Telegram Web Link
#Seimbang #Dunia #Dan #Akhirat

Kita di galakkan untuk mencari pahala akhirat dan kita juga di galakkan untuk mencari kebahagiaan hidupan di dunia, hidup mesti seimbang antara dunia dan akhirat.

Andai kita meminta air pasti mendapat cawannya, tetapi andai kita meminta cawan sahaja, belum tentu kita mendapat airnya.

Begitu juga andai kita mencari akhirat pasti mendapat dunianya sekali. Akan tetapi, andai kita mencari dunia, belum tentu kita mendapat akhirat.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman
#Mengata #Pasal #Orang #Lain #Mengumpat

Islam merupakan sebuah agama yang amat menjaga kehormatan dan kemuliaan seseorang insan sama ada insan itu muslim atau bukan muslim.

Mengumpat adalah satu perbuatan yang haram dan sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT perlulah menjaga lidah daripada perkara-perkara yang haram dan sia-sia. Ini kerana, ciri atau sifat orang yang beriman adalah sentiasa bercakap perkara yang baik atau mendiamkan diri daripada bercakap perkara-perkara yang sia-sia.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman
#Doa #Apabila #Ditimpa #Ujian

Ujian yang berat, untuk orang yang hebat. Setiap kali kita berjaya menempuhi ujian, sungguh kita akan menjadi manusia yang lebih kuat. Semoga apa sahaja ujian dan dugaan yang perlu kita hadapi hari ini dapat kita hadapi dan tempuhi dengan kuat, sabar dan yakin. Berharap kita terus tabah untuk hari-hari yang seterusnya.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman
#3 #Golongan #Di #Akhirat #Yang #Allah #Tidak #Akan #Bercakap #Dengannya

Bayangkan, saat kita sangat memerlukan Allah SWT di akhirat kelak, tapi Allah SWT enggan bercakap dengan kita, malah berpaling daripada kita. Semoga kita dijauhkan daripada azab ini.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman
#Salam #Jumaat

#Doa #Minta #Kemudahan

Semoga kita semua diberi kemudahan dalam menjalani apa sahaja urusan dalam kehidupan dan dipermudahkan dalam mempertimbangkan segala keputusan dengan baik.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman
#Jangan #Mencela #Makanan

Dalam Islam, digalakkan untuk menunjukkan rasa syukur dan hormat terhadap makanan, kerana ia adalah rezeki daripada Allah SWT. Mengkritik atau mencela makanan adalah tidak digalakkan, kerana ia mencerminkan kekurangan rasa syukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah.

Nabi Muhammad ﷺ menunjukkan prinsip ini dalam sikapnya terhadap makanan. Baginda tidak pernah mengkritik sebarang makanan. Jika baginda suka, baginda akan memakannya, dan jika tidak suka, baginda akan meninggalkannya tanpa mengatakan apa-apa yang negatif tentangnya.

Oleh itu, adalah penting bagi umat Islam untuk mengamalkan sikap hormat dan syukur terhadap makanan, mengelakkan sebarang komen negatif atau rungutan mengenainya. Amalan ini menggalakkan rasa syukur dan kesedaran terhadap nikmat yang diberikan oleh Allah, serta membentuk pemikiran yang positif dan bersyukur.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman
#SELAMAT #HARI #RAYA #AIDILADHA #1445H

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 2024 Masihi bersamaan 1445 Hijrah. Semoga Allah menerima amalan dan pengorbanan kita semua dari segi usaha kita di dunia dan menuju ke akhirat. Aamiin.. 🤲
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur. Amin.

https://www.tg-me.com/agama_mu
2024/09/21 08:44:07
Back to Top
HTML Embed Code: