Telegram Web Link
Artis ,

Artis ialah insan-insan yang cukup dikenali oleh masyarakat .

Artis ,

Mereka ini tidak sewajarnya diangkat menjadi idola . Hari ini menjadi pengacara program hiburan yang lagha , esok lusa menjadi pengacara program agama pula .

Artis ,

Mereka berubah mengikut keadaan . Jika mereka ingin menjual tudung mereka berubah memakai tudung , alhamdulillah . Tetapi , tudung yang dijual tidak mengikut hukum syarak . Tudung yang dijual hanya menutupi kepala , bukan menutupi dada .

Artis ,

Mereka pergi menunaikan umrah dan haji , mereka berselfie tidak henti-henti . Mereka berpura-pura bertudung dan berjubah . Tetapi , apabila mereka balik ke sini . Mereka tetap kembali membuka tudung , mereka menjadi pengacara program realiti , mereka berlakon peluk sana peluk sini . Gelaran haji dan hajjah mereka tinggal di tepi . Mereka tetap seperti dulu , mengejar populariti .

Oleh itu , berhentilah memuji dan memuja mereka . Mereka bukannya dapat memberi syafaat kepada kita diakhirat nanti .



#TheKeyReminder
Sblm ASAR kita PANTUN dulu

Kereta kancil kereta kelisa
Parking bawah pokok kelapa
Hari isnin dah mula puasa
Jangan makan buat buat terlupa
🤭🤭🤭🤭😁
Pergi ke hutan memburu rusa
Terpijak duri kaki pun luka
Esok dah mula puasa
Jangan membazir ketika berbuka
🤭🤭🤭🤭😁
Beli sejadah dengan tasbih
Beli dekat Pengkalan Chepa
malam ni dah mula Terawih
Saja peringat kut kut lupa
🤭🤭🤭🤭😁

Selamat Menyambut Bulan Mulia Ramadhan Al-Mubarak 2019-1440H...

@bimbinganhidup
Ketahuilah,
Ulama sufi menyatakan terhijab ( terdinding ) kita kepada Allah dengan 2 hijab :
1- Hijab Zulmaniah,
2- Hijab Nuraniah.

Hijab Zulmaniah adalah tutupan terhadap matahati yang disebabkan maksiat yang dilakukan secara zahir, yang membawa dosa sehingga tutupan dosa itu menjadi tebal pada hati.

Hijab Nuraniah adalah tutupan matahati yang disebabkan maksiat batin yang dilakukan ketika melakukan taat seperti riak dalam taat atau sombong dengan ilmu.

Mari muhasabah diri

Ustaz Mustaffa Kamal
"Seseorang yang mencintaimu takkan pernah berhenti untuk mempertahankanmu,
Dan takkan pernah mencari alasan untuk melepaskanmu.
"

@ukirancahayahati 🦉
Walau apapun dugaan dan halangan,
Aku takkan pernah berhenti mencintaimu
.

@ukirancahayahati
ASSALAMMUALAIKUM...

TIPS KHATAM AL QURAN DI BULAN RAMADHON

UNTUK 1 KALI KHATAM, JUMLAH YG DIBACA :

1. Shalat Subuh 2 helai
2. Shalat Zhuhur 2 helai
3. Shalat 'Ashar 2 helai
4. Shalat Maghrib 2 helai
5. Shalat 'Isya 2 helai

UNTUK 2 KALI KHATAM :

1. Shalat Subuh 4 helai
2. Shalat Zhuhur 4 helai
3. Shalat 'Ashar 4 helai
4. Shalat Maghrib 4 helai
5. Shalat 'Isya 4 helai

UNTUK 3 KALI KHATAM :

1. Shalat Subuh 6 helai
2. Shalat Zhuhur 6 helai
3. Shalat 'Ashar 6 helai
4. Shalat Maghrib 6 helai
5. Shalat 'Isya 6 helai

SEBARKAN KEBAIKAN, Rasulullah SAW bersabda,

"Barang siapa menunjukkan satu kebaikan, maka baginya pahala semisal orang yg mengikuti KEBAIKAN tsb"
(HR. Muslim, no. 1893).

@Tarbiah
Rasulullah ditanya : Sedekah manakah yang paling utama?

Baginda menjawab : Sedekah di bulan Ramadan

-HR Tarmidzi-

@islamitu_indah
BERISTIGHFARLAH...

Tidak ada kalimat yang lebih sejuk di hati daripada istighfar...

Istighfar adalah ubat yang menyembuhkan berbagai penyakit di hati.

Istighfar adalah penawar hati ketika
seseorang sedang risau.

Bahkan Rasulullah SAW bersabda bahawa barangsiapa selalu beristighfar maka Allah akan memberinya jalan keluar dari setiap masalah yang dia hadapi.

"Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih"

Sesiapa mengucapkan astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa-dosanya, walaupun dia pernah lari dari medan peperangan". (HR Al Hakim)

"Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi, Hasan Gharib, al-Jami', no. 3397

@islamitu_indah
Terkadang timbul pertanyaan.
Mengapa hidup ini tak seperti mereka??
Mengapa hidup ini tak seperti apa yang diharapkan??

Lalu bagaimana dengan pertanyaan,
Sejauh mana kau pandai bersyukur
Saat kamu masih boleh bernafas

Sekuat apa kamu giat berusaha ketika kau masih diberi nikmat sihat. bagaimana kau berdoa di kala kau masih diberi kesempatan bergumam pada Tuhan??

Hidup untuk memenuhi hawa nafsu,
Sampai bilapun takkan pernah puas,
Tapi hidup untuk memenuhi keperluan
InsyaAllah kau pun menjalaninya dengan ikhlas.

@islamitu_indah
MAKRIFATNYA MATA HATI (NUR BASHIRAH) TERHADAP ALLAH...

شُعَاعُ الْبَصِيرَةِ يُشـْهِدُكَ قـُرْبَهُ مِنْكَ وَعَيْنُ الْبَصِيرَةِ يُشـْهِدُكَ عَدَمكَ لِوُجُودهِ وَحَق ُّ الْبَصِيرَةِ يُشـْهِدُكَ وُجُودَهُ لاَ عدَمكَ وَلاَ وُجُودَكَ

“Sinar matahati (Syu’aa ’ul bashirah) itu dapat memperlihatkan dekatnya Allah kepadamu. Dan penyaksian matahati (Ainul bashiirah) itu sendiri dapat memperlihatkan kepadamu ketiadaan ['adam] mu kerana wujud [ada-Nya] Allah dan hakikat matahati (Haqqul bashirah) itulah yang menunjukkan kepadamu, hanya adanya Allah, bukan ketiadaanmu ['adam] dan bukan pula wujudmu.”

[ Al-Hikam - Syeikh Ibn Atha'illah As-Sakandari رضي الله عه ]

@islamitu_indah
"Diam adalah suatu kebijaksanaan, tetapi sedikit benar orang yang berbuat demikian."

(HR. Baihaqi)

@islamitu_indah
Imam Ahmad Rahimahullah pernah ditanya,

"Seseorang memiliki 1.000 dinar, bolehkah dia menjadi orang yang zuhud?"

Jawabnya,
"Ya, dia boleh menjadi orang yang zuhud, tapi dengan syarat dia tidak bergembira apabila hartanya itu bertambah dan tidak bersedih apabila hartanya berkurang (tidak terganggu dengan urusan dunia)

Az-Zuhd war-Raqaiq, hlm. 15
*TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT.*

*(1) MAHKOTA ZIKIR*

*لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ*

*(2) MAHKOTA TASBIH*

*سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ*

*(3) MAHKOTA DO'A*

*رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*

*(4) MAHKOTA ISTIGHFAR*

*اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِى ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَ وَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ*

*(5) MAHKOTA PERLINDUNGAN*

*بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ ِفي اْلأَرْضِ وَلاَ ِفي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ*

*(6) MAHKOTA PERISAI BENCANA*

*لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ*

*(7) MAHKOTA PENENANG HATI*

*لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ*

*Kongsikan dengan rakan-rakan anda seramai mungkin kerana ianya adalah sedekah.*
UBAT LUPA

Ali bin Khasyram رحمة الله تعالى berkata :

“Aku melihat Waki’ bin al-Jarrah رحمة الله تعالى tidak pernah membawa kitab, namun beliau mampu menghafal apa yang kami tidak hafal. Maka aku merasa hairan dengan hal itu sehingga aku pun bertanya kepada beliau,

“Wahai Waki’, engkau tidak pernah membawa kitab dan tidak menggoreskan yang hitam di atas yang putih (tidak mencatat -pent), namun engkau menghafal lebih banyak dibandingkan apa yang kami hafal.”

Maka Imam Waki’ رحمة الله تعالى berkata dengan membisikkan ke telingaku, “Wahai Ali, jika aku tunjukkan kepadamu ubat lupa, apakah engkau akan mengamalkannya?”

Aku pun menjawab, “Ya, demi Allah.”

Maka beliau menjelaskan, “Meninggalkan maksiat, demi Allah, aku tidak melihat sesuatu yang lebih bermanfaat untuk memudahkan menghafal dibandingkan meninggalkan kemaksiatan.”

[ Siyarul A’lamin Nubala’, 6/384 ]

@islamitu_indah
TARBIYAH RAMADHAN

SYURGA YANG DISEGERAKAN

Rupanya di dunia lagi Allah telah memberikan 'Syurga' kepada kita. Syurga itu dinamakan
Al jannatul 'ajilah (syurga yang disegerakan) iaitu HATI YANG SEJAHTERA.

Mereka yang mendapat 'syurga' ini sentiasa rasa tenang, bahagia dan gembira dengan hidupnya.

Bila diberi nikmat dia bersyukur.
Bila kurang dia bersabar.
Bila diuji dia bersangka baik..
bahkan bila disakiti dia memaafi..
Tidak ada langsung hasad dengki dihatinya.

Pemilik 'syurga' ini sentiasa TENANG dalam apa jua keadaan. Baik susah mahupun senang.

Bahkan ketenangan itu dapat dirasai oleh orang lain bersama denganya

Beruntunglah sesiapa yang
Memiliki 'syurga' ini.

Kata ahli sufi, sesiapa yang ingin merasai syurga hakiki di akhirat nanti, dia perlu
merasai 'syurga' ini terlebih dahulu.

Dan yang menakutkan adalah mereka yang tidak merasai syurga ini, maka dia tidak akan merasai syurga yang hakiki kelak.

Ini berdasarkan firman Allah :
(Iaitu) pada hari di mana harta dan anak pinak tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.” (Asy Syu’ara’: 88-89)

Marilah kita sama² berusaha membersihkan hati agar dikurniakan 'syurga' ini.

‎اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَمَضَانَ وبَلِّغْنَا فِيْ لَیْلَةِ الْقَدْر

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Ramadhan dan sampaikan kami pada malam lailatul qadr. "

‎ آللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

@islamitu_indah
2024/10/03 13:21:31
Back to Top
HTML Embed Code: