Telegram Web Link
Kecelaruan prinsip
*Dari Buddhist Kepada Zakir Naik Thailand*

Natthanon Suthonwat berusia 27 tahun berasal dari Korat dilahirkan di dalam keluarga beragama Buddha. Tidak mengejutkan apabila mengikut bancian pada 2010, 93% penduduk Thailand adalah beragama Buddha khususnya aliran Theravada.

Dari muda, beliau sangat berminat dengan sains dan mempunyai pelbagai persoalan tentang sains, teknologi dan agama. Semakin banyak persoalannya tentang sains, beliau dapati dirinya semakin jauh dari agama. Lama-kelamaan, beliau akhirnya menjadi seorang ateis, tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.

Hidupnya bebas, sekurang-kurangnya merasa bebas tanpa ikatan agama namun jiwanya memberontak. Sangat memberontak. Beliau ingin mencabar agama, membuktikan sememangnya Tuhan tidak wujud. Beliau mahu membuktikan satu-persatu agama yang percaya pada Tuhan adalah tidak logikal sehinggalah beliau cuba membongkar Islam.
Semakin beliau cuba membongkar dan membuktikan Islam tidak logikal, semakin egonya tercabar. Beliau semakin ragu terhadap Islam kerana tidak mungkin wujudnya agama seperti Islam, agama yang semakin cuba dibongkar semakin logikal. Keraguannya menyebabkan beliau menghabiskan banyak masa untuk ‘debunk’ Islam. Video demi video, buku demi buku, artikel demi artikel berkaitan Islam beliau baca & tonton untuk membongkar Islam.

Akhirnya beliau terduduk, merenung jauh. Tenungan ke arah siling biliknya tetapi jiwanya kosong. Tenungan yang kosong.

*“TIDAK MUNGKIN!”,*

Bisik hatinya. Tidak mungkin kajian demi kajiannya gagal. Beliau tidak pernah gagal membuktikan agama tidak logikal, sehinggalah mengkaji Islam.

Akhirnya beliau akur… Walaupun egonya tercalar, tetapi beliau perlu akur dan merendahkan diri menerima hakikat, menerima kebenaran.

‎”أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله“

_“ASH-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH, WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.”_
(Aku naik saksi tiadak tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Persuruh Allah)

Beliau mengucapkan dua kalimah syahadah, menerima kebenaran pada 1hb Disember 2019. Beliau memilih nama Arif sebagai nama Islamnya dan hari ini beliau menggunakan nama Arif Dawah di media sosial. Malahan beliau telah berkenalan dan bergabung dengan Sheikh Sharif dalam usaha dakwah di Thailand. Beliau mempunyai minat & kepakaran dalam video editing dan beliau gunakan kepakarannya itu untuk membantu dakwah.

Natthanon Sunthonwat Arif Dawah baru memeluk Islam selama 3 tahun tetapi MashaAllah, beliau nekad membantu masyarakat Belum Muslim di Thailand untuk mengenali siapakah Pencipta mereka dan kembali kepada agama fitrah, Islam.

Hari ini, beliau juga meminjamkan suaranya dengan mengalih suara video ceramah Dr. Zakir Naik di YouTube kepada Bahasa Thai. Video mereka di YouTube dalam Bahasa Thai telah ditonton 14juta kali! Allahuakbar. Bayangkan, itu dilakukan secara part-time tetapi capai dakwah begitu hebat.

In Sha Allah, MRM akan mempertimbangkan untuk menjalin kerjasama rasmi dan menyokong dakwah mereka di Thailand. Minta maaf, kami tamakkan pahala. Di mana ada ruang untuk menambah pahala dan mendapatkan redha Allah, In Sha Allah kami akan usahakan kerjasama untuk menumpang sama selagi kami mampu.

Sebab itu di MRM, kami menyokong pusat dakwah di Filipina, membina sebuah pusat penempatan muallaf di Uganda, sebuah pusat Islam yang mempunyai masjid, telaga, blok pentadbiran dan perumahan untuk imam & 10 ekar tanah di Tanzania yang diusahakan oleh pendakwah tempatan. Semua usaha ini inisiatif gila pahala kami hasil sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua. Jazakumullahu Khairan
Imam Thanarat Watcharapisud dari Masjid Haroon, Bangkok Thailand juga turut hadir dalam perkongsian saya di University King Mongkut tempohari.

Hampir 6 tahun kami tidak berjumpa setelah kali pertama dan terakhir berjumpa di Bahrain ketika saya dijemput oleh Discover Islam Bahrain untuk mengendalikan Bengkel Psikologi Komunikasi Islam Dalam Dakwah kepada 40 peserta dari seluruh dunia pada waktu itu & Iman Thanarat dan isterinya salah seorang dari peserta pada waktu itu

Sesuatu yang mengembirakan bukan apabila dia memperkenalkan saya sebagai Profesor beliau kepada pelajar-pelajar di sana tetapi apabila dia memberitahu saya apa yang diajar oleh saya pada 2017 masih digunakan olehnya secara efektif dalam kehidupannya. Alhamdulilah. Hadha Min Fadzli Rabbi.
Perasan atau tidak, seperti satu trend mereka yang pernah memusuhi Islam mula memeluk Islam satu persatu. Alhamdulilah. Allahuakbar.

Islam tidak menjadi mulia hanya kerana mereka memeluk Islam tetapi mereka menjadi mulia dengan memeluk Islam. Islam tidak memerlukan sesiapa tetapi kita yang memerlukan Islam.

Dari ahli politik berhaluan kanan Belanda, Arnoud Van Dorn kepada Andrew Tate dan kini bekas ketua kumpulan berhaluan kanan Australia, Shermon Burgess pula memeluk Islam.

Antara sebab utama mereka memeluk Islam sebagaimana disebut oleh mereka sendiri adalah sikap majoriti Muslim dengan prinsip agama Islam yang konsisten menentang kemungkaran tatkala agama-agama lain mengubah prinsip dan tidak berani melawan kemungkaran sebagaimana Islam & Muslim lakukan.

Lebih ramai memeluk Islam kerana tertarik dengan prinsip-prinsip akidah & akhlak Islam. Mereka inilah yang akhirnya akan menjadi antara pejuang Islam setelah memeluk Islam. Mereka yang flip-flop prinsip perjuangan akhirnya akan berada dalam ‘self destruction’ mode & perjuangan tidak kekal lama.

Itulah beza mereka yang mencari redha Allah berbanding mereka yang mencari redha manusia & pengiktirafan duniawi.

Ayuh melangkah ke hadapan dengan prinsip-prinsip Islam! Allahuakbar….

https://themerdekatimes.com/news/2023/03/aktivis-anti-islam-australia-peluk-islam-kerana-pendirian-tegas-agama-itu-menentang-lgbtq/
Bro Azim & Bro Firdaus menghadiri sesi libat urus LPF bersama NGO.

Dalam mukadimah, Datuk DUSUKI sebagai Pengerusi LPF memaklumkan bahawa inisiatif ini adalah idea dan cadangan Bro Firdaus Wong pada pertemuan tahun lepas dengan LPF ketika kontroversi filem Lightyear.

Engagement dengan pembuat dasar dan pemegang taruh juga sebahagian dari usaha amar makruf nahi mungkar kami di MRM.

Admin
Supanut Ninyeerue seorang pelajar berusia 24 tahun berasal dari Wilayah Rayong, Thailand dilahir & dibesarkan dalam keluarga beragama Buddha.

Menurutnya, agama Buddha mempunyai banyak nilai-nilai yang sangat baik tetapi
persoalannya tentang tujuan hidup tidak terjawab walaupun setelah berjumpa ramai cendekiawan agama Buddha untuk bertanyakan perihal ini. Jawapan yang diberikan tidak menjawab persoalannya tetapi menimbulkan persoalan lanjut buatnya.

Beliau mula beransur-ansur hilang kepercayaan tentang agama Buddha setelah memulakan pengajian di Universiti Kasetsart Bangkok pada 2017. Selain dari sejak kecil beliau tidak mendapat jawapan menyakinkan tentang tujuan hidup, ditambah penjelmaan semula kitaran untuk mencapai Nirvana baginya adalah tidak praktikal.

Manusia dilahirkan semula berdasarkan hidupnya sebelum ini jadi beliau tertanya apakah yang menyebabkan kelahiran pertama berlaku dan apa yang menyebabkan terjadinya kelahiran pertama sedangkan dalam agama Buddha tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Di dalam agama Buddha, antara yang diajar adalah ‘cause & effect’ (sebab dan akibat). Sesuatu akibat mesti ada penyebabnya! Maka apa & siapa yang menjadi penyebab kepada terjadinya kelahiran pertama? Baginya tidak logikal tiada penyebab pertama yang menyebabkan semua ciptaan ini.

Pada tahun kedua di universiti, beliau didekati oleh seorang missionari Kristian dan dibaptis hanya kerana ikut-ikutan walaupun beliau tidak memahami apa itu Kristian dan juga konsep Triniti. Setelah satu tempoh, beliau masih tidak boleh menerima konsep Triniti yang baginya mengelirukan dan tidak logikal lalu beliau kembali kepada Buddhisme.

Beliau tidak mengamalkan Buddhisme walaupun kembali kepada agama Buddha. Beliau hanya kembali kerana itu sahaja antara agama yang dia tahu, maka adalah normal seseorang kembali kepada apa yang dia ketahui. Apabila diimbas kembali, dia tidak merasakan dia kembali kepada Buddhisme tetapi lebih kepada menjadi ateis.

Baginya tiada perbezaan yang besar antara Buddhisme & ateis kerana kedua-duanya tidak percaya pada Tuhan kecuali Buddhisme kod etika dan ateisme tidak.

Pada tempoh itu beliau hidup bebas tanpa sempadan. Arak, dadah, hiburan menjadi penemannya.

Memasuki tahu kelimanya di universiti, beliau sedar gaya hidupnya yang tidak terkawal ini bukanlah sesuatu yang dia mahukan. Hiburan, arak & dadah hanya kepuasan sementara tetapi jiwanya sentiasa merasa kosong.

Pada suatu hari ketika melayari YouTube, beliau terserempak dengan Saluran Youtube Toe-Tal yang membicarakan tentang cara hidup Islam. Dia sangat tertarik dengan apa yang diceritakan seperti gaya hidup sebagai Muslim. Baginya, inilah disiplin kehidupan yang boleh dinikmati dalam keadaan terkawal!

Beliau menyertai kelab Muslim di universiti walaupun masih belum memeluk agama Islam dan beliau didedahkan dengan video Dr. Zakir Naik yang telah dialih suara ke Bahasa Thai di Saluran Youtube Assabiqoon. Topik tentang Tuhan mula menarik perhatiannya dan beliau menjadi ‘follower’ tegar YouTube tersebut.

Pada Oktober 2022, beliau mula menunaikan solat, menyimpan janggut, tidak memakan daging khinzir dan perkara haram yang lain. Tiga bulan selepas itu iaitu pada Feb 2023, beliau telah memeluk Islam melalui Ustaz Amin Lona, dan menjadi sebahagian daripada pasukan Assabiqoon sejak dari itu.

Beliau telah memilih nama Alwan sebagai namanya.

Beliau juga telah menyertai bengkel dakwah kami selama 6 hari walaupun hanya mengetahuinya sehari sebelum program dan beliau terus meminta izin dari pensyarahnya untuk tidak hadir ke kelas tetapi hadir ke bengkel dakwah. Baginya ini adalah peluang yang tidak mahu dilepaskannya.

BERSAMBUNG DI BAHAGIAN BAWAH…

In Sha Allah see you guys tomorrow .

@mercymissionmy @tofmalaysia
KURSUS METODOLOGI DAKWAH FASA 1 MRM

Ramai berniat untuk berdakwah tetapi tidak tahu caranya.
Usah risau, kami akan kongsikan caranya. Dakwah adalah jauh lebih mudah dari yang anda sangkakan.

Kenapa? Tak percaya?
Kalau anda tak percaya, daftarlah untuk Kursus Metodologi Dakwah Fasa 1.

• Tarikh: 18 & 19 Mac 2023 (Sabtu & Ahad)
• Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang
• Lokasi: MRM Wangsa Maju
• Yuran: RM48

Anda akan terkejut besar kerana semudah itu sahaja untuk berdakwah. Tunggu apa lagi, daftarlah sekarang di link bawah atau imbas QR kod di poster:-

https://bit.ly/KMD_F1_032023

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 011-1050 0414 (Dakwah MRM)
Jangan lepaskan peluang ini. Daftarlah sekarang!!!
Pertemuan tengahari tadi di Al Khaadem bersama Dato Sheikh Hussain Yee & Daud Kim serta rakan rakan lain.

Selepas solat Zohor, saya membawa Daud Kim & sahabatnya, Faraz untuk makan tengahari.

Selepas itu kembali ke Al Khaadem untuk membawa guruku, Sheikh Hussain Yee ke Skypark Subang. Kami berdua jarang ada masa bersama so dalam perjalanan ke AirPort juga dimanfaatkan sepenuhnya untuk perbincangan ringkas.

Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala merahmati guru-guruku semua. Allahuma Ameen
Program ‘Jom Ziarah Gereja’ yang tular di media sosial semalam disifatkan kurang sesuai jika membabitkan penyertaan awam kecuali bagi pendakwah atau pelajar perbandingan agama.

Pandangan itu disuarakan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang menegaskan beliau bukan menggalakkan perkara itu, namun tiada masalah sekiranya kumpulan itu pergi ke tempat sedemikian.

Katanya, NGO Islam dan dakwah juga pernah mengadakan lawatan ke kuil, gereja, tokong dan rumah ibadat lain sebagai pendedahan bagi pelajar perbandingan agama.

https://themerdekatimes.com/news/2023/03/program-ziarah-gereja-tidak-sesuai-untuk-awam-kecuali-pendakwah-pelajar-perbandingan-agama-firdaus-wong/
Terkejut dengan statistik ini?

Saya tidak terkejut kerana Islamofobia memang suatu industri yang lumayan dan dianggarkan sebanyak $1.5billion diperuntukkan hanya untuk menyemai salahfaham dan kebencian terhadap Islam & Muslim di Barat.

Well, tapi India bukan di Barat kenapa termasuk dalam Top Three?

Pertama Allah telah berfirman dalam Al-Maidah 5:82 bahawa yang paling kuat memusuhi Muslim adalah Yahudi & musyrik.

Kedua kerana pengaruh ekstrimis Hindu yang dikenali sebagai Hindutva semakin kuat di India. Trend yang sama dapat dilihat apabila Zion*s menyerang Palestin dan ramai rakyat India menyokong & bergembira dengan perkara ini.

Muslim masih lena dibuai mimpi sehingga ramai tidak sedar Islamofobia telah menjadi Islamodium (Kebencian pada Islam).

https://themerdekatimes.com/news/2022/09/lebih-3-7-juta-ciapan-anti-muslim-dalam-tempoh-dua-tahun-majoriti-dari-as-uk-dan-india/
Yang berdekatan jom hadir bersama. Yang tidak dapat hadir, boleh tonton live di Facebook Pages saya.
2024/10/01 15:28:50
Back to Top
HTML Embed Code: