Telegram Web Link
berlalu untuk sekali dua. Adapun, dia kembali mendatangi Rasulullah menyuarakan permintaan yang sama. Dan, akhirnya Rasulullah pun mendoakan Tsa'labah. Doa nabi tak tertolak. Maka, diberikanlah kambing kepada Tsa'labah. Hingga berkembang-biak kambing tersebut menjadi banyak dan terlalu banyak.

Tsa'labah yang dulunya tidak pernah meninggalkan solat berjemaah makin susah pula untuk meluangkan masa beribadah kepada Allah. Dirinya makin sibuk dan sibuk. Sibuk menguruskan 'kekayaan'.

Begitulah serba sedikit kisah sirah yang sangat memberikan iktibar untuk kita ambil dan renung.

Kudrat setiap insan berbeza.
Tak sama. Setiap apa yang diberi oleh-Nya adalah ujian.
Kemiskinan atau kekayaan.
Kesihatan atau penyakit.

Apa-apa pun.

Syukurilah apa yang sudah kita ada. Uruskan 'ujian' yang diberikan sebaik-baiknya.

@Ruang_Aksara
Ramai memilih jalan yang
salah, bukan kerana tak
tahu. Mereka tahu.

Tapi, melihatkan jalan
tersebut mudah,
macam seronok saja dan
ramainya orang pilih -
membuatkan hati mereka
terpujuk.

'Tak apalah salah pun
salahlah!
Janji membahagiakan.
Bukan aku seorang
yang sesat.
Bukan aku seorang
tersalah. Orang lain pun
sama!'

Dia tahu kebenaran.
Tapi dia menutupi hatinya
menerima kebenaran kerana
mata dan telinga, minda dan
jiwa sudah terikat dengan
kebahagiaan sementara.

Allahu.

Diri,
walaupun jalan kebenaran
alangkah menyakitkan,
walaupun jalan kebenaran
sunyi daripada nikmat -
hiduplah berpendirian.
Melangkahlah walau sendirian.
Lebih baik hilang kawan,
daripada hilang nikmat hidup sebagai manusia beriman.

@Ruang_Aksara
LIDAH BIAR DILATIH
BUAT PAHALA


Pernah tak, rasa segan
nak mulakan sesuatu
dengan 'bismillahirrahmanirrahim',
atau sebut 'alhamdulillah',
'Allahu...' atau 'Allahu akbar'?

Saya pernah. Entahlah apa
yang bermain di kepala masa
tu. Saya bukan sekadar rasa
segan tapi rasa tak layaknya
nak sebut perkataan-perkataan
tersebut.

Tak dinafikan, takut dianggap
baik sangat, berlagak alim dan
sewaktu dengannya. (Lihat,
bagaimana 'dakwah' syaitan
berjaya menghasut akal
jahil ni.)

Akal kita ni, kalau tidak
diberi makan ilmu, memang
tak akan ada apa. Memang
akan tenggelam.

Sebab tu, zaman ini adalah
zaman yang boleh cedera
gegendang telinga, boleh sakit
jiwa kita yang mendengar ini -
bila manusia tak kira usia
lebih suka mengeluarkan kata-
kata kesat berbanding kalam
berpahala tersebut.

"Ba** lah kau..."

Tergelak-gelak. Bergurau.

"Bod**, syial kau."

Ketawa sakan.

Perkataan yang sama diguna
pakai untuk menzahirkan
kemarahan.

"Ba** punya orang!
Memang ba**."

Allahu...membabi buta saja
membabikan semua orang.

Saya sebenarnya paling tak
suka disebut perkataan-
perkataan ini. Kot nakal sangat
pun, mengapa mencarut?

Ya, orang tak faham.
Orang sedang tak tahu.
Orang sedang tak mengerti.
Sebab tu, terbuat.
Tercakap.
Tersebut.

Kawan,
mari kita ubah.
Tahu, bukan senang untuk
mengubah sesuatu yang terbiasa.
Saya sendiri ada kenalan yang
sangatlah baik, namun sukar
mengawal tingkah lidahnya yang
asyik tersasul menyebut perkataan
kesat dan tak elok.

Ada juga yang jadikannya
kosa kata ketika melatah.
Asbabnya kerana telah terbiasa.
Bertahun-tahun, itulah yang
sering disebutkan orang ke atasnya
hingga dia turut terjebak dalam
perbuatan yang sama.

Marilah kita mengubahnya, kawan.
Jangan disegankan menyebut
kalam-kalam pujian tentang Allah.
Jangan nak malu sebut nama
Allah. Kebaikan Allah kepada kita,
haruslah disebut-sebut.

Memang tugas kita hamba,
harus perbanyak zikir ke
hadrat-Nya.

Saya teringat pesan guru penulisan
saya, Bonda

"Janganlah berat sangat nak selit
'alhamdulillah' atau 'subhan-Allah'
dalam tulisan kita. Kita nak kita
yang menulis ni, dapat pahala.
Yang membaca dapat tempias
sama."

Bercakap atau menyebut juga
adalah amalan. Jadikan ia
ibadah yang berkualiti dan
membawa nilai yang Allah
redha.

Tak biasa, maka usaha amal.
Lama-lama, insya-Allah terbiasa.
Nak malu, nak segan -
silakan letak pada tempatnya.

Saya teringat sesuatu.
Tak pasti ianya hadis atau
kata-kata ulama.
Ia berbunyi -

'Orang yang beruntung,
adalah orang yang menemukan
paling banyak istighfar dalam
buku amalannya.'

Masya-Allah.

Peringatan untuk kita
bersama.

Moga bermanfaat.

@Ruang_Aksara
Walaupun kesilapan kecil. Apabila ditegur, kita akan tersentap juga. Usah menuding jari. KIta akur dan akui itu memang kesilapan kita. Beritahu kepada diri, agar berwaspada sentiasa.

Ambil positif setiap teguran yang diberikan. Berterima kasih kerana mengingatkan kita agar tidak berulang lagi. Begitulah lumrah kita menjalani kehidupan seharian di muka bumi ini.

Salah satu kaedah yang boleh kita amalkan pada saat emosi kita kurang stabil atau marah ialah
KAEDAH PAUSE.

Kaedah ini bagi membendung rasa amarah meluap-luap di dalam diri. Kita akan mendekatkan diri dengan tindakan yang lebih rasional.

Bagaimana?

Mudah sahaja. Kita lakukan dua perkara berikut:

[1] Diam
[2] Berfikir sejenak

Langkah pertama kita diam sahaja. Kuasa diam ini cukup hebat kerana ia mampu menerbitkan kesabaran dan kemudiannya akan membuatkan kita berfikir sejenak.

Dalam langkah kedua, kita akan bertanya kepada diri, sebagai contoh:

[1] Kenapa aku perlu rasa marah?
[2] Allah mahu didik aku sekarang. Kenapa aku perlu rasa kecewa?
[3] Kalau aku kecewa atau marah, apa yang aku dapat?

Kaedah ini mampu membuatkan kita berfikir lebih rasional dan sedar dengan keadaan sekeliling. Kebiasaannya apabila seseorang marah atau emosi terganggu, ia mampu bertindak tanpa kawalan. Nauzubillah.

Akhir sekali, kaedah
PAUSE ini bolehlah dikongsikan dengan sesiapa sahaja yang anda kenal. Semoga ia memberikan sedikit kelegaan kepada seseorang yang sukar mengawal kemarahan di dalam diri. Insya-Allah, ia mujarab tanpa was-was.

Semoga bermanfaat.
Sekian.

@Ruang_Aksara
Bila diuji dengan masa
lapang, ketenangan hati,
rasa tak terbebankan fikiran
dengan masalah, pasti
tetap menyelinap di fikiran -
'risau pula bersenang-
senang sangat ni.'

Sebab selalunya pasti akan
ada isunya selepas itu. Allah
akan uji pula dengan keserabutan
dan isu-isu yang memerlukan
komitmen fikir dan tindakan
wajar.

Tapi memang begitu pun kan?
Mana ada episod kehidupan
yang tenang sepanjang masa.
Tak terusik dengan ketentuan
yang kita tak jangka. Allah beri
yang kita hajatkan saja.

Tentu, ada masa-masanya
roda kehidupan berputar
meletakkan kita di bawah pula.
Rasakan sedikit gusar,
sedikit sakit, sedikit tekanan
dan sedikit beban di hati dan
kepala.

Kawan,
apa pun yang sedang kita
alami saat ini. Ajarkan hati
faham-faham sendiri.
Tiada yang kekal di dunia
ini. Sakit mana pun kita
hari ini, Allah janjikan ada
kesembuhan untuk kita.
'Sembuh' bagaimana, itu
ketentuannya.

Tak disembuhkan jasad,
mungkin disembuhkan jiwa
kita daripada segala penyakit.
Hingga yang tersisa di jiwa
hanyalah sangka-sangka baik.
Hingga yang tertinggal di
diri kita, hanya akhlak yang baik.
Hingga yang menjadikan kita
terpandang mulia adalah
ikhlas dan redha atas segala
qada' qadar-Nya.
Hingga tiada apa yang
selayaknya untuk kita,
melainkan redha dan
syurga-Nya.

Milikilah sekeping hati
yang pernah layu tapi
mekar kembali asbab
keyakinan yang jitu
terhadap-Nya.

@Ruang_Aksara
“Orang yang sayang awak, takkan campakkan awak dalam neraka.”

Benda ni mak aku pesan dari aku kecik ingus meleleh lagi. Mak aku memang strict sikit bab-bab pergaulan ni sampai aku takde kawan rapat lelaki. Aku pulak jadi strict kat adik-adik perempuan yang aku jumpa. Aku manade adik pompuan, semua adik dalam dunia ni adik aku lah hahaha tammak.

Cite strictnya mak aku ni — Pernah ada event kelas, aku ambik gambar dengan kawan-kawan. Mak aku nampak ada gambar berdua dengan lelaki kawan kelas, mak aku panggil aku;

“Sya, jangan ambik gambar berdua dengan lelaki. Nanti bila awak kahwin, suami awak jumpa gambar isteri dia berdua dengan lelaki lain, kecik hati dia.”

Benda ni nampak remeh. Tapi bila dah besar aku nampak relevannya apa yang mak cakap. Kita nak jadi gila-gila macam mana pun — kita kena hormat diri kita.

Aku dah saksikan banyak kes anak luar nikah yang bermula dengan boyfriend girlfriend pegang tangan — lepastu melarat.

Berhenti. Hormat pada diri. Kalau pun kau tak tau macam mana nak hormat pada diri ; hormatlah pada mak ayah yang penat besarkan kau selama ini. Jangan sampai entah lelaki mana datang terus kau lupa segala budi.

Selagi dia tak bergelar suami, never give your everything. Ever. Benda sweet-sweet, best best kau simpanlah untuk suami. Barulah special.😉

Ingat, kalau dia sayang kau, dia takkan campak kau masuk neraka. Kalau kau tak hormat diri kau — siapa lagi?

Salam cinta :)


@Ruang_Aksara
Sejak dua tiga menjak ni,feel sangat dengan doa.

Mungkin sebab dalam hidup kita ni,
banyak sangat decision yang nak kena buat.
banyak sangat persoalan dan ketidaktahuan.

Betapa rasa nak menangis masa baca doa seperti diajarkan oleh sang nabi. Betapa cantik nabi ajar kita menghiba kepada Nya.

Doa-doa bertaburan di langit.
Lutut bersimpuh dalam sujud. Kepala tak lagi meninggi dan turun hingga sehasta kaki.

Betapa Allah suka sangat
Bila kita buat seolah olah
kita sangat perlukan Dia satu satunya.

Luahkan seluruh perasaan.
Titiskan setiap airmata.
Hamburkan segala kegusaran.
Keluarkan setiap satu isi hati.

Rasakan pelukan mesra sebuah doa.
Rasakan kehangatannya.

Shout, Allah hears.
Whisper, Allah hears.

"Ya Allah, help me, ease me, strengthen me, ya Allaah…"

Macam seolah olah kita berlepas diri dari semua ketidaktahuan tu dan macam cakap kat Allah,

"Ya Allah Engkau takdirkan lah apa sahaja, asalkan baik bagimu."

Minta lah,
minta apa sahaja.

Jika benar kita sudah sehabis daya berusaha,
Jika benar kita sudah sekuat hati berdoa,
Jika benar kita sudah selapang dada bertawakal,

Yakinlah Allah akan berikan yang terbaik.

Walaupun dalam pandangan kita bukan itu yang terbaik dan bukan itu yang kita mahukan.

Sebab dalam hidup kita ini,
Ada sebab yang masih Allah simpankan.
Atau ada hikmah yang masih belum kita jumpa.

"Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Kami pasti akan beri balasan kepada orang yang SABAR dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." [16:96]

Sabar.😊

Allah takkan biarkan hamba Nya berduka selamanya.

You can hide and no one in this world can know that pain you are going through, but you can never hide from Him, He sees and hears and knows everything…

Tanpa kita sedar Allah pegang semua permintaan kita itu kemas-kemas.
Doa doa yang kita lantunkan kepada Nya,

Allah tak tunaikan semuanya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.

Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.

Saat kita rasa letih dan tak mampu sangat sangat..

Bersyukurlah dengan apa yang ada, masih ada atau apa yang kita sedang ada. Kita mungkin tak mampu memiliki semuanya, tapi kita masih menikmati terlalu banyak rezeki-Nya yang lain.

Maka, yakinlah dengan ketentuan Allah.

“La tahzan innallaha ma’ana.”

“Don’t be sad. Allah is with us.”

Never ever lose hope with Allah's mercy.
Don’t give up hope in Allah. He is there to ask upon, to help, to guide us.

And we just have to raise our hands and ask from Him.He has always been there for us.

MasyaAllah, thank you Allah.


@Ruang_Aksara
Kadang, kita ragu-ragu
nak berbuat baik kerana
segan dan takut keikhlasan
dipersoalkan.

Takut, kata-kata kita
diremehkan - kerana
kita tak adalah baik
mana. Kita pun bukannya
siapa-siapa.

Lagi-lagi di zaman ini.
Yang semuanya perlu
ada 'lesen' tertentu
untuk menyatakan
sesuatu.
Walau buah fikiran
sendiri.

Tapi, diri...
jangan jadikan itu
penghalang tekadmu.
Satu harus disemat
selalu dalam hati -
mendekati kebaikan itu
suatu perjuangan.
Dan dalam perjuangan,
manakan sunyi daripada
cabaran dan dugaan.

Tak apa untuk sesekali
merajuk dengan persepsi
manusia.
Asalkan rajuk kau akhirnya
terpujuk kerana yakin
tingkah diri masih seiring
restu-Nya.

Tapi, kalau kau sendiri
telah hilang dalam diri
sendiri; telah tak yakin
Dia itu di sisi...
maka itu jauh lebih
parah.

Diri,
moga kau tidak dilemahkan.
Moga fokus kau tetap dan
selalu redhanya Dia.

Insya-Allah.

@Ruang_Aksara
"Awak. Saya ada masalah
kat tempat kerja saya.
Saya selalu nak cuba buat
yang terbaik. Tapi bos tak
nampak apa saya buat.
Yang kaki kipaslah selalu
menang. Saya tak pandai
mengampu orang. Sedihlah."

Luah seseorang
.

Kawan,
kadang-kadang usaha
kita orang tak nampak.
Ada macam tak ada
saja.
Punyalah kita berhabisan,
tapi still orang pandang
sepi.

Tapi tahu tak hikmah
di sebaliknya apa?

Tuhan sedang mentarbiah
kita untuk selalu betulkan
niat. Buat sesuatu sebab
apa?

Tuhan sedang mengajar
kita untuk punya 'nilai'
dalam diri yang tak
semua orang ada.

Tuhan, sedang matangkan
kita dengan cara menduga
kita sehabisnya -
agar kita tampak lebih
berkualiti fikiran atau
persepsi terhadap sesuatu.


Begitulah.
Jadikan itu motivasi untuk
terus ke hadapan.
Kita tak nak kita buat
sesuatu sebab nak bagi
orang lihat apa kita
cuba buat.

Percayalah, Allah tu selalu
meneliti apa jua yang kau
usahakan.

Okay?

Tak mudah nak pujuk
rasa hati kan.
Tapi nak buat macam
mana, usaha tetap kena
usaha. Bertabahlah 💪


@Ruang_Aksara
Baru berkesempatan lihat rancangan Analisis.

Saya jarang nak kupas isu semasa atau sebagainya, tapi entah kenapa rasa tertarik nak tulis.

Saya kira kita perlu berterimakasih kepada kedua doktor tersebut.

Atas keberanian Dr Huda tampil sebagai wakil prochoice,
Dan atas kewibawaan Dr Musa dengan fakta yang sungguh padat. Sungguh lah saya kagum dengan ilmuwan islam begini.

Masya Allah, what a nice talk :)

Saya ingat lagi pada tahun 2013, ada seorang Dr pernah kata, if I'm not mistaken,

Ada diphteria outbreak di kuala muda. 7 in a family. Warded. 5 in hsah stable. 2 intubated and send to hsb. 1 child passed away.

At that time.

Wabak adalah masa untuk kita sebagai manusia bermuhasabah

Ada orang pernah cakap,

"Kalau kita dah masuk dalam kepala singa sekalipun tapi belum saat dan ketikanya untuk kita mati, kita tidak akan mati".

Angguk setuju. Betul.

Tapi kalau manusia tahu dia akan mati, mesti tiada orang yang nak cipta vaksin, mesti tiada orang yang nak kaji pasal semua ini.

Imunisasi bertujuan untuk mencegah jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan.

Kematian kanak-kanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga 2000, antaranya hasil dari peningkatan skop perkhidmatan kesihatan termasuk imunisasi.

Imunisasi juga telah berjaya membasmi cacar (smallpox) dari dunia ini. Manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.

Back to the case,
Kalau dia tahu dia akan mati beramai-ramai, mesti dia cakap, jom mati beramai-ramai, tidak perlu buat apa-apa

Sebab tu lah perjalanan ilmu ni panjang.

Saya terkesan setelah saya mengetahui kerjaya ini diiktiraf oleh Allah di dalam Al Quran

“..Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya..” (AlMaidah :32)

Kerjaya yang melibatkan nyawa, bukan bahan lain, memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.

"Amalan pemakanan sunnah/ use natural remedies yang saya amalkan sudah cukup untuk memastikan anak saya sihat"

I could see sometimes they use this point too.

Having said this, saya tidak menolak amalan pemakanan sunnah dan natural remedies vaksin itu tidak boleh dianggap sampingan (complementary) ,

Yes, tak ada sesiapa larang makan makanan sunnah.

dengan syarat,

Ia masih perlu diambil. Sebab tujuan vaksinasi adalah lebih dari itu.

Fenomema ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik adalah amat membimbangkan.

Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya.

So,please think again okay?

May Allah ease everyone.

@Ruang_Aksara
Saya rasa, ramai kot yang berperangai takut lipas macam saya. Tak tahulah kenapa waktu malam makin aktif pula lipas nak keluar. Pulak tu, shift basuh pinggan malam ialah shift saya sebab mak dah penat kemas rumah waktu saya kerja siang hari.

Maka, semalam waktu tengah syok basuh pinggan ada seekor lipas berlari-lari. Dengan kelajuan sepantas cahaya saya mencari spray lipas. Eheh. Pinggan belum habis basuh tapi takut lipas datang dan berlari-lari di atas kaki, ah sudah. Ini kes darurat. takde pilihan, saya panjat kerusi. A ah, panjat kerusi sambil basuh pinggan. tak senonoh bukan? Jangan tiru ye adik-adik.

Tiba-tiba, mak pun masuk dapur. “Eh, dah kenapa?” Tanya mak, pelik.

“Ada lipas. Takut dia naik kaki.” 

“Biarlah lipas pun nak hidup jugak.”

“Tak nak. geli tengok muka dia.”

“Bersyukurlahh awak tak jadi lipas.” Emak membalas selamba.

“Kenapa pula?” Tanya seorang anak yang tidak puas hati.

“Kalau tak orang gelii je tengok muka awak.”

Alahai mak ni suka bagi statement sentap. Teringat saya pada kisah Abu Dzar dan Bilal bin Rabah.

Suatu ketika, Abu Dzar memberikan sebuah amanah kepada Bilal bin Rabah. Namun, Abu Dzar berasa tidak puas hati, beliau merasakan Bilal tidak menjalankan amanah dengan baik dan sentiasa beralasan.

Hingga satu tahap, Abu Dzar sudah tidak dapat menahan perasaannya dan menengking Bilal dengan kasar, “Hei anak budak hitam!” Kasar bahasa beliau tanpa disedarinya.

Rasulullah yang mendengar tengkingan itu mula merona wajahnya kemerahan dan bergegas mencelah, “Engkau!” Kata Baginda Rasul sambil menunjuk ke arah Abu Dzar. “Sungguh! dalam dirimu masih terdapat jahiliyyah!” Sambung baginda lagi.

Abu Dzar tersentap dan menyedari akan keterlanjurannya, lantas dia merebahkan kepalanya benar-benar di hadapan bilal sambil berkata “Pijaklah kepalaku wahai Bilal, Aku mohon, pijaklah.” Dilumurkan pasir ke wajahnya dan menanti kaki Bilal singgah di kepalanya.

Bilal menggeleng-gelengkan kepalanya. Abu Dzar merayu lagi, “Wahai Bilal saudaraku, Aku mohon pijaklah kepalaku, aku berharap dengan perlakuanmu itu nanti, Allah akan mengampunkan dosaku dan menghapuskan sifat jahiliyyah dalam diriku.”

Abu Dzar berasa begitu menyesal. Dia sedih dengan dirinya sendiri lantaran tidak dapat mengawal nafsu amarahnya. Namun Bilal masih menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkaca-kaca mata Bilal berkata “Aku memaafkan Abu Dzar ya Rasulullah, biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku nanti.”

Terasa ngilu hati Abu Dzar mendengar perkataan Bilal, baginya lebih baik hukuman diterima di dunia yang sementara, daripada memberat di akhirat yang kekal selamanya. Alangkah tidak selesanya hati menanggung kehidupan dengan rasa bersalah yang tak terlupakan.

Dan Bilal bin Rabah, menunjukkan sebuah akhlak yang indah. Biar pun terluka jiwanya namun tetap juga kata maaf dituturkan. Sebesar mana pun sebuah luka di hati orang yang beriman hingga mampu mengubah cinta menjadi benci, akhirnya tetap sahaja iman itu memadamkan rasa benci, seperti air yang memadamkan api. Ia menimbulkan damai, membuahkan bahagia.

Maka pertamanya, berhati-hatilah dalam berkata. Jangan menghina manusia, kalau lipas tak apa. eh salah. kita tak tahu bebanan apakah yang sedang ditanggung oleh semua. Kita tak tahu betapa tergurisnya hati manusia dengan perkataan kita. Kalau tak mampu berkata yang baik maka diam lebih baik.

Keduanya, belajarlah memaafkan dan melupakan. Ia bukan untuk kebaikan orang lain, ia untuk kebaikan kita sendiri, agar hati bisa damai, bisa tenteram dalam menjalani sebuah kehidupan. Kehidupan ini terlalu pendek untuk kita saling membenci. Hei, mengapa susah memaafkan insan sedang kita sentiasa mengimpikan kemaafan Tuhan?

Wallahu’alam. :)


@Ruang_Aksara
Hidup ini --

Jika kau ingin menunggu, jadilah seorang yang "aku akan tetap menunggu", pada seorang yang "aku pasti akan datang"

Sebab -- 

Bila kau menunggu tanpa kepastian, samalah seperti kau tunggu bas, di lapangan terbang. 

Akhirnya, kau buang masa, dan sendiri kecewa. 

Bergeraklah. Tahu arah tuju. Menunggu dengan pasti. Dan ketika kau menunggu, jadikanlah ia masa perbaiki diri. Sekurang-kurangnya, kalau pun orang yang berjanji akan datang tak muncul jua, kau telah berubah menjadi yang lebih baik --

Di sisi Allah Yang Maha Baik. 

~ i know, to be patient is not an easy job to do. You might feel so hurt until you dont realize that you are crying. You might feel so much pain that your chest gonna break, and your legs might feel weak until you kneel down. But hey, looking back to it, you are in a perfect position -- to pray. 

:)

@Ruang_Aksara
"Bagaimana harus bersabar
dengan manusia yang
selalu memilih untuk
bertelingkah? Kerjanya
asyik mencabar kesabaran
kita. Orang kita kata -
'muka minta penampar'
atau 'mulut minta dicili'.
Macam mana ya nak uruskan
sejenis 'toxic people'
begini?"

-soal seseorang


Jawapan ringkas aku -

'TAK PERLU DILAYAN.'

Jawapan panjang, aku -

'Taaaaaaaakkkkkkk
perluuuuuuuuuuuu
layannnnnnnnnnnn!'

Jawapan
'tegas' aku -

'Buat apa yang kita
rasa 'bermanfaat' untuk
dilayan saja.

Bukan apa.
Kalau memang dia toksik,
kalau 'dilayan' dengan cara
yang salah, maka dengan kau-
kau sekali diracuninya.
Kau akan jadi toksik sekali!'

Jawapan
'diplomasi' aku -

'Aku ajarkan diri aku
untuk tidak terlalu mengambil
hati terhadap sesuatu yang
aku jelas, dirinya sendiri juga
teruji.

Aku tak marah orang
salahfahamkan aku. Kerana
aku tahu, bukan mudah nak
baca tingkah dan fikir setiap
orang. Lain yang dibuatnya,
lain yang difikirnya kita.

Susah.

Jadi, tak apa untuk
disalahsangkakan sesekali.
Kalau aku rasa perlu untuk
diberikan dia penjelasan,
aku teruskan. Jika tidak,
maka tak perlu buang masa.
Senyumkan saja. Doa - kerana
itu sebaik-baik cara lagikan
mudah. Biar Tuhan tolong kita
dengan cara-Nya.

Berdoa - bagi yang percaya
kuasa doa; bagi yang percaya
Tuhan tu Maha Mendengar.
Aku doa, sebab aku percaya.

Jangan anggap semua orang
toksik terhadap kita, bila
memilih untuk tidak senangi
atau tak sukai cara kita.
Dia mungkin ada sebabnya
yang tersendiri.

Kita pun sama. Tak semua
orang, kita naturally suka begitu
saja. Tentu ada juga yang kita
memilih 'sekadarnya' saja, kerana
kita tahu keserasian sudut
pandang dan pendirian itu tiada.
Tidak suka tidak bermakna
membencinya.
Begitu.

Mengapa kita nak rumitkan
'sesuatu', yang kita boleh
uruskan dengan cara paling
mudah dan baik?

Tenang saja.
Tak perlu rasa orang toksik
sangat. Biarlah mereka
nak toksik ke apa. Jangan kita
jadi toksik. Tetaplah pilih sayang
semua orang walaupun susah.
Sebab apa?

Sebab Allah sayang kita
semua. Nabi pun sayang kita.
Tiada dalam list orang masuk
syurga tu suka benci-benci
orang apalagi pendendam.

Sekian.

@Ruang_Aksara
Dalam perjalanan ke tempat
kerja hari ini, seawal tujuh pagi
sudah kedengaran suara Dj Pian
di corong radio Ikim fm
membacakan berita berkaitan
isu semasa.

Allahu akbar...

Tersentap hati mendengar
kisah adik berusia 12 tahun
didera teruk oleh ibu kandung
dan ayah tirinya. Apalah
dosanya hingga tergamaknya
mereka memperlakukannya
begitu.

'Ya Allah, manusia jenis
apa kejam sangat begitu?'

Saya beristighfar. Mengomel
sendirian menzahir rasa kesal,
marah dan sebak di dada.

Usai solat zohor tadi, saya
terbaca pula artikel berkaitan
kes penderaan juga. Dan kali
ini, ia melibatkan bayi yang
baru berusia 47 hari namun
sudah menjadi mangsa dera
hingga mengakibatkan
kematian.

'Keputusan awal bedah
siasat mendapati bayi ini
mengalami kepatahan pada
kedua-dua belah tulang rusuk,
lengan kanan dan paha kiri.'

Allah...tak sanggup mahu
habiskan pembacaan ini.

Apa ni?
Kenapa berita begini yang
menjadi hidangan kita hari
demi hari?

Mana nilai kasih-sayang
dan peri-kemanusiaan
seorang manusia?

Apalah anak sekecil itu mengerti?

Satu terlintas difikir saya.
Ibu bapanya tidak normal.
Takkan normal!
Mereka 'sakit'!

Kawan,
beristighfar panjang kita.
Sungguh, makin tenat dunia
kita hari ini.
Apa mampu kita buat?
Apa kudrat kita ada?

Saya turut bertanya diri.

😢

@Ruang_Aksara
"Allah nak tengok USAHA kita. Setakat mana kita USAHA setakat tu yang Dia akan bagi.

Dalam masa yang sama, Allah nak tengok sejauh mana level keyakinan dan berserah (tawakkal) kita dekat Dia.

Orang bukan islam Dia bagi kejayaan dekat depa sebab depa USAHA buat apa yang depa nak. Tapi kurangnya depa dan lebihnya kita adalah TAWAKKAL.

Kadang kita rasa kita dah habis usaha sehabis baik dan semampu yang kita boleh. Dan kita rasa tahap kita berdoa dan berserah dekat Dia dah cukup tinggi. Tapi kita tertanya kenapa kita masih tak dapat apa yang kita hajatkan. Tak dapat apa yang kita doakan.

Itu semua tak bermakna Allah tak kabulkan doa kita tapi mungkin itu semua belum tiba masanya. Allah juga Maha Mendengar apa yang dipinta oleh semua hambaNya. Bahkan kalau kita tak berdoa pun Dia dah tahu apa yang kita nak.

Tapi dia nak tengok kita punya USAHA dan TAWAKKAL.

Percayalah, kalau kita tak dapat balasan yang kita harapkan disini Dia dah janji akan ada balasan kebaikan yang jauh lebih besar di SANA."

"فإذا عزمت فتوكل على الله"

The beautiful advice I ever received.

Indeed, we already knew about that matter. But the feeling - of receiving something that already well-known in a sincerely advice version by other people - is really different.

Sungguh, manusia selalu tahu. Tapi dia kerap lupa. Maka peringatan dan nasihat adalah sesuatu yang dia sering dahagakan.

Terima kasih banyak 🌼

@Ruang_Aksara
"Bila nak ada baby?"

Shout out to all the women and not seeing the result they were hoping for + to the women who get double lines and wished they hadn’t + to the women who get a positive and are thrilled to bits.

Whichever road you’re on, please remember that your value as a woman is not determined by the result on the stick.

If you are a woman of a certain age, then it’s happened to you many times before.

The dreaded question:

“When are you going to have a baby?”

"Bila nak ada baby ni?"

Despite ourselves, we ignore the sensitivities that go along with that question. We don’t know if she has been trying, but is struggling, or suffered the tragic loss of a child.

If she is financially strapped, or desperately wants a child but wants to wait to find a partner first. Or if she simply never wanted to be a mother.

So why do so many of us buy into this ridiculous pressure to procreate?

We may as well ask, “When are you going to build a multi-million rand industry?” Possible? Yes. Necessary? No. Important for our own happiness? That's completely up to the individual. And then it’s all about timing.

Ada satu perkara yang saya sedar.

Well, pernah ada seorang..
Seorang sahabat saya memutar kenangan lalu. Bercerita betapa payahnya nak jumpa jodoh.

Seorang sahabat saya ini pula, sudah berkahwin hampir 3 tahun, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

Bila dengar kawan saya bercerita, saya pula yang terdiam. Berfikir panjang. Dan yang paling menyentuh hati saya,

"Jalan ini susah. Mungkin sebab ujian ini, Allah dah bagi segunung pahala.."

Ada yang ada anak autisme, asyik memukul diri sendiri. Ada yang diuji dengan anak yang mengambil najis sendiri dan makan. Macam-macam.

Ada seorang ibu ini. Anak pertama normal, anak kedua autisme. Sedang hamil anak ketiga. Dan anak sulung ini cakap dengan ibu dia, "Ibu, adik yang nombor tiga ini jangan autisme ye".

Menangis ibu ini.

Allah jua lah yang menyusun segala-galanya.

“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, ( Al-Baqarah: 155)

Kadang kita ingat kita akan dapat atau tak dapat sesuatu, tapi kita lupa atas semua tu ada Dia, yang menentukan segalanya.

Ada satu kisah yang cukup cantik yang memberi bekas di hati saya.

Kisah Nabi zakaria.
Nabi Zakaria sendiri tak ada anak. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku" (Maryam :4)

Dan akhirnya Allah berikan juga Nabi zakaria anak.
Allah jugalah yang menetapkan yang terbaik buat hambaNya.

So taking a step back, it's quite obvious how beautiful Allah planned our lives isn't it?

Ingat Allah.

Dia takkan pernah menzalimi hamba Nya. Jika kita datang berjalan ke arah Allah, sesungguhnya Dia akan datang berlari ke arah kita. Hamba Allah yang sentiasa lemah, dan memerlukan pertolongan-Nya

Allah is the most powerful. If He wants something to happen, He can do it easily. So, let's put our strong faith and trust in Allah,surely He will help us, anywhere and everywhere.

Being on the inside looking out, I have never been more convinced of this:

We should be left to do what we believe is right for us in our own time.

I applaud any woman who knows what she wants in life, sticks to her guns, and does it her way.

Have faith!😊

@Ruang_Aksara
"Selalu senyum je?
Tak ada rasa stres ke?"

-someone


"Ada. Kau nak tengok that side
of me ka? Hahaha. Sumpah hilang husnozon kau kat aku."

-saya


Begitulah, kawan.
Apa yang aku pilihkan
untuk tunjuk pada kau,
adalah apa yang aku
pilih untuk kau nampak.

Begitulah apa yang kita
lihat pada orang lain.
Itu mungkin apa yang
dipilihnya untuk tunjuk
pada kita.

Sebab tu, kita tak boleh
nak simply judge hidup
orang tak ada ujian hidup
gila getir derita bagai -
umpama jatuh ditimpa
tangga, seperti kau.
Jangan. Tak boleh.
Stop doing that.

Selalu lihat diri kita
sendiri bila melihat
orang lain. Kita pun
ada sudut kerahsiaan
dalam diri yang memang
sebolehnya tak nak
orang nampak.
Kat mana lemah, kurang
dan aibnya kita.

Mungkin adalah orang-
orang tertentu yang
kita memilih padanya
untuk berkongsi isi
jiwa.

Yang kita senanginya
hingga tak segan
menghambur segala rasa.
Yang kita tak kisah, dia
saksikan bengkak mata
kita kerana menangis.
Yang ada masa-masanya,
luntur semangat dan
pudar positif dalam diri
kita.

Kita memilih untuk
memperlihatkan itu
padanya.

Gitulah.

@Ruang_Aksara
FADILAH SOLAT
(buat pemerintah)

negara tentunya akan ditadbir
dengan tanggunjawab buat rakyat
andai pengertian tujuan solat
lima kali dalam sehari
benar mengerti dan dihayati

bacaan lafas umul kitab
antaranya menyebut…

“tunjukkan aku kejalan yang lurus”

interpretasi yang jutaan luas..
antara tujuan kepada golongan khalifah
golongan sang pemerintah
supaya lurus dalam pemerintahan
nasib rakyat ditangan kalian

tunjukkanlah negara kejalan yang lurus
telus mentadbir yang indah terurus
supaya perlakuan tidak tersalah
supaya tidak termakan rasuah
atau segala gejala musibah
terjerat dilembah kibriah

pesan nabi jujungan kita
khalifah penentu nasib ummah
memerintah mesti amanah
jika tidak buruk padahnya
hukuman berat menanti tentunya

laksanakan janji yang dijanjikan
membawa rakyat kearah kemakmuran
memimpin rakyat kehidupan kebaikkan
menjamin rakyat mengota keadilan

jika penghayatan solat itu tidak dihayati
maka pimpinan akan tercalar
tindakan kefadihatan menjalar
negara menjadi kehangatan
negara menjadi kebahangan
dosa pemerintah berkeliaran
rakyat derita berkemelutan
negara tentu keridauan
negara akan keledakan

lalu..
Allah pasti mencatatkan
bersedialah tunggu pembalasan
pembalasan terpedih yang disediakan
kepedihan yang tidak tergambarkan

@Ruang_Aksara
Dalam hidup kita ni mungkin sampai satu tahap, kita akan sampai kepada fasa kehidupan yang kita rasa berat sangat diuji dan terus diuji oleh Allah.

Qadr Allah, He does what He wishes.

Ada orang diuji dengan masalah kesihatan,
Mungkin ada orang diuji dengan masalah kewangan,
Ada yang diuji dengan kemiskinan dan kesusahan.
Ada juga yang diuji dengan masalah rumahtangga,
Ada orang diuji dengan masalah hati dan perasaan.

Pernah?

Dan sebenarnya banyak lagi cara Allah berikan kita 'hadiah'nya. Andai saja kita mengerti.

Pernah?

Air mata mengalir, dalam bersendirian.Penatnya diuji. Kadang tertanya tanya " Kenapa aku wahai Allah, kenapa aku yang diuji begini?"
Kadang-kadang bila tak dapat nak tahan sakit dan pedihnya segala ujian yang mendatang..
Air mata pun cukup sebagai bahasa untuk berbicara dengan Tuhan.

Pernah?

Ada masanya mampu bertahan, ada masanya rebah. Tidak tertahan dan air mata tumpah membasahi pipi.

Dan Allah adalah saksi segala saksi atas segalanya.

Wahai insan pilihan Allah yakni yang sedang diuji,

Alirkan lah air mata, dan rasakan hanya Allah.
Dia ada, sangat dekat dengan kita.
Dan Dia tidak pernah tidak mengira air mata yang tumpah itu.

And dear, just cry, let it out.
Cry when things go beyond our control ,cry when trials just kept on coming over and over again, cry when you feel helpless in the battle you face.

It's okay.

Sebab segala kepahitan,penat, sesak, lelah atau apa jua yang dirasa, insya Allah adalah kebahagiaan untuk kita 'di sana'

Semuanya susunan dari Dia.

Sometimes, you really need and you just need to be so. Even when you cry loud inside despairing your tiredness, you just need to stay strong.

It's hard I know,
But you're still fighting, and I'm proud of you.
You're amazing.

And when you wake up
in the middle of the night
feeling all alone with your thoughts,
go straight into sujud
for Allah arouse you out of your sleep,
so you could be with Him
and beg Him for guidance.

Trust me,
you will notice that you won’t need anyone else but Al-Wahhab,The Giver of All.

Allah knows your pain. Just hold on. He’ll heal your pain.
Just wanna say this, make sure to never forget that Allah always love us.

He sends subtle messages to remind us to take care of ourselves from little things in life.

We just gotta open our eyes wider, settle our heart at times, take a moment to think.

The world is created with thorns and storms raging in and out of our lives.

And Allah never neglect us, because He always promises the faint smell of roses and the faint beam of light from the sky.

Percaya saja segala jalan cerita dan takdir hidup kita dalam genggamanNya.
Mudah diungkapkan tapi mungkin terlalu sukar untuk dilaksana.
Namun percayalah Allah sentiasa melihat usaha usaha kita.

Dan lihatlah betapa indahnya Allah titipkan ayatnya untuk memujuk kita,

“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung." (Attaubah: 129)

Trust Him, He knows best.

InsyaAllah. :')

Cemburu aku pada insan yang hidupnya lebih susah, ujiannya lebih berat, dan sakitnya lebih derita.
Tapi sabarnya terlalu banyak. Tidak merungut malah syukurnya lebih.


@Ruang_Aksara
Kawan,
kita ini...semakin hari, semakin
meningkat usia. Jadi sepatutnya
makin matanglah cara kita
membaca sesebuah situasi
atau keadaan.
Tidak boleh untuk selalu ikutkan
rasa dan fikir kita sahaja.
Tidak bolehlah kita asyik
mahu menyalahkan takdir saja.

Memang. Ada perkara, kita boleh
mengawalnya dengan mudah,
dengan sedikit usaha, dengan
bersusah-payah. Tapi, kita perlu
menerima juga ada situasi-situasi
tertentu, kita yang kudratnya
terbatas ini, tidak punya kuasa.

Jadi, kita harus bagaimana saat
berhadapan dengan permasalahan
yang tidak mungkin terkendalikan
oleh kita? Setelah diusaha,
disusah-payahkan memikirinya.
Kita harus bagaimana?

Berlapang dada!
Berlapang dadalah untuk
menerima. Akui sudut lemahnya
diri. Mungkin di kebanyakan
masa kita telah terbiasa 'berdikari'.
Dan hasilnya, kita jadi kental
dan mandiri.

Namun...Tuhan itu mana mungkin
membiarkan kita untuk 'selesa'
begini. Kita pernah lebih lemah
berbanding suasana jiwa yang
teruji seperti sekarang dan asbab
dugaannya yang beriringkan
kasih-sayang, kita jadi siapa
kita sekarang.

Yang pernah kuat!
Yang pernah bulat tekadnya!
Justeru kerana DIA sentiasa mahu
yang lebih baik untuk kita, disua
lagi dengan ujian yang berganda
pedihnya berbanding sebelum ini.
Indah, andai kita mampu
merenungi takdir ini begini,
kawan.

Sakit membuatkan kita terbiasa
bertahan. Dan ianya menjadikan
kita sangat kuat dalam diam.
Tetaplah memilih tersenyum,
bersangka-baik dan setia
meyakini-Nya walau apa jua
kita hadapi di hari mendatang.

Kerana hidup, bukanlah apa
ujian yang kita hadapi sehari-hari.
Ia adalah tentang bagaimana
kita berurusan dengannya bila
ia mendatangi.

Semoga takdir kita lebih
indah bertemankan redha DIA.

Aameen.

@Ruang_Aksara
2024/09/30 20:22:17
Back to Top
HTML Embed Code: