Telegram Web Link
Gantungkan azam & semangatmu setinggi bintang di langit, rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Pagi..Assalamualaikum :)
“Lelaki Yang Hebat Bukan Yang Dapat Mengahwini Perempuan Solehah, Tetapi Lelaki Yang Mengahwini Perempuan Biasa Tetapi Berjaya Membimbingnya Menjadi Isteri Yang Solehah..”

Anda bagaimana?
Sekiranya salah seorang bidadari surga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya. Subhanallah😍😍😍😍😍
Bacalah 3 doa ini ketika sujud terakhir dalam solat :

1. Allahumma inni as’aluka husnal khotimah
2. Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
3. Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika

Jika kau sebarkan, semoga memudahkan urusanmu di dunia dan akhirat.

Salam senja n salam magrib dri smnjung
Bila dah hilang rasa untuk jaga solat,maka disitulah bermulanya untuk kita kehilangan segalanya.

Assalamualaikum selamat pagi😂😂😂
Imam Al-Junaidi

"Orang yang mencintai Allah, laksana bintang indah yang berkelipan. Jasad mereka dibumi, akan tetapi roh mereka bebas dibalik hijab kerana kecintaan. Mereka terus tabah apabila ditimpa kesusahan dan bencana. Lupalah mereka akan dunia, begitulah rindunya hati para arifin."

Salam magrib u all...☺️
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rasulullah SAW berpesan kepada kaum lelaki supaya mereka berhati-hati atau menjauhkan diri daripada melihat wanita ini (yang bukan mahramnya), berdua-duan dengannya, bercampur dengan mereka dan seumpamanya. Hal ini, diperakui oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani bahawa wanita adalah fitnah yang paling bahaya berbanding selain daripada mereka. [Jawahir al-Bihar, 668/2]

Assalamualaikum selamat pagi
"Hidup kau takkan bahagia, jiwa kau takkan tenang, hati kau takkan tenteram."

"Eh kenapa pula ni?"
Ini lh pnyebab nya

"Bila kau tinggal Solat."

Salam magrib u all😆😆😆😘😘
Tadi tengok Al- Kuliyyah, ustaz tu cakap,

"kita sebagai manusia, jangan ada 2 benda dalam hidup.

1) risaukan atau terlebih risau perkara yang tak berlaku lagi,

2) jangan menyesal dengan perkara yang dah berlaku.

InshaAllah kalau takde dua perkara ni, hidup akan jadi tenang"
Assalamualaikum&selamat pagi😂😂
Dunia ini penuh dengan tipu daya. Seperti ular, apabila disentuh terasa lembut. Tetapi, mempunyai sengatan yang sangat berbisa . Racunnya boleh membunuh.

- Syeikh Zainul Asri Haji Romli

Selamat malam 😴😴😴
Senyumlah. Allah tahu kau sedih tapi senyumlah. Don’t give up now. Yelah life is not always rainbow and flowers kan. Kadang-kadang you stuck on cloudy day and step on thorn.

🍓Assalamualaikum&selamat pagi...🍓
"Jika wajah yang membuat mu jatuh cinta,bagaimana caramu mencintai ALLAH yang tak berupa?"

❤️salam...Magrib❤️
Kita selalu persoalkan kenapa Allah tidak tunaikan permintaan kita tetapi cuba tanya diri sendiri, suruhan dan arahan Allah pada kita, selalu kita tunaikan tak? sempurna tak?xkan so jgan salahkn org lain salahkan diri sendri jauhi larangan yang allah tidak suka

Assalamualaikum&selamat pagi 😁😂😁😂😁😂😁😂
Assalamualaikum.

Wajah Tampan ? Sia-sia !

Jika kelak dilaknat Tuhan.
Jika hari-harinya tanpa amalan.
Jika tiada Al Quran yg lekat dalam ingatan.
Jika tidak memburu keredhaan.
Jika hanya melakukan kesia-siaan.
Jika hatinya dikotori kebanggaan.
Jika tiada kehormatan.
Jika matanya masih liar tak juga mampu tundukkan pandangan.
Jika tak dapat mengendalikan hawa nafsunya.
Jika hanya untuk menebar pesona & memikat wanita.
Jika enggan mematuhi yg Maha Kuasa & malah bangga dengan dosa².
Jika akhirnya nanti mendapat siksa di neraka.

Ketampananmu tak menjamin kau akan diredhai.
Ketampananmu tak berguna kerana seseorang masuk Syurga bukan kerana tampannya rupa.
Ketampananmu tak akan dapat menjadi pembantu disaat kau dihadapkan pada pengadilan Allah.
Ketampananmu tidak akan pernah dapat menjadi pemberat amal kebaikan di timbangan Mizan.
Tak juga dapat meringankan azab yg ditimpakan pada hari kemudian.

Ketampananmu hanya pemberian.
Hanya pinjaman yg tidak akan memberi pengaruh di dalam alam keabadian.

Cuba lihat Bilal bin Rabbah dengan kulitnya yg hitam.
Lihat pula Amr bin Jamuh dengan kakinya yg pincang.
Lihatlah juga Abdullah bin Ummi Maktum dengan buta penglihatan.

Mereka mulia di sisi Rabb.
Rasulullah mengakui keistimewaan mereka.
Bukan kerana tampannya rupa, bukan pula kerana sempurna anggota badannya.

Semuanya kerana kesetiaan pada ikrar syahadat yg diucap, kepatuhan pada aturan syariat, melaksanakan kewajiban tanpa keengganan & ketaqwaan yg menghunjam sanubari tanpa lekang.

Tidakkah kau belajar pada Nabi Yusuf a.s ketika baginda digoda untuk berzina.
Baginda menolak seraya berkata, “Aku berlindung kepada Allah”
Dan ketika wajah tampannya menarik kaum wanita, baginda berdoa, “Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai dari pada memenuhi ajakan mereka kepadaku”

Wahai pemuda yg bangga dengan ketampanannya,
Wahai pemuda yg sibuk dengan penampilan lahirnya,
Wahai pemuda yg terlena dengan pandangan & pujian manusia,

Jangan lagi tertipu akan kefanaan & kenikmatan tanpa keabadian.
Bersegeralah menuju penghambaan yg akan memberi keberuntungan.

Apa yg akan kau banggakan saat kematian ?
Apa yg akan kau persembahkan ?

@TheWritersOfficial
Jarak antara jari ke jari pun Allah ciptakan ada sebabnya.

Sekarang cuba renggangkan antara semua jari kita. Buka seluasnya jarak antara jari kita.

Jarak antara subuh dan zohor jauh jaraknya dan waktunya pun jauh dan lama.
Antara zohor dan asar pun jaraknya dekat dan waktunya pun dekat utk masuk next waktu solat.
Sama dengan waktu magrib dan isyak waktunya x lama dan jaraknya dekat.


Jika kita mengenggam tangan kita iaitu menguasai solat kita dengan baik maksudnya kita dapat menentukan akhirat kita.


"Letakkan dunia di tapak tanganku, jangan kau letakkan dunia di hatiku"
- Abu Bakar As-Shiddiq R.A

Salam magrib&selamat malam...... Assalamualaikum
3 sebab kamu gagal dalam hidup:

1. Meninggalkan solat
2. Mengabaikan ibu dan bapa
3. Lupa Allah di saat kau senang

Semoga dijauhkan. Allahuakbar 😩
Assalamuakaikum&selamat pagi
Solat jarang jarang, baca quran kadang kadang, bila diberi ujian tuduh pulak Tuhan tak sayang.
Hati pendusta🙄🙄🙄
Just scroll down, skip the drama.
Don't react. Your life is too short for those negative vibes.

Don't stress yourself with useless things which don't even deserve to be issues in your life.

-teme Abdullah
Kenapa kita tidak suka kepada perubahan?

Jawapannya kerana kita sudah selesa dengan kehidupan kita. Keselesaan itulah yang membuatkan kita lemah dan tidak mahu bergerak.

Pernah tak kita lihat lopak air? Kenapa lopak air itu kotor dan air sungai bersih?

Jawapannya kerana air lopak tidak bergerak. Statik. Berbeza dengan air sungai yang sentiasa mengalir. Begitulah ibaratnya manusia. Jika kita tidak bergerak dan selesa dengan apa yang kita ada, maka kita akan menjadi orang yang biasa-biasa.

Kehebatan bukanlah anugerah tetapi satu perkara yang perlu diusahakan. Begitu juga dengan kebaikan. Sifat baik perlu ditanam di dalam diri dan kita sebagai manusia perlu berusaha untuk berubah dan mengekalkan kebaikan.
"Berpegang pada 3 prinsip duhai anakku dalam kehidupan dan gerak kerja kita."

1) Hati yang berdzikir
2) Akal yang berfikir
3) Tangan yang berusaha

— Waliduna Al Malik
2024/10/03 09:11:50
Back to Top
HTML Embed Code: