Telegram Web Link
Kepada pendokong Zionis, you are part of this!
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“This is not war between armies but this is between COLONIZER & COLONIZED!” - Ilan Pappe, Israeli Historian & Political Scientist

“Ini bukannya perang antara tentera tetapi antara PENJAJAH (Zionis) & YANG DIJAJAH (Palestin)!” - Ilan Pappe

#islam #muslim #brofirdauswong #firdauswong #cinamuslim #chinesemuslim #gaza #israel #idf
Mengikut laporan Forber, 94% permintaan (arahan) dari Israel untuk memadamkan ‘content’ yang tidak memihak kepada naratif Zionis dalam pemb*nuhan rakyat Gaza ditunaikan oleh gergasi medsos!

Tak mengapa, mereka padam kita buat lagi dan lagi. Dunia semakin sedar bahawa Zionis bukannya mangsa tetapi adalah serigala berbulu ayam..
Kehalalan sesuatu makanan terletak pada ramuan yang digunakan. Adakalanya ramuannya halal tetapi premisnya kotor tidak menjadikan makanan itu haram.

Begitu juga restoran yang memiliki sijil halal dan menyediakan makanan halal tidak menjadi haram hanya kerana pekerjanya memakai salib, memakai bindi atau memakai tangkal agama lain.

Selagi makanannya halal, maka halal lah untuk dimakan. Tidak wajib membeli dari mana-mana premis yang kita tidak mahu tetapi tidak boleh juga mengharamkan sesuatu yang halal hanya kerana pemakaian simbol agama lain.

Agama Islam adalah agama yang tegas dengan prinsip tetapi jangan pula bertegas tidak bertempat. Sangat bagus untuk seseorang Muslim memiliki semangat keIslaman tetapi semangat juga perlu disertakan dengan ilmu agar semangat itu membawa manfaat bukannya kemudaratan.

Jangan kerana kita terlalu bersemangat lalu memberikan imej dan gambaran salah terhadap ajaran Islam.

*Tahukah anda bahawa banyak restoran yang memiliki sijil halal yang makanannya disediakan/dihidangkan oleh pekerja asing dari India, Nepal, Myanmar yang bukan Islam?
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
“Kami (Israel) yang membina terowong di bawah Hospital Al-Shifa.” - Ehud Barak, bekas PM Israel

#islam #muslim #firdauswong #brofirdauswong #gaza #idf #israel #palestine #freepalestine
Saya tidak berapa aktif di X (Twitter) tetapi terkejut juga bila akaun X rasmi PMX Anwar Ibrahim & TPM Zahid Hamidi ‘follow’ saya.

Lebih mengejutkan ialah Lim Guan Eng yang saya tak pernah tagged dia di X pula yang blok saya. 😂

Anyway, thanks for following. Akan cuba lebih aktif di X…

Kesemua akaun medsos rasmi saya pasti akan ada button verified kecuali TikTok & X.. Mungkin lepas ni nak upgrade akaun X. Apa pendapat sahabat semua?
Soalan jujur dan serius dari Dr. Norman Finkelstein yang merupakan seorang berbangsa Yahudi & ibubapanya terselamat dari holocaust.
Desperate betul Israel.

Cantik betul peluru tu ‘potong’ buku tu kan? Tak membakar langsung buku tu dan paling best, tak nampak langsung di pakaian tentera tersebut lubang ditembak.

Barangkali dia menepis peluru itu sambil memegang buku itu. Zionis kan banyak karamah menipunya. 😉
Simple man, simple life, simple breakfast. Roti kosong banjir.

Orang yang gembira tidak semestinya bersyukur tetapi orang yang bersyukur dia pasti gembira. Alhamdulilah.

Apa yang sahabat makan untuk sarapan tadi?
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Influencer berpoligami ketika isteri pertama saraf mengandung?
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Suka tayang kebahagiaan sebagai content medsos?

Teguran buat sekua content creator, Hati hati dengan ‘ain’
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bila fikir penunggang agama mesti kita terfikir yang negatif sahaja tetapi tahukah anda sebenarnya ada juga penunggang agama yang positif?

#islam #muslim #firdauswong #brofirdauswong #chinesemuslim #cinamuslim #penunggangagama #tunggangagama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Adakah anda bersetuju dengan cadangan dengan Kristian Cina dari Malaysia, Victor Yong untuk menubuhkan Kedutaan Israel di Malaysia?

#islam #muslim #firdauswong #brofirdauswong #cinamuslim #israel #israelmalaysia #christianzionism #christianmalaysia #malaysiachristian #malaysianchinese #cinamalaysia
Ramai yang tag saya tentang satu status ini oleh bekas ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim. Sedikit ulasan dari saya tentang isu ini yang baru terlibat dalam dakwah sepenuh masa selama 10 tahun, menubuhkan NGO Multiracial Reverted Muslims (MRM) yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai Pusat Pendaftar Muallaf Negeri Selangor serta pengalaman kami terlibat mengIslamkan hampir 1,000 individu dalam serta luar negara.

1. Setiap negeri mempunyai SOP mereka tersendiri dan saya berkongsi SOP sebagai Pusat Pendaftar Muallaf Selangor.
2. Setiap orang yang menyatakan hasrat untuk memeluk Islam akan dialu-alukan.
3. Setiap individu yang hadir akan diberikan penerangan ringkas tentang Syahadah, Rukun Islam, Rukun Iman, Tanggungjawab kepada ahli keluarga yang bukan Islam selepas memeluk Islam, perkara yang mesti dan dilarang dilakukan selepas memeluk Islam, jenazahnya akan diuruskan mengikut ajaran Islam selepas kematian & memeluk Islam tanpa paksaan.
4. Jikalau individu itu setuju, maka mereka pegawai yang memberikan penerangan beserta individu itu akan menandatangani borang itu sebagai tanda faham & setuju. PengIslaman akan dilakukan sambil disaksikan oleh dua saksi yang hadir bersama atau disediakan oleh kami.
5. Jikalau individu itu tidak faham & tidak bersetuju, maka penjelasan lanjut akan diberikan. Setelah penerangan dan individu itu dengan jelas mengatakan faham tetapi tidak bersetuju dengan prinsip asas Islam seperti Allah Tuhan yang Tunggal & Allah sahaja yang layak disembah, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah & Nabi terakhir serta Islam satu-satunya agama yang benar (3:19) dan sesiapa yang memilih agama selain Islam tidak akan diterima (3:85), maka pengIslaman tidak akan diteruskan.
6. Jikalau individu itu faham & setuju dengan prinsip asas Islam tetapi mengatakan dirinya masih memerlukan masa untuk belajar dan mengamalkan hukum-hakam dalam Islam, maka pengIslaman akan diteruskan kerana yang penting adalah pemahaman serta penerimaan sepenuhnya prinsip asas Islam.
7. Islam mengalu-alukan manusia untuk kembali kepada kebenaran tetapi tidak akan sesekali memaksa sesiapapun untuk memeluk Islam. Muslim wajib berkongsi ajaran Islam kerana sayangkan mereka yang masih Belum Muslim tetapi tidaklah sampai kemaruk sangat sehingga melutut, merayu mahupun memaksa mereka yang enggan kembali kepada kebenaran. Kita jalankan tanggungjawab, selesai tanggungjawab kita di depan Allah kelak.
8. Kami di MRM pernah didatangi individu yang mengatakan mahu memeluk Islam tetapi akhirnya tidak diIslamkan selepas kami memberikan penerangan kerana individu itu tidak boleh/mahu menerima prinsip asas Islam tetapi bertegas agama lain juga betul & Tuhan lain juga layak disembah.

Saya tidak pasti pejabat agama negeri manakah yang dimaksudkan atau apakah sebenarnya yang berlaku tetapi setakat yang kami ketahui dan alami, tiada lagi pejabat agama yang kami berurusan menolak mana-mana individu yang ingin memeluk Islam seandainya ianya kes tulen & menerima prinsip asas Islam.

Tidak dinafikan ada beberapa perkara yang Jabatan/Pejabat Agama boleh tambahbaik seperti lebih layanan & perkhidmatan lebih profesional serta mesra pelanggan.

Saya juga ingin kongsi satu pengalaman peribadi di mana ketika Street Dakwah di mana seorang sukarelawan memberitahu ada seorang Uncle berbangsa India nak memeluk Islam.

Lalu saya mendekati Uncle itu dan bertanyakan adalah dia percaya & menerima Allah sebagai Tuhan & Nabi Muhammad sebagai Pesuruh Allah, dia mengatakan ya tetapi beliau sambung dan berkata dia juga percaya pada Krishna, Buddha & sebagainya.

Rupa-rupanya dia adalah seorang Bahai.

Oleh sebab itulah dalam syahadah dimulakan dengan penafian adanya tuhan-tuhan lain dan kemudian penetapan bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah.

📸 Look at this post on Facebook https://www.facebook.com/share/p/SB65xQabYaQFfFcz/?mibextid=WC7FNe
Bukan kali pertama usaha dakwah kami disindir & dihina begini. In Sha Allah ini juga bukan kali terakhir. Makin mereka membenci & menghina, makin bersemangat kami meneruskan dakwah kami.

Dulu, mungkin mereka menyembunyikan kebencian terhadap Islam tetapi sekarang mereka berani menzahirkan kebencian mereka. Benarlah firman Allah Subhana Wa Ta’ala;

“Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.”
(Ali Imran 3:118)

Isu seperti ini tiada kaitan dengan isu politik terkini kerana perkara ini telah berlaku sejak 2015 lagi..
Bismillah...

Alhamdulilah, Ahad lepas pada 10/12/2023 tepat jam 5.40petang, telah lahir anak perempuan yang ketiga yang juga merupakan anak yang kelima. Alhamdulilah.

Dua anak lelaki & tiga anak perempuan. Alhamdulilah.

Kedua-dua ibu dan bayi sihat dan selamat. Jazakumullahu Khairan di atas doa sahabat-sahabat semua.

Mohon maaf andai tidak membalas mesej atau komen anda. Agak sibuk seminggu dua ini sehingga tidak dapat kemaskini banyak di medsos saya.
2024/10/04 21:19:09
Back to Top
HTML Embed Code: