Telegram Web Link
"Walau kita tidak mampu menjadi
Penggerak suatu KEBAIKAN itu

Jadilah kita penyebar dan penunjuk
JALAN ke Arah tersebut'"..

@islamitu_indah
Orang yang kenal ALLAH, hati dan fikirannya sentiasa memikirkan bagaimana dia nak menjadikan dirinya selalu diredhai ALLAH.

-Syeikhuna-

@islamitu_indah
Catatan Dhuha.

Rahmatnya Ramadhan sehingga memudahkan manusia teringin untuk membuat kebaikan dan benci untuk membuat jahat.

Ustaz Idris Hj Ahmad
6 Ramadhan 1440
11 Mei 2019
Sabtu.

@islamitu_indah
SELAMAT HARI IBU utk semua IBU-IBU dalam group ini
πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’
Smoga cerdikmu secerdik AISHAH.....
β™₯β™₯β™₯β™₯β™₯β™₯β™₯β™₯β™₯
Cantikmu secantik AINUL MARDIAH.....
πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Pengorbananmu setinggi SUMAIYAH.....
β˜‘β˜‘β€β€β˜‘β˜‘β€β€β˜‘
Ikhlasmu seikhlas RABIATUL ADAWIYAH.....
πŸŒ·πŸŒ·πŸŒ·πŸ”‘πŸ”‘πŸ”‘πŸŒ·πŸŒ·πŸŒ·
Dan moga tmpatmu d syurga
AL-JANNAH.....
πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚
SELAMAT HARI IBU.....
❀❀❀β™₯❀❀❀
Banyakkan Berzikir Boleh Menghidupkan Hati Dan Sentiasa Di Kasihi Allah.
.
Seorang pemuda bertanya kepada Rasulullah SAW : β€œYa Rasulullah, sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak, tapi aku tak mampu melakukan seluruhnya. Beritahukanlah kepadaku nasihat apa yang dapat aku pegang teguh, nasihat yang singkat sehingga aku tidak mudah melupakannya.”Rasulullah SAW menjawab, β€œBasahlah lidahmu selalu dengan zikrullah.”(Hadis Riwayat Tirmizi)
.
Terdapat 15 Kebaikan Zikir :
.
1. Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya
.
2. Zikir menyebabkan Allah redha
.
3. Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia
.
4. Zikir menggembirakan hati
.
5. Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari
.
6. Zikir memurahkan rezeki
.
7. Zikir adalah sinaran hati dan muka.
.
8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar
.
9. Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.
.
10. Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya
.
11. Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.
.
12. Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.
.
13. Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah.
.
14. Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.
.
15. Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah ayat 152) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".

@islamitu_indah
Adakah kalian tahu apa yg dimaksudkan dgn puasa itu perisai?

Kita lindung diri kita dari berkata-kata kesat & tidak tengking-menengking. Sekiranya ada org yg kutuk kita & ajak kita bergaduh.

Maka dlm bulan puasa.

Tahankan diri kamu dgn perisai:

β€˜Sesungguhnya aku sdg berpuasa’
Waktu-waktu ketika terkabulnya doa:

1. Ketika Sahur dan sepertiga malam
2. Ketika berpuasa
3. Saat Malam Lailatu Qadar
4. Doa antara azan and iqamah
5. Ketika sujud dalam solat
6. Ketika hujan turun
7. Ketika azan berkumandang
8. Pada hari Jumaat
9. Ketika sedang bermusafir.
kenapa kita diuji?
kerana syurga bukan percuma

Selamat berbuka
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Beruntunglah orang orang yang jujur mencari kekurangan diri dan memperbaikinya, kerana tidak ada yang bahaya dalam hidup ini melainkan kekurangan dan keburukan diri sendiri".
"Kurang pahala kau sebab mengumpat."

"Eh aku cerita benda betul"

"Sebab dia betul la dikira mengumpat. Kalau salah jadi fitnah."

5 perkara yang rosakkan pahala puasa
1.Mengumpat
2.Berdusta
3.Mengadu domba
4.Bersumpah palsu
5.Melihat dengan syahwat
Puasa tapi tak solat, sah ke puasa ?

Puasa itu sah sebab solat tak termasuk dalam syarat sah puasa. Cuma puasa itu tak diterima, tergantung. Solat tiang agama dan puasa dindingnya, tak sempurna amal kita jika solat tak dijaga.
Mudahnya tukar duit raya di Maybank sekarang. Hanya di ATM Machine πŸ‘πŸ‘πŸ˜

Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru tanpa susah2 beratur panjang di kaunter :

1. Pergi ke Maybank yg besar sket ( selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yg boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.

2. Pilih ATM yg ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu ( seperti gambar ).

3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.

4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping note RM 10 yg baru, kena buat dua kali.
Pesan ustaz, "Jadikanlah hidupmu seperti hari-hari di bulan ramadhan, maka Allah akan menjadikan matimu seperti hari raya idil fitri.."
MAAFKANLAH

Kawanku sekalian. InsyaAllah hari ni saya nak ajar satu amalan yang nampak macam simple, tapi sebenarnya amat susah untuk nak di laksanakan. Dan, di sebabkan susah, ganjarannya adalah DI JAMIN SYURGA.

Apakah amalan tu?

Simple je.

MEMAAFKAN ORANG YANG BUAT SALAH PADA KITA

Fuh. Nampak mudah, tapi, ia tak semudah yang di sangka. Betul tak? Bukan senang nak maafkan orang yang dah buat salah kat kita.

Bayangkan, kita ada sorang kawan. Kita buat baik dekat dia. Tiba-tiba dia balas dengan balasan yang amat menyakitkan hati kita. Dia umpat kita, dia aibkan kita, dia burukkan kita, tak kenang budi kita. Dia buat jahat pada kita seolah kita ni tak pernah buat baik. Lepas tu, bila kita nak ingatkan dia balik tentang kebaikan kita supaya dia ni beringat, dia kata kita ni mengungkit pulak. Memang sakit hati.

Time ni lah kesabaran akan di uji. Adakah kita mahu terus berdendam? Atau kita pilih untuk MEMAAFKAN dan teruskan kehidupan seperti biasa?

Jika kita mampu memaafkan, ketika itulah kita menang!

Kawan....

Kat dunia ni, kita tak terlepas dari buat salah. Kadang-kadang, kita ada buat salah pada orang lain yang kita tak perasan pun kita silap.

Kita marah bila ada orang buat salah kat kita. tapi kita tak perasan yang kita pun ada buat salah yang banyak pada orang lain. Sebab tu,kita kena belajar berlapang dada.

Apa perasaan korang bila korang nak mintak maaf tapi kawan korang tak nak maafkan? Pedih bukan?

Sebab tu, belajarlah memaafkan. Selagi dalam hati kita ada perasaan dendam, selagi itulah kita takkan bahgia.

Maafkanlah.

Jangan tunggu hari raya baru nak bermaaf-maafan.
Ada orang tak rajin mengaji tapi rajin solat sunat. Ada yang jarang solat sunat tapi suka sedekah. Ada yang berat sedekah tapi senang kongsi ilmu. Pintu kebaikan sangatlah banyak. Setiap orang ada kebaikan-kebaikan yang Allah tahu itu kekuatannya walaupun tiada manusia yang tahu.

Salam magrib dari sy✌️
2024/10/03 15:21:13
Back to Top
HTML Embed Code: