Telegram Web Link
Forwarded from TUKAR ACC
Kuasa barat menyebelahi Sunni. Kuasa Timur pula mempertahan Syiah. Barat menjolok Wahhabi. Timur pula mendokong Sufi.
Forwarded from TUKAR ACC
Percayalah ia tidak akan terhenti di situ. Jika kempen Sunni Syiah berjaya, kempen Wahabi Sufi pula dimainkan. Sehinggalah tercapai agenda pemetaan baru, dan peta Israel Raya wujud di atas timbunan darah umat Islam yang tidak tahu mengapa mereka membunuh dan mengapa mereka dibunuh.
Forwarded from TUKAR ACC
Walaupun umat ini pernah menyaksikan keberkesanan racun sektarian dalam meruntuhkan khilafah Uthmaniah, tetapi kejahilan masih tebal dek tersilap memahami manhaj ilmu yang sebenar. Racun ini akan terus diguna dan diguna, tanpa perlu menukar label dan tarikh luput sekalipun.
Forwarded from TUKAR ACC
Berdasarkan beberapa hadis akhir zaman, mungkin Iran berusaha memohon sokongan dari negara umat Islam. Namun zionis terlebih dahulu telah membeli pemimpin Islam melalui saudagar-saudagar arab mereka. Bukankah NATO arab sudah terbentuk? Permohonan Iran tidak akan dihiraukan, dan mereka terpaksa bergantung harap dengan kuffar lain yang punya ihsan, atau punya kepentingan.
Forwarded from TUKAR ACC
Sasaran sebenar bukan Iran, tetapi Palestin. Tanpa Iran, gerakan jihad di sana ibarat patah kaki. Mungkin akan bermula di Lubnan dahulu menentang Hizbullah. Sungguh pertukaran Khaled Mesyaal kepada Ismael Haniyyeh amat-amat menggusarkan barat.
Forwarded from TUKAR ACC
Berdasarkan Hadis juga, dalam kalut berperang di Iran, bakal berlaku krisis kerabat Saud. Mungkin mereka akan berperang sesama sendiri, merebut takhta dan ghanimah. Negara sekitar turut sama bertelagah. Kerana Sungai Tigris sudah semakin surut. Zionis cuma bertepuk tangan sambil mengunyah pop-corn. Kelak mereka pula akan pegang kunci tanah haram.
Forwarded from TUKAR ACC
Susulan dari Hadis juga, mungkin Iran bakal dibelasah teruk. Peluang segera diambil untuk menghapuskan terus Hizbullah seterusnya pejuang Palestin.Namun mereka tidak akan mampu melawan kuasa Allah. Mereka tidak sedar tindakan itu akan menggali kubur sendiri. Mereka bakal hilang punca. Masa depan semakin hampir untuk pembebasan al-Quds. Waktu Imam Mahdi dan para Anbiya bersolat di sana sudah terlalu dekat.Soalan yang perlu dijawab, siapa perlu kita bersama dan siapa perlu kita sokong?Atau apakah tuntas untuk menjadi pemerhati dari jauh?Sunnah yang diajar baginda Nabi SAW tidak pernah begitu. Dalam pertembungan antara Rom dan Parsi, baginda memihak kepada Rom. Bukan memberi wala’ atau bergabung, kerana selepas itu Rom pula yang diperangi. Reaksi baginda sekadar mengharapkan mereka menang ke atas Parsi.Ulama menjustifikasikan tindakan baginda itu kerana Rom adalah ahli kitab yang turut bertuhankan Allah, sedang Parsi penganut Majusi yang syirik. Persamaan yang dikongsi bakal melicinkan langkah kehadapan. Selain itu, bangsa Rom memiliki jatidiri yang lebih bagus berbanding bangsa Parsi.Ulama menjustifikasikan tindakan baginda itu kerana Rom adalah ahli kitab yang turut bertuhankan Allah, sedang Parsi penganut Majusi yang syirik. Persamaan yang dikongsi bakal melicinkan langkah kehadapan. Selain itu, bangsa Rom memiliki jatidiri yang lebih bagus berbanding bangsa Parsi.Lalu siapa Rom yang perlu disokong dan siapa Parsi hari ini? Hakikatnya Rom dan Parsi sudah tidak lagi sama hari ini. Rom yang baginda sokong adalah Roman Byzantine, penganut Kristian Ortodok yang kini kembali berpengaruh di Rusia. Sedang Rom di barat adalah pewaris Roman Katolik, yang sudah berpecah belah dan berevolusi, kini dikuasai Protestan, kemudian Evangelis dan Anglican. Parsi pula adalah sebuah bangsa di Iran, Iraq, dan negara-negara Khurasan di Asia Tengah. Kini penganut Majusi boleh dibilang dengan jari. Yang dominan adalah muslim sunni dan syiah, juga terdapat Yahudi dan agama kecil lain. Ramai juga atheis dan masih komunis.Bukan pewaris bangsa Rom atau Parsi yang perlu dipilih, tetapi kriteria yang baginda Nabi guna. Diantara dua pihak, siapakah yang lebih baik jatidirinya, dan siapa yang lebih dekat dengan Islam ataupun lebih kecil mudaratnya terhadap Islam.Patutkah orang Islam berkecuali, sedang Nabi sendiri berpihak? Maka pilihlah pihak dan kumpulan yang tepat. Jadikanlah al-Quran dan Hadis sebagai kacamata, kerana ia sebaik-baik petunjuk.Patutkah orang Islam berkecuali, sedang Nabi sendiri berpihak? Maka pilihlah pihak dan kumpulan yang tepat. Jadikanlah al-Quran dan Hadis sebagai kacamata, kerana ia sebaik-baikѕєpαtutnчα.Selamat menghadapi akhir zaman yang sangat menguji iman dan taqwa. Bekalkan diri dengan kelengkapan yang ѕєpαtutnчα...kredit ZSW
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Terdapat tiga perkara untuk mengenali orang yang jujur :

Orang yang merahsiakan ibadahnya.

Orang yang merahsiakan sedekahnya.

Orang yang merahsiakan Ujiannya.

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
SUBHANALLAH سبحان_الله

Maha Suci ALLAH. 😊

Muhasabah Diri 💕🌿🌸

@quotephotovideo ❤️❤️❤️
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
ALHAMDULILLAH الحمدلله#

Segala puji bagi ALLAH. 😊

Muhasabah Diri 💕🌿🌸

@quotephotovideo 💚💚💚
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
ALLAHU AKBAR الله الله_أكبر 😍

Allah Maha Besar. 😊

Muhasabah Diri 💕🌿🌸

@quotephotovideo 💙💙💙
Forwarded from aya sofia
Alhabib Umar Bin Abdurahman Al athas berkata:

"Dulu banyak orang yg memiliki hati dan tidak ada dalam dirinya nafsu"

"Kemudian berikutnya memiliki hati dan diiringi pula dgn keinginan nafsu"

"Adapun yg sekarang banyak mengutamakan nafsu dan tidak memiliki hati"

(Kalam Alhabib Idrus Alhabsy :47)
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
🔴 Ape hukum seorang penuntut ilmu jika tidak tahu jawapan, akan berkata "jahil", yang sebaiknye sebutan ape?

Jawab:

Sebaiknya sebut "la adri".

Abdullah bin Umar menyatakan: “Ilmu ada tiga: Kitab yang dibaca, Sunnah yang ditegakkan, dan la adri -saya tidak tahu-.“ (Riwayat Ibnu Majah).

Al Khatib Al Baghdadi mengisahkan bahawa Imam Malik ditanya 48 masalah, hanya dua yang dijawab, dan 30 masalah lainnya dijawab dengan, “la adri“ (saya tidak tahu) (Al Faqih wa Al Mutafaqqih, 2/170).

Diriwayatkan oleh Ibnu Mahdi bahawa seorang lelaki bertanya kepada Imam Malik, akan tetapi tidak satupun dijawab oleh beliau hingga lelaki itu mengatakan:“Aku telah melakukan perjalanan selama 6 bulan, diutus oleh penduduk bertanya kepadamu, apa yang hendak aku katakan kepada mereka?“ Imam Malik menjawab, “katakan bahawa Malik tidak boleh menjawab!“ ( Al Maqalat Al Kautsari, 398).

Mengaku dengan jujur tidak tahu sesuatu perkara adalah sikap terhormat, ia boleh mengelakkan berlakunya salah faham terhadap sesuatu ilmu apabila orang bertanya, apa lagi soal jawab agama.
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Sambungan la adri dari ibnu umar,

Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma pernah ditanya tentang sesuatu, lalu beliau menjawab: “ Lā adri (saya tidak tahu), kemudian beliau berkata: “Apakah kalian ingin menjadikan punggung kami jembatan bagi kalian di neraka Jahannam, kalian mengatakan: ” Ibnu Umar telah berfatwa dengan ini “.
[Riwayat shahih oleh al-Fasawi di dalam kitab al-Ma’rifah wa at-Tarikh (1/hal. 266) dan al-Khathib di dalam kitab al-Faqih Wa al-Mutafaqqih (2/hal: 364) dan Ibnu Asakir di dalam kitab Tarikh Dimasyq (31/hal. 168) dari riwayat Ibnul Mubarak dari haiwah bin Syuraih dari ‘Uqbah bin Muslim]
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
:: Wanita haidh masuk masjid ::

Secara umumnya masyarakat memandang wanita haidh tidak boleh memasuki masjid atas keperluan apa pun, lagi2 masyarakat melayu.

Namun sebaliknya ada hadis yang membenarkan wanita masuk atas urusan dan keperluan.

Dalil.
Pernah pada satu ketika Rasul saw memerintahkan Aisyah r.ha untuk menghamparkan sejadah ke dalam masjid. Tetapi Aisyah r.ha mengatakan aku sedang haidh. Lalu Rasul mengatakan haidh kamu tidak berada di tangan mu.

Maka dengan ini, wanita boleh memasuki masjid atas keperluan sendiri kecuali untuk solat dan membaca alquran di dalamnya.
APAKAH KEUTAMAAN TAWAKAL?

Firman Allah SWT : “Bertawakallah kepada Allah jika benar kamu orang yang beriman.” (Al-Maidah : 23)

Firman Allah SWT : “Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah mencukupkannya.” (At- Talaq : 3)

Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah suka akan orang2 yang bertawakal.” (Ali ‘Imran : 159)

- Imam Al-Ghazali, Kitab Tauhid & Tawakal (Ihya' 'Ulumuddin)

@BimbinganHidup
Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat

*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.

*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

*Bacaan ketika rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika bangun dari rukuk:*
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

*Bacaan ketika iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

*Bacaan ketika sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

*Bacaan ketika Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

*Bacaan ketika Tahiyat Akhir:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama!

@bimbinganhidup
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
🙏السلام عليكم ورحمة الله وبركاته🙏

TIGA PINTU KE NERAKA, JAUHILAH DAN JANGAN DIBUKA…!

Al-Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata,

دخل الناسُ النارَ من ثلاثة أبواب: باب شبهة أورثت شكاً في دين الله، وباب شهوة أورثت تقديم الهوى على طاعته ومرضاته، وباب غضب أورث العداون على خلقه

“Manusia masuk Neraka dari tiga pintu:

1) Pintu syubhat (kerusakan aqidah) yang memunculkan keraguan terhadap agama Allah,

2) Pintu syahwat yang menyebabkan ia lebih mendahulukan hawa nafsu daripada ketaatan kepada Allah dan keridhaan-Nya,

3) Pintu kemarahan yang melahirkan permusuhan terhadap makhluk.” [Al-Fawaaid: 58]

Keterangan Ringkas:

Untuk dapat menjauh dari tiga pintu yang dapat menjerumuskan ke Neraka ini maka hamba membutuhkan tiga hal:

1) Ilmu agama, yaitu ilmu yang berdasarkan Al-Qur’an danAs-Sunnah yang sesuai dengan pemahaman Salaf. Dan menjauhi majelis-majelis, buku-buku dan teman-teman yang suka menebarkan syubhat.

2) Kesabaran, yaitu sabar dalam mengamalkan perintah dan menjauhi larangan. Dan menjauhi sebab-sebab yang menjerumuskan ke dalam syahwat yang terlarang.

3) Menahan marah dan sabar dalam menghadapi orang yang berbuat zalim kepada kita, lebih mulia lagi apabila disertai dengan pemaafan, dan lebih mulia lagi jika ditambah dengan balasan berbuat baik kepada orang yang berbuat zalim kepada kita.
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
"Tak perlu jadi hebat dan terkenal pada pandangan manusia,

Andai diri dipandang hina oleh sang Malaikat"

Riak merosakkan segala amal ibadah.

Sangat bahaya kepada orang mukmin.
@islamitu_indah
Forwarded from [̲̅R̲̅] Ծ Ŝ Ŝ ᗩ
Barangsiapa tidak berselawat
Itulah orang tiada berkat

Barangsiapa tidak berselawat
Tiadalah ia beroleh selamat

Barangsiapa tidak berselawat
Jauhlah ia mendapat syafaat

Barangsiapa tidak berselawat
Rugilah ia didunia dan akhirat

Barangsiapa tidak bertaubat
Hatinya hitam dosa berkarat

Barangsiapa tidak bertaubat
Sukarlah ia mendapat selamat

Barangsiapa tidak bertaubat
Sempitlah hidup hingga kelahat

Barangsiapa tidak bertaubat
Jauhlah ia beroleh manfaat

Barangsiapa tidak berzikir
Itulah orang yang amat kikir

Barangsiapa tidak berzikir
Hati serabut tak dapat pikir

Barangsiapa tidak berzikir
tidak tahu ia diri musafir

Barangsiapa tidak berzikir
Mudahlah kena penyakit kibir

Barangsiapa tidak berzikir
Hampirlah sangat menjadi kapir

Barangsiapa tidak berzikir
Segala usia menjadi mubazir

Barangsiapa tidak berzikir
Gemarlah menyalahkan takdir

Barangsiapa tidak berzikir
Tahulah ia dirinya yang fakir

Barangsiapa tidak berzikir
Durhakalah ia pada Allah Mutakabbir

Barangsiapa tidak bersyukur
Itulah orang yang mendapat kufur

Barangsiapa tidak bersyukur
Engkarlah ia pada Allah as Syakur

Barangsiapa tidak bersyukur
Mendapatlah azab didalam kubur

Barangsiapa tidak bersyukur
Itulah orang sombong takabur

Barangsiapa tidak bersyukur
Tidaklah dapat rahmat ditabur

Barangsiapa tidak bersyukur
Dijauhkan berkat oleh Allah as Sabur


@quotephotovideo 🐞🐞🐞
2024/10/05 15:26:40
Back to Top
HTML Embed Code: