Telegram Web Link
Hotel yg sama, bilik yg sama, tetapi 2 harga yg berbeza..
Kenapa bayar lebih??
Anda boleh mencari hotel ideal anda di Trivago..
Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web..
Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik...
Hotel??
Trivago..

*Bagaimana pula dengan ini ?*👇

Kubur yg sama, tanah yg sama.
Tetapi, 2 keadaan yg berbeza.
Kenapa dosa lebih?
Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha.
Taubat nasuha menghapuskan lebih daripada berjuta² jenis dosa.
Anda boleh mencari kubur anda dengan amalan pahala terbaik.
Kubur?
Taubat nasuha.

*Jom bersihkan hati..*
hati bersih hidup bahagia..

1. Elak cari salah org...Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

2. Elak hina org...Allah tak pernah hina kita.

3. Elak buka aib org...Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Elak perlekehkan org...Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Elak mengata org...Mana tau masa depan org yg kita kata itulah yg akan tolong kita dlm kesusahan.

6. Elak sakitkan hati org...Doa org yg teraniaya itu makbul.

7. Elak bangga dgn amal ibadah kita...Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima @ tidak.

8. Elak sombong dgn apa yg kita ada...Allah boleh tarik bila² masa.

9. Elak bandingkan org lain dgn kita...Allah buatkan rezeki setiap org itu berbeza.

10. Elak sedih dgn kekurangan kita...Allah tahu apa yg terbaik utk hambaNya.

*Renung²kanlah & sama² kita Muhasabah diri*

@bimbinganhidup
Forwarded from TUKAR ACC
Penubuhan Arab Saudi bertitik tolak dari rancangan Zionis untuk menjatuhkan khilafah Uthmaniah. Setelah pengasasnya Theoderl Herzl gagal memujuk penguasa Uthmaniah Sultan Abdul Hamid menyerahkan Palestin kepada Yahudi, mereka telah mendoktrin gabenor Hijaz, Syarif Husain supaya memberontak menentang Uthmaniah dengan api nasionalisme. Dakyah zionis, arab Quraisy kononnya lebih layak menjadi khalifah berbanding keturunan turki.
Forwarded from TUKAR ACC
Setelah Uthmaniah lumpuh 1916, mereka minta Syarif Husain menyerahkan Palestin tetapi beliau enggan. Lalu dihasut pula penyangak jalanan keturunan badwi Al Saud dari Riyadh untuk menakluk jajahan Hijaz. Mereka dibantu oleh persenjataan barat, ditambah perisa wahabi-sufi untuk mengislamikkan kempen. Bayarannya adalah Baitul Maqdis perlu diserahkan kepada Yahudi.
Forwarded from TUKAR ACC
Lalu berlakulah apa yang berlaku. Yahudi berhasil merampas peta Palestin, manakala keluarga Saud berjaya menakluk Hijaz, Najd di samping Riyadh dan kawasan sekitar untuk menubuhkan kerajaan arab keluarga saud, Arab Saudi. Wilayah-wilayah teluk yang kecil dibahagikan kepada kabilah-kabilah sokongan membentuk UAE, Qatar, Kuwait dan sekitar. Tanah-tanah ini menjadi lembu susu yang dibela untuk diperah hasil mahsul mengalir ke barat jua.
Forwarded from TUKAR ACC
Perjanjian itu masih lagi kekal ke hari ini. Setiap penguasa Saudi dan proksi Yahudi iaitu Amerika wajib meneruskan hegemoni ini. Tidak ada seorangpun yang boleh keluar dari sistem yang telah diatur baik ini.
Forwarded from TUKAR ACC
Barat bijak mengatur langkah agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini daripada sekutu baik mereka. Tidak cukup sekadar memegang kepala raja, kaum kerabatnya turut dijadikan alat. Mana-mana raja yang tidak mendengar kata, kaum kerabat yang telah dipegang ini yang akan bertindak secara dalaman untuk memastikan mereka terikat.
Forwarded from TUKAR ACC
Mereka akan pastikan kaki-kaki mereka berada di posisi yang sepatutnya untuk memainkan peranan yang sepatutnya. Pengarah risikan, duta ke Amerika, Menteri Luar dan para kapitalis adalah kedudukan-kedudukan utama yang menjadi pengawal Amerika terhadap Saudi. Mereka boleh bertindak daripada mengugut, campur tangan hinggalah ke peringkat membunuh. Raja Faisal pernah cuba keluar dari sistem ini, malangnya beliau mati dibunuh.
Forwarded from TUKAR ACC
Raja Salman di awal pemerintahannya menunjukkan kesungguhan untuk membawa perubahan dalam budaya keluarga Saud, dan juga politik Arab Saudi. Malangnya dengan usia yang berbaki dan kudrat yang dimiliki, misi itu gagal. Kini beliau sudah jadi sebahagian daripada sistem.
Forwarded from TUKAR ACC
Ramai berbangga Mekah Madinah semakin maju. Pembangunan pesat sekeliling tanah haram. Namun sedarkah kita, Menara tertinggi iaitu Hotel Hilton betul-betul dihadapan Masjidil Haram adalah simbolik umat Islam telah berjaya ditawan Zionis. Hasil binaan Uthmaniah yang hampir hilang di sana juga adalah simbolik tiada lagi kuasa umat Islam.
Forwarded from TUKAR ACC
Trump di masa kempen memilih pendekatan yang kontradik daripada mana-mana naratif calon Presiden lain. Beliau membawa agenda isolation dan tidak mahu menghabiskan khazanah Amerika untuk agenda geopolitik. Sebaliknya beliau mahu memfokuskan pemulihan taraf ekonomi dan sosial rakyat. “Let’s make America Great Again”, katanya.
Forwarded from TUKAR ACC
Namun setelah menjadi Presiden, beliau seolah baru sedar hakikat sebenar dunia politik, khususnya politik Amerika dan pengaruh Zionis. Perjumpaan pertama beliau dengan Obama telah menampakkan reaksi terkejut dan cuaknya. Untuk tidak mengulang nasib John F Kennedy, Trump terpaksa menjilat semula ludahnya.
Forwarded from TUKAR ACC
Sangat takut Trump dengan orang yang di belakang tabir ini. Amalan biasa Presiden Amerika yang baharu adalah berjumpa dengan jiran dahulu, seperti Canada atau Mexico. Tetapi ini sampai ke Riyadh, dan sampai ke tempat Dinding Meratap Israel. Trump juga berjaya diguna-gunakan dengan mudah.
Forwarded from TUKAR ACC
Beliau sanggup tarik balik polisi ketat terhadap umat Islam di Amerika, semata-mata untuk menghadap Raja Salman. Menerima kalung emas dan habuan paling besar dalam sejarah, si anak pula didermakan 100 juta begitu mudah, maka selamatlah Trump sebagai batu bata projek mega Zionis.
Forwarded from TUKAR ACC
Jangkaan bahawa Iran bakal diserang sudah sampai ke tahap ilmu yakin, bukan ilmu zhon lagi. Tiba-tiba sahaja Iran dikaitkan dengan IS walaupun yang banyak kaitan dengan IS dan al-Qaeda sebenarnya Saudi. 
Forwarded from TUKAR ACC
Pemimpin Arab semakin rancak mengecam Iran tiba-tiba. Al-Sisi yang didokong Azhari pembenci Wahabi dengan mudah bermesra-mesraan dengan pemerintah Saudi. Urusniaga senjata terbesar dalam sejarah dunia dibuat mengatasi rekod urusniaga senjata sepanjang zaman.
Forwarded from TUKAR ACC
Kenapa Iran? Kerana itulah ancaman paling bahaya kepada globalisasi. Selagi Iran ada, selagi itu Israel tidak selamat. Jika dibiarkan, umat Islam bakal menyedari siapa sebenar kawan dan siapa lawan. Makin lama ditangguh, makin bertambah pengaruh dan kekuatan mereka. Penyokong kuat Iran ialah Qatar. Tidak lama lagi mungkin kena hentam sekali Qatar ini oleh Saudi dan sekutu di sekelilingnya.
Forwarded from TUKAR ACC
Sebaik proksi Amerika yang menganut syiah, Reza Pahlavi berjaya diguling dalam revolusi Iran 1979, barat pantas mengumpulkan kekuatan Arab untuk mengekang kebangkitan Ayatullah yang juga syiah. Iraq menjadi pemuka hadapan kempen perang teluk, didokong oleh semua negara arab kecuali Syria di bawah Hafez Asad, walaupun beliau dan Saddam dari parti sosialis Baath yang sama.
Forwarded from TUKAR ACC
Kempen itu gagal. Iran gagal dilumpuhkan. Tapi Iraq pula menanggung kerugian dan hutang berganda. Saddam yang tertekan menawan Kuwait, mengakibatkan tindakan balas NATO arab sehingga Iraq kembali berundur. Begitulah seterusnya misi pencerobohan tentera Amerika. Habis madu, sepah dibuang.
Forwarded from TUKAR ACC
Bermula Afghanistan, kemudian Iraq, dicetuskan pula Arab Spring melanda Tunisia, Libya, Mesir, Yaman dan paling teruk Syria, Islam tidak diberi peluang untuk bangkit sekali-kali. Alat menjayakan pelan ini adalah umat Islam yang gopoh lagi jahil. Apabila negara-negara ini telah lumpuh, mudahlah laluan mereka untuk membantai Iran.
Forwarded from TUKAR ACC
Mudah sekali untuk mengajak dunia Islam mendokong perang ke atas Iran. Guna sahaja terma jihad sunni melawan syiah. Tentu semua akan bangkit penuh jiwa raga. Waktu itu Israel bukan lagi ancaman Islam. Amerika langsung tidak zalim. Boleh dibuat kawan yang ikhlas memerangi syiah.
2024/10/05 13:13:33
Back to Top
HTML Embed Code: