syahadah & tak sabar mahu berkongsi dengam Bro Azim yang menjadi antara asbabnya kembali kepada kebenaran.

Selamat pulang ke agama fitrahmu.. Teruskan sokongan sahabat semua kepada usaha kami di MRM…

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02BSqvWd99dSgvQcKopuR1KyycLCmMK7ZHj4yMgUmfSTR9HT7wvqmm5znWD8iTpNtdl&id=100044182431632
Alhamdulilah. Allahuakbar.

Allah menjadikan Mega Street Dakwah anjuran MRM semalam sebab asbab seorang lelaki Cina Kristian memeluk Islam setelah bersoal jawab hampir 45 minit.

Nantikan video perbualan antara saya dengan dia.

Jazakumullahu Khairan di atas sokongan sahabat semua. In Sha Allah akan, Street Dakwah mingguan kami pada setiap Ahad, 3-6petang berjalan seperti biasa hari ini.
“Pray for Israel” - Pengasas Kingdomcity Malaysia, Mark Varughese

Dalam posting bertarikh 28 Oktober 2023, pengasas Kingdomcity Malaysia yang berasal dari Australia berkongsi poster“Pray for Israel” & bendera Israel..

Ya, pengasas Kingdomcity Malaysia & rakan Hannah Yeoh. Mungkin wartawan boleh tanya apakah pendapat Hannah Yeoh terhadap kenyataan kawan dan pastor beliau ini yang tidak selari dengan pendirian Kerajaan Perpaduan yang Hannah juga berada di dalam kabinet menteri.
Saya beli ikan adakalanya siang adakalanya malam tapi saya pastikan hanya beli ikan yang dah siang & asing dua tiga beg untuk mudah dicuci serta diasingkan terus dalam peti sejuk.

Senangkan isteri masak. Happy wife happy life.

Hidup dah cukup sibuk dengan pelbagai isu, jadi suami kena juga cerdik kurangkan peluang & ruang untuk syaitan tanam benih perselisihan dengan yang tersayang.

Allah sebut suami isteri adalah untuk lengkap melengkapi bukannya fokus pada kekurangan pasangan.

Lelaki atau perempuan yang dah kahwin, tak sibuk sangat isu begini. Biasanya yang bujang yang masih belum masuk ke alam realiti.

Selamat malam..
Bila saya kritik BERSATU/PAS/PN, mereka gelar saya walanon. Bila saya kritik PKR/UMNO/AMANAH/DAP/PH, saya digelar walaun.

Tak perlu susah susah cari dan kaji saya ahli parti mana. Saya bukan ahli kepada mana-mana parti.

Saya berkawan dengan semua atas prinsip & menegur juga atas prinsip. Kita sokong apa yang baik & betul tanpa melihat siapapun mereka tetapi kita menegur mana yang tak betul tanpa melihat siapapun mereka.

Berminat dengan prinsip saya yang begini? In Sha Allah kita boleh berkawan. Tak berminat? Tak mengapa. Tak semestinya bermusuh. 😉

*ini komen di posting saya tentang Pastor Mark Varughese yang juga kawan Hannah Yeoh berdoa, “Pray for Israel”
Wanita Hari Ini TV3 tengahari nanti.

Program siang hari bukan siang ikan..
Apa yang dinyatakan oleh Koo Ham barangkali merupakan isi hati mereka selama ini. Saya sebagai Muslim dimaklumkan oleh di dalam Al-Quran;

“Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(At-Taubah 9:8)
Selepas berkhidmat selama 45 tahun sebagai paderi dan Rektor di Gereja Holy Cross di Horbart, Tasmania Australia, David Gould atau Dave Gould mengumumkan dia telah memeluk Islam & menukar namanya kepada Abdul Rahman.

Allahuakbar Allahuakbar.. Sesungguhnya Allah mengurniakan hidayah kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki khususnya mereka yang berani serta ikhlas mencari.
Pembaca The Merdeka Times bagi bulan November 2023. Jazakumullahu Khairan di atas sokongan sahabat semua.

Sahabat juga boleh menyokong TMT dengan mengiklankan produk & perkhidmatan anda atau sebagaimana The Guardian di UK yang tidak dikuasai ahli politik kerana didokong oleh masyarakat.

https://support.themerdekatimes.com/
2024/10/04 21:23:27
Back to Top
HTML Embed Code: