Telegram Web Link
Ada seorang lelaki datang bertanya kepada Syeikh Toyyib Al Makki,

"Tuan guru, apakah amalan untuk wanita akhir zaman?"

Lalu Syeikh menjawab dengan senyuman yang tenang.

"Amalan itu, ialah MALU."

Assalamualaikum&selamat malam
Dunia bukan tempat berehat.Berehatlah di akhirat kelak.penat sekarang hanya sementara bukannya kekal

Assalamualaikum&selamat pagi
Janganlah kamu menjadi 'pak turut' yang sering berkata: "Jika orang di sekelilingku baik nescaya akan baiklah aku, namun jika mereka zalim, aku jua menjadi zalim. Hendaklah kamu menetapkan jiwa dan pendirianmu sehingga jika manusia baik, kamu baik bersama mereka, tetapi jika mereka buruk, maka kamu tidak menjadi buruk dan zalim(seperti mereka)."- Riwayat Tarmizi

😂😂😂
Jaga niat kita setiap hari. Tentukan kerana Allah, jika tidak, kita tidak akan sampai kepada Allah. Alangkah sia sianya hidup kita dan alangkah sedihnya apabila sampai di padang mahsyar dan melihat akaun kita kosong kerana tidak niat kerana Allah.

-salam senja
ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT

1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

Assalamualaikum&selamat pagi
“Berfikir sebelum berbicara ialah cara yang handal untuk menyelamatkan kita dari pemusuhan, menyakiti orang lain dan dosa-dosa lainnya”

[Habib Anis Bin Umar Assegaf]
Asaalamualaikum&selamat malam
Declare your jihad on thirteen enemies you cannot see -egoism, arrogance, conceit, selfishness, greed, lust, intolerance, anger, lying, cheating, gossiping and slandering. If you can master and destroy them, then you will be read to fight the enemy you can see.

– Al-Ghazzali

Terjemahan

Isytiharkan jihad anda pada tiga belas musuh yang anda tidak dapat melihat -egoisme, keangkuhan, kebencian, mementingkan diri, ketamakan, nafsu, tidak bertoleransi, marah, berbohong, menipu, menggosip dan memfitnah. Jika anda boleh menguasai dan memusnahkannya, maka anda akan dibaca untuk melawan musuh yang dapat anda lihat.

- Al-Ghazzali


Salam tahjud
❤️as''salamualaikum❤️

Berhati-hatilah kamu dengan dosa-dosa masa mudamu . Kerana , ianya akan menjejas zuriatmu .

😁Selamat malam😃
😝🌺天使的信仰🌺😝:
"Setiap nikmat itu menuntut ditunaikan syukurnya. Ianya terbahagi kepada dua iaitu dengan lafaz yakni mengucap ‘ALHAMDULILLAH’ dan dengan menggunakan anugerah nikmat itu untuk melakukan ketaatan kepada-NYA"

Habib Abu Bakar Al-Adni bin Ali Al-Masyhur-
BERBAGAI-BAGAI CARA MANUSIA DIHADAPKAN DAN AMALAN MEREKA DIPERHITUNGKAN dari kitab Bahjat un-Nufus

Salah satu cara penghisaban ialah, sebahagian hamba Allah SWT akan diperhitungkan secara SANGAT TERSEMBUNYI disebalik tirai rahmat-Nya.

Dosa-dosa hamba itu akan dikira dan akan diberitahu kepadanya bahawa kamu telah membuat dosa sekian pada masa sekian dan kamu telah membuat dosa sekian pada waktu sekian dan tidak ada jalan lain baginya kecuali terpaksa mengakuinya sehingga dia menyangka bahawa dia akan binasa kerana dosa-dosa yang begitu banyak.

Kemudian Allah SWT berfirman kepadanya, "Sesungguhnya Aku telah sembunyikan kesalahan di dunia dan pada hari ini juga, Aku akan menyembunyikan kesalahanmu dan Aku memaafkannya." Apabila orang itu keluar dari mahkamah Ilahi maka orang ramai melihatnya dan berkata, "Alangkah berbahagianya hamba ini langsung tidak melakukan apa-apa jua dosa." Ini adalah kerana mereka sama sekali tidak mengetahui dosanya.

Menghisaban yang lain seperti dosa besar dan kecil apabila dihadapkan ke hadapan Allah SWT lalu Allah SWT akan memerintahkan supaya DOSA-DOSANYA YANG KECIL DIGANTIKAN DENGAN KEBAJIKAN.

Rasulullah SAW bersabda, "Aku mengenali orang yang akhir sekali dikeluarkan dari neraka dan yang paling akhir akan dimasukkan ke dalam syurga."

Seorang akan dipanggil dan akan diperintahkan kepada malaikat, "Sekarang jangan sebut dosanya yang besar. HADAPKAN dihadapannya DOSA-DOSA YANG KECIL SAHAJA."

Setiap satu dosanya akan disoal. Dia akan diperingatkan tentang dosanya dan diberitahu masa dosa itu dilakukan. Dia tidak dapat mengingkari dosanya itu, malahan dia akan mengakui satu persatu dosa-dosanya. Lantas Allah SWT berfirman, "Tukarkan dosa-dosa hamba ini dengan kebajikan." Maka dia pun dengan segera akan berkata, "Banyak lagi dosaku yang masih belum disebutkan". Dalam menceritakan kisah ini Baginda juga turut tersenyum. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Allah SWT terhadap hamba-Nya.

Perkara pertama yang diterangkan dalam kisah ini ialah orang itu adalah orang terakhir akan dikeluarkan dari neraka. Ini bukanlah satu azab yang sedikit. Kedua, adakah diketahui siapa orang yang bertuah yang dosa-dosanya akan diganti dengan kebajikan? Oleh itu, di samping berharap pada Allah SWT Yang Maha Esa hendaklah seseorang itu berterusan memohon rahmat Allah SWT kerana keadaan sebeginilah bukti kehambaan. Sebaliknya seseorang yang hanya berpuas hati dengan janji-janji sedemikian dan tidak berbuat apa-apa maka itu menunjukkan sifat beraninya terhadap Allah SWT(dan bukan menunjukkan kehambaannya).

Assalamualaikum&salam magrib
*👑"TERJAWAB SUDAH MENGAPA RASULULLAH MELARANG KAUM LELAKI MEMAKAI EMAS...."👑*

Tentu kita pernah mendengar kalau dlm Islam melarang kaum lelaki memakai emas dan benda lain yg bercampur dgn emas yg kadarnya kalau kita bawa ke tukang emas dia akan dapat memisahkan antara emas dan campuran logam lainnya, juga umpamanya campuran emas dgn tembaga..maka hukum nya tetap juga haram..

Mungkin diantara kita tertanya-tanya kenapa Islam melarang pemakaian emas kpd kaum lelaki, padahal ianya bukan barangan yg haram.

Kalau haram tentu wanita juga dilarang memakai emas.

Ternyata bukan karana takut kaum wanita disaingi tapi karana ada alasan lain yang baru ditemui yg dibuktikan pada abad ke 20 ini.

*Berikut Hadisnya :*

Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai cincin emas [Al-Bukhari dan Muslim] masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas ditangannya, maka beliau memintanya supaya membuka cincinnya, kemudian melemparkannya ke tanah. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dan Muslim.

Ternyata diabad ke 20, para ahli fizik telah menyelidiki hal ini dan kemudian menyimpulkan bahwa atom pada emas mampu _"menembus"_ ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia, dan jika kaum lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka, didapati penemuan didalam darah dan urine akan mengandungi atom emas dalam kadar yang melebihi batas *(dikenal dengan istilah migrasi emas)*.

Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit *Alzheimer*.

Sebab jika tidak di buang maka dalam jangka waktu yang lama atom emas dalam darah ini akan sampai ke otak dan menyebabkan penyakit *Alzheimer*.

*_Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizikal serta menyebabkan kembali seperti kanak²_*

*Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa.*

Antara individu yang terkena penyakit Alzheimer adalah Charles Bronson, Ralph Ealdo Emerson dan Sugar Ray Robinson.

Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas ?

*_"Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut ke luar dari tubuh wanita melalui menstruasi."_*

*Itulah sebabnya Islam mengharamkan kaum lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.*

Inilah alasan agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam 1400 tahun silam.
Padahal baginda tidak pernah belajar ilmu fizik.

Allahu Akbar.
*SUBHAANALLAH...*

Semoga dengan maklumat ini kita khususnya sebagai seorang Muslim/mah​ dapat mengambil hikmah dari larangan ini dan diteguhkan iman kita agar tetap taat menjalankan Perintah Allah dan menjauhi laranganNya melalui Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah S.A.W.

*CATATAN :*
Untuk wanita yang *_sudah manopause_* sebaiknya ketika tidur malam perhiasan emas jangan dipakai.

*Semoga Bermanfaat*

*وَالْسَّــــــــــلاَمُ*

@ukirancahayahati
Serabut. Pressure.

Keyakinan mula terhakis.

"Doa bila stress "Hasbunallah wa ni'mal wakeel"

Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik² pelindung.

(Ali 'Imran:173)

Salam magrib&selamat malam
Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yang hanya nampak gembira di hadapanku tetapi membenciku di belakangku .

~ Ustaz Don Daniyyal
Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh

RISIK

dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui cinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta ar-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.
DAKWAH

Ujian itu tanda Allah peduli, tak kasi kau lalai dengan duniawi.

Sedarlah.
Allah panggil kau pulang ke dalam pelukanNya.

Jangan tangguh-tangguh, sebab kita tidak pernah tahu saat bila nyawa kita diambil pergi.

Pulang,
Bertaubat kepada TuhanMu.

Karna Dia selalu menunggu!
Kalau kamu masih menaruh harapan pada makhluk, maka bersiap-siaplah untuk kecewa. Tapi kalau kamu tidak menaruh harapan sedikit pun kecuali hanya kepada Allah swt, maka bersiap-siaplah untuk meraih keuntungan dan kepuasan, hanya cepat atau lambat.

Salam magrib
Jika benar kita BERIMAN dan PERCAYA kepada rezeki kurniaan Allah, apa yang perlu ditakutkan? Sesungguhnya setiap kejadian telah dijanjikan Allah rezekinya.

Haiwan, serangga, unggas malahan hidupan sebesar zarah TIDAK MEMBAWA atau MEMIKUL rezeki kurniaan Allah. Burung yang terbang pada waktu pagi tidak tahu di mana akan memperoleh rezeki. Namun, pulang semula ke sarang dengan MEMBAWA HABUAN.
ASSALAMUALAIKUM

Pencarian admin group req lagu yang berminat bole pm @hazel_syamal
Yang bole kerjasama dengan admin lain terima teguran dari admin lain 😊😊😊



@sharingreqsong
-Neraka Wail, ialah neraka yang sangat dasyat, penghuninya ialah orang2 'Luzamah' (orang yang mencela dengan ucapan) dan 'Huzamah' (orang yang mencela dengan perbuatan).

Bahasa mudahnya untuk orang yang suka mencarut.
"Kenapa tak boleh keluar dengan lelaki ajnabi walaupun tak ada pegang-pegang, tak ada sentuh-sentuh, tak buat benda tak senonoh, tak ada pergi tempat gelap ?".... "Kitorang keluar just for fun."

Ops! #Ikhtilat.
Kalau kita tak jaga ikhtilat, iaitu pergaulan kita dengan lelaki bukan mahram, maka kita akan senang dijangkiti penyakit hati.

Bila mata suka memandang kepada ajnabi,
bila mulut suka berbual kosong dengan ajnabi,
bila telinga suka mendengar suara ajnabi,
bila tangan suka ber'chatting' dengan ajnabi,
bila kaki suka melangkah bersama ajnabi,
bila diri suka meraih perhatian ajnabi,
maka kita akan mudah jatuh hati.

Dari situ, syaitan akan mula menggerakkan operasi mereka untuk mengheret kita ke arah yang lebih dimurkai Allah.
2024/10/03 11:23:54
Back to Top
HTML Embed Code: