Telegram Web Link
KE ALAM ABADI

Kesempurnaan apa yang kau cari
Dari sebaik-baiknya kejadiaan
Kita mampu hidup untuk terus hidup
Lihatlah pada setiap sisi cermin
Siapa memandang siapa dipandang
Bagaimana luar samakah di dalam
Tiliklah pada hati mencari diri
Pasti kau temui diri mengenal diri
Apa yang hidup apa yang mati
Kenalilah diri untuk mengenal ilahi
Sebelum jasad tertanam ke bumi
Terpisah roh jasad bersendiri
Bermulalah hidup ke alam abadi

@Ruang_Aksara
SURIRUMAH.

Ada yang berkata macam ni,

Saya seorang suri rumah, saya tak berjaya seperti orang lain..

Orang lain kerja, saya tak ada kerjaya.
Orang lain kerja lepas graduate, saya duduk rumah jadi surirumah lepas graduate.
orang lain ada income ribu riban setiap bulan. saya setiap bulan hanya menunggu. Duduk rumah sahaja.
orang lain kerja, pakai duit sendiri, beli baju cantik, saya kat rumah, tak ada semangat nak bercantik cantik.

Dalam fikiran, aku gagal, aku gagal, aku tak ada apa-apa. Aku tak macam wanita lain yang bekerja selepas grad. Lepas grad aku duduk rumah jaga anak, rutin sama sahaja setiap hari. Tak keluar bekerja.

Ini khas buat anda, wanita cantik yang bergelar suri rumah..

Tak ada kejayaan?
Anda dapat berkahwin dengan pasangan anda itu sebenarnya satu kejayaan besar. Ingat lagi saat hati anda berdebar menunggu hari bahagia dan anda berjanji untuk berazam bersama pasangan anda sehingga ke syurga?

Anda berjaya!
Ada orang tak mampu nak kahwin, anda berjaya kahwin dengan pasangan anda. Itu kejayaan besar.

Anda melahirkan anak, ingat itu kejayaan besar dalam kehidupan anda, bukan senang melahirkan anak, bertarung nyawa, anda lah pejuang, melahirkan zuriat.

Anda berjaya!
Ingat bukan semua orang mampu melahirkan. Andai diletakkan lelaki untuk mengandung pun, belum tentu mereka mampu menanggung satu nyawa baru selama 9 bulan 10 hari. Inilah keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita.

Bukan sehari dua wahai wanita cantik! 9 bulan hampir nak dekat setahun tu.

Anda berjaya!

Anda di rumah seharian mengurus rumahtangga, Mengurus anak-anak, membantu suami, menjaga anak dengan penuh kasih sayang.

Anda gagal kerana tidak bekerja?
Tidak anda berjaya! Penat menjaga anak anak dan rumah itu andai dikira dengan pahala, pasti tak berhenti mengalir bagai air.

Letih. stress, rasa gagal kerana tidak bekerja?

Puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra, pun tak terlepas daripada rasa stress jadi isteri yang uruskan rumahtangga. Bukan sekadar isteri. Isteri yang penuh tanggungjawab.

Lalu dia pun jumpa Rasulullah dan mengadu.

Lantas, rasulullah pun kata, "mahu kah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari berikan seorang pembantu rumah?"

Fatimah pun hairan.

“Wahai ayah, apa yang lebih baik daripada pembantu untuk ringankan kerja-kerja rumah ni?”
.
Dan Rasulullah membalas,

“Bertasbihlah (Subhanallah) pada Allah sebanyak 33 kali.
Bertahmidlah (Alhamdulillah) pada Allah sebanyak 33 kali.
Bertakbirlah (Allahuakbar) pada Allah sebanyak 33kali.
Bila ia diamal setiap hari, maka Allah akan mudahkah urusan dunia dan akhiratmu. Dan itu lebih baik daripada seorang pembantu.”

Powerful sangat kan kisah ni?

Masya Allah! Betapa sebenarnya mulianya tugas seorang surirumah. Fatimah kesayangan rasulullah pun rasa apa yang dirasakan seorang surirumah, seorang isteri.

Hebatnya surirumah yang tak pernah lelah tetap setia mngurus rumahtangga sambil menunggu kepulangan suami, atau seorang wanita berkerjaya yang tak lelah mencuba yang terbaik di rumah.

Menyiapkan makanan, menjaga anak-anak, dalam keletihan tetap teguh. Andalah pejuang yang berjaya wahai surirumah!

Sending loves to all housewives out there. ❤️❤️

You are so special!

@Ruang_Aksara
MUSLIMAH YANG MENYAKITKAN HATI

Sifat lelaki yang beriman itu cemburu pada wanita yang cuba diusik peribadi dan maruahnya. Walaupun tanpa ada kaitan pada hubungan kekeluargaan atau sebarang kepentingan.

Kerana mereka membayangkan andai saja itu terjadi pada sang isteri atau saudari perempuannya, pastinya tidak rela maruah saudarinya terusik atau dicela. Hatta walau mengadai nyawa pasti akan dibelanya.

Akan tetapi, ada wanita yang menyakitkan jiwa. Tidak tahu bagaimana hendak dijaga atau apakah akan perlu dibela? Itulah dia yang sengaja membuka hijab walaupun masih menutup aurat.

Quran dan sunnahnya juga sama satu, panduannya sama arah. Tarbiahnya sedari darjah. Cuma mungkin beralih hidayah, daripada menutup yang sempurna kepada yang kurang cantik dipandangan mata. Pada celikan mata yang ada sedikit iman. Mereka sememangnya bertambah indah dengan apa yang ditambah tetapi kurangnya tertinggal cahaya.

Hidayah milik tuhan, kita semua perlu usahakan. Agar ilmu yang ada selari dengan amalan. Semualah, termasuk saya yang selalu ada kesalahan.

Harapnya tidak miskin sebelum bertemu tuhan. Sebelum sampai kesudahan masing-masing perlu usaha atas ilmu, iman, dan amalan.

Ini bukan cemuhan tetapi sedih dan kekecewaan. InsyaAllah masih lagi ada harapan
.

@Ruang_Aksara
Cuba imbas ke belakang.
Telah banyak kau lalui,
kau berjaya hadapi dan
kini kau diuji lagi...
masih tak yakin kau mampu
menanginya lagi?

Yakin. Bersama kesulitan,
adanya kemudahan.
Allah mahu kau meminta,
tingkatkan pergantungan
pada-Nya sahaja.

Allah ada. Allah ada.
Rasakan DIA ada.
DIA Maha Mampu nak
bantu. Maha Kaya.
Maha Kuasa.
Tiada yang mustahil bagi-Nya.
Minta. Beradab, berdoa dan
bertingkahlah seperti yang
selayaknya dipanggil hamba.

@Ruang_Aksara
"Ish, gelisahnya.."

"Aduhai..Kenapa hati tak tenteram ni"

Ramai orang yang mengadu hati tidak tenang, tetapi berapa ramai yang mengetahui punca sebenar hati yang tidak tenang?

"Ahhh!! Kenapa aku belajar, susah sangat nak menghafal?"

Mari kita mengimbas kembali ke beberapa puluh,ratus tahun yang dulu.. Imam Ghazali melihat Imam Syafie sebagai seorang insan yang amat cerdik sekali, lantas beliau berpesan, "Wahai Syafie, ilmu itu adalah cahaya dan maksiat adalah kegelapan.."

Ha! Apa maksudnya? Adakah hobi Imam Ghazali mengatakan sesuatu begitu, atau beliau saja-saja mahu melihat Imam Syafie takut atau tidak dengan sergahan beliau? tidak.tidak. Bukan itu. Baik sahabat, dari segi sainsnya, cahaya tidak akan mampu untuk menembusi satu objek legap, ditambah lagi dengan legam (hitam).

Betapa berkiasnya seorang ilmuwan seperti Imam Ghazali dalam menasihati. Ilmu itu adalah cahaya, dan maksiat itu adalah kegelapan, cahaya dan kegelapan tidak mungkin akan bersatu - seperti minyak dan air.

"Adoi, jadi macam mana ni? Hati dah gelisah ni, ilmu pun tak masuk.. Saya dah buat baik dah, dah pergi dengar tazkirah semua tapi kenapa hati tak tenteram?"


Baiklah, jom bersama saya membuat eksperimen! :)

Sebelum buat eksperimen, kena ada hipotesis dahulu kan? Baik baik. Hipotesisnya adalah : Apabila hati yang penuh maksiat, diberi kebaikan sekalipun masih lagi tidak tenteram.

Manusia itu dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih, fitrahnya hati manusia itu jernih, putih dan suci. Sekarang, bayangkan bahawa gelas itu adalah hati, dan isi di dalamnya adalah kebaikan/kejahatan yang bersarang dalam relung hati.

Pada awal-awal, sewaktu kita baru sahaja lahir, Hati kita adalah begini putih bersih.


Selepas itu, kita semakin membesar, melihat dunia dengan mata nafsu, mencuba itu dan ini. Kita seringkali dinasihati, seringkali mendengar peringatan, "Pulanglah..Allah menantimu."

Tapi kita degil, "AH,muda hanya sekali!" Lalu kita berjalan dengan penuh bongkak, tanpa kita sedari kaki itu pun Allah yang beri. Kita melihat peraturan Allah sebagai sesuatu yang melecehkan tanpa kita sedari tiada satu degup pun jantung yang mampu berdengup tanpa izin Allah.

Lantas, hati yang dahulunya putih menjadi hitam.

Suatu hari, Allah Yang Maha Pengasih kasihan melihat kita, lantas dengan penuh rahmat, Dia datangkan hidayah dan peringatanNya - mungkin dalam bentuk kematian,kesakitan atau lintasan baik semulajadi di dalam hati. "Ish, kenapa hati tak tenteram ni... ya Allah, dah berapa lama aku bergelumang dengan dosa."

Hati kita bergetar. Ya, hati yang hitam itu bergetar dengan peringatan Allah. Hati yang hitam itu mahu pulang ke fitrahnya yang suci bersih, ya, hati itu mahu pulang ke bentuk asal, sama seperti kita yang sering mahu pulang ke pangkuan bonda. Kerana apa? Kerana itu fitrahnya. Manusia tidak akan mampu untuk melawan fitrah yang telah Allah tetapkan. Subhanallah... Hebatnya Allah yang mencipta.

Justeru itu, kita pun mula membuat kebaikan. Kita menolong rakan, mendengar tazkirah, tapi dalam masa yang sama, ada lagi kejahilan dahulu yang masih kita lakukan. Iyalah, bukan mudah membuang sesuatu tabiat yang sudah terbiasa kita lakukan.

Lalu, kita pun runsing,mengapa hati masih tidak tenteram?

Baik..Mari kita bayangkan. Air yang jernih itu adalah kebaikan, sebanyak mana pun kita menuang air itu ke dalam gelas, gelas itu masih lagi mempunyai air yang keruh.


AHhh... Jadi bagaimana lagi?!"

Beginilah, jika kita minum kopi, gelas pun kotor. Adakah untuk minum air soya pula selepas itu, kita tuang saja air soya ke dalam bekas yang kotor tadi?

Tidak? Jadi apa yang kita lakukan?

Basuh? Ya. Betul.

Maka,hati yang hitam dengan kemaksiatan tadi, kita bersihkan dengan membuang segala kemaksiatan yang bersarang dalam hati.

Dahulu selalu tengking-tengking mak, buangkan maksiat itu.
Dahulu selalu marah-marah, buangkan maksiat itu.
Dahulu selalu bergaduh, buangkan maksiat itu.

Nah, buang semuanya
. Lalu, kita isi kembali dengan kebaikan dan ilmu-ilmu Allah, hati pun akan menjadi putih seperti sediakala, ilmu pun akan mudah meresap, hati pun akan menjadi
damai,tenang dan tenteram.

Maka kita pun mampu berjalan dengan damai,melihat segalanya dari Allah dan menjalankan tugas khalifah yang sudah lama terkubur.

Jadi, adakah hipotesis diterima?

Sahabat cuba dulu, kemudian jawablah sendiri dengan mata hati :)

Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati. (Hadis riwayat Bukhari)

Wallahu'alam

@Ruang_Aksara
Saya ada seorang kawan ni.
Dia suka meluahkan rasa,
berkongsi masalahnya serta
meminta nasihat mahupun
cadangan daripada saya.

Pelik juga.
Dia bukan tak tahu
betapa saya ini tak ada
apa-apa.
Betapa saya ini nothing jika
nak dibanding dengan dirinya
atau rakan-rakan lain.

Pelik.
Kenapa saya?

Namun, sejenak saya amati.
Fahamlah saya bahawa 'caranya'
itulah antara seribu cara dakwah
yang sangat hikmah.

Ya, mungkin dia sedang
berpura-pura mahu dinasihati
agar saya ini menasihati.
Mungkin juga dia sedang belajar
mendidik diri untuk tidak sombong
terhadap kelebihan ilmu yang dia
ada.

Mungkin.

Apapun, Allah memang dah
susun cantik setiapnya.
Bila saya teliti kembali,
sebenarnya URUSAN ini
tidak memberikan keuntungan
kepadanya sahaja -
yang 'mahu' belajar menerima.

Malah, saya yang mungkin
terpaksa atau terdorong
'memberi' ini lah yang 'menerima'
lebih banyak.

Menasihati orang lain,
umpama mengkoreksi diri sendiri.
Di saat kita tahu, kita tak baik
mana seperti sangkaannya,
timbul rasa malu. Rasa segan.
Rasa macam tak layak.

Akan tetapi, rasa-rasa inilah
yang membina aspirasi dalaman
agar terus mempercayai potensi
diri untuk menjadi lebih baik.

'Kenapa ya aku buat-buat baik,
sedang aku bukannya baik pun?'

Dan jawapannya...

'Melakukan dan melazimi kebaikan adalah satu-satunya cara untuk melatih
diri jadi baik.'

Semoga kita terus kuat nak baiki diri.

:)

@Ruang_Aksara
Pelayar Malam

Pelayar malam
Menyongsong kegelapan
Berkompas kerlipan bintang-bintang
Biar gelombang merempuh buritan
Kiri dan kanan tegal bertahan
Harapan hanya pada Tuhan
Cahaya iman tidak terpadam.

Pelayar malam
Teroleng kemabukan
Dilambung ombak rasa
Meminum sarbat dan manisan
Mutiara terdalam
Kalam Tuhan

Pelayar malam
Sentiasa penasaran
Menikmati kerlipan bintang-bintang
Mengutip sir keagongan Tuhan
Karam dalam af'al,sifat dan zat yang Maha esa
Meruntuhkan segala maujud.

Pelayar malam
Tidak pernah kewalahan
Menyelusuri jalan makrifat
Mentakrif hakikat
Menjejak tarikat
Melengkapkan syariat.

Pelayar malam
Adalah diri
Penjejak hakiki.

@Ruang_Aksara
Jari Telunjuk

Di jari telunjuk
segala pertanggungjawaban
menunjuk kepada Tuhan

penyampaian dari hati
kemaujudatan perasaan
kemardhotillahan diri
tuntutan mematuhi
melaksana dan menyelami
peraturan yang dipatuhi

dihujung jari
kita menunjuk berkali-kali
penunjuk tujuan perasaan
mengumpul apa didalam
suruhan termeterai sunnah yang dicapai
di solat kita lafaz syahadah
bersama jiwa…nafas syuhadah
ketika tahiyatullah

maka dijari telunjuk itu
terkumpul semua tahkik dihati
tanpa berbelah bagi…tanpa sangsi-sangsi
tujuan disanubari

perjanjian diri
syumul dihati
kepada ILAHI

@Ruang_Aksara
"Sis, what should I do to a person yang hanya nampak kita bila dirinya dalam kesusahan? Bila senang dah buta, dah lupa. Nak buat macam mana kat orang yang tak kenang budi?"

-seseorang

Tidak semua yang kita mahu, akan terjadi elok, cantik, indah - serupa yang kita harapkan. Saya suka nak fahamkan bahawa setiap manusia ini berlimitasi.

Kita harapkan 'begini', yang kita
dapat 'begitu'. Mungkin, kerana ketidakmampuan orang menjangkau firasat hati kita mahunya apa.
Entahlah. Sebab tu...sebelum berbakti kepada seseorang, ajari diri untuk tidak berharap apa yang sudah awak 'beri' dibalas semula dengan pemberian yang sama atau lain-lain. Jangan mengharap balasan daripada orang.
Dikhuatiri 'pemberian' yang awak harapkan tak mampu ditunaikan sama seperti yang awak beri.

Usahalah menjadi seseorang yang
damai hatinya mengikhlaskan segalanya tanpa perlu berharap
apa-apa walau itulah lumrahnya kita.
Mana wujud manusia di celah
dunia yang menonong mahu dimanipulasikan tanpa mendapat imbalan daripadanya, kan?

Tak apa. Tak wujud, kita jadilah
yang seorang dua, yang hampir tiada itu. Membahagiakan orang tanpa syarat. Cukupn sekadarnya, kau berharap Tuhan memandang apa kau lakukan. Balasan sebenar adalah pemberian daripada-Nya.
Dirahmati. Diredhai.
Itu lebih utama.

InsyaAllah.

@Ruang_Aksara
Very beautiful advices, indeed ^^

I read one post on instagram. It was about 7 rules that you must be 'expert' in it.

Here, I translate them ikut ayat sendiri .

"Berdamai dengan masa lalu supaya dia tak jadi musuh masa sekarang"

"Apa yang manusia fikir tentang awak bukan urusan awak"

"Masa akan merawat segalanya. Bagi masa"

"Takde orang yang in charge kegembiraan hidup awak. Kecuali awak."

"Jangan compare kita dengan orang lain. Jangan judge orang. Awak tak tahu langsung macamana jalan hidup dia"

"Berhenti fikir too much. Okay je tak tahu jawapan pada banyak perkara. Jawapan tu akan datang sendiri bergolek-golek melayang-layang pada awak bila awak tak expect dia datang."

"Senyum. Kamu bukan pemilik semua masalah yang ada dalam dunia."

Mindset is everything.
Sebagaimana sangka-sangka kita pada Tuhan juga.

Kalau kita sangka baik,
Allah bagi baik.

Like law of attraction.
The concept is same

It's okay to feel bad when some emotional things happen.

But, please dont exceed 5 minutes.

Go ahead with that bad feeling but after 5 minutes, believe for possibility that the things gonna be okay

Complaint less, grateful more.

@Ruang_Aksara
Seronok kan hari ni cuti?

Ada lah tu yang merancang nak pergi shopping, nak tengok wayang, nak jalan-jalan cari makan, nak luang masa bersama sahabat atau keluarga tercinta. Kan kan kan?

Wahaa seronoknya! 😍

Apa kata,
sesekali sambil-sambil 'menjalankan' perancangan tu, on the way nak pergi shopping complex ke nak pergi mana-mana tu kan, sudi-sudilah lihat kiri kanan. Lihat orang lain sedang buat apa.

Cuba perhati betul-betul.
Ada yang sedang menahan terik mentari perbaiki jalan di jalanan,
ada yang gigih ke hulu ke hilir mengutip dan menyapu sampah,
ada yang tua-tua masih bekerja jadi tukang bersih tandas awam.

Kasihanlah kat mereka kan.
Andai diberi pilihan, mesti semua memilih nak duduk berehat saja kat rumah. Goyang-goyang kaki tiba-tiba duit datang. Baring-baring lena, bangun saja perut kenyang tak perlu kerja.

Tapi ada diantara kita yang tak punya pilihan. Itulah saja yang mereka mampu usahakan. Itulah satu-satunya harapan untuk mencari sesuap nasi. Nak beli makan pakai anak. Nak tanggung kebajikan rumah tangga.

Apa kita boleh lakukan untuk mereka?
Banyak yang boleh kita buat. Banyak! Bukan nak suruh buat kerja dia pun. Kita boleh buat kebaikan, yang tak perlu kudrat dan tak makan masa kita pun lah!

Sudilah beri salam, tunduk hormat, hadiahkan senyuman, berterima kasih dan minta maaf. Kalau memang nak cepat sangat, hingga tak sempat nak bertegur sapa...hadiahkanlah doa buat mereka walau sekadar lintasan hati.

Kalau memang kita selalu jumpa dengannya, sesekali panjangkan perbualan tersebut. Tanya duduk mana, dari mana, anak berapa etc.
Tak susah pun menyantuni orang lain. Kalau tak pernah buat, cuba-cubalah buat. Hati kita ni akan lebih senang dan tenang. Carilah peluang berbuat kebaikan kepada orang lain walaupun dengan cara yang paling mudah dan dalam masa yang singkat sekalipun!

Yakinlah, tiada sesaat kita yang Allah tak tanya kita buat apa kelak. Semoga usaha-usaha begini menjadikan kita ini sentiasa sedar diri, ada rasa syukur, simpati dan empati terhadap kondisi orang lain.

Yakin!

:)

@Ruang_Aksara
"Kak, saya ada buah hati. Saya kalau boleh, nak kahwin segera tapi pakwe saya tak ada duit lagi. Kerja pun tak tetap. Dah banyak tahun kami bercinta. Tapi, saya tengok dia pun macam tak serius bila saya minta cepat-cepat halalkan hubungan kami. Saya ajak jumpa mak ayah saya, dia asyik cari alasan. Macam mana ni kak? Saya takut Allah. Saya ni dah banyak buat dosa kering sepanjang bercinta dengannya. Saya nak tinggalkan dia. Tapi, tapi saya sayang dia kak. Dia pun sayang saya."

-Adik S


Hmm.
Benarlah C.I.N.T.A itu B.U.T.A hingga mampu membutakan banyak mata beserta hati manusia.

Tak dosa pun jatuh cinta dik.
Yang dosa, bila kau redah segala kerana cinta. Yang dosa, bila kau makin lupa dosa pahala.
Yang dosa, bila kau halalkan segala larangan-Nya kerana 'menangkan' cinta dia.
Yang dosa, bila kau asyik kenangkan si dia yang tak halal itu hingga lupa tanggungjawab kau terhadap Pencipta.
Yang dosa, bila kau mula meremehkan dosa.

Syukurlah.
Sekurang-kurangnya masih ada rasa takut Allah. Rasa berdosa.
Rasa perlu berubah dan resah berlama-lama lagi dalam zon murka-Nya!

Adik,
lelaki yang baik, takkan beri harapan kosong kepada adik. Dia akan cuba juga sedaya upaya dia untuk mendapatkan adik dengan cara yang terhormat, beradab lagi bermaruah. Walaupun, tak ada kerja tetap. Tak ada harta banyak.

Adapun, kalau dah bercinta-cinta berabad lama, tapi tiada tanda-tanda serius, itu bukan seriuslah tu namanya.

Tidak perlu buang masa menjalin cinta, buat dosa kering ke hulu ke hilir berpimpinan tangan dan 'beromatika diamore' lagak suami isteri sedangkan hakikatnya, kalian tiada ikatan apa-apa.

Janganlah zalimi diri sendiri.
Kerana mungkin jika adik tersilap percaturan ketika ini, adik akan menderita dan menyesal selama-lamanya.

Tinggalkanlah orang yang tidak menghormati adik sebagai wanita dan muslimah.
Siapkanlah diri menjadi hamba Allah yang taat setia. Pasti ada, jodoh yang lebih baik untuk adik.

Percayalah.

Kasihani mak ayah yang penat-penat melahirkan, membesarkan dan mendidik adik dengan baik hingga adik mampu T.A.K.U.T pada Allah kerana terlanjur berdosa.
Tak semua orang takut Allah zaman sekarang.
Belum terlambat untuk adik bertaubat dan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.

Renung-renungkanlah dik.
Kalau sekarang pun, lelaki tersebut tidak hormati adik...bayangkanlah bila sudah berkahwin kelak. Itu pun kalau kahwin. Kalau tak kahwin? Kalau dia tinggalkan adik 'separuh jalan'? Boleh bayang?

Hmm. Beginilah dik.
Kalau memang lelaki tersebut tidak berniat untuk memperisterikan adik, tidak BERUSAHA kena pada CARA untuk menjadikan adik suri hidupnya, jangan sesekali membuka 'pintu' untuknya!

Kalau dalam situasi adik, lelaki tadi sudah masuk dalam hati adik...belum terlambat untuk 'mempersilakannya' keluar..

Tak perlu takut.
Tak mati pun hilang pakwe yang tak hormat adik.
Fikirlah baik-baik.
Moga Allah memberikan jalan terbaik untuk adik dan masa depan adik.

:)

@Ruang_Aksara
Dulu masa kecil, waktu sekolah rendah, tahun 90 an, setiap kali balik sekolah, mesti dengar lagu ni dari rumah jiran. Jiran pasang lagu ni dengan speaker kuat-kuat, tak tahu pun lagu ni, tapi bila dah selalu dengar sampai boleh hafal dah.

"Tak percaya tapi ini terjadi
Kau bersanding duduk di pelaminan
Airmata jatuh tak tertahankan
Kau khianati cinta suci ini

Tanpa undangan , Diriku kau lupakan
Tanpa utusan . . . Diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara . . . Kau buat ku kecewa
Tanpa berdosa . . . Kau buatku merana"


Entahlah, macam tak tahu nak cakap apa, atau sebetulnya rasa tak layak nak bercakap lebih.

Dalam hidup kita ini. Dalam fasa hubungan kita, sama ada belum bertunang, tengah bertunang, atau orang yang berkahwin sekalipun, tetap akan diuji.

Setiap orang ujiannya berbeza.

Ada orang yang berkawan sampai 3, ke 4 tahun, akhirnya putus di tengah jalan.
Ada orang yang bertunang sehingga 2 tahun, dah hampir tarikh nikah, akhirnya tak jadi kahwin.
Ada orang yang dah berkahwin bertahun tahun, dapat anak 3 ke 4 orang, akhirnya bercerai juga.

Kadang-kadang ada yang bertahan, atau yang terputus di tengah jalan. Semua yang berlaku tetap dalam genggaman Allah.


Hanya Allah yang berkuasa atas segala-galanya.

Have you ever felt like the more you try to grasp on to something or someone, the more it flees from you?


As though you're trying so hard to maintain something, yet it's battling with you, to escape from your clutch? Does it not become exhausting, so much so that you find the weakness of your heart, travelling through your veins, all the way to your finger tips?

We can't hold on to what's not meant for us. We can't force things to happen or people to stay.

But through such we learn.

We learn who Allah is.
We learn of His mercy.
We learn of His kindness.
We learn of His readiness in response. We learn of His attentiveness towards us. We learn of His ability to heal.
We learn of His ability to mend.

Nothing shall ever happen to us except what Allah has ordained for us,regardless of the efforts we may or may not put into making things happens. Whatever does happen, will only happen if Allah gives His permission.

Begitulah, perkahwinan itu bukan sekadar aku suka kau, kau suka aku, then kita kahwin. Happily ever after. No.

It's more than that.

Dalam hubungan kita, sejauh mana pun ia diuji, sejauh mana pun rasa tak tahan dengan segala dugaan, yang paling penting, kita kembali kepada Allah.


Saya ingat ada seseorang pernah pesan, sebelum berkahwin, baca lah ayat 36,

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

Maha Suci Allah yang menciptakan pasangan-pasangan semua, baik apa di tumbuhkan oleh bumi serta dari mereka maupun dari apa tidak mereka ketahui. (Yasin:36)


Baca dengan keyakinan akan Allah temukan kita dengan jodoh yang boleh membawa kita ke syurga, walau sejuah mana pun hebat dugaan yang melanda dalam hubungan.

And that's where we have to return,and feel the presence of our Great Beloved, Allah.

Allah will always be there for all of us.
The time when you feel you are all alone,
The time when the tears flowing down,
He always been there.

Loving people for the sake of Allah. In that solid reason, you would find that people make mistakes and hurt you sometimes unintentionally.

That the people, human beings is a weak creation of God and need Allah all the time. At that moment you realize, that you would support the one whom you love, no matter how hard the situation is.. why? Simply because of Allah. Simply for the sake of Allah.

No matter how hard the situation is.

Tarik nafas.
Bertenang.
Ambil masa untuk bersendiri.
Kalau rasa nak nangis, nangis je lah.

Apa nak buat apa yang paling penting?
Maafkan diri sendiri.
Dan jangan lupa untuk sayangi diri.

Sometimes Allah has tests us in order for us to find Him. Sometimes He will remove things from our hearts and place His love there instead.

Do not think that pain is forever. Because if today can come to an end, then so can pain. Today will be history tomorrow. The advers
ities will be history sooner or later.

Life is a war.
Every day we fight for a reason.
Some battles you lose.
Some battles you win.

But never stop fighting for what you believe in.
Because in the end, you will win the war. You will find your happiness.

He answers, in the best way, at the best time. Keep begging. Keep doing the right thing. Keep having hope. He will never fail you. Even if it’s different from what you ask.

He will always respond with what is best for you.

Keep on going and be with Allah because He never leave.
And pray and make du'a always because He loves to listen to us.
And wallahi, He is so near to us.

Insya Allah.

I'll pray the best for you and for me and for all of us. 😁

@Ruang_Aksara
Rehla Ibtighai

Ada ketika kita rasa kita kukuh
bila beramai bukan main riuh
bersama sahabat seluroh
bersendirian kita lumpuh…
telepuk lesu dan rapuh

kita sembunyikan dari umum
kisah benar watak-watak
menyarung topeng supaya tidak nampak
wajah peribadi yang robek-rabak

kita timang mungkar…melepaskan makruf
hanyut keraguaan…melibas kesetiaan
menjalar kepura-puraan
harapan-harapan kita benamkan
tanpa belas kasihan

hari ini kita kata kita hebat
esok lusa kita tersesat
mengunci pintu taubat
mengumpul banyak kifarat
kibir-kibir dihati kesumat

maka
dimalam yang hening…subuh yang dingin
mari renung dan tafakur
tunduk dan akur…melihat kedalam diri
usah mengejar api..menyala-nyala terbakar diri
kejarlah pelangi penuhkan dihati warna -warni
atau merenung bunga harum mewangi
hening dingin didalam hati

subuh yang dingin…malam yang hening
selawat salam..syahadah di iring
seusai wuduk…
tunduk dan sujud tahajud
dalam maujud mawaddah…maslahat kepada ALLAH

begitulah apa disuruh
begitulah kita mematuh
mencari nur terang menyuluh
membuang jauh takbur dan angkuh
menggapai tahsyid bersungguh-sungguh

rehlah ibtighai mardhotillah

@Ruang_Aksara
"Nek..macam mana nenek boleh 'masuk' dengan semua orang?Jarang nampak nenek marah-marah.Best je tengok.Share la tips nek.Eh nek?Boleh?"

Tipu le kalau ada manusia kat dunia ni yang tak pernah marah.Marah ni sebahagian daripada fitrah kita.Semua orang boleh ada perasaan marah,tapi..Allah kata perlu dikawal supaya tak 'menelan' kita dikemudian hari.

Nenek ni jenis orang yang tak suka marah.Jadinye..sebelum nenek terrmarah..nenek akan usaha untuk cegah perasaan marah itu singgah di benak nenek.

"Cegah better dari merawat.."

Kita semua aware sangat penangan atau implikasi marah yang tak terkawal.Bila marah mendominasi,kita akan lupa dan tidak terarah.Rational akal kita dicuri.Syaitan pula suka sangat jadi batu api.Ditiup-tiup perasaan amarah kita hingga hampir terbakar sisa iman yang ada.

Dah..masa tula..kita lupa siapa kita,dengan siapa kita bercakap,lisan kita yang tak terjaga adabnya..habis segala vocab yang pelik- pelik keluar dari mulut kita.Nada suara meninggi,menggarau,nyaring,terjerit,terlolong,termeroyan tak semena.Allahu akhbar.Masa itulah syaitan tergelak terkekeh melihat kita yang 'kesian'.

Ya.Ada komentar mengatakan..seronok lepas marah orang.Rasa lega katanya.Baru puas hati aku katanya.Hamek kailu,kau ingat aku lembik seperti yang kau sangka..katanya.
Dirinya merasakan kemenangan berpihak kepadanya.Sedang dia sebenarnya terlupa..kesan selepas itu.

Pernah dengar quote "luka memang boleh sembuh,tapi parut selalunya akan kekal lama".Mungkin setelah kita minta maaf, akan ada orang yang terbuka memaafkan kita.Tapi..nak kembali seperti sediakala,seperti tidak ada apa yang berlaku sangatlah payah.Payah beb..

Oleh itu,nenek nak pesan..ambillah pendekatan.Fikirkanlah bagaimana cara dan strategi nak mengelakkan diri daripada marah yang tak terkawal.

Faham..kita ni manusia biasa.Tak lepas daripada melakukan kesalahan.Yaa..tapi itulah.Pandai-pandai sendirilah macam mana nak cari ketenangan.

Kalau nenek,nenek tak suka hidup bermasam muka.Bermusuh-musuhan.Allah..terasa tidak tenang yang amat.Macam mana nak teruskan pekerjaan hari demi hari?
Kan?

Nenek pernah terbacalah cara nak bebaskan diri daripada amarah yang melampau ni.Nenek pun dah buat eksperimen..dan alhamdulillah memang berhasil.Anak-anak cucu boleh try test tengok.

Mula-mula kalau kita marah sangat-sangat..orang yang kat depan kita tu pun marah sangat-sangat.Eloklah kita diam.Api kalau dibalas dengan api jawabnya rentung.So..diam.Syyy!Diam je.Kalau orang tu nak ajak perang mulut atau gaduh ke apa,dipersilakan bawa diri ke zon selamat.Nak lagi cool sambil berlalu dari tempat tu,istighfar kuat-kuat...

"Astaghfirullahaladzim.. Astaghfirullahaladzim.."

"Ampunkan aku ya rabb..ampunkan aku ya rabb..."

Dulu-dulu nenek pernah la juga ada pengalaman marah tak terkawal ni.Nak dijadikan cerita,kawan-kawan memang membantu meleraikan kekusutan.

Nenek setuju sangat kalau 'ubah posisi' bila dirasuk marah.Kalau sedang duduk..bangkit.Kalau dah berdiri,pergilah cari angin ketenangan..jalan-jalan sambil memandang alam.Pergi ambil wudhu' ke.. ia juga satu cara yang diajarkan nabi kita.Air sifatnya sejuk dan mendamaikan.Kita nak padamkan api amarah iblis ni,ambillah wudhu'.Ce buat nanti.

"Berikan masa dan ruang untuk diri kita"
Maknanya,berikan ruang dan peluang untuk diri kita bersendirian.Bila kita sendiri,kita akan lebih senang nak ingat Allah.Kita mulai nak timbang-tara baik buruk dan berfikir.Itulah ruang untuk muhasabah.Orang yang mampu muhasabah diri,adalah orang yang bijak mengendalikan emosinya.

Dan banyak lagilah cara nak ubat hati kita ni..kalau kita nak,pasti Allah bantu.

Kita kena selalu sedarkan diri,hakikat..bila kita terlanjur mengucap kata;tak jaga bahasa dan nada bicara;tiada hormat apatah lagi rasa ihsan dan cinta;tiada teraplikasinya adab yang diajarkan Rasulullah s.a.w kepada kita..kita akan terbuang ke lembah yang hina.Hidup kita jadi hilang arah.

Jadiya,memang perlu sangat-sangat kita belajar kemahiran menguruskan emosi dan mengawal perasaan marah ini agar tidak memberi kesan buruk dan mudarat kepada kita di kemudian hari.
Diam adalah bahasa terindah bila kita sedang marah.Kita diam bukan bermakna kita salah.Bukan juga bermakna kita kalah.
Diam selalu menyelamatkan kita daripada rasa berdosa dan bersalah di kemudian-kemudian hari.

Insyaallah.. "

@Ruang_Aksara
Hidup adalah tentang pilihan.
Allah Maha Berkuasa.
Tapi Allah beri kita kuasa untuk memilih pada yang diizinkan-Nya untuk kita pilih.

Contohnya, pilih nak kerjakan
kebaikan atau kejahatan.
Pilih nak dengar yang baik-baik
atau yang negatif.
Pilih nak ambil teguran dan
kritikan orang sebagai pencetus semangat baru atau meranapkan
impian yang ada.
Pilih untuk terus bersedih-sedih atau bangkit kembali dan buru bahagia yang diimpi.

Diri kita adalah tanggungjawab
kita sendiri.
Kita tak boleh nak minta orang lain jadi diri kita dan membuat keputusan bagi pihak kita selamanya.
Harus ada pegangan.
Pendirian.
Prinsip diri!

Hiduplah dengan memilih
yang tepat.
Mohon bantuan Ilahi


@Ruang_Aksara
Kau muda lagi, mana tahu apa-apa."

Saya selalu terpana tatkala mendengar ayat yang sama diulang-ulang oleh orang yang lebih berusia. Malah acapkali juga saya diterjah "Alah, dia ni muda lagi apa pun tak tau."

Sesekali, saya tersenyum cuma. Meski terkadang tergores jua rasa di jiwa. Meski tertanya-tanya pada tahap umur berapakah suara kita layak didengari, saya sekadar tersenyum. Mujurlah emak tidak pernah mengajar sifir begitu. Meraikan suara semua manusia tidak kira umur sudah seakan menjadi ajaran yang diterapkan ke dalam jiwa. Adab tatkala bersuara ditekankan jua. Saya juga pernah ditegur oleh adik saudara yang tatkala itu berusia 5 tahun cuma --

"Kak , beg tu siapa punya?"

"Kak tak tahulah."

"Kak tak tahu? Tu Allah punyalah! Semua benda dalam dunia ni Allah punya." Sambungnya sambil menyanyi lagu mana milik kita. 

Saya tersengih tergaru-garu kepala, kalaulah saya tidak meraikan suaranya pastilah anak kecil itu sudah dilabel kurang ajar dan tidak menghormati orang tua meski kata-katanya terselit kebenaran. Sorotan kisah-kisah ini membuatkan saya teringat pada satu kisah manis Umar ibn Abd Aziz yang dicatatkan oleh Dr Aidh Al-Qarni dalam buku yang telah diterjemah -- Terampil berdialog ; Etika dan strateginya.

Suatu hari Umar mengumpulkan rakyatnya untuk didengar perbicaraan mereka. Lalu berdirilah seorang pemuda yang ingin bersuara. Umar segera berkata, "Duduklah wahai pemuda! Di sini masih ramai lagi orang yang lebih berumur dari mu."

Pemuda itu segera membalas, "Wahai Umar, andailah umur yang menjadi ukuran maka di sini lebih ramai orang yang layak menjadi khalifah selainmu."

Umar segera tersenyum. Umar tidak marah dan melatah. Kata pemuda itu ada benarnya. Tatkala itu usia Umar adalah 40 tahun cuma, sedangkan hadirin yang lain berusia 60 tahun, 90 tahun malah ada yang ratusan tahun. Namun, kerana kredibiliti, Umar lah yang lebih layak menjadi pemimpin.

Dari Umar kita belajar -- sesekali ego perlu diletakkan jauh di sudut sana. Kerana keegoan itu mampu menutup hati di dalam dada.

Dari Umar kita belajar -- Jangan sombong. Belajarlah tidak kira dengan siapa, meski anak kecil di tadika siaran, atau pengemis di pinggir jalan. 

Dari Umar kita belajar -- Memiliki hati yang tunduk pada Sang Rabbi, kerna ketakutannya tersasar dari landasan membuatkan hati selalu tunduk pada kebenaran.

Dan kita ; mahu memilih belajar daripada Umar atau terus membiarkan keegoaan merajai jiwa, benar-benar adalah sebuah pilihan -- Ya. sebuah pilihan yang akan dipersembahkan di hadapan Tuhan. 

Pilihlah sebaiknya. Saya memilih bersama yang ahli. Anda bagaimana? 

Salam sayang :) 


@Ruang_Aksara
2024/10/01 07:35:10
Back to Top
HTML Embed Code: