Telegram Web Link
Kadang,
bukan kita tak tahu
sedih.

Kita sedih.

Tapi kita tak nak
layankan sangat.
Nanti emosi makin tak
menentu.
Air mata tak berhenti
nak jatuh.

Kadang,
kita bukanlah kuat
sangat.

Bukan.

Cuma kita tak tunjuk
sudut lemah kita
dan berpura-pura
terlihat kuat supaya
orang sangka kita
kuat, dan kita benar-benar
jadi kuat.

Kadang,
kita adalah tetap diri
kita. Yang sejauh
mana diri mengusaha
tetap tersungkur jua -
disinggahi perasaan
putus asa.

Hilang arah.
Buntu.

Tak apa diri...
kudratmu ada limitnya.
Sesekali rebah tak apa.
Jadikan ia alasan untuk
bangkit lagi kerana-Nya.
Episod itu akan datang
dan pergi.

Rasa letih itu fitrah.
Rasa lemah itu lumrah.
Namun berlama-lama melayan
rasa itu yang akan
tenggelamkan kita.

Teruslah menitip pesan
buat diri sendiri -

'Apa jua diizin terjadi
dalam hidupku, itu tanda
aku sedang disayang
dengan cara-Nya.'

Dan teruslah gagahi diri
bangkit lagi!

@Ruang_Aksara
Saya perhati saja dia dari atas sampai bawah, adik seorang tu.

Dah lama tak jumpa.

"Abang Amar..."

Excited betul dia sambil tarik tangan kanan saya.

"Kasut tu dah nak koyak.." Cakap dalam hati.

Berjalan dalam kesejukan winter.

"Kasut tu tak nak tukar ke?"

Saja pecahkan kesunyian.

Dia diam lepas tu senyum manis,

"Memang kadang-kadang kita tengok orang kita juga nak. Tapi cukup lah cakap tak apa, kena selalu pujuk dalam hati, tak apa lah, aku tak perlukan." katanya.

"Tak perlukan.."

Perlahan saya tuturkan.

Bukan saya tak tahu, dia teringin sangat.

"Ada duit tak ni?"

"Hari tu ada sikit tapi dah habis, mak saya warded lagi, sekarang ni ada juga buat kerja part time, tapi printer rosak hari tu, kena repair.."

Duit biasiswa, dia bagi mak ayah.

Saya angguk, terdiam, sebak.

Dia ajarkan saya sesuatu.

Bukan saya tak tahu keadaannya.

Dia anak yang soleh, ibunya sakit dan sangat perlukan banyak duit. Ayahnya kerja buruh, sekadar cukup makan dan belanja adik beradiknya sekolah.

Tapi dia sangat tabah, tak pernah nak susahkan orang lain.

Kerja sambil belajar.
Berulang menjaga ibunya.
Tak pernah merungut.

Sampai kami pun boleh kira dia ada 3 helai jubah yang di ulang- ulang pakainya.Jika ada yang baru pun warna yang sama saja.

Kasut mana pernah bertukar.

" Segan dengan abang amar..tak nak susahkan.."

Perlahan air matanya mengalir membasahi pipi. Sambil dia kesat air mata yang turun.

Saya diam berfikir lama.

Tiba-tiba teringat kisah Mus'ab bin Umair.

Ketika Mus'ab bin Umair memeluk Islam.

Seorang anak muda yang dulunya anak kesayangan sang ibu, dapat meminta apa saja keinginannya.Pakaian mewahnya telah berganti dengan pakaian sederhana.

Ketika saat kematiaannya, saat syuhada’ Uhud hendak dikebumikan, mayat-mayat syuhada’ Uhud ditutup dengan kain. Kain yang menutup Mus’ab bin Umair tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Jika kepalanya ditutup, maka kakinya terbuka dan begitulah sebaliknya.

Melihat keadaan ini, Rasulullah SAW menangis.

Akhirnya diarahkan untuk menutup kepala Mus’ab bin Umair dengan kain, manakala kakinya ditutup dengan daun kering.

Sebak.

Pipi dah mula panas.

Allah,
Ajarkan kami untuk menjadi hamba Mu yang selalu bersyukur.

Bersyukur dengan apa yang ada dan belum ada. Bersyukur dengan segala bentuk kurniaanMu.

Hati yang lapang dan selalu tenang.
Dengan ada mahupun yang belum ada.

Yes, sometimes we want the things that we don't have, too much and we forget the things that we already have, too fast.

Bertahanlah ,
Bertahanlah untuk sedikit masa lagi.
keinginan di dunia ini memang tak akan pernah habis.

After all, Allah knows best. Allah knows what is best for us.

"Allah knows but you do not know" (Surah Baqarah: 216).

Allah loves us for when we keep on du'a for everything we want in dunya and then we close our eyes and suddenly we whisper

'But what I want most is Your forgiveness Ya Rabbi..."

Allah loves us for when we think about so many things we want in this dunya, but suddenly our heart remind us of Allah and our eyes shed tears. Right?

Never mind.

This life is just a journey and this world has an end.

Allah always knows best.

Have faith and Salam Jumaat Barakah.

@Ruang_Aksara
SEBAK!

Entah bagaimana saya boleh
mengikuti kisah Datin Shahida
Dherbs dan anak angkatnya
Qayyum tu.

Sedih, tentu sangat sedih
bila mana anak yang diangkat
sebagai 'anak' dari lahir, disusui
dan dijagakan penuh kasih
akhirnya terpaksa dilepaskan
kembali kepada ibunya yang
sebenar.

Terbatas pengetahuan
nak tahu apa kebenaran di
sebalik konflik yang terjadi.
Bermula daripada tersebarnya
video ditunjal (dakwaan anak
tersebut didera oleh pembantu
rumah), hinggalah akhirnya
membawa kepada keputusan
hari ini.

Memang nampak sangat
Datin Shahida sayangkan Yom
tu. Tentulah sangat sukar
untuk melepaskan kesayangan
pergi. Anak kecil itu pun terlalu
kecil untuk mengerti.

Menonton video detik-detik
akhir mereka bersama yang
dirakamkan di laman sosialnya
pun cukup membuatkan
ramai hati tersentuh.

Kita yang tengok ni pun
sedih. Tentu yang mengalami
lagilah teruji kesabarannya.
Kan?

Allahu.
Begitulah rencana
Allah.

Mungkin ada -
takdir yang lebih baik untuk
semua yang terlibat di
kemudian hari.
Allah telah susun cantik
semuanya.

"Masa akan rawat hati
saya."

Tulis Datin Shahida di
laman sosialnya dengan
nada yang cukup sayu.

Kita ambil ibrah la kan.
Kita pun setiap hari
berhadapan dengan ujian
yang pelbagai.
Esok-esok entah apa pula.
We still need to expect
the unexpected.

Ya, agar kita sentiasa
bersedia entah apa
bakal kita hadapi
esok-esok hari.

InsyaAllah.


@Ruang_Aksara
Jenazah akan tiba
segalanya sudah siap sedia

diberitakan arwah ini orang berada
ada ratusan rumah sewa
bertimbun harta tak terkira
rumah arwah tersergam diatas bukit
tembok dipagari dengan kuasa elektrik
menyekat masuk penceroboh
terjamin keselamatan keluarga
terselamat sebarang angkara
terselamat harta benda
terselamat ahli keluarga

dikatakan arwah meninggal seorang diri
diruang bilik tidur yang besar sekali
sakit berpanjangan yang sukar diubati
panggil pakar doktor sana sini
banyak pun harta tak dapat disembuhi

berakhirlah nyawa setelah lama menderita
bertangislah sanak dan saudara
merataplah isteri dan anak-anak semua

upacara pengkebumian akan dilaksanakan
lubang telah siap diperkuburan
segala syariat telah dilakukan…dimandikan
solat jenazah masjid berdekatan

ramai juga tunggu diperkuburan
memberi hormat saat akhiran
tiba saat keliang lahad dihulurkan

dari ramai anak lelaki...
namun hanya seorang yang menerima sambutan
disamping bersama dua penggali kuburan
anak yang lain hanya memandang

saat baring di iringkan
timbul kehairanan
dari kedua-dua penggali kuburan
sudah disukat ukuran badan
tapi kenapa tidak kemuatan
puas sudah diperbetulkan
letih sudah ditambah kikisan
ditarah lagi tanah didinding kepalaan
mahupun didinding kakian

lalu imam membuat keputusan
susun aturlah seadanya dengan tertiban
dengan doa supaya diterima
dalam kedudukan bagaimana sekalipun
sambil dikambus sambil berdoa
memesan jua jemaah yang hadir
berdoa bersama banyakkan zikir
supaya roh dan jasad arwah dipermudahkan

arkiannya…
orang ramai teringat pada satu ketika
datang persatuan dari madrasah...tiba dipintu tangga
memohon derma buat si anak-anak yatim
arwah mengusir...tanpa menghulur walau sesen

dan orang ramai berkata lagi
dimasjid kita inipun tidak pernah arwah
bersedekah walau sehelai sejadah

Wallahualam

@Ruang_Aksara
Sebenarnya setiap hari
ada saja impian dan
angan-angan orang
di sekeliling kita ni.

Nak improved diri,
nak jadi lebih baik,
nak buang segala
sifat yang negatif.

Tapi kebanyakan
tak jadi atau tak ada
kekuatan nak lakukan
kerana terkesan dek
persepsi orang lain
terhadap dirinya.

Yes, memang salah dia lah -
dah kenapa nak dengar
atau kisah komentar buruk
orang terhadap niat dan
usahanya.

Tapi salah kita juga,
kenapa asyik nak jadi punca
penghalang seseorang
untuk majukan dirinya -
kenapa?

Bantulah orang lain
dekati kebaikan.
Kebaikan turut terpalit
dalam diri kita.
Janganlah buat sesuatu
yang susahkan orang,
susahkan diri sendiri
juga.


@Ruang_Aksara
Sayap Rapuh Mu

Sayap indah itu semakin rapuh
Tidak mampu bawa kau pergi jauh
Hanya berbangga bersama paruh
yang semakin pudar mengeruh

Tiada apa yang tertinggal
Hanya penuh memori dalam gagal
Kau hias dengan kejayaan palsu
Hanya utk memadam semangat yang lesu

Kau mendaki dengan senyuman
Tanpa kau sedar ia dalam paksaan
Pendakian yang tiada kesudahan
Kerana ia hanya dakian tanpa tujuan

Beribu kali ku katakan
Usah mengejar kesempurnaan
Cukup kau usaha menyempurnakan
Kerana hanya itu yang Tuhan inginkan

Beribu kali ku katakan
Ke syurga bukan dengan amalan
Tetapi tetapi sejauh mana amalan itu di iringi dengan keilkhlasan
Sejauh mana kau lemparkan segunung pengorbanan
Hanya untuk mendapat kasih dan redha Tuhan.

@Ruang_Aksara
EXPECTATION

Berapa ramai yang kecewa,
kerana apa yang dimahukan
daripada seseorang,
tidak seperti yang diharapkan?

Ramai.

Aku, tidak terkecuali.
Dan aku belajar daripadanya.

Cukuplah mengenali siapa
pun sekadarnya.
Jika kagum dengan ilmunya,
maka pulangkan kekaguman
itu pada pencipta ilmu tersebut.
Jika mengagumi kelebihannya,
maka lihat ada siapa di
sebalik tiap kejayaannya.
Bersederhana meletakkan
suka, puji, kagum terhadap
orang yang hanyalah 'seseorang'
seperti kamu.

Seorang manusia.

Agar nanti bila melihat
sudut dirinya yang kau
tak suka -
kau tak jadi benci.
Kau tak kecewa.
Kerana kau menganggapnya
seperti kau -
yang ada buruk, lemah,
aib, kurang -
ada lupa, leka, lalai.

Berurusan dengan manusia
ni, kita harus usaha nak
faham banyak perkara.
Kalau kita tak ada rasa
nak faham, memang dengan
mudahnya kita akan 'sakit'.

Sakit dimanipulasi keadaan,
dihanyut dengan sangka-
sangka dan yang paling
buruk sekali -
tercabutnya sifat ihsan
dalam diri.

Kita pilih benci
dan ketepikan kasih-sayang
walau kita benci membenci
dan kita faham keperluannya
mengasihani.

Pandanglah siapa pun
di sekeliling kita ni -
sama seperti kita
memandang diri sendiri.
Kita cuma manusia
biasa yang banyak sangat
kekurangan dan limitasi
kudrat dalam melakukan
sesuatu.

Ya, walau sempurna mana
pun dirinya terpandang -
itu yang terlihatkan.
Tetap saja, dia adalah
dia yang cuma seorang
biasa. Banyak kekurangan,
kelemahan dan aib diri
yang disembunyikan.

Jika terketahui satu dua,
kelemahannya.
Jangan ditinggalkan.
Jangan dibenci.
Walau teruk mana perlakuan
seseorang terhadap kita,
pilihlah untuk terus
mengasihani. Sayang.

Entahlah.
Tapi menurutku -
mengizinkan ikhlas kita
dimakan tunas-tunas
benci adalah satu musibah
yang lebih dasyat berbanding
perlakuan buruk seseorang
terhadap kita.

Kerana apa?

Kerana kita ada kefahaman.
Kerana kita sedar, sedang
dia mungkin diuji lupa dan
leka.
Kerana kita diberi peluang
untuk bersabar, dan Allah
sedang teruja melihat sejauh
mana tingginya nilai takwa
kita.

Jangan pandang orang
yang dirasakan telah baik,
berilmu - tidak diuji
keimanannya.

Kita ujian untuknya.
Dia ujian untuk kita.

Ingatan buat diri.

@Ruang_Aksara
Syukuri dengan apa
yang kita ada.
Berhenti melihat apa
yang orang lain ada,
tapi kita tak ada.

Jangan lupa apa-apa
bentuk pemberian yang
datang daripada-Nya
adalah ujian belaka.

Jangan bermimpi nak
jadi macam dia, dia
dan dia - hingga kau
lupa realitinya kau adalah
kau bukannya dia.

Hargai diri sendiri.
Syukuri dan manfaatkan
pemberian Ilahi.
Usaha biarlah 'menang'
kuantiti dan kualiti, kerana
kita sentiasa ada Dia yang
tak henti meneliti.

:)


@Ruang_Aksara
Ya -- aku tahu.

Aku tahu, setiap orang ada kisah silamnya. Ada zaman gelapnya. Ada satu rahsia yang disimpan jauh dilubuk hati. Dilipat kemas. Tidak mahu siapa pun tahu.

Aku benar-benar tahu. Kamu, aku, kita -- semua sama begitu.

Itu perkara lalu. Satu sejarah yang terlalu sukar untuk digapai semula. Satu peristiwa yang tak mungkin kita lalui lagi. Peristiwa hitam itu -- yang sebolehnya kita cuba lupuskan, jauh.

Namun janganlah kau berkata "aku ni.. Takut nak minta ampun, banyak sangat dosa, entah-entah Allah taknak terima lagi"

Jangan begitu. Tidakkah kau ingat pada Saidina Umar Al-Khatab? Tatkala zaman Jahiliyyahnya dialah penentang Islam terhebat. Dialah jua yang menanam anak perempuannya hidup-hidup.

Namun -- bila dia masuk Islam, dialah pendokong terhebat, dialah pula yang menangis saban malam memohon ampun. Dialah khalifah terhebat yang melawat rakyat dengan kedua kakinya sendiri.

Dialah yang memikul gandum di pundaknya ketika malam hening untuk diberi kepada rakyat yang kelaparan, lalu ditegur pembantunya - Aslam :

"Mengapa kau begitu bersusah payah mengangkut gandum di tengah malam begini? Bukankah kau boleh lakukannya esok?"

Umar lantas memandang kelat wajah Aslam, "wahai Aslam, siapakah yang menjamin bahawa aku akan hidup sehingga esok?" Jawabnya tegas.

Umar -- suatu ketika dahulu dialah penentang Islam terhebat, namun di akhir hayatnya dialah salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga.

Maka ketahuilah, tidak ada seorang pun yang layak diukur melalui masa silamnya, apatah lagi dikagumi kerana masa depannya. Tidak ada.

Kita semua sama -- selagi mana kita berusaha menjadi yang terbaik di sisi Yang Esa, kita tetaplah seorang hamba yang layak mendapat pengampunanNya.

Kalau lah kau tahu betapa Allah amat mencintai suara hambaNya yang meminta ampun -- hingga tatkala Firaun kelemasan di tengah lautan, Jibril menyumbat kerongkongnya agar tidak mampu Firaun bersuara meminta ampun. Kerana, jika Firaun meminta ampun pada saat itu --

Nescayalah Allah mengampunkan.

Jangan kau terpedaya dengan syaitan. Mintalah ampun dengan Tuhan.

Tapi ingat, maaf yang sebenar ada 3 komponen :

1) maaf
2) ia salahku.
3) apa yang boleh aku lakukan untuk memperbetul keadaan?

Awak jom, masuk syurga :)


@Ruang_Aksara
Saya kira, semua orang pasti akan ada satu surah yang dia suka. Surah itulah yang akan diulang-ulang baca, yang menjadi teman tatkala duka. Surah itu jualah yang memberi khabar gembira buat dirinya -- walau tak dimengerti oleh yang lainnya.

Tak ada surah kegemaran? Carilah satu. Jadikan ia teman paling akrab.

Bagi saya -- saya amat suka pada surah Al - Insyirah. Bila dibaca, seolah-olah Allah sedang bercakap penuh cinta. Apatah lagi bila saya dirundung duka. 

Bila tiba ayat yang ke 5 -- dan bersama-sama kesusahan disertai kemudahan.

Diulang lagi pada ayat ke 6 -- sekali lagi ditegaskan, bersama-sama kesusahan disertai kemudahan.

Ah, hati mana yang tidak tenteram dengan pujukan Yang Maha Mencinta? 

Dulu saya selalu anggap maksud ayat ini apabila ditimpa kesusahan akan datang pula kemudahan selepasnya -- tapi bila belajar lebih sikit, ayat ni Allah kata BERSAMA-SAMA kesusahan disertai kemudahan. 

Bersama-sama. 

Kereta rosak? Allah nak selamatkan dari accident. 

Jatuh sakit? Allah nak hapuskan dosa. 

Anak tumpahkan makanan? Allah nak selamatkan dari makanan beracun.

Banyak hikmahnya. Cuma kita ni selalu benar fokus pada satu titik hitam -- sedangkan yang putih lebih meluas.

Allah dah pujuk -- bersama-sama kesusahan ada kemudahan. Bila Allah pujuk, kau dengarlah. Kalau tak, kau nak dengar kata siapa lagi --

Sedangkan Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. :) 

Jom, cari surah favourite. Siapa dah ada? Surah apa?

Salam cinta :)


@Ruang_Aksara
Sejauh mana rasa percaya kita pada Allah yang selalu mencinta? 

Pernah suatu ketika, ketika dalam penerbangan menuju ke Johor Bahru, pramugari pun bersiap sedia menyediakan air buat para penumpang. Ada dua pilihan, oren dan epal. 

Saya yang pada ketika itu keletihan, ditambah dengan rasa perit pada tekak sebolehnya mahu menghindarkan air oren. Masam. Tapi, semakin pramugari sampai ke tempat saya, semakin pula saya lihat air epal berkurangan di dulang yang dihidang.

"Ya Allah, bagilah aku air epal, air oren masam, tekak aku sakit ya Allah.." Spontan saya berdoa. Tika itu -- entah pada siapa saya mampu berharap. Berseorangan, tiada teman.

Tiba-tiba, betul-betul saat pramugari sampai di barisan hadapan saya, penumpang di situ mengambil semua air di dulangnya. Habis. 

Datang pramugari lain dari arah belakang, menyambung tugas rakannya, air dibahagikan bermula dari barisan saya. Dan air yang diletakkan di dulangnya semua adalah air epal. 

Nangis. Betapa Allah membantu -- walau kita rasa yang ada cumalah jalan buntu.

Tanya pada diri. Sejauh mana keyakinan kita pada Tuhan? Bilakah kali terakhir kita berdoa penuh pengharapan? Bila pula kita tergesa-gesa melipat sejadah sebelum sempat bermesra dengan Allah yang setia menanti? 

Kita mungkin tak mampu --

Meletakkan sepenuh rasa percaya, seperti Nabi Ibrahim yang mahu dicampakkan ke dalam api, namun tetap mulutnya meratib "cukuplah Allah bagiku" -- hingga akhirnya api juga bertukar sejuk.

Kita mungkin tak mampu --

Meletakkan sepenuh jiwa raga, percaya pada Yang Esa, seperti Ismail yang rela disembelih namun akhirnya diganti dengan kibas, penebus sebuah cinta.

Kita mungkin tak mampu --

Meletakkan sepenuh cinta, laksana Hajar yang rela ditinggalkan di tanah gersang bersama Ismail. Berlari-lari antara safa dan marwa, hingga akhirnya dihadiahi air mukjizat -- kekal berharga sehingga kini.

Ya. Kita akui kita hamba yang lemah. Selalu tersungkur, selalu rebah. Kita akui kita tidak sehebat mereka. Kita akui kita tidak sekuat mereka.

Tapi --

Adakah kita terlalu lemah, hatta untuk mengambil sebuah pengajaran dari mereka?

Lemahkah kita -- atau sebenarnya yang beraja adalah sebuah keegoan di hati nan gersang?

Percayalah. Allah tak pernah pergi. Percayalah. Allah selalu di sisi. 

Hasbunallah wa ni'mal wakil. Cukuplah Allah bagiku.

Jom awak, kita slow-slow ya?

Salam cinta :)

@Ruang_Aksara
Jadilah laksana Umar, menangis di malam harinya, berjiwa waja di siang harinya.

~Everyone has pain. 

Smart people hide their pain in their eyes,

Brilliant people hide their pain in their smiles~


Menangislah, jika itu mahumu, 

Agar kelak hati yang gusar itu menjadi tenang, 

Agar kelak beban di bahu itu menjadi kurang,


Menangislah, jika itu mahumu, 

Tiada apa yang perlu kau malu, 

Tangisan itu bukan sesuatu yang jijik - pilu, 

Allah mencipta tangis itu, 

Kerana Dia tahu satu saat nanti itu yang kau perlu,


Menangislah, jika itu mahumu, 

Di dunia ini bukan ada bahagia cuma,

Sesekali dugaan menjentik hiba, 

Jangan kau simpan segala sesak di dada, 

Menangislah di hadapan Allah yang selalu ada,


Menangislah, jika itu mahumu, 

Kau tak pernah lemah kerana tangisan itu, 

Malah Allah tahu betapa selama ini kau begitu kuat menyembunyikannya di sebalik senyum girangmu, 

Maka menangislah -- cuci semula segala debu di tubuhmu itu,


Menangislah, jika itu mahumu, 

Namun jangan kau lupa bangkit semula, 

Jangan kau lupa segala nikmat yang ada, 

Jangan kau lupa -- dunia ini memang penuh pancaroba, 

Jangan kau lupa -- ummah menanti di sana,


Menangislah, jika itu mahumu, 

Setelah sudah, kesatlah air mata itu, 

Bangkitlah dan maju,

Berlarilah dengan lebih laju, 

Kerana tiada lagi beban di bahu,

Jadilah manusia bersemangat baru, 

Yang menyeru lainnya menuju Tuhan yang satu. 

sometimes when everythig seems to be falling down, be patient! Everything is falling into the right place :)


@Ruang_Aksara
Be different.

Treat others as how you
want to be treated not
like they treated you.
It's okay to be different.
It's not weird to choose -
to love people who doesn't
like you. (Walaupun 😅😢)

Kalau nak bahagia selalu,
belajarlah buat orang
lain bahagia.
Ajarkan hati kita itu.
Ya, meski tak semudah kata.

Kerana tak semua orang
suka apa adanya kita.
Tak semua orang boleh
terima cara fikirnya kita.

Kadang niat hati nak
berbaik. Tapi ada yang
mentafsirkan yang sebalik.

Adapun.
Manusia yang positif,
yang terkehadapan mentalitinya,
adalah manusia yang mampu
nak faham dan berbaik sangka
ke atas orang lain.

Tidak cepat melatah bila dikritik.
Apatah lagi diejek atau disindir.
Dihina.

Luhurnya sang pemilik hati...
yang sudi mendidik hati
memahami 'ketidakfahaman'
orang lain terhadap situasinya.

Tak cepat terasa.
Tak cepat sentap.

Malah.
Dia makin suka bila ada
manusia yang sudi menjadikan
dirinya topik cerita di
kebanyakan masa.

Apa jua isu yang diperkatakan
berkisarkan dirinya, dinilai
sebagai nasihat dan teguran
untuk dia 'menolak' diri
menjadi lebih baik.
Meski, masih jauh daripada
yang namanya sempurna.

Mana-mana yang betul
tentang dirinya, maka hati
membacanya sebagai
teguran nasihat.
Mana yang tak betul, mana
yang fitnah - maka, hati
mentafsir itu 'peringatan'
untuk dia menjauhinya.

Istighfar menjadi peneman
hati. Bahagia menjadi
dirinya yang lebih suka
makan hati sesekali.

Namun, mudah terpujuk.
Lantas, daripada menatang
dendam di dalam hati,
dia rela mendoakan
banyak hati.

Dia lebih bahagia begitu.

Marilah berbahagia.
Tak mahukah?
Different but still awesome!

:)

@Ruang_Aksara
DENGKI

"Macam mana nak
buang rasa cemburu.
Rasa dengki. Rasa benci?
Rasa menyampah tengok
orang tu ada segala-gala?
Rasa tak suka tengok
orang tu bahagia?
Saya tahu Allah tak suka.
Tapi hati saya ni. Kadangkala
susah nak kawal."

-seseorang



Begitulah.
Allah memang dah highlight
jelas dalam Quran -
tidak akan dibiar kita yang
hamba ni akui beriman
selagi tak diuji.

Ujian pula, variasi.

Baik mana pun
seseorang,
mulia mana pun,
tinggi mana pun ilmu.
Ujian tetap berdatangan.

Kita harus banyak berhati-hati.
Jangan dituruti hendaknya
nafsu. Jangan didengari
'dakwahnya' syaitan.

Dengki, cemburu, benci -
berharap nikmat orang lain
berpindah kepada kita.
Berharap kejatuhan dan
kemusnahan seseorang,
itu semua penyakit hati!
Dan inilah yang diam-diam
merayap dalam jiwa manusia
hari ini.
Nauzubillahiminzalik -
janganlah pada jiwa kita.
Jangan. 😢

Apa perlu dilakukan bila
dijangkiti virus jahat ni?

Istighfarlah.
Istigfarkan segala fikiran
kita yang buruk.
'ampunkan aku ya rabb...
aku tahu kau tak redha
aku begini.'

Harus pandai berurusan
dengan persepsi -
'Yang aku nampak ni,
adalah apa yang aku
nampak. Aku mungkin
tak tahu, yang dia sebenarnya
mempunyai ujian lain-lainnya.
Jadi, kenapa aku nak
dengki bila dia zahirkan
sedikit kebahagiaannya?'

Elakkan daripada terlalu
obses mengikuti perkembangan
hidupnya. Yalah. Bila dah tahu
kelemahan diri ni, mudah sangat
mengeluh nasib diri dan cepat
dengki pada orang - elak-elaklah
daripada follow sangat jejaknya.
Ni tak suka, tapi asyik nak tahu.
Hmm.
Syaitan makin suka nak
hasut!

Seterusnya, banyak-banyak
berdoa pada Allah agar dikurniakan
hati yang bersih. Jauh daripada
penyakit-penyakit ni. Dan,
sebutlah nama orang yang
dirasakan telah bertunas
perasaan benci, dengki, cemburu
terhadapnya - agar Allah berikan
kebaikan untuknya dunia akhirat.
Doakan yang baik-baik untuk
orang tersebut.

Allah Maha Baik.
Allah faham sangat kita ni.
Betul, kadang perasaan tu
datang tiba-tiba. Bukan kita suka
pun. Siapa suka jadi antagonis
dalam realiti kan?

Teruslah motivasikan diri
untuk melihat orang lain
dengan ihsan. Jangan suburkan
hasad yang membunuh
ketenteraman diri kita.

Ok?

@Ruang_Aksara
Saya ingat lagi beberapa hari lepas, bila saya singgah ke masjid untuk solat.

Masuk, dan kemudian ke bahagian tepi sekali.

Mula-mula tak perasan, tapi rupa-rupanya bila dekat..

Oh, dia rupanya...

Gadis manis yang saya selalu lihat senyumannya di mana mana bila ketemu.

But on that day, I saw her wiping over her tears after solat.

Berbual seperti biasa sehingga akhirnya perkataan itu keluar dari mulutnya..

"Saya dah tak tahan kak ..sakit bila ujian tak berhenti, penat sangat..rasa tak mampu dah.."

Saya tak tahu nak kata apa..

Kelu, diam seribu bahasa.
Saya peluk bahu dia.

Pegang dan sapu perlahan belakangnya.

Akhirnya empangan yang mulanya agak perlahan mengalir laju.

Basah..

I couldnt do anything.
And I just let her cried.

Dan saya tak tahu kenapa, mendengarnya, saya pun rasa nak menangis.

Faham betapa susahnya. Sakitnya apa yang sedang dia lalui.

Menangislah..
Luahkan segalanya.
Lepaskan dengan tangisan itu.
Semoga dengan tangisan itu mengurangkan sedikit beban di dada.

Yes..
Dear brothers and sisters,

It's ok to cry, cry when things go beyond our control.

Cry when trials just kept on coming over and over again. Cry when we feel helpless in the battle we face.

Bila rasa letih, bila rasa hopeless, bila rasa serabut, bila rasa empty, bila rasa helpless, menangislah.

I won't degrade you. Believe me.

The heart doesn't have to be dead or numb. The act of crying does not necessarily denotes that one has not got the strength of patience and fortitude. Right?

And it came when I realize something profound.

Everybody's life is different, everybody has to face their own struggles . But our lives is not over until it is over, and it's never too late.

Sometimes we may not understand the reason behind certain things but for sure, He knows best and Allah wants us to turn to Him.

Sometimes what we want and what we get are two different things. This is because, we’re only human. We like to think that we’re in control and that we’re in charge. But we’re not. Allah is in charge.

And remember this beautiful ayah?

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya". [Yusuf:86]

Its beautiful, isnt?

Dear,
When Allah wills something, nothing can stop it from happening. Whatever does happen, will only happen if Allah gives His permission.

Life is not a race. And regardless of the efforts we may or may not put into making things happens. We should not fight it, or ask why, or why not, but strive with patience and steadfastness, strength and hope.

We may not be where we want to be in life. But we're exactly where Allah wants us to be.

Truly, Allah is the best planners of all.

Have faith!

@Ruang_Aksara
Dalam hidup,

Kadang-kadang, ada satu masa Allah saja buat kita rasa sampai tak mampu berdiri lagi menghadapi hari-hari yang ada..

Kadang-kadang dalam hidup, sampai satu point, memang Allah sengaja buat rasa sesak sangat, penat hadapi ujian luar biasa daripada Allah.

Kadang-kadang dalam hidup, ada satu masa memang Allah saja bagi kita terduduk, menangis, dan rasakan hidup tak bermakna.

Sebab apa?
Sebab Dia nak kita belajar sesuatu.

Sampai satu masa, Allah nak kita betul-betul faham apa lah yang Dia nak sampaikan sebenarnya.

"Ketika kamu berharap terlalu tinggi kepada manusia, Ia timpakan atasmu sakitnya sebuah pengharapan, agar kamu kembali berharap kepada-Nya. Hanya kepada-Nya"-[Imam As syafie]

Maha Baiknya Allah.
Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya.

Segala ujian yang perit dalam hidup.
Itu bukan lah satu penderitaan.
Tapi satu kekuatan.

Kerana..
Hari hari ke hari, setiap detik yang berlalu,
kita sedang diajar.

Diajar erti kehidupan oleh Tuhan.

And remember this?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah :216]."

Just note that
Allah loves us so much.

The hope in Allah which is never lost, and the love He has for us. There is always Allah s.w.t; who would never leave us alone.

And we all know that He's the best that we could ever hoped for.Know that He is with us wherever we are.

He understands us when other people don’t. He is there to ask upon, to help us, to guide us.

Dan cantiknya cara Allah memujuk kita,

“Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya.”(Ath-Thalaq :3)

Masya Allah.
Baiknya Allah kan?.

Pandang langit dan senyumlah.

Life is a struggle.
Indeed a beautiful struggle

Insya Allah. Have faith! 😊

@Ruang_Aksara
Semalam berbual dengan seorang kawan, lepas tu dia kata dengan saya, dia pandang muka saya,

"Teringin nak jadi macam kau.."

Geleng kepala perlahan.

Saya senyum nipis.

Pernah tak dalam hidup ni, bila kita tengok orang lain, kita rasa

"Wah bestnya kalau jadi macam dia.."

"Wah teringinnya nak jadi macam dia.."

"Kaya. Pandai. Cantik. Cukup pakej.

Macam tak ada masalah je.

Hidup dia macam nampak happy je..

Travel sana sini. Senyum elok je, cantik pula tu.

Dapat pula pasangan hensem, kan best kalau hidup macam dia. "

Kita lihat hidup orang tu macam bestnya. Sampai kita pun rasa nak jadi macam dia.

Bila scroll fb, instagram, nampak orang tu travel ke luar negara, pergi tempat cantik, terdetik dalam hati..

"Nak juga macam tu, bestnya jadi macam dia.."

And as a result,
Kita tak puas hati dengan hidup kita. As a result kita beranggapan kalau lah aku kat tempat dia mesti aku bahagia, happy macam dia.

Ada satu perkara yang saya sedar.

Bila kita mula..

Tengok kehidupan orang lain.

Bila kita suka sangat bandingkan diri kita dengan orang lain.

Bandingkan hidup kita dengan dia.

Bila kita lihat “hidup” orang lain di media sosial,

Kita teringin nak ada hidup seperti dia.

Kita rasa bestnya kalau jadi macam dia.

Seronok. Suka. Gembira. Bahagia.

Happy memanjang je..

Tafsiran mata kita.

Saya sendiri pernah macam tu.

Tapi saya selalu teringat pula kawan arab saya pernah cerita. Kadang-kadang kita selalu cakap,

"Bestnya jadi dia. Pandai"

"Bestnya jadi dia, pass exam"

"Bestnya jadi dia. Ada anak"

"Bestnya jadi dia. Kahwin"

"Bestnya jadi dia. Cantik"

Tafsiran mata kita.

Tapi..

Jangan kita terlupa, yang kita lihat itu adalah apa yang dia tunjukkan.

Yang dia sembunyikan, mungkin lebih banyak, lebih pahit dan bahkan mungkin tidak terjangka.

Kita nampak kehidupan orang best best belaka, tanpa kita tahu, setiap orang punya bahagian sendiri.

Punya ujian sendiri.

Dia kata kat saya, Allah ini adil. Analoginya Allah bagi semua orang 100. Ada orang 80 dalam pelajaran, 20 dalam kehidupan berkeluarga. Ada orang 20 pelajaran, 20 harta, 60 anak-anak. Campur, darab, tolak, bahagi, semuanya 100.

Allah jua lah yang menyusun segala-galanya.

“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, ( Al-Baqarah: 155)

Ada satu kisah yang cukup cantik yang memberi bekas di hati saya.

Kisah Nabi zakaria.
Nabi Zakaria sendiri tak ada anak. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku" (Maryam :4)

Dan akhirnya Allah berikan juga Nabi zakaria anak.

Allah jugalah yang menetapkan yang terbaik dalam jalan hidup kita.

Cantik kan?
Well, its not easy to be redha.

Redha dengan setiap perkara samada kita suka atau tidak.

Redha, bilamana kita percaya tiada kebetulan atas apa yang terjadi. Semua yang berlaku atas kehendak Allah dan terselit hikmah.

Tapi kena paksa juga.
Macam mana sakit pun kena terima juga.

Reaching your dreams, and its never too late to creating life that you always dreamed of.

If you want to be happy, I tell you this..
Do not compare yourself to others. Let go whatever that stealing your happiness and stay true to yourself😊

Remember this,

Hang in there!

Allah is the most powerful. If He wants something to happen, He can do it easily. So, let's put our strong faith and trust in Allah,surely He will help us, anywhere and everywhere.

InsyaAllah

@Ruang_Aksara
SUDAH TIDAK BERTUDUNG

Dari pagi tadi, saya tertanya-tanya
kenapa wall sosial media dipenuhi
dengan hantaran status berkaitan
'buka tudung' atau 'sudah tidak
bertudung.'

Siapa yang sudah tidak
bertudung?

Rupanya, telah tular kisah
artis wanita ini yang berkeputusan untuk mencari 'bahagia' dirinya
sendiri dengan tidak bertudung
dan pendiriannya tentunya
menjadi bahan perbualan netizen
di laman sosial yang berbaur kecaman dan sebagainya.

Entahlah ya. Sedih memang
sedih. Terkilan bila begitu
keputusan yang diambil menjadi
pendirian diri.

Marah?
Tentulah marah.
Tapi, rasa kasihan padanya itu
lebih mengatasi.

Iyalah.
Bagaimana keputusan
menderhaka pada Tuhan
itu diangkat menjadi kebahagiaan
diri?

Orang yang faham
tidak akan bercakap begitu.
Orang yang sedar,
tidak akan ungkapkan itu.

Sangat kasihan dirinya,
yang berhadapan dengan ujian
lalai, leka begini.
Sangat kasihan.

Dia mungkin beranggapan
bahawa ada orang yang sentiasa menyokong dan tidak pernah tinggalkannya.

Padahal dia tak sedar, dia berada
dalam kalangan orang-orang
yang turut diuji dengan jahil, lalai
dan lupa sepertinya.
Allahu Rabbi... 😢

Suatu ketika dahulu, saya sendiri
pernah melalui fasa hijrah.
Dan saya percaya, setiap daripada
kita tentu lalui fasa perubahan
dalam diri daripada sesuatu
yang tak baik kepada yang lebih
baik.

Ada dua perkara yang paling
susah saya kenalpasti untuk
berubah.

Pertama, untuk memulakan.
Kedua, untuk meneruskan momentum positif atau
istiqamah terhadap perubahan tersebut.

Dan saya boleh kata, perihal
perkara kedua itulah yang jauh
lebih susah.

Sangat!

Nak istiqamah jaga solat,
nak istiqamah jaga aurat,
nak istiqamah tak mencarut,
nak istiqamah tak mengumpat,
nak istiqamah cakap yang baik-
baik saja,
nak istiqamah buat yang Allah
suka saja.
Nak istiqamah tinggalkan
perkara yang Allah benci.
Susah...

Susah.
Sangat susah,
berat.

Saya sendiri pernah berasa
takut untuk berubah kerana
takut jadi hipokrit.
Tak mahu tipu diri sendiri.
Tak mahu tipu orang.
Tak mahu tipu Tuhan.

Tapi itu dulu.
Pendapat manusia
yang berakal tapi tidak diberi
makan dengan kefahaman
ilmu.

Asbab mungkin Allah sayang,
Allah selamatkan saya.
Allah izin saya lalui macam-macam
untuk saya belajar kenali Dia.
Perubahan, tak semestinya perlukan
keikhlasan sebagai mukadimah
untuk mengerjakannya.
Ikhlas tak ikhlas, faham tak faham,
apa Allah suruh buat, buat saja.

Takut pada Allah.
Taati Allah.
Rasa malu pada Allah.

Itu lebih utama.

Dan, janganlah berhenti untuk
mencari. Gauli orang-orang yang
sentiasa dalam perjuangan untuk
mendekatkan diri pada Tuhan.
Percayalah, ikhlas itu akhirnya
akan datang.
Ikhlas itu akan datang seiring
dalamnya 'kenal' kita pada Tuhan.

Apa yang terjadi pada saudari
kita yang kasihan ini sebenarnya
cerminan masyarakat islam kita
pada hari ini. Namanya naik kerana
beliau adalah 'public figure'.
Ada ramai yang biasa-biasa bukan
artis di luar sana sebenarnya alami
ujian yang sama.

Diuji lupa dan leka.
Kasihan.

Dia mungkin mencari bahagia,
tapi bagi yang mengerti -
ia bukan bahagia tapi musibah
bagi jiwa. Dia menderitainya
tanpa sedar.

Bukan seorang dua hari ini
yang begitu. Yang seolah tidak
terkesan dengan peringatan-
peringatan Allah. Ramai...
Sangat ramai!

Jadi, kawan.
Ingatkan diri kita sendiri.
Kita tak tahu kedudukan iman
kita suatu hari nanti bagaimana.
Adakah kita ni akan sentiasa
ingat dan tak diuji lupa?

Kita pun boleh goyah juga.
Kenalpasti apa perlu kita lakukan
untuk sentiasa menyegarkan
takwa dalam diri di samping
terus meningkatkan ketaatan pada
Ilahi.

Berikut, merupakan pendapat
peribadi saya berkaitan isu yang
sedang menggelegak ini.

Kesilapan kita setelah berhijrah
yang mungkin boleh mengakibatkan
kita berpaling semula

1)Tidak menuntut ilmu/berguru
2)Tidak berusaha untuk aktifkan
diri cari suasana tarbiah
3)Biar diri disibukkan dengan hal-hal
keduniaan
4)Bersahabat baik dengan orang
yang jahil, lalai, leka
5)Tidak terfikir tentang sakit, mati
dan adanya slot pertemuan dengan
Tuhan


Tips yang boleh diusahakan
untuk diamalkan agar istiqamah
dalam
melaksanakan apa Tuhan suka - kita yang hamba ini buat

1)Jangan letak noktah pada
aktiviti menuntut ilmu
2)Tolak, paksa, pujuk diri untuk
aktifkan diri pergi ke majlis ilmu
dan belajar
3)Bergaul dengan orang-orang
yang sama-sama dalam perjalanan
mencari redha-Nya.
4)Bersahabat baik dengan orang
soleh/solehah
5)Sampaikan dan ajak orang lain,
untuk sama-sama meneruskan
legasi Rasulullah SAW.
(Sampaikan apa jua kebaikan,
meski kita tak baik lagi. Itu juga
adalah cara kita melatih diri jadi
orang yang baik.)

Akhir kalam,
mungkin kita tak perasan ya.
Tapi kita perlu kejutkan diri kita,
ini bukan musibah untuknya
saja. Tapi musibah untuk kita
juga.

Masyarakat kita sedang tenat
sakit.

Apa perlu kita buat?
Pernah muhasabah melihat peranan
diri sendiri telah berbuat apa?

Muhasabah.

Untuk yang ingat, yang sedar
mereka telah tersalah, yang
telah belajar dan mengiktibari
khilaf orang lain, maka -
lakukanlah dan teruskanlah,

1)Sampaikan kebaikan.
(Educate. Tak kisahlah secara lisan,
nak tulis atau tunjuk/jadi role model.)

2)Istiqamahkan diri untuk berdoa
minta kebaikan dunia akhirat,
ketetapan iman, khusnul khatimah
untuk semuanya. Untuk semuanya.
Untuk semua orang! Bukan bahagia
dunia akhirat untuk kita seorang
saja.

3)Buruk mana pun orang,
jangan jadi pembenci
dan bertindaklah zahirkan
ihsan serta kasih-sayang dengan
tepat.

Wallahu'allam.

Sama-sama istighfarkan
apa sudah jadi.
Muhasabahkan.

MOGA ALLAH AMPUNI
KITA SEMUA.

@Ruang_Aksara
Suatu petang yang damai.
Burung-burung tak kedengaran kicauannya.
Jasad bersayap mereka apatah lagi. Langsung tak kelihatan. Agaknya, masih dalam permusafiran mencari makan.

Si kakak yang sedang leka melayan melodi alam terkejut kerana disapa adik secara tiba-tiba dari arah yang tak disangka-sangka.

"Kakak!" Si adik menyergah.

"Ada tak orang yang tangannya lebih daripada dua? Matanya tiga atau kakinya empatkah? Ada? Kakak pernah jumpa?"

Bersemangat si adik menyoal.
Siap buat gaya. Ke sana ke sini tangan dan jari-jemarinya menterjemah apa yang sedang bermain di fikirannya ketika itu. Langsung tak terbit rasa serba salah kerana membuatkan kakaknya terperanjat.

"Kak tak pernah jumpalah yang mata tiga, tangan empat tu. Jari ada enam tu kakak pernah nampak. Kenapa tiba-tiba adik tanya?"

Si kakak memandang adik kehairanan. Pelik juga bila disua soalan begini. Amarahnya kerana terperanjat tadi, terusir begitu saja. Rasa hairan dan lucu pula mendengarkan soalan adik yang disifatkan 'tiba-tiba' saja itu.

"Hmm. Tak ada. Entahlah. Tiba-tiba terfikir. Adik terbayang kalau tangan adik ada satu je. Kaki pun satu. Mata pun satu. Mesti susah nak buat kerja. Mesti susah nak berjalan. Mesti susah nak fokus. Lepas tu, adik fikir kan bagus kalau ada sepuluh tangan. Macam-macam boleh buat. Kalau ada banyak kaki, mesti laju berlari. Kalau ada banyak mata, mesti penglihatan lagi jelas. Boleh fokus nak melihat dari segenap arah. Kakak rasa macam mana? Seronok kan begitu?"

Si adik tersenyum meleret.
Barangkali bahagia melayankan imaginasinya.
Namun, senyumannya mati bila...

"Hahaha. Kakak rasa, kalau adik ada banyak mata, banyak kaki dan banyak tangan adik bakal masuk tv sebab P.E.L.I.K. Entah makhluk asing dari planet mana jatuh terdampar ke bumi!"

Si kakak tertawa jahat mengusik adiknya.
Sengaja disebut satu-satu huruf perkataan 'pelik' itu.

"Ishh. Malaslah layan kakak!"

Si adik berlalu dengan wajah tak puas hati. Terasa menyesal pula bercerita kepada kakak tadi.

Si kakak masih tertawa. Terasa menang jiwanya kerana berhasil mengenakan adiknya.
Namun, tiba-tiba tawanya mati. Dia membisu untuk beberapa detik. Nafasnya saja menderu perlahan. Si kakak mulai memikirkan serius soalan si adik tadi.

'Hmm. Manusia. Jarang mensyukuri apa yang dirinya sudah ada. Ada sedikit mahu lebih. Diberi banyak masih tak berpuas hati. Padahal, Allah memberi yang termampu untuk dirinya hadapi. Berhajatkan sesuatu yang besar, tanpa mengetahui tidak semestinya apa yang diri menganggap baik, itu baik.'

Si kakak bermonolog. Kata hatinya, bukanlah merujuk kepada si adik yang masih mentah itu. Justeru, soalan adik itu sebenarnya mewakili 'harapan' kebanyakan manusia abad ini. Termasuk dirinya.

Sudah diberi betis, mahukan paha pula.
Allah bukankah memberikan cukup-cukup untuk kita?
Mengapa agaknya Allah beri sepasang mata?
Mengapa tak beri satu saja? Atau tiga?

Itu kerana Dia Maha tahu kita ini perlu berapa.
Kalau terkurang, itu namanya ujian.
Cukup sepasang pun ujian.
Terlebih pun ujian.

Ujian.
Yang sampai masanya nanti bakal ditanya.
Apa usaha dan ikhtiar kita mengendalikan.

Apa jua bentuk pemberian dan kurnia yang kita terima daripada-Nya, sedikit atau banyak, ada atau tiada...
itulah ujian.

Pupuklah sifat qana'ah dalam diri.
Rasa cukup dengan yang sedikit.
Rasa bersyukur atas apa yang tersedia.
Akur dan redha, jika diri tiada apa yang orang lain ada.

Jadikan kisah Tsa'labah sebagai pengajaran.
Tsa'labah yang terkenal dengan amal solehnya walaupun miskin. Tidak pernah tidak ke masjid untuk bersolat berjemaah dan beribadah kepada Allah.

Adapun, suatu hari Tsa'labah ini meminta Rasulullah mendoakannya agar hidup kaya dan senang-lenang. Tsa'labah sudah tidak tahan bersabar dengan kemiskinan yang dihadapinya.
Pelbagai janji Tsa'labah tabur termasuklah untuk berbakti dan bersedekah kepada orang-orang miskin bagi memujuk Rasulullah mendoakannya agar kaya.

Namun, apa dia nasihat Rasulullah kepada Tsa' labah?

"Sabar Tsa'labah. Allah memberi sesuatu kepadamu mengikut kemampuanmu. Dikhuatiri diberikan yang banyak, kamu takkan terpikul."

Tsa'labah
2024/09/30 22:11:34
Back to Top
HTML Embed Code: