Telegram Web Link
Ingat mati setiap kali engkau rasa 'macam nak mati'.

Sudah sedia dengan apa yang bakal engkau terima 'di sana'? Sibukkan diri menabur bakti! Jangan ralit melayan emosi!

Kawan, bila engkau tahu engkau akan mati tidak lama lagi, tentu engkau resah gelisah dan tidak keruan.

Memikirkan dosa yang bertimbun, memikirkan rombongan taubat yang dipohon, apakah sudah terampun?

Serasa mahu duduk saja berlama-lama di atas sejadah, meratap merayu keampunan Allah.

Bila engkau tahu engkau akan mati tidak lama lagi, barangkali mahu saja engkau merayau keliling dunia, meminta maaf daripada semua, sanggup kau hunjam segala ego demi menihilkan bilangan musuh. Agar pergimu nanti lebih tenang kerana tidak dimusuhi orang.

Bila engkau tahu engkau akan mati tidak lama lagi, pasti makin hebat usahamu mencari rezeki, serasa mahu kau langsaikan segera hutangmu yang di sana dan yang di sini. Biar tiada lagi berbaki. Biar rohmu nanti lebih tenang dan tidak terawang-awang.

Serasa mahu kau perhebat kerjamu menabur bakti tanpa fikir imbuhan, imbalan atau ganjaran. Bahkan semuanya mahu kau namakan pengorbanan, demi Tuhan. Demi sebuah keredhaan.

Memang. Engkau tahu engkau pasti akan mati. Mungkin esok atau lusa atau mungkin sekejap lagi.

Namun lihatlah, apa yang sedang engkau perbuat ketika ini? Apa yang sedang engkau perbuat ketika ini?


@Ruang_Aksara
Bukan setiap masa kita kekal berada di takah semangat yang sama. Sesekali pasti singgah juga rasa kecewa dan putus asa. Itu biasa.

Memang tak mudah nak kekalkan momentum semangat. Bahkan, Rasulullah sendiri mengingatkan kita:

"Sesungguhnya setiap amalan ada waktu shirrah (kuat keinginan dan bertenaga), dan setiap waktu shirrah ada waktu fatrah (lemah dan lesu). Maka, barangsiapa yang dalam tempoh lesu amalannya itu dia masih kekal dalam sunnahku, maka dia berada di atas petunjuk, dan sesiapa yang dalam tempoh lesunya itu mengikut (melakukan) selain (sunnah) itu, maka dia akan binasa." (Riwayat Ahmad)

Saidina Ali juga pernah berpesan:

"Sesungguhnya jiwa manusia ini bersifat bolak-balik (sekejap menghadap ke hadapan, sekejap menghadap ke belakang). Maka ketika jiwa menghadap ke hadapan (iaitu sedang bertenaga), maka ambillah peluang ini dengan penuh kesungguhan dan beribadah. Namun sekiranya jiwa mula lesu, maka kekal dan kukuhlah atas amalan yang fardu dan wajib."

Persoalannya, bagaimana nak bangkitkan semula semangat kita kalau sesekali dilanda lesu dan kurang bersemangat?

Amalkanlah doa yang ternukil indah dalam firman Allah ini.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya." (Ali Imran 3:8)

Insya-Allah, mudah-mudahan dengan sedikit ilmu berkaitan turun naik semangat dan iman yang melanda buat kita semakin faham cara untuk mengendalikannya.

Ingat, jatuh itu biasa. Sedih juga biasa. Tapi jangan berlama-lama. Terus kuat! Terus bangkit bersemangat!

@Ruang_Aksara
Tatkala mendengar berita seorang sahabat yang meninggal dunia dalam perjalanan ke tempat kerja, hati saya tersentak. Minda saya terhentak.

Meninggal dalam perjalanan ke tempat kerja? Allahu Akbar, tentu pada asalnya dia dalam keadaan sihat dan baik-baik saja.

Namun lihatlah, sihat tidak menjamin kita hidup lebih lama. Kematian itu pasti berlaku pada bila-bila masa saja. Saat itu pasti tiba … Innalillahi wainna ilaihi raji’un.

Semasa terlibat dalam satu program pengurusan pusaka, saya meminta para audiens menulis nama masing-masing.

Kemudian saya meminta mereka menulis tarikh lahir pula. Semasa mereka tekun menulis maklumat yang diminta, saya meminta mereka menulis tarikh mati mereka.

Masing-masing meletakkan pen dan memandang saya. Ada yang ketawa kerana rasa ‘terkena’ dengan arahan saya. Ada yang terkedu kerana Allah telah ‘menyentuh’ hati mereka.

Tarikh mati? Adakah kita mampu memilihnya? Jika boleh sekalipun, adakah kita mahu memilihnya?

Ya, kematian itu akan berlaku pada bila-bila masa.

Setiap hari ada sahaja orang meninggal dunia. Bukalah surat khabar, televisyen dan lain-lain media massa. Pasti ada sahaja berita menyayat hati yang kita tonton dan kita baca.

Hari ini kita baca berita kematian orang lain, adakah esok orang akan membaca berita kematian kita pula? Allahu Akbar!

Benarlah kata Nabi SAW, sebaik-baik nasihat ialah mengingati kematian.

Sebaik-baik cara menundukkan hati adalah dengan mengingati mati. Nyawa ini akan terputus pada bila-bila masa sahaja.

Di mana, bagaimana dan siapa orang terakhir bersama kita, itulah yang masih misteri. Namun hakikatnya, ia pasti terjadi.

Justeru, gunakanlah masa yang masih berbaki ini. Kita cuba manfaatkan sebaik-baiknya.

Apabila nyawa sudah berakhir, tidak ada lagi peluang kedua. Tidak ada. Hanya sekali ini. Sekali ini sahaja!

Sahabat-sahabatku yang baik, kita manusia. Kita dibekalkan dengan nafsu yang kadang-kadang sukar kita kawal. Namun kita juga dibekalkan akal.

Akal boleh mengimbangi kehendak nafsu daripada terus bertindak melulu.

Perbanyakkan istighfar dan muhasabah diri. Pujuklah hati.

Selagi bernyawa, masih ada peluang bagi kita. Yang berdosa dengan sesiapa, ringankan mulut memohon kemaafan.

Yang belum menutup aurat dengan sempurna, lakukanlah perubahan.

Yang belum istiqamah mengerjakan solat, inilah masanya kita bertaubat.

Masih ada peluang untuk kita. Gunakan sebaik-baiknya.

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat; dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tiada seorang pun dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Luqman 31:34)

@Ruang_Aksara
Andainya ibu masih ada,
Genaplah hari ini usianya yang ke enam puluh tiga ,
Mungkin sambutan dijalankan seperti biasa,
Dengan hiruk pikuk keluarga,
Bersama kek aiskrim kegemaran ibu di atas meja,
Lalu kita bergambar bersama,
Dengan ibu tersenyum gembira,

Aku masih ingat sambutan yang terakhir kalinya,
Dalam separuh bermaya,
Sambil tanganku menyuapkan kek ke mulut yang terbuka,
Aku bertanya -- ibu , ibu sayang siapa?
Kakak-- laju jawabnya.

Tahun ini,
Meski tarikh yang sama tiba lagi,
Namun ia seakan sepi,
Tiada lagi hiruk pikuk sesama sendiri,
Tiada lagi kek aiskrim di atas meja yang teguh berdiri.

Ibu.
Tenanglah kau di syurga abadi,
Moga diberi makan yang enak lagi,
Di hari kelahiranmu yang teristimewa sekali.

Ibu,
How i wish you were here,
To tell me that,
Everything is going to be okay.

Selamat hari lahir, ibu.

Much love 🤍

25 August 2021 , Kuala Lumpur

@Ruang_Aksara
USIA JUGA SEPERTI MENTARI

Tidak pernah terfikir
tentang kiasan alam
mentari yang terang benderang
kian redup dan suram
tenggelam di kaki langit
malam datang membawa kelam.

Kita terlalu asyik
dengan nafas yang masih dihela
lupa kita ini boleh pergi bila-bila
sama seperti mentari senja
dari cerah menjadi gelap gulita.

Usia juga seperti mentari
tidak akan terjangka
tidak tahu bila nafas ini akan berakhir
mungkin datangnya ketika lena
atau ketika sedang sibuk bergembira.

Lalu insaflah
jagailah ludah dan suara
usah terlalu tajam bicara
bila-bila hati orang boleh terluka
luka itu berbisa tidak terkira
sukar mengubatnya.

@Ruang_Aksara
KECELARUAN PERSONALITI

Ramai juga yang masih terkeliru
dengan pelbagai jenis tingkahlaku
bikin otak terus jadi buntu
nak fikir memang bercelaru
sepuluh jenis pun dah haru-biru

Sukarnya untuk memahami
apalagi mempercayai
juga sering mencurigai
terlalu berahsia tentang diri
itulah Paranoid gangguan personaliti

Dinginnya respons yang diberi
berbicarapun jauh sekali
seolah aku tak dipeduli
walau jenuh ku memuji
itulah Skizoid kecelaruan peribadi

Sering kulihat kau menyendiri
apa kau fikir aneh sekali
bicaramu kabur emosi bercampur
mudah cemas bila tak mengenali
Skizotipal gangguan personaliti

Salah dan benar tak dipeduli
menipu mencuri ketagih arak berjudi
semua peraturan kau tendang ke tepi
sukar mengurus hidupmu sendiri
dikenali Antisosial gangguan peribadi

Berbeda dengan peribadi ini
emosi berubah pantas sekali
hari ini teman esok dimusuhi
segalanya hanya mengikut naluri
gangguan perwatakan Pinggiran diberi

Keinginan kuat untuk dikenali
mencuri tumpuan mencari populariti
terlalu bimbang penampilan diri
bicara berubah terlajak emosi
itulah Histrionik gangguan personaliti

Mahu terlihat baiknya peribadi
pendapat orang enggan didengari
terlalu sensitif pentingkan diri
bisa depresi bila diperkecilkan diri
kecelaruan peribadi Narsisistik diberi

Sering gugup cemas sekali
begitu rendah keyakinan diri
penolakan, penilaian buruk amat dibimbangi
bercampur-gaul memang dihindari
gangguan personaliti Menghindar dinamai

Terlalu mengawal orang dan situasi
segalanya nak dilakukan sendiri
ketelitiannya membunuh diri
nak bersantai jauh sekali
Obsesif Kompulsif gangguan peribadi

Terlalu manja tak rela bersendiri
kepercayaan diri langsung tiada lagi
buat keputusan bertanya sana-sini
mencuba yang baru tidak diingini
Kebergantungan kecelaruan personaliti

@Ruang_Aksara
Hidup tidak pernah sama. Ada putarannya. Kadang kita menangis. Kadang kita ketawa. Kadang kita penat. Kadang kita kuat. Kadang kita bahagia. Kadang kita menderita saat orang lain pula berbahagia.

Itu memang biasa. Itulah sistem putaran. Setiap perkara menunggu giliran. Persoalannya, bagaimana hendak berdepan dengan saat tekanan?

Jawapannya, alih perhatian.

When you feel down, just pause from anything that makes you feel tired.

Letih mengemas rumah, cuba qailulah. Letih fikir tentang kerenah anak-anak, sibukkan diri dengan memasak. Letih dengan kerenah pelanggan, pergilah cuci pinggan.

Ingatlah! Letih dengan sesuatu perkara bukan bermakna semua perkara buruk buat kita.

Kita cuma perlu pusingkan kepala untuk menoleh ke arah lain pula! Alihkan perhatian daripada apa sahaja yang buat kita tertekan.

It's simple. Just pause from 'that particular thing'. Just for a while.

Pause fikiran kita daripada apa yang kita buat kita menderita tapi jangan pause daripada semua perkara.

Kita cuma perlu alihkan perhatian pada perkara lain yang lebih bermanfaat dan boleh buat kita kembali bersemangat. Itu sahaja!

Memang, kadangkala masalah yang datang buat kita 'rasa macam nak mati'. Nah. Eloklah.

Manfaatkan rasa ini. Setiap kali kita rasa 'macam nak mati', maka ingatlah mati. Ingat mati akan bantu kita kembali kuat untuk terus melangkah lagi.

Fikir. Berapakah nilaian masalah kita hari ini berbanding musibah yang akan kita hadapi sebaik sahaja kita mati?

Alahai ... ia tak seberapa jika dibandingkan dengan musibah yang mungkin sedang menunggu kita sebaik sahaja direntap nyawa!

Jadi, mengapa putus asa di saat Allah masih memberi peluang kepada kita membuat persiapan untuk menghadapinya?

Mengapa dilayankan sangat rasa kecewa sedangkan kita sudah faham bahawa hidup ini ada putaran jatuh bangunnya?

Bersemangatlah. Bangkitlah daripada apa pun yang membuat kita lemah.

Jangan buang masa dengan perkara remeh-temeh yang tidak membahagiakan dan menjadi asbab hilangnya manis sebuah senyuman.

Nyawa terlalu berharga. Jadi jangan sia-siakannya. Mati boleh berlaku pada kadar sekelip mata.

Jadi, bersedia ... kerana apabila saat kematian itu tiba, tiada lagi peluang kedua. Tiada!

@Ruang_Aksara
Dear self,

“I know you're doing your best to find happiness in the middle of chaos, you're trying not to fall apart even after you find yourself trapped again in the same agony from yesterday's struggle. It sucks, you're losing hope thinking it will not end, you want to surrender because you don't know if you can carry another weight, until the next morning. It's a long tough battle but look at you, even if the world keeps giving you heartaches you're still hoping for another morning as bright as the summer sun, you're still waiting for that day when you will not wake up with tears because of painful memories but instead, you will open your eyes hopeful because you're given another chance to live, to run free and to breath freely.”

@Ruang_Aksara
Kalau ia melukakan hati … jangan ambil tahu lagi.
Kalau ia membuatmu terluka … tinggalkan sahaja.
Kalau hanya membuatmu resah … kalau tiada sebarang faedah … lepaskan.
Jangan paksa diri untuk bertahan.

Adakala kita perlu terima hakikat,
Ruang otak dan hati kita terlalu terhad.
Mahu letak kesemuanya, mana mungkin boleh muat.
Pandai-pandailah memilih.
Pandai-pandailah mengisih.

Besarkan lubang penapis hati kita.
Bebaskan sebahagiannya!


@Ruang_Aksara
MENCARI MERDEKA

Puas aku mencari merdeka
barangkali ada di hujung dunia
tempatnya mentari bercahaya
merdeka tetap juga tiada
hanya berjumpa liku sengketa
tentang tanah ini milik siapa.

Ada yang kata Melayu ini
hanya pendatang bukannya peribumi
mereka lebih dahulu berada di sini
hakikat sudah tolak ke tepi.

Ada pula mahu ubah sejarah
seiring kerajaan berubah
mahu komunis jangan dikata penjarah
walau telah difahami mereka lain ideologi
hanya kerana keturunannya ada di sini.

Bahasa Melayu hilang sudah bisa
pagi ini janji letakkannya di singgahsana
petangnya cakap inggeris juga
esok pun juga tetap serupa
bahasa tionghua melunak bicara
sesama mereka
bangsa lain gelak sahaja
mereka yang menjajah kita.

Merdekakah kita
jika merdeka, di mana merdeka?

Ruang Sepi , 31August 2021

@RuangViolet
Selamat datang bulan September, semoga tidak ada lagi hati yang mudah berharap pada orang yang tak mau menganggap, semoga tidak ada lagi perasaan mudah tertarik karena diperlakukan dengan baik, semoga tidak ada lagi yang salah memilih dalam mencintai dan semoga tidak ada lagi sedih-sedih yang berlebih.

Awal bulan September ini aku tak berharap terlalu banyak seperti sebelumnya. Yang mulanya aku banyak menuliskan harapan, menggantungkan impian dan melangitkan permintaan yang amat banyak, kali ini tidak.

Aku hanya meminta semoga di lembar pertama halaman September ini aku, kamu dan kita mendapatkan bahagia, tidak ada lagi yang namanya luka, cukup berakhir di bulan kemarin.

Di bulan ini, tutup semua kesedihan dengan rapat, bukalah bahagia dengan cepat, aamiin. Dan terima kasih untuk diriku sendiri yang sudah melangkah sejauh ini, bertahan selama ini dan kuat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang hebat.

Untuk Agustus, terima kasih sudah banyak mengajarkanku hal-hal luar biasa yang tak terduga, misalnya aku mengorbankan satu hal demi hal lainnya dan ternyata aku tak mendapatkan apa yang aku inginkan, justru aku kehilangan semua, semoga tidak terjadi lagi di bulan ini.

@Ruang_Aksara
Kawan yang baik,
adalah kawan yang
ada cita-cita nak ke
syurga, ada rasa nak
bawa semua kesayangannya
masuk syurga sekali.

Sepanjang kau berkawan,
pernah kau terfikirkan
yang pentingnya kau
berperanan untuk memastikan
rakan kau mahu ke syurga,
ada rasa untuk bersama-
sama usahakan ke syurga?

Kita boleh berkawan
dengan ramai orang.
Setiap individu mungkin
ada niat atau kepentingan
tersendiri mengapa memilih
untuk berkawan dengan
si polan atau si polan.

Namun, Tuhan tak temukan
setiap kita saja-saja
melainkan ada tanggungjawab
beserta amanah sekali yang
harus dilaksana.
Itulah yang disebutkan -
berpesan-pesan kepada
kebaikan yakni kesabaran
dan kebenaran.

Tiada istilah mahu menyibuki
urusan orang lain atau hal
hidup orang. Pastikan kita
tahu batas dan sempadan
dalam bertindakan.

Kawan yang kita temui
saat ini, mungkin ada yang
tak tahu. Maka, tanggungjawab
kita untuk menyampaikan.
Kawan yang kita temui
mungkin terlupa, maka
kitalah yang wajib mengingatkan.

Saling melengkapilah.
Berlumba-lumba menjadi
kebaikan kepada orang lain.
Disebutkan juga, bahawa
kawan yang baik itu
adalah kawan yang sentiasa
mengingatkan kita pada
Tuhan dan mendekatkan diri
kita pada-Nya.

Maka renung diri.
Adakah diri kita sendiri
telah menjadi sahabat yang
baiknya begitu?
Mahu lebih banyak rakan
baik yang akan mendoakan
dan berjuang sama bersama
kita untuk merebut cinta-Nya,
maka usahalah mulakan
membentuk diri secara
berterusan menjadi baik,
baik dan lebih baik.

Orang yang nak buat
baik, akan dibantu
dan dimudahkan oleh
Allah.

Mari kita yakini begitu.

@Ruang_Aksara
Aku banyak lakukan kesilapan sepanjang hidup aku. Bila menoleh balik ke belakang, aku nampak banyaknya benda-benda bodoh yang aku buat. Yang aku sendiri pun tak suka. Aku sendiri pun kesal.

Aku tau aku banyak dosa. Tapi aku tetap nak raih syurga. Jadi nak tak nak, aku tau aku kena betulkan balik hidup aku. Aku kena betulkan kerosakan yang dah berlaku.

Banyak yang aku kena baiki. Banyak proses mujahadah yang terpaksa aku lalui.

Dan ini... aku nak kongsi.

Perkara teramat sukar sebenarnya ialah menjatuhkan ego sendiri.

Nak mengaku salah, nak minta maaf mungkin terlihat mudah. Tapi tak mudah nak lakukannya seikhlas hati.

Jadi kau faham kenapa ikhlas itu umpama semut hitam di batu hitam di malam kelam?

Ia terlalu sukar dilihat, sukar dirasa tapi kau tetap perlu usahakannya!

Selagi mana kau masih rasa orang lain salah, selagi itulah kau akan berlagak mangsa dan ada rasa terbuku di dada!

Release it. Lepaskan!

Lepaskan salah orang. Fokus salah kau!

Be brave. Beranilah menjadi diri sendiri!

Itu fasa pertama. Fasa bergaduh dengan diri sendiri.

Masuk fasa kedua, kau kena bergaduh dengan situasi.

Kau tak boleh dah bersembunyi. Kau kena keluar berdepan segala macam persepsi yang terhasil daripada kesilapan kau sendiri.

And remember, the greatest battles are won the knees. Your knees!

Merendahlah. Mengaku salah.

"Yes, this is me. I'm doing wrong and I'm sorry."

Inilah pertempurannya - meraih semula percaya orang lain terhadap kesungguhan kau.

Akan ada yang sindir atau pandang sinis. Lalu akan ada masanya kau terdiam atau kau akan menangis.

Biarkan mereka begitu dan biarkan tangisan kau berlagu.

This is the process. Kau kena terima.

Namun kalau kau benar-benar ikhlas, fasa ini pendek saja. Tak lama.

Kalau kau nak cepat lepasinya, kau cuma perlu konsisten jaga hati dan emosi. Kau terus baiki salah kau. Cuba buat hal yang betul.

Orang baling batu, kau kutip satu persatu, aduk dengan simen dan bina jambatan.

Orang baling kata-kata yang menyakitkan, kau aduk dengan iman dan kau bina pengertian.

Lama kelamaan, jambatan siap. Dua destinasi bertaut kembali.

Lama kelaman, pengertian itu nantilah yang akan menautkan banyak hati kembali.

Buying time. Give them time.

Semua orang buat silap dan berhak dapat kemaafan. Kau juga layak dimaafkan dan kembali meraih kebahagiaan.

Jadi usahakan.

2 fasa ini sahaja. Dan kau akan kembali dengan situasi yang jauh lebih baik daripada sebelumnya.

The new you.

And a better life.

@Ruang_Aksara
Allah tak silap beri. Kita pun tak salah pilih. Itulah pakejnya. Baik dia, buruk dia semua itu perlu untuk sesuaikan dengan baik kita dan buruk kita.

Memang kadang kita rasa kecewa sangat dengan apa yang terjadi.

Marah. Bosan. Putus asa. Tapi percayalah, semua itu bersifat sementara. Insya-Allah, tak lama. Sementara jeda, cubalah mengadukan semua itu pada Allah. Minta bantuan-Nya. Renung balik kesilapan kita.

Sungguh Allah tak pernah zalimi sesiapa. Jadi, tentu apa yang terjadi ada kena mengena dengan dosa kita sendiri. Akuilah kelemahan kita. Menangislah sepuas-puasnya sampai kita lega.

Kemudian, bangkit! Pergilah kembali menghadap kerenah manusia seperti beraninya Musa menghadap Firaun.

Kembalilah menghadap dia yang telah melukakan hati kita itu dengan tersenyum. Tanpa ada sisa air mata. Tanpa wajah kesedihan lagi.

Kalau dia masih ingin terus melontar onar, biar dia tahu, yang kita akan terus menyambutnya dengan sabar.

Walau apapun tingkahnya, walau sedahsyat mana pun dia cuba membunuh kita dengan pedang kejahatan atau kesilapannya, kita takkan tewas begitu saja.

Kalau dia sedang cuba berubah, berlapang dadalah. Tunjukkan betapa indahnya sebuah keinsafan agar dia tersuluh untuk kembali ke pangkal jalan.

Jangan kita punahkan hidayah Allah yang baru berputik di sudut hatinya. Bantulah dia menyuburkannya.

Saat kita mula bangkit, jadilah seperti seorang manusia yang telah mendapat suntikan kekuatan daripada kuasa yang luar biasa.

Pamerkan kekuatan dan ketenangan kita. Senyum.

Dan katakan pada diri kita ...

"Ujian demi ujian yang berlalu akan menambah baik diriku. Betul, aku pernah terluka, tapi sekarang aku okey saja. Aku okey saja!"

@Ruang_Aksara
Terpuruk hati dengan luka melihat hambarnya wajah itu.

Sesukar apa derita yang dia rasa hingga tidak lagi mampu menghadiahi senyuman buatku?

Tubuhnya terlalu sakit atau hatinya yang mula membenci?

Tidakkah dia mengerti segala penjelasanku selama ini?

Tiadakah belas di hatinya mahu meringankan beban yang aku rasai hingga berat benar senyumannya, kelat benar wajahnya?

Tertanya-tanya.

Namun, pantas-pantas kupadamkan bara di hati yang sudah mula memarakkan teka-teki.

Cepat-cepat kudiamkan segala riuh prasangka.

Tenang-tenang memujuk hati menerima hakikat yang terhidang di depan mata.

Ya, tenanglah wahai hati yang terluka.

Sungguh, tiada yang aneh tentang manusia. Tiada yang sempurna!

Yang aneh, yang salah bukan pada hilangnya senyuman pada wajah itu. Tapi pada tingginya pengharapanku.

Tuhan,

Terima kasih kerana terus beriku kekuatan!

@Ruang_Aksara
Kawan, cuba baca tafsir Surah ar- Rahman. Allah sebut tentang segala nikmat-nikmat yang disediakan untuk kita. Semuanya besar-besar. Tentang lautan, gunung-ganang, kejadian tumbuhan, penciptaan jin dan manusia, tentang kehebatan syurga.

Bahkan neraka juga Allah sebut sebagai salah satu nikmat-Nya. Sebab apa? Sebab neraka adalah tempat untuk setiap orang baik mendapat pembelaan terhadap sebarang penganiayaan. Di situlah tempat orang jahat menerima pembalasan.

Jadi, faham tak kenapa Allah ulang, ulang dan ulang berkali-kali ayat ini.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang mahu engkau dustakan?" (Ar-Rahman 55:13)

Ibarat Allah nak tempelak kita cukup-cukup.

"Nikmat Aku banyak! Ada macam-macam. Yang kau nak sedih sangat sebab satu dua perkara, kenapa? Tak tahu bersyukurkah?"

Dalam surah ini, Allah tunjuk pada kita betapa hebatnya Dia mengendalikan seisi dunia, langit dan bumi segala. Semua hal besar-besar. Nikmat yang disebut-sebut dalam surah ar-Rahman juga besar-besar nilainya.

Semua ini seharusnya buat kita rasa malu sendiri. Kita nak kendalikan hati sendiri pun gagal. Kadang dalam melayan masalah kecil, kita lupa pada sekian banyak nikmat yang besar-besar.

Kita sakit hati dengan rakan sepejabat. Kita merajuk pasangan kita balik lambat. Mengamuk bila anak murid tak siapkan kerja rumah. Stres apabila anak lupa buang sampah. Memang! Hal-hal remeh pun kadang boleh buat kita tertekan sangat.

Kawan, memang kita tak boleh lari daripada stres. Selagi bernyawa, selagi itulah ia akan terus menguji dan menguji kita.

Persoalannya bagaimana mahu menundukkan stres dengan segera? Kembalilah segera pada Kalamullah yang mulia. Sungguh. Tidak ada kata-kata yang lebih menenangkan jiwa melebihi segala peringatan dan janji-janji Dia.

Misalnya Surah ar-Rahman ini saja pun sudah sarat dengan sentakan buat jiwa yang sedang berputus asa. Allah bukan saja menyedarkan kita tentang kuasa dan rahmat-Nya, bahkan menerusi surah ini juga Allah mengingatkan kita tentang satu perkara ...

"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?"

Allahu Akbar! Tidak cukupkah lagi janji-janji seperti ini untuk membantu kita memujuk hati?

Teruslah berbuat baik, kawan! Jika segera mendapat imbuhan kebajikan, bersyukurlah. Jika imbuhan itu ditangguhkan, bersabarlah.

Penangguhan balasan baik di atas kebaikan kita ibarat pelaburan juga. Semakin lama ia dilaburkan, semakin tinggi nilainya


@Ruang_Aksara
Terluka. Dan engkau cuba menyembuhkannya.

Sembuh, bukannya dalam sekelip mata. Sembuh, bukan bermakna hati engkau total kembali seperti dulu semula. Bukan!

Realistik saja! Hati apabila telah terluka pasti ada parutnya. Mana mungkin lenyap begitu saja! Maka, sembuh bukan bererti tidak sakit. Tapi mampu bangkit!

Sembuh ertinya engkau telah mampu bangkit bertatih pelan-pelan. Ertinya engkau telah bisa menggenggam kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Ertinya engkau telah mampu mengukir senyuman. Ertinya engkau sudah sedia untuk tulus memaafkan.

Sembuh walau parut itu ada, tapi engkau tidak lagi kalut meraungkan kesakitan. Sembuh tanpa kesalan.

Hanya pengertian - bahawa Tuhan sentiasa punya alasan untuk melonjakkan engkau ke satu lagi titik kehidupan.

Justeru kerana-Nya, engkau bertahan!

@Ruang_Aksara
Tuhan sentiasa ada sebab dalam mengaturkan sesuatu.

Ketika engkau kesunyian dilanyak kelelahan, Dia kirimkan teman dan kekuatan, agar engkau tidak rasa keseorangan.

Ketika engkau tersalah dan dihenyak rasa bersalah, Dia kirimkan musibah dan kesakitan, agar segala salah itu dihapuskan.

Ketika engkau terperosok kepayahan menawan hati yang kerinduan, Dia terus memujuk mengaturkan pertemuan.

Ketika engkau terduduk kebuntuan mengharap satu keperluan, Dia sentiasa punya cara untuk cukupkan.

Kerana Dia Allah as-Sami' Yang Maha Mendengar setiap sesuatu.

Walaupun ketika mulutmu bisu, Dia tahu isi hatimu.

Walaupun ketika seisi dunia tuli dari laungan jerih perihmu, Dia tahu, justeru Dia sentiasa ada sebab dalam mengaturkan sesuatu.

Dan justeru, engkau juga harus punya sebab untuk redha dan terus tersenyum menadah apa-apa pun takdir yang singgah.

@Ruang_Aksara
2024/09/29 06:25:59
Back to Top
HTML Embed Code: