Telegram Web Link
"Jangan bercita-cita agar menjadi lebih mulia dari orang lain, tapi bercita-citalah agar kamu lebih mulia dari masa lalumu."

-Habib Umar bin Hafidz

@sharedakwahhh
Tanda kita cinta pada الله adalah dengan mengikuti Rasulullah ﷺ. Dan perbanyakkan selawat ❤️

@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍

Semoga kita semua dirahmati oleh Allah Ta'ala. Jom kita memperbanyakkan amalan sedeqah di hari yg mulia ini.

Dan jangan lupa baca 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi. moga Allah Ta'ala menerima amalan kita. 🤲🏼

اللهم صل على سيدنا محمد ❤️

@sharedakwahhh
"Kamu letak akhirat atas kepala, pegang dunia pada tangan. Andai akhirat bergoyang, lepaskan dunia dari tangan, junjung akhirat dengan genggaman."

-Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri

@sharedakwahhh
"Muhasabah, setakat mana amal soleh kita buat masa sekarang, bagaimana solat kita, sikap kita terhadap Ibu Ayah, kawan-kawan, jiran dan orang sekeliling. Dengan amal kita selama ini, agaknya layakkah kita ke Syurga Allah SWT.

Mohonlah sungguh-sungguh agar Allah ambil nyawa kita ketika kita sedang melakukan amal kebaikan, bukan ketika sedang melakukan dosa dan maksiat, nauzubillah. Sesungguhnya, malaikat maut tak pernah salah alamat, kematian kita semakin dekat...maka, segera taubat, jangan sampai terlewat.

Tak terbayang saatnya tika diri ini bakal menghadapi saat itu, ketika tempoh hayat umur kehidupan makin pendek, derita dengan penyakit yang ada ketika itulah teringat akan kematian yang bakal menjemput. Ketika Allah ingin menjemput tidak cepat tidak lambat ia tepat pada masanya.

Ketika ditanya kepada Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, "Kenapa engkau masih hidup hari ini?" Maka Imam Al-Ghazali menjawab, "Sebab dosaku masih banyak dan Allah izinkan aku untuk bertaubat."

Allahu Akbar, dengan kehidupan dan nafas yang masih tersisa ini, moga Allah ampunkan segala dosa dan kesilapan yang lalu dan ringankan kita untuk terus melazimi taubat dan istighfar.

Rasulullah SAW berdoa :

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَسَكَرَاتِ الْمَوْتِ

Maksudnya: "Ya Allah! Tolonglah aku daripada kesakitan kematian dan penderitaan kematian." (HR Tirmizi, hadis hasan)

Amalkan doa yang diucap Rasulullah SAW ketika menghadapi sakaratul maut, moga Allah bantu kita hadapi saat kematian.

Boleh juga diamalkan ketika menjaga keluarga yang sedang sakit dan nazak, sunnah dibacakan doa ini lalu disapukan air ke wajah dan anggota badannya. Moga dapat menyejukkan dan meringankan rasa panas menghadapi sakaratul maut."

-Ustazah Asma Harun

@sharedakwahhh
"Nasihat itu pahit bagi
orang yang mencintai hawa nafsu, tetapi bagi orang yang dihatinya dipenuhi dengan cahaya, ia akan berterima kasih apabila nasihat diberikan kepadanya."

-Habib Musa Al Kadzim Bin Ja'far Assegaf

@sharedakwahhh
Jika terjaga jam 3-4 pagi..

Jangan fikir itu bukan-bukan, mungkin itu tanda kita dikejutkan untuk beribadah kepada Allah.

Lakukan solat tahajud dan berdoa. Waktu itu doa sangat mustajab.

@sharedakwahhh
Aamiin 🤍🤲🏼

@sharedakwahhh
"Ada seorang insan yang sangat menyayangi kita melebihi dirinya sendiri, sangat memahami penderitaan yang kita rasakan, selalu menitipkan pesan Sabar dan Redha, kesakitan di sini semuanya sementara sahaja, di sanalah yang kekal selamanya. Itulah Baginda Nabi Muhammad SAW."

-Ustazah Asma Harun

@sharedakwahhh
Pada akhirnya setiap orang memiliki pandangannya masing-masing. Maka tidak usah berlelah-lelah agar tampak baik di mata orang lain.

Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tak akan pernah tercapai.

@sharedakwahhh
"Semalam sihat tapi tidak solat, hari ini mahu solat tapi sulit kerana sakit, lalu esoknya tidak mampu solat kerana sudah disolatkan"

Jangan disangka langit yang cerah tiada hujan yang turun. Jangan disangka usia muda maut tidak datang berkunjung. Kerana syarat mati itu bukanlah tua tapi syarat mati itu adalah setiap dari yang bernyawa.

@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍

Semoga kita semua dirahmati oleh Allah Ta'ala. Jom kita memperbanyakkan amalan sedeqah di hari yg mulia ini.

Dan jangan lupa baca 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi. moga Allah Ta'ala menerima amalan kita. 🤲🏼

اللهم صل على سيدنا محمد ❤️

@sharedakwahhh
Bukan kita yang kuat, tetapi Allah yang mempermudahkan. Bukan kita yang mampu, tetapi Allah yang membantu. Bukan kita yang pandai, tetapi Allah yang memberi kefahaman.

Tanpa Allah Ta'ala,

Kita bukan sesiapa. Kita tidak mampu berbuat apa-apa. Dan tidak tahu apa-apa.

Sebesar manapun masalahmu pada saat ini, bangunlah setiap hari dengan mengingatkan diri, bahawa kuasa Allah jauh lebih besar dari masalahmu itu.

@sharedakwahhh
"Hendaknya tujuanmu menghadiri majlis ilmu bukan untuk berbangga diri menunjukkan siapa yang sering hadir di majlis tersebut . Akan tetapi ambillah manfaat darinya dan berniat untuk mengamalkan (ilmu) yang disampaikan majlis tersebut."

= Habib Ali Zaenal Abidin Al Kaff =

@sharedakwahhh
Memilih suami itu seperti memilih akhirat. baiknya suami , maka hebatlah akhiratnya.

Dan memilih isteri itu seperti memilih madrasah (sekolah). jika hebat madrasahnya , maka hebatlah anak-anak dan keluarganya.

@sharedakwahhh
Sebaik-baik orang islam adalah meninggalkan perkara yang tidak membawa manfaat kepada dirinya. Maka belajarlah untuk lebih banyak diam daripada bercakap hal-hal yang tidak membawa manfaat.

@sharedakwahhh
🤲🏼🤍

@sharedakwahhh
Ya Allah, tetapkanlah daku di atas jalan lurus-Mu 🤲🏼🤍

@sharedakwahhh
"Ya Allah, peliharalah tanah air Malaysia yang kami cintai ini. Engkau peliharalah perpaduan di antara kami demi kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi. Jauhilah negara kami dari segala bentuk malapetaka dan bencana, aamiin ya rabbal 'alamin.."

Salam kemerdekaan yang ke 66🤍

@sharedakwahhh
2024/10/02 14:24:12
Back to Top
HTML Embed Code: