Telegram Web Link
In Sha Allah pagi esok di Zayan bersama Mawi, Faizal Ismail (FBI) & Aanas Tahir bermula jam 8pagi dalam slot Bukan Nama Sebenar.
Isu pesakit tidak dibenarkan masuk ke hospital mendapatkan rawatan kerana tidak memenuhi kod etika pemakaian.

Saya tidak tahu siapa betul dan siapa salah kerana saya tiada di tempat kejadian.

Cuma secara umum saya yakin para pengamal perubatan di hospital kerajaan akan berusaha memberikan layanan dan perkhidmatan yang terbaik serta tidak akan sewenang-wenangnya menolak untuk merawat seseorang yang dalam keadaan kecemasan hanya kerana pakaian mereka.

Setelah berpuluh tahun merdeka, bukan sehari dua hospital, pejabat kerajaan, sekolah hatta rumah ibadat bukan Islam mempunyai kod etika pakaian.

Paling saya tidak gemari adalah andaikata ada pihak mengambil kesempatan untuk mengaitkannya dengan Islamisasi atau agama Islam sedangkan kos etika pakaian adalah sesuatu yang universal hatta di parlimen.

Harap tiadalah pihak cuma menangguk di air yang keruh.

Dakwaan orang awam perlu disiasat tetapi pada masa yang sama pengamal perubatan di hospital terbabit juga perlu diberikan keadilan dengan tidak menyalahkannya mereka sehingga terbukti benar tuduhan tersebut.

Jangan hanya kerana sesuatu isu itu tular sahaja maka dihentam bertalu talu terhadap orang yang dituduh. Jikalau pengamal perubatan yang dituduh itu percara ianya adalah tidak benar & mempunyai bukti serta saksi, In Sha Allah unit undang-undang MRM bersedia membantu anda mendapatkan keadilan dan membersihkan imej anda.

Namun andai sebaliknya, moga ada penjelasan sewajarnya. Wallahualam…
KURSUS METODOLOGI DAKWAH FASA 1 MRM

Ramai berniat untuk berdakwah tetapi tidak tahu caranya.
Usah risau, kami akan kongsikan caranya. Dakwah adalah jauh lebih mudah dari yang anda sangkakan.

Kenapa? Tak percaya?
Kalau anda tak percaya, daftarlah untuk Kursus Metodologi Dakwah Fasa 1.

• Tarikh: 25 & 26 Februari 2023 (Sabtu & Ahad)
• Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang
• Lokasi: MRM Wangsa Maju
• Yuran: RM48

Anda akan terkejut besar kerana semudah itu sahaja untuk berdakwah. Tunggu apa lagi, daftarlah sekarang di link bawah atau imbas QR kod di poster:-

https://bit.ly/KMD_F1_022023

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 011-1050 0414 (Dakwah MRM)
Jangan lepaskan peluang ini. Daftarlah sekarang!!!
Adakalanya diamnya kita juga merupakan jawapan yang mengerunkan pihak lawan dari kata-kata kita yang berapi. Pihak lawan tidak tahu apa yang sedang kita rancang & mereka hidup dalam kerunsingan.

Kata-kata yang berapi juga perlu digunakan bila kena pada masanya. Namun adakalanya dengan berapi-api kita gagal mengawal emosi lalu terungkaplah perkataan yang akan disesali kemudian hari.

Jangan kerana kegilaan sesaat menyebabkan kita menyesal seumur hidup.

Umar ibn Khattab Radiyallahuanhu pernah berkata;

“Orang yang paling mencintai kami di antara kalian sebelum kami mengatakannya adalah yang lebih memilih untuk diam. Apabila dia berbicara, kata-katanya masuk akal. Dan kalau kami mengujinya, maka dia akan berbuat lebih baik.”

Sekali lagi ditegaskan, tidak salah berbicara tetapi adakalanya kita perlu berfikir jikalau kita boleh mencabut akar rumput dengan penyodok, kenapa perlu digunakan jentolak?

Semakin usia diri ini meningkat, semakin mengerti untuk berbicara bila perlu & berdiam menjadi amalan selalu. Sekali lagi Umar ibn Khattab berkata;

"Aku tidak pernah sekalipun menyesali diamku. Tetapi aku berkali-kali menyesali bicaraku."

Adakalanya tidak perlu menembak peluru bertalu-talu tatkala pihak lawan diam seribu. Bertenang & menganalisis bukan bererti takut bertempur tetapi peperangan bukan sekadar menggunakan kekuatan senjata & fizikal, tetapi menggunakan akal merencana strategi.

Penembak tepat banyak berdiam tetapi setiap bidikan 'sniper' mengenai sasaran yang jikalau tidak mati akan mendatangkan keparahan.

Saya ingatkan diri sendiri agar jangan bercakap bila marah & jangan berjanji bila gembira kerana kerapkali perkataan yang diungkap apabila emosi menguasai diri, selalunya akan menyesal kemudian hari.
KURSUS METODOLOGI DAKWAH FASA 1 MRM

Ramai berniat untuk berdakwah tetapi tidak tahu caranya.
Usah risau, kami akan kongsikan caranya. Dakwah adalah jauh lebih mudah dari yang anda sangkakan.

Kenapa? Tak percaya?
Kalau anda tak percaya, daftarlah untuk Kursus Metodologi Dakwah Fasa 1.

• Tarikh: 25 & 26 Februari 2023 (Sabtu & Ahad)
• Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang
• Lokasi: MRM Wangsa Maju
• Yuran: RM48

Anda akan terkejut besar kerana semudah itu sahaja untuk berdakwah. Tunggu apa lagi, daftarlah sekarang di link bawah atau imbas QR kod di poster:-

https://bit.ly/KMD_F1_022023

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 011-1050 0414 (Dakwah MRM)
Jangan lepaskan peluang ini. Daftarlah sekarang!!!
Pagi tadi diberikan kesempatan untuk hadir ke penyediaan laporan Malaysia’s Fourth Cycle of the Universal Periodic Review (UPR).

In Sha Allah laporan ini akan dibentangkan di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation Human Rights Council, ringkasnya : UNHRC) Geneva, Switzerland pada 2024.

MRM diberikan tanggungjawab untuk melakukan kajian dan menghasilkan laporan berkaitan Islamofobia & Islamodium di Malaysia serta rekomendasi untuk menanganinya.

Doakan bermanfaat untuk ummah..
Telefon bimbitnya berdering secara tidak sengaja ketika solat. Seusai solat, Imam dan ahli jemaah yang lain mengherdik dan memarahinya. Dia tidak datang lagi ke masjid selepas itu.

Dia pergi ke pub dan secara tidak sengaja menumpahkan minumannya. Pelayan memberikannya minuman baru secara percuma. Sejak itu, dia tidak pernah gagal mengunjungi pub.

Anda boleh mengubah keadaan. Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 'Ceriakan manusia yang lain dan jangan menyisihkan mereka. Permudahkan jangan persulitkan.'
[Kehidupan]

Kehidupan ini tidaklah sering menemukan kita dengan orang yang kita ingin temui. Adakalanya kehidupan ini menemukan kita dengan insan yang perlu kita temui; insan yang akan menyakiti kita, melukai kita, membohongi kita, mencintai kita, menyayangi kita dan meninggalkan kita.

Mereka inilah yang dipertemukan kepada kita oleh Allah sebagai ujian agar kita mendekatkan diri & hanya bergantung harap kepada Allah Subhana Wa Ta’ala sahaja.

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."
[Al-Kahfi 18:7]
Sarapan pertama di Bangkok, Thailand.

Petang ini ceramah di King Mongkut's University Of Technology Thonburi dan esok akan bermula bengkel dakwah selama enam hari kepada sekumpulan kecil pendakwah di Thailand.

Secara purata, lebih kurang 20-30 individu memeluk Islam dengan kumpulan pendakwah ini setiap bulan. Untuk menyokong usaha mereka, kami setuju menerima jemputan mereka dengan membiayai semua kos perjalanan dan penginapan sepanjang di sini.

Ya la, kami juga mahu menumpang mendapat pahala dari usaha mereka ini. Doakan program kami berjalan lancar.
Musa Patchaya (sebelah kanan saya), seorang peguam Muslim berusia 38 berasal dari Bangkok, Thailand. Beliau dilahirkan dalam keluarga Islam tetapi hidupnya sangat jauh dari Islam.

Beliau tidak merasakan dia memerlukan agama apatahlagi dia mempunyai karier yang baik sebagai seorang peguam. Hidupnya lancar, kesihatannya baik, segalanya nampak lancar dan baik untuk dirinya.

Di sebalik semua kelancaran dan kenikmatan dalam hidupnya, nampak gembira tetapi menurutnya seperti ada kelompongan dan kekurangan dalam hatinya. Dia tidak tahu apa dia. Apa yang kurang, dia tidak tahu. Beliau menyangkan lebih banyak kejayaan sebagai peguam, dia akan dapat mengisi kekosongan. Namun kejayaan memenangi kes hanya menghadirkan kegembiraan yang seketika dan perasaan gembira itu.

Suatu hari dia tertonton satu video oleh Sheikh Sharif (sebelah kiri saya) di YouTube tentang tujuan kehidupan dalam Bahasa Thai dan akhirnya video itu menjadi pemangkin kepada perubahan dalam kehidupannya. Kekosongan dalam hatinya terisi. Dia merasa ketenangan dan ketenteraman yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.

Dia kembali mengamalkan Islam dan mendedikasikan masa, harta dan kepakarannya untuk membantu dakwah Sheikh Sharif sehingga sanggup menjadi pemandu peribadi & juga menyalurkan hartanya untuk menyokong dakwah Sheikh Sharif. Beliau sedar beliau tidak mempunyai ilmu dan kepakaran seperti Sheikh Sharif tetapi beliau mahu menyumbang kepada agama dan berterima kasih kepada Sheikh Sharif yang kerana videonya telah mengubah kehidupan beliau.

Sheikh Sharif tidak meminta tetapi Musa yang menawarkan.

Begitulah bagaimana Islam berkembang di awal Islam. Bagaimana Abu Hurairah dapat menghafal 5510 hadis walaupun beliau memeluk Islam beberapa tahun sebelum kewafatan Nabi kerana seorang sahabat lain mencari rezeki manakala Abu Hurairah mencari ilmu. Sahabat yang mencari rezeki berkongsi pendapatannnya manakala Abu Hurairah berkongsi ilmu yang dia belajari dari Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam.

Allah Subhana Wa Ta’ala hadirkan tentera-tenteraNya tanpa kita ketahui. Semoga Allah jadikan kita semua tentera-tentera Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen
2024/10/01 17:29:29
Back to Top
HTML Embed Code: