Telegram Web Link
#Doa #Mohon #Dikabulkan #Hajat #Dalam #Hati

Hidup ini bukanlah menyesali apa yang telah pergi, tetapi tentang menghargai apa yang kita miliki serta sabar menanti apa yang akan menghampiri.

Semoga Allah SWT menunaikan segala hajat kita, memberkati kehidupan, dan mengampunkan segala dosa.
#Salah #Pilih #Kawan

Banyak kekecewaan yang berlaku dalam kehidupan manusia. Namun antara kekecewaan yang akan menjadi penyesalan yang paling dahsyat di akhirat kelak adalah penyesalan kerana salah pilih kawan.

Umar bin Khattab berkata: “Tidaklah seseorang diberikan kenikmatan setelah Islam, yang lebih baik daripada kenikmatan memiliki saudara (semuslim) yang soleh. Apabila engkau dapati salah seorang sahabat yang soleh maka pegang lah erat-erat.”

Sahabat yang baik boleh membawa kita ke syurga. Salah memilih sahabat akan menjadi penyesalan yang abadi di hari akhirat kelak.
#Doa #untuk #Ketetapan #Iman

Manusia memang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Hati manusia sifatnya mudah berubah-ubah, dan oleh itu, kita perlu sentiasa memohon kepada Allah agar diberikan ketetapan hati dalam ketaatan kepada-Nya.

Dengan usaha yang berterusan, doa yang ikhlas, dan tawakal kepada Allah, insyaAllah hati kita akan tetap teguh dalam ketaatan. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk hidup dalam iman dan mati dalam iman. Amin.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman
#Setiap #Kesusahan #Pasti #Ada #Kemudahan

Setiap kesusahan pasti ada kemudahan kerana pengakhiran bagi setiap kesusahan adalah kemudahan.

Bersabarlah ketika diuji oleh Allah SWT. Jangan berhenti berdoa, bertawakal kepada Allah SWT kerana Allah SWT menjanjikan kepada hambaNya "Setiap Kesusahan Pasti Ada Kemudahan".
#Lalai #Dengan #Dunia

Tanda-tanda kita lalai:

1. Kurang membaca Al Quran.
2. Kurang berzikir.
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah.
4. Kurang atau malas berdoa.
5. Tangguh untuk bertaubat.

Cara-cara mengatasi lalai:

1. Cari sahabat yang baik dan soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam untuk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir dan taubat.
5. Rajin membaca quran.
6. Ingat mati.
7. Amalkan sunnah Nabi SAW.
2024/09/21 05:52:19
Back to Top
HTML Embed Code: