Telegram Web Link
Rizal van Geyzel (Crackhouse Comedy) antara ratusan yang hadir di program Hamza di IAIS Sabtu lepas.

Rizal berterima kasih di atas penganjuran program sebegini dan terinspirasi untuk turut bersama kami untuk menyebarkan Islam.

Semoga Allah jadikan kita semua asbab kebaikan & hidayah. Allahuma Ameen
Hari terakhir Hamza di Malaysia sebelum berlepas pulang ke England pagi esok.

Sebelum ke Malaysia, kami tidak pernah berkomunikasi tetapi sepanjang seminggu di Malaysia, hubungan kami seperti telah berkenalan untuk tempoh yang lama.

Itulah keindahan & keunikan Islam. Kami dari dua negara, dua bangsa & dua agama yang berbeza sebelum memeluk Islam tetapi Islam melangkaui semua itu & kami diikat dengan persaudaraan akidah yang sama.

Up next, Hamza menjemput saya ke program YouTube beliau “The Arena” Jumaat ini.

Beliau juga mengajak saya ke Speaker’s Corner dalam masa terdekat.. What do you guys think? 😉

#firdauswong #hamzasden #chinesemuslim #englishmuslim #reverttoislam #islam #muslim
Doakan agar projek Pusat Informasi Islam di Segi Tiga Emas Bukit Bintang di bangunan Yayasan Selangor akan berjaya dilancarkan. Bukan mudah tetapi bukan juga mustahil.

Kita buat yang terbaik dan selebihnya kita serahkan kepada Allah. Allah tahu apa yang lebih baik untuk kita. Andai projek ini berjaya, In Sha Allah ianya bakal mencipta sejarah menjadi Pusat Informasi Islam pertama di kawasan strategik KL.

Kita doakan bukan sahaja Pusat Informasi Islam dapat diwujudkan tetapi azan dapat dikumandangkan & solat 5 waktu dapat didirikan di situ setiap hari.

Kita doakan agar syiar Islam dapat dizahirkan di Segi Tiga Emas Bukit Bintang. Allahuma Ameen

Jazakumullahu Khairan kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha dakwah MRM selama ini

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

*Tahukah sahabat bahawa terdapat sebuah gereja di atas Lot 10? Doakanlah agar projek Pusat Informasi Islam di Segi Tiga Emas ini berjaya direalisasikan.
In Sha Allah malam ini di Masjid Ar Rahmaniah, Trong, Perak.
Nak minta tolong sikit. Sikit je. Nak minta sahabat semua subscribe kepada YouTube channel saya boleh?

Lepas subscribe tolong pula share kepada family, kawan-kawan, jiran-jiran & sesiapa sahaja untuk subscribe sekali.

Semoga video yang dikongsikan di YouTube saya bermanfaat untuk kita semua.

Jom subscribe..

https://youtube.com/@FirdausWongWaiHungOfficial
Selesai memberikan keterangan sebagai saksi untuk Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman bagi kes ucapan Superman Hew pada PRU15 lepas.

Jauhi politik ekstrim dari mana-mana pihak. Sama-sama kita bantu & sokong pihak berkuasa terutamanya PDRM bagi membanteras isu 3R ini.

Jauhi ketaasuban parti & individu tetapi taasub hanya pada prinsip kebenaran.
SEREMBAN - Penceramah, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki memberitahu mahkamah dia merujuk kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias kepada Firdaus Wong Wai Hung kerana beliau seorang yang berani dan boleh dipercayai.

Saksi kelapan yang berusia 52 tahun itu berkata, selepas mengetahui kes tersebut dia merasakan perlu ada seseorang yang boleh membantunya.

"Dia (Firdaus Wong) orang berani dan ada 'connection' dengan peguam dan pihak berkuasa. Saya letakkan sudut kepercayaan kepada Brother Wong untuk bantu kami kerana saya tidak tahu caranya.

"Saya juga pernah minta bantuan dia dalam kes-kes lain misalnya 'scammer' pendakwah, selain bekerjasama dalam program misi bantuan kemasyarakatan.

"Betul saya boleh terus buat laporan polis, tetapi saya tahu yang dituduh ini ada nama besar dan saya tak mahu mengaibkan mana-mana pihak," katanya ketika memberi keterangan pada hari ketiga perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

https://www.sinarharian.com.my/article/270187/berita/semasa/kes-pu-azman-keberanian-firdaus-wong-faktor-penceramah-isfadiah-minta-bantuan
Jangan terlalu terperinci melaporkan perbicaraan mahkamah terutamanya membabitkan kes-kes seksual seolah-olah masyarakat sedang membaca novel lucah.

Saya risau gaya penulisan begitu mendedahkan masyarakat dengan imaginasi lucah ketika membaca yang tidak akan membantu malahan boleh menjadi penyebab rosaknya minda masyarakat.
PENJELASAN HEADLINE MEDIA

Apabila saya melibatkan diri di dalam dakwah, saya telah bersedia untuk ditentang, dicacimaki, dihina & sebagainya andai apa yang saya lakukan itu adalah sensitif pada sesetengah individu.

Tindakan saya adalah betul tetapi kurang kefahaman di kalangan masyarakat yang mungkin menjadi penyebab ramai melakukan dosa kering.

Sehari dua ini ada beberapa tajuk portal berita yang bagi saya adalah kurang tepat atau berbentuk mensensasikan tajuk merujuk kepada peranan saya sebagai saksi pendakwaraya bagi kes amang seksual saudara seagama saya, PU Azman terhadap dua remaja lelaki.

Majoriti tajuk seolah-olah saya membuat dakwaan, mendedahkan kepada awam atau seolah-olah saya di tempat kejadian sedangkan realitinya adalah saya hanya menjawab soalan pendakwaraya & peguambela di dalam perbicaraan di dalam mahkamah!

*caption lanjut di ruangan komen
2024/11/20 11:40:58
Back to Top
HTML Embed Code: