Telegram Web Link
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍

Semoga kita semua dirahmati oleh Allah Ta'ala. Jom kita memperbanyakkan amalan sedeqah di hari yg mulia ini.

Dan jangan lupa baca 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi. moga Allah Ta'ala menerima amalan kita. 🤲🏼

اللهم صل على سيدنا محمد ❤️

@sharedakwahhh
Bukan tentang cantiknya rupa, melainkan tentang tertutupnya aurat sempurna. Maka anggunmu benar benar terjaga.....

Cantik dalaman kerana ilmu di dada . Jelita luaran kerana aurat yang dipelihara dengan sempurna....

muhasabah diri

@sharedakwahhh
Ibadah memang lelah, belajar memang lelah,

namun ingatlah, hari esok akan terasa lebih lelah dan berat jika hari ini tiada langkah ke arah yang lebih baik.

@sharedakwahhh
Hidup ini singkat. Jangan terlalu sibuk dengan kehidupan dunia sehingga tiada masa untuk kehidupan akhirat. Tiada masa untuk baca Quran. Tiada masa untuk solat.

Ingat selalu, perginya kita menghadap الله kelak, perlu punya bekalan. Kehidupan di dunia cuma sementara.

@sharedakwahhh
"Rasulullah seorang yang tidak pernah putus asa. Walaupun Baginda kekasih Allah, namun tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan, tidak hanya berdoa semata- mata. Jika cintakan Nabi, bangkitlah dari kegagalan, susunlah strategi, yakin dengan Allah."

-Imam Muda Hassan

@sharedakwahhh
Ibadah memang lelah, belajar memang lelah,

namun ingatlah, hari esok akan terasa lebih lelah dan berat jika hari ini tiada langkah ke arah yang lebih baik.

@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍

Semoga kita semua dirahmati oleh Allah Ta'ala. Jom kita memperbanyakkan amalan sedeqah di hari yg mulia ini.

Dan jangan lupa baca 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi. moga Allah Ta'ala menerima amalan kita. 🤲🏼

اللهم صل على سيدنا محمد ❤️

@sharedakwahhh
"Meminta nasihat itu mudah, tapi untuk mendengar dan mengikuti nasihat itu tidaklah mudah. Orang-orang soleh yang hatinya dipenuhi cahaya, mereka sangat hargai segala nasihat yang mereka dapat."

- Habib Kadzim Musa Jaafar as Saqqaf

@sharedakwahhh
Bayarlah hutang bila ada duit walaupun orang yang kamu hutang itu adalah seorang yg kaya dan mampu.

Kita bayar hutang bukan untuk dia tapi untuk kita sendiri. Untuk senang di akhirat kelak.

Lebih baik hidup miskin tapi tak berhutang dari hidup senang, hutang keliling pinggang.

Muhasabah

@sharedakwahhh
Syarat taubat :

1. Menyesal terhadap dosa yang telah dilakukan.
2. Berhenti melakukan dosa.
3. Berazam tidak akan mengulanginya.
4. Memohon maaf jika melibatkan manusia.

Jika pernah meninggalkan solat, maka kita perlu qada solat.

@sharedakwahhh
Hidup adalah ujian. Susah pun ujian. Senang pun ujian. Miskin pun ujian. Kaya pun ujian. Orang baik pun diuji. Orang jahat pun diuji.

Kalau kita rasa susah macam mana pun, ingatlah "bersama kesusahan ada kemudahan". Allah tak akan beri ujian yg tak kena dengan kemampuan kita.

@sharrdakwahhh
اللهم صل على محمد 🤍

@sharedakwahhh
Untuk hari ini esok dan seterusnya,

Ya Allah, apa saja yang terbaik untukku dan keluargaku maka mudahkanlah segalanya.

@sharedakwahhh
Manusia yang paling bahagia adalah manusia yang berhenti nafasnya, namun tak pernah berhenti pahalanya.

@sharedakwahhh
Sesungguhnya yang pendek itu adalah usia, yang merasa hidup masih panjang adalah angan-angan, dan kelak dia akan meminangmu.
Bahkan tanpa persetujuan darimu, iaitu kematian.

@sharedakwahhh
Bersangka baiklah dengan keadaan yg pernah terjadi dalam hidupmu.

@sharedakwahhh
2024/10/02 12:29:32
Back to Top
HTML Embed Code: