Telegram Web Link
Cantik bulan pagi ini. Allahuakbar. Kita boleh mengagumi kecantikan bulan tetapi jangan pula menyembah bulan.

Sembahlah Pencipta bulan, Yang Maha Esa - Allah, Tuhan Sekalian Alam. Tuhan yang menciptakan segala bangsa termasuklah Melayu, India, Cina, Iban & lain lain.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.”
(Fussilat 41:37)
[CHINA PRESS BUAT U-TURN SELEPAS MEMAINKAN SENTIMEN AGAMA]

Selepas saya membuat video (https://vt.tiktok.com/ZSLDYMVjr/) semalam mengkritik tindakan biadab China Press memainkan sentimen agama, mereka telah menukar tajuk berita & memadamkan posting Facebook mereka.

Bagus kerana berani memperbetulkan tajuk berita mereka yang memainkan sentimen agama tetapi tiada langsung permohonan maaf secara terbuka kerana bersikap biadab!

Saya masih berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang tegas terhadap China Press agar perkara ini tidak berulang.
Bekas paderi yang baru memeluk Islam 3 bulan menunaikan haji buat kali pertama. Ribuan jemaah gereja juga memeluk Islam bersamanya di dalam gereja. Allahuakbar!

Kredit @themerdekatimes

#firdauswong #revertmuslim #africanmuslim #christianity #islam #christianbecomemuslim

https://vt.tiktok.com/ZSLD42pdn/
Saya faham kenapa individu ini memberikan komen marah di video yang mana saya kongsikan konsep tauhid & syirik kepada pasangan muda Cina di Bukit Bintang - https://fb.watch/lDu8AU__fH/

Kebenaran itu menyakitkan. Saya faham. Sebagaimana ubat pahit tetapi baik untuk kita begitu juga kebenaran pahit untuk ditelan tetapi setelah diterima, In Sha Allah kita akan merasai kemanisan iman.

Saya tahu ada yang sangat marah & benci tetapi masih ‘follow’ medsos saya. Semoga kebencian & kemarahan mereka akan menjadi asbab hati mereka terjentik menerima kebenaran Islam satu hari nanti. In Sha Allah. Allahuma Ameen
Jom jumpa di Bukit Bintang 3 petang - 6 petang nanti bagi sesiapa yang berminat untuk diskusi secara sihat, matang serta rasional.
Perbincangan strategi dan kerjasama dakwah terhadap masyarakat Cina Belum Muslim berlangsung dari 8.45pm sehingga 2am tadi.

Gembira dengan semangat mereka semua yang mahu menyumbang & terlibat. Doakan kita semua menjadi asbab Islam tersebar & manusia dikurniakan hidayah oleh Allah.

*Sampai rumah lebih kurang pukul 3am, tu yang mengantuk sehinggakan typo. In Sha Allah sebentar lagi di Bukit Bintang untuk Street Dakwah dari 3-6pm.
Saya terbuka untuk mana-mana pihak membidas video atau posting saya tetapi apabila saya tahu bahawa ada gerakan & individu tertentu khususnya missionari Kristian yang FB mereka sendiri sendu, tidak dapat perhatian & tidak meletakkan gambar serta profil mereka, saya tidak layan dan akan blok.

Kenapa?

Tiada keperluan memberikan ruang kepada mereka yang penganut agama mereka sendiri pun tidak sokong mereka, malu/takut tunjukkan mula dan suka menagih perhatian dan kasih sayang dari page saya.

Gerakan ini penuh dengan kepura-puraan & mencipta fake akaun. Hujah mereka banyak yang copy paste dan setelah gagal, mereka akan alih soalan lain tanpa objektif dalam perbincangan.

Lihat majoriti pendakwah Islam dalam dan luar negara berani memaparkan wajah sendiri dan siapakah mereka dan tidak seperti gerakan yang lain yang bersembunyi serta malu.

Biarlah mereka buktikan bahawa penganut mereka juga menyokong mereka barulah kita berikan ruang kepada mereka. Jikalau penganut mereka sendiri tidak mengiktiraf mereka, kenapa perlu kita membazir masa melayan mereka yang kita tahu secara jelas niat dan objektif mereka?
“You know the Bible better than I do”

Joseph dari England terperanjat mendapat rupa-rupanya di dalam Bible bukan sahaja Jesus dipanggil son of God tetapi ramai lagi dipanggil son of God.

Beliau juga terkejut bukan sahaja Jesus digelar ‘begotten’ son of God tetapi di dalam Psalm 2:7 David (Daud) juga

“I will declare the [a]decree: The Lord has said to Me, ‘You are My Son, Today I have begotten You.”

Bila saya terangkan sebagai Muslim saya tiada masalah untuk terima Jesus sebagai son of God sebagaimana diterangkan dalam Matthew 5:9;

"Blessed are the peacemakers, for they shall be called sons of God” (Berbahagialah orang yang membawa damai karena mereka akan disebut anak-anak Allah)

Setelah dibacakan ayat ini, Joseph kata;

“That means all of us are son of God as long as we are peacemakers. Not biological or literal son of God but metaphor.”

Kami berborak hampir 45 minit. Saya bertanya untuk mengesahkan;

“Joseph, you are Christian so you believe in ONLY One God & Jesus as son of God methaphorically ie someone righteous and Prophet of God right?”

Joseph balas;

“Not only that, I never drink, I never eat pork too”

Saya terkejut dan menjawab;

“What? Hey Joseph you know what? Based on what you told me, you are 90% Muslim! What are the balance of 10% that stops you from becoming a Muslim?”

Joseph sambil tersenyum;

“Exactly. Im not ready yet. If I become Muslim, I want to be ready.”

Sambungan, tunggu video perbualan kami tetapi sebelum beredar, saya berkata;

“In Sha Allah (God Willing), we will meet again before you board your next flight. Joseph become Yusof, In Sha Allah.”

Joseph tersenyum menjawab; “Sure”

Kami bertukar nombor telefon dan berpelukan sambil saya mendoakan agar Allah kurniakan hidayah buat Joseph. In Sha Allah akan aturkan sekurang-kurangnya satu lagi pertemuan dengan beliau dan akan meminta sahabat di England untuk follow up dengan beliau nanti.

Jazakumullahu Khairan kepada sahabat semua yang menyokong usaha dakwah kami. Semoga setiap sumbangan dan sokongan sahabat semua diterima oleh Allah. Allahuma Ameen

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Look who is in the house!

Hamza Den

Singa Islam di Speaker’s Corner, London berada di Kuala Lumpur sekarang.

Kalau kami anjurkan sesi meet and greet minggu ini, siapa berminat nak join?

p/s In Sha Allah Hamza akan menyertai Street Dakwah MRM hujung minggu ini 😉
In Sha Allah sesi ‘Meet & Greet’ bersama Hamza’s Den (Speaker’s Corner, Hyde Park) akan berlangsung Sabtu, 15 Julai 2023 bermula 11pagi.

Tempat terhad. Link untuk mendapatkan tiket akan dikongsikan 9malam ini. First come first serve. Digalakkan untuk membawa non-Muslim.

Block your date. Jangan kata Bro tak payung awal awal. 😉
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Semalam kami bawa Hamza’s Den menikmati DURIAN.

YES DURIAN..

Dengan ketegasannya di Speaker’s Corner, adakah dia bersedia menerima Raja Segala Buah iaitu Durian? Cuba teka..

Lebih 50% tiket untuk program “From The Darkness Of Atheism To The Light Of Islam” di
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia pada Sabtu, 11pagi
telah habis. Bagi yang belum mendapatkan tiket, anda boleh menempah tiket anda di link ini;-

https://www.eventbrite.sg/e/from-the-darkness-of-atheism-to-the-light-of-islam-by-hamza-den-tickets-675876403517
[Hamza's Den is in Town!!!]

You guys requested it!
MRM eagerly brings you;

From The Darkness of Atheism to The Light of Islam.

Brother Hamza is not a stranger to many of us involved in the Da'wah field. Hearing him on youtube as he debates at Speakers Corner, Hyde Park all these years and Alhamdulillah he is here. Join us as we sit down and hear about the journey of Brother Hamza. May it boost our da'wah spirit!

Date: 15th July 2023 (Saturday)
Time: 11 am - 2 pm
Location: Conference Hall, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), Kuala Lumpur.

FREE OF CHARGE FOR NEW MUSLIMS & NON MUSLIMS!

For others, commitment fees of RM10 but redeemable with free Islamic books on the day of event.

Click on this link to register;
https://www.eventbrite.sg/e/from-the-darkness-of-atheism-to-the-light-of-islam-by-hamza-den-tickets-675876403517

Like, share and DON'T forget to register!
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Here is the full reaction video of Hamza's Den trying DURIAN in #malaysia

You enjoy the experience, Bro?

@hashim.sc & Mansur from @dawah.wise up for the challenge next? 😉

*Get your free ticket to Hamza’s Den Program this Saturday, 15th July 2023 “From The Darkness Of Atheism To The Light Of Islam” live in KL.

https://www.eventbrite.sg/e/from-the-darkness-of-atheism-to-the-light-of-islam-by-hamza-den-tickets-675876403517

#firdauswong #hamzasden #dawahwise #hashimdawahwise #mansurdawahwise #speakerscorner #lionofislam #islam #muslim #whitemuslim #chinesemuslim
Seorang sahabat baru menghubungi saya & meminta pendapat saya tentang hasratnya menyertai politik & bertanding dalam Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.

In Sha Allah niatnya baik tetapi niat yang baik perlu juga disertai dengan tindakan yang baik serta perancangan yang baik. Dia bertanya tentang adakah OK untuk dia sertai politik & gabungan manakah yang terbaik untuk dia sertai?

Saya memberitahu beliau bahawa saya mempunyai sahabat dari hampir kesemua parti politik samaada yang di akar umbi mahupun yang di pucuk kepimpinan. Namun nasihat saya spesifik untuk dia sahaja bukan umum untuk semua.

Saya hanya mengingatkan dia tentang satu nasihat yang diberikan Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam kepada Abu Dzar Al-Ghifari apabila Abu Dzar bertanyakan tentang kepimpinan.

“Wahai Abu Dzarr, sesungguhnya aku melihatmu adalah orang yang lemah dan aku sangat senang memberikanmu apa yang aku senangi untuk diriku sendiri. Janganlah engkau menjadi pemimpin atas dua orang dan janganlah pula engkau mengurusi harta anak yatim.”
(HR. Muslim no. 1826)

Saya berkata, jikalau kamu merasakan kami kuat dan berkemampuan serta berniat baik, saya mendoakan agar Allah senantiasa membimbing setiap keputusan dan perbuatan kamu.

Adakalanya niat kita baik ingin mengubah politik tetapi jikalau kita tidak cukup kuat akhirnya politik yang mengubah diri kita.

Saya memintanya membuat keputusan & melakukan solat istiqarah meminta bantuan serta petunjuk dari Allah untuk menunjukkan apa yang terbaik untuk dunia & akhiratnya.

Tak kira gabungan parti mana anda sertai, selagi anda berpegang pada prinsip Islam, In Sha Allah saya akan membantu & menyokong kamu. Jikalau kamu melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip Islam, maka saya akan menegur & menasihatimu dan andai perlu, akan membangkangmu kerana saya sayangkan kamu sebagai saudara seagamaku.

Semoga Allah membimbingmu wahai sahabatku.. 💪🏼
Pentas & kerusi telah disusun menanti kedatangan anda esok di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia bagi program Hamza’s Den, “From The Darkness Of Atheism To The Light Of Islam” bermula jam 11pagi.

Jumpa anda esok.

Masih sempat untuk mendapatkan tiket anda di pautan ini;-

https://www.eventbrite.sg/e/from-the-darkness-of-atheism-to-the-light-of-islam-by-hamza-den-tickets-675876403517

*Segala persiapan adalah hasil kerja keras semua kakitangan & sukarelawan MRM. Syabas di atas usaha mereka walaupun program ini sangat last minute atas permintaan Hamza.
LIVE From International Institute Of Advanced Islamic Studies (IAIS), Kuala Lumpur

From The Darkness Of Atheism To The Light Of Islam

🗣 Hamzah's Den

🔊 Kongsikan komen kualiti suara dan lokasi anda serta 'Share' agar bermanfaat kepada semua

••••••••••••••••••••••••••••••••••

Ingin membuat pelaburan akhirat bersama kami?

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Bagi yang berminat untuk menyumbang secara bulanan, boleh hubungi kami di talian 011-33002380
Ayuh kita sama-sama uarkan kepada ahli keluarga dan sahabat!

https://fb.watch/lNQHdy-VrH/
Only for rational mind..
2024/11/20 09:35:53
Back to Top
HTML Embed Code: