Telegram Web Link
Penciptamu dan penciptaku sama.”

(Petikan daripada Laki-laki yang Tak Berhenti Menangis oleh Rusdi Mathari)

Lalu ketika Nuh menoleh dan melihat kambing itu, dia tak bisa menahan diri untuk tidak tertawa. “Jelek sungguh kamu si kambing. Kakimu ada lima, matamu tiga, mulutmu mencong.”

Begitulah kira-kira yang terucap dari mulut Nuh. Dia terus tertawa hingga kambing yang ditertawakannya bersuara layaknya manusia.

“Hai, Nuh, rupanya memang jelek, dan menurutmu aku mungkin juga makhluk tidak berguna. Tidak bisa berbuat apa-apa sepertimu, tapi apakah kamu lupa wahai manusia berguna?”

“Lupa tentang apa?”

Penciptamu dan penciptaku sama.”

@Ruang_Aksara
Balik dari klinik.

Singgah nak beli kuih.
Nak kuih di gerai A, tapi depan gerai penuh kereta dan motor.

Terpaksa berhenti di hadapan gerai B.
Rasa serba salah.
Sebab gerai B takdak pelanggan.
Gerai A penuh pulak orang.

Ini sudah kali kedua aku lihat gerai B ni tak ada pelanggan langsung masa aku turun beli kuih (di gerai sebelah)

Aku pun,
Hmm oklah beli la sikit kuih kedai dia ni. Dah lah aku parking depan gerai dia kan.

Sambil turun kereta berjalan ke gerai B, aku pun dalam hati mula pasang niat nak sedekah. Nak beli sikit. Mungkin rezeki si kedai B ni dapat sorang pelanggan pada waktu itu.

Sudah di gerai B,
Aku pun pilih kuih.
Aku minta dua. Sebab nak makan dua orang sahaja.

Dia pun masukkan dalam bekas.
Aku tengok.

"Eh. Saya nak dua je kak"

Dia hanya sengih.

"Takpa saya sedekah"

Dia bagi aku tiga.

Tak semena mata aku berkaca.

Saat aku rasa aku yang nak sedekah pada dia (padahal beli je pun dan aku makan juga kuih tu kan)

Rupanya dia lagi laju nak beramal,
Dia yang betul-betul sedekah bagi kuih lebih kat aku.😭

Benarlah erti hidup pada memberi..

Jangan difikir orang yang kita lihat tak punya apa-apa tu tak ada apa-apa.

Kerana mereka yang lebih kekurangan itu boleh jadi lebih kaya dari kita.

Lebih kaya dari yang kononnya telah ada semua.

Miskin dan kaya bukan pada harta.
Tapi pada jiwa.

@Ruang_Aksara
Sekarang ni senang je;
Dosa di hujung jari.

Semoga Allah lindungi kita semua.

Dunia akhir zaman ni sangat kelabu.
Kekadang nak tengok pun rasa takut.
Apalagi nak komen, sesuatu yang kita tak tahu.

Maka,
Yang kita mampu,
Berdoalah.
Pelihara jari, dan hati.
Moga Allah lindungi.
Dari sesuatu yang tidak kita ketahui.

Apa-apa kebenaran?
Jika tak ada di dunia,
Di akhirat itu pasti.

💪🏻


@Ruang_Aksara
Semalaman.

Saya berfikir tentang hujan yang tidak pernah berhenti dari turun ke bumi. Turunnnn terus.

Lebat, perlahan, gerimis dan lebat lagi.

Sehingga saya mulai berdoa 'kuat-kuat' (bersungguh-sungguh) agar Tuhan hentikan ia pada keesokan harinya.

Jadi hari ini?

Bangun saja dari tidur saya mengeluh lagi.

"Hujan lagi!"

Kecewa.

Saya teringat kisah saya kepanasan saat kemarau panjang. Ketika itu, saya sering berdoa di tepi tingkap,

"Tuhanku yang Maha Baik, tolonglah turunkan hujan selebatnya. Saya sudah tidak tahan kepanasan hingga merasakan kepala ini terlalu sakit. Tolonglah Tuhanku."

Sering berdoa mohon diberikan hujan.

Bukan lagi jarang-jarang mendongak ke langit.

Pagi ini setelah mulai mahu berkeluh kesah, maka saya desak hati untuk bertolerensi. Desak sungguh-sungguh. Bukan main-main.

"Jikalau Tuhan itu hanyalah seperti manusia biasa yang kau angkat sebagai idola maka pastilah sakit hati dengan perlakuan tidak bersyukurmu ini. Sekejap mahu itu lebih, sekejap ini mahu kurang. Keluhanmu tidak pernah lelah, 'kan?"

Pejam mata dan saya letak tangan lagi di dada.

"Dunia sifatnya memang begitu. Tidak akan pernah manusia puas dengan nikmatnya. Kerana dunia ini cuma tempat Tuhan menguji sabar dan tenangnya kita semua. Nanti, di syurga nikmatnya besar. Maka, sekarang ini bersabarlah dengan ujian kecil demi nikmat yang besar."

Pagi ini awan masih nangis nangis lagi.

Nangis terus.

@Ruang_Aksara
Banyak kali orang tua saya pesan pasal 'manners' ataupun adab. Jika saya pergi rumah orang, beliau pesan jaga perkataan. Kalau saya berurusan dengan sesiapapun, dia titipkan beberapa amaran.

"Jangan itu dan jangan ini, ya. Behave."

Mari saya rangkumkan setiap pesanan yang beliau titipkan kepada saya.

1. "Bila orang tidak angkat telefon sampai dua kali, jangan paksa lagi. Leave the message. Mana tahu dia sedang tidur, tidak mahu diganggu, mahu bertenang, sedang bersedih, bersama keluarga dan kawan-kawannya ataupun sedang selesaikan urusan penting."

Jangan memaksa orang untuk angkat panggilan kita. Takkanlah tak boleh bersabar. Orang tu tengah dalam toilet, kot? 😭

2. "Bila orang berbesar hati belanja makan tu, maka hati-hati. Bukan semua makanan kamu order. Orang lain order makanan RM5,kamu order harga kurang dari harga itu. Bukan sengaja ambil kesempatan order makanan berharga mahal kecuali dia tolong orderkan."

Jangan sesekali 'aniaya' orang yang belanja kita makan. Nanti dia serik dah nak belanja sebab sikap berlebihan itu. Nak makan banyak, guna duit sendiri.🤭

3." Biarlah orang 'single' dan tiada 'partner'. Itu bukan jenayah besar. Tak payah sibuk bertanya kenapa orang itu terlambat kahwin, majlisnya tidak 'grand', tiada dikurniakan zuriat, hanya ada seorang saja zuriat, berbini banyak ataupun sudah bercerai. Itu hal dia, bukannya dia ajak kamu untuk turut serta urusan hidupnya."

Jangan sibuk dengan hal peribadi orang lain. Mak kita dan mak dia bukannya sama. Kan?😩

4."Orang mati pun kita wajib hormati, apatah lagi orang yang masih hidup. Biarpun kita ada 'title' ataupun jawatan tinggi, tidak payahlah sombong. Nampak orang tua, tunduk, senyum dan hormat. Jumpa orang miskin yang selekeh, tak payah hina. Kita dipandang bukan sebab harta tetapi sebab 'manners'.

Jangan suka berlagak sangat dengan orang lain. Kita semua akan kembali ke tanah yang sama.😢

5. "Anak ada kelebihan masing-masing. Jika ada anak, jangan sesekali rendah-rendahkan atau kutuk mereka di hadapan yang lain. A buat salah, kutuk A di hadapan B. Jangan hairan kalau A kurang sayang dan hormati kamu selepas itu."

Jangan merendahkan anak atau pasangan di hadapan orang lain. Ingat, langit tak selalu cerah. Suatu hari nanti hujan lebat itu membasahi kita pula.

Ada kena mengena tak? 🤔

6." Kalau orang tidak 'ready' ataupun tiada bersama ketika itu, jangan pandai-pandai buat keputusan untuknya. Contohnya pilih baju, dia suka warna A tapi pandai-pandai kamu pilihkan warna B sehingga dia merajuk. Apapun keputusan, mesti 'negotiate'.

Jangan suka jadi hakim tanpa sebarang perbincangan. Hakimpun sebelum nak jatuhkan hukuman, perlu ada prosedur dalam mahkamah. Bukan hari ini tuduh, esok dah gantung. 🤒

Orang tua saya kata, jangan kerap lakukan kesalahan berulang.

Kalau nak jatuh maka jangan jatuh di gaung yang sama. Tetapi kalau bercinta, tak apalah bercinta dengan orang sama.

Gitu.


@Ruang_Aksara
So, which favours of your Lord, would you deny?

I encountered upon this hadith
“He who does not thank people has not truly thanked God,” [Abu Dawud].

It was not once encounter, but thrice. Three consecutive days. But in three different books.

It strucked me after second time. It’s kind of a reminder. Did I forget to thank people? I reflected myself. I pondered and pondered... I might have forget on something. Yeah, there was something.

Such remembrance hit me directly at my heart. It did ache a bit , because it’s not that I forgot it unintentionally. I did it purposely because of my own egos and I had low mood on that time. I was delaying my appreciation towards someone.

I needed to lower my egos and said thank you as sooner as I could. It might hurt my pride, but I know this is the right thing to do.

This is the way how Allah taught me a lesson. Alhamdulillah a’la kulli hal.

The next day, I met up with a friend, though I felt like I wanted to stay in a cave, but I forced myself to move. I already made a promise and I should keep mine.

During our nice and mini picnic at a park, I told her about my findings on the hadith and what I have done after that.

She said, “you shouldn’t force yourself to thank people if you couldn’t do it yet. You always can take your time and do that later. It’s important to remember it’s a matter of between you and Allah, not with people.”

True enough. Those words hit me.

“Can I really take some time?”

“Yes, you can. Appreciation should come from your heart.”

That evening, I continued my readings. I opened ‘Hiduplah Untuk Hari Ini’ book, chapter ‘Janganlah Mengharap Terima Kasih.’

Again, I found the same hadith I have mentioned in this capter. Phew.
Truly there is no coincidence in this world, everything is decreed, if you are a believer.

My friend was right. I shouldn’t think that way. Just because I read the hadith, I felt there is an obligation to follow it. Though my heart wasn’t ready yet. I forced myself.

Instead of doing it involuntary and to please people, we should give ourself some times (but not too long) if we are not prepared. And do thank people when we are comfortable enough. That way we can thank people sincerely from our heart. This is between our heart and Allah. You can give yourself some times. It is truly okay.

Then, I stumbled upon this hadith in the same chapter of the book;

”Aku sebaik-baik sekutu. Barang siapa mempersekutukan-Ku dengan yang lain maka bersama sekutunya itu. Wahai manusia! Beramallah dengan ikhlas. Allah tidak akan menerima amalan kecuali yang didasari keikhlasan. Jangan katakan, 'ini demi Allah dan demi kekeluargaan.' Sebab, sesungguhnya itu dilakukan hanya demi kekeluargaan dan tidak sedikit pun kerana Allah. Jangan pula katakan, 'Ini demi Allah dan demi pemimpin.' (Perbuatan) Itu dilakukan hanya kerana kehormatan pemimpin kalian, dan bukan kerana Allah."

I cried reading this.

After all, how we could thank Allah for big things, if we couldn’t thank His creations (people) for small things?

Learn to thank and appreciate people for even their smallest effort.

Only then we can see another bigger ni’mah and rahmah.
Only then we can learn how to be humble. Only then we can be grateful, and become a part of syakirin.

Don’t we want that?

“Be careful not to let the things that you don't have to blindfold you from noticing the all the blessings in your life.”

Alhamdulillah a’la kulli hal.
So, which favours of your Lord, would you deny?


@Ruang_Aksara
Perihal marah dan mengaku salah.

Ada satu kali tu, aku telah berjanji dengan kawanku untuk berjumpa dengannya selepas habis kerja. Bila waktu kerja nak habis, aku dapat call daripada dia, menyuruh aku datang lambat sedikit kerana dia ada hal lain. Lalu aku teruskan kerja aku dengan bahagia.

Disebabkan aku sejenis manusia yang selalu senyapkan telefon, aku tak perasan pun kawan aku ni call aku sampai 3 kali. Bila aku dah perasan, cepat-cepat aku call dia balik.
Rupanya dia tak jadi buat urusan dia, dan dia ingatkan aku sudah gerak dari ofis. Makanya dia terpaksa menunggu aku lama.

Tapi yang buat aku terkejutnya, sebab ini pertama kali aku dengar nada dia marah sangat. Lebih kurang menyalahkan aku sebab aku tak angkat call dia.

Aku pun cuba rileks lalu terus gerak ke tempat pertemuan. Semasa perjalanan aku terima mesej katanya dia cuba call aku banyak kali. Dan aku reply aku minta maaf, sememangnya aku tak perasan. Terus dia jawab dia pun minta maaf sebab termarah.

Kat sini aku belajar satu benda, kita manusia seringkali nak menyalahkan sesuatu benda/orang lain kalau benda tu tak jadi macam apa yang kita nak. Mesti mencari alasan untuk dipersalahkan.

Cuba bayangkan kalau dalam situasi tadi aku salahkan balik kawan aku tu, sebab dia yang suruh aku buat lambat sebab tu lambat, adakah kami boleh jadi baik balik? Silap hari bulan boleh gaduh besar. Mungkin aku terus cancel taknak jumpa dia, dan biar dia terus menunggu. Lalu putuslah persahabatan. Padahal benda kecik ja pun. Who knows?

Tapi berapa ramai daripada kita disebabkan benda kecil pun boleh bawak gaduh yang sangat besar?

Aku percaya, untuk semua benda yang tak elok jadi, tak boleh salahkan 100% kepada orang lain. Mungkin ada salah silap kita sendiri dekat mana-mana. To err is human. Kalau tak buat silap macam mana nak belajar kan?

Sebagaimana satu hadis nabi, “la taghdob” bermaksud; jangan marah. Baginda ulang sehingga 3 kali. Jangan marah! Jangan marah! Siapakah orang paling kuat?Orang yang menahan marahnya. Bukan senang weh nak tahan marah ataupun sabar. Benda ni memerlukan proses untuk menjadi sabar.
Kita berdoa dikurniakan kesabaran.

Untuk Tuhan makbulkan doa kita yang itu bukanlah dengan diberi terus kesabaran. Hari ini kita seorang pemarah, esoknya terus penyabar. Doa bukan macam pos laju. Untuk jadi seorang yang penyabar tu Tuhan berikan macam-macam ujian, sikit demi sikit kita belajar bersabar sehingga kita dah biasa.

Tak percaya kau tengok macam mak-mak dan pak-pak kita. Kalau anak sulung atau awal-awal ni bukan main garangnya la hai. Mai adik bongsu kita, rotan pun tak. Bahasa bukan main lemah lembut nak menegur. Begitulah. It’s a process.

Mengalah tak semestinya kalah. Masalah kita sekarang, aku boleh kata ego. Kadang salah kita sendiri pun, tetap taknak mengaku salah.
Apa yang kita boleh dapat melalui ego? Literally, nothing! Kita syok sendiri rasa kita menang. Hakikatnya?

Mengaku salah dah meminta maaf. Agak susah untuk yang punya ego. Kita yang mana?

Kadang, mengalah benda yang sememangnya kita betul tu lebih baik berbanding merosakkan satu perhubungan.

Aku pernah menegur sesuatu kakak naqibah usrah aku pasal sesuatu, depan khalayak. To my surprise, she’s being so humble, she admitted her fault and apologised in front of others.

Sebagai naqibah boleh berbuat begitu, membuatkan aku bertambah hormat dengan dia. Kau nampak tak? Dengan mengaku salah walaupun sebagai pemimpin atau jawatan lebih tinggi daripada orang lain langsung tak akan merendahkan posisi orang itu, sebaliknya meninggikan darjat orang itu.

Sebagaimana sahabat nabi, Sayyidina Umar al-Khattab, beliau adalah seorang pemimpin dan pada masa yang beliau adalah pengikut. A true great leader is also a follower. Yang mana benda ni yang selalu orang lupa berada di atas, kita juga adalah pengikut. Bilanya ada kesedaran ini barulah menjadi seorang yang merendah diri. Humble. Samalah konsepnya dengan seorang guru juga sebenarnya adalah seorang murid. Makanya, kita akan jadi manusia yang sentiasa mahu belajar.
Daripada sifat marah, belajar untuk menjadi sabar dan mengalah tak semestinya kalah.

Umpama resmi padi, makin meninggi makin menunduk.


@Ruang_Aksara
I stumbled on this beautiful preach by Syeikh Omar Sulaiman in MercyBakery ads on instagram. I was so inspired listening to his speech regarding doing good to others. In this ads, its referring spesifically to sadaqah.

So here, I am sharing his speech. May his words inspire us to do more good deeds as well.

"And Allah will ask (the oppressed) on the Day of Judgement;
'Who did this to you?'
'Who did this to you?'
'Who put you in this situation?'

And Allah also will ask, 'Who came to your aid?'

And you are presented with a people in distress.
You need them, as much if not more than they need you.

What does it mean to actually be the answer to someone's prayers?
How beautiful is it,when that person raises their hand to the sky for you?

No barrier between them and Allah SWT. And then you meet them on the day of judgement.

'O Allah, him. O Allah her, that is the one who came to my aid.
Who refuse to forget me. Who refuse to neglect me.'

The prophet SAW taught us on this concept on both individual level and community level;
the only goodness that comes in our lives is a result we do some good in someone else.

Know that Allah hears them, and may Allah allow us to hear them as well.


@Ruang_Aksara
Dalam hidup kita ni,
Kadang kadang pelbagai benda yang kita nak.
Nak semuanya indah indah.
Tak ada yang nak hidupnya susah.

Kadang kadang,
dah doa, dah usaha.
Sakit, penat, lelah, sesak.

The deeper the wound, the deeper the sorrow.
And sometimes we don't know how to climb out of these wounds.
Sometimes we want to talk about them, but no one will understand. Sometimes we want to express the sorrow, but we feel too shy or embarassed.

We have to do things that we may not want to do, we may have to give up, or even hold on, despite our hearts wanting to do the exact opposite. And as hard as it may be, Allah knows the subtle wonders which lie in store for us.

Yet how beautiful it is, to know that before Allah there is nothing to be embarassed about. That there is nothing which you say which will not be understood. Because He understands. He is aware and He knows what you are enduring, and relief is a sweet patience away.

Ya, kalau orang tak faham, Allah faham.
Ya, kalau orang tak tahu struggle nya, Allah lebih tahu.
Ya, kalau orang perlekehkan sakitnya harapan itu, Allah memeluk kemas setiap impian kita.

Yes..
Kadang-kadang tu Allah memang tak bagi atau bagi sesuatu, bukan sebab Dia benci, tapi sebab Dia sayang.
Sayang sangat sayang dengan kita.

Mungkin Dia sedang berkata,
"Wahai hamba Ku yang merasa sunyi, merasa lemah, merasa penat, sesak dan lelah dengan dunia, ketahuilah Aku tak pernah terlepas dari memandang kamu dengan penuh kasih sayang.
Aku sedang menunggu untuk bertemu kamu di syurga. Maka, jangan sekali-kali kamu merasa yang kamu cuma seorang.
Aku sangat menyayangi kamu, bertahanlah cuma sedikit waktu lagi."

Bertahanlah untuk sedikit waktu lagi..

" Allah ada perancangan yang terbaik untuk aku, apa jua yang berlaku, Allah tahu, Allah faham, Allah sangat mengerti dan Dia sangat mengetahui. Allah tahu apa yang terbaik buat hamba Nya"
Allah ada, dan Dia tak pernah tinggalkan kita sendirian.

Bila mana kita rasa payah, Dialah yang memudahkan.
Bila mana kita rasa sempit, Dialah yang melapangkan.
Bila mana kita rasa sesak, Dialah yang melegakan.

Andai kita rasakan hidup ini sangat payah, dan tidak berjalan seiring dengan perancangan kita, kita ada Allah.
Andai kita rasakan tiada manusia mengerti dan memahami kita, Dia akan selalu ada untuk fahami kita.
Andai kita merasakan tiada orang yang menyedari tangisan kita, ada Allah yang melihat segalanya.

Menangislah sepuasnya.
Setiap kekusutan, tiada yang melapangkan selain Dia.
Setiap keserabutan, tiada yang meleraikan selain Dia.
Setiap kesakitan, tiada yang menyembuhkan selain Dia.
Allahu Al Basit.Tuhan Yang Maha Melapangkan.
Dia yang Maha Melapangkan.

Kadang-kadang kita rasa jatuh terduduk tak nampak hikmah jalan di hadapan, juga bukan sebab Dia benci tapi Dia sayang.
Kadang-kadang, ada masa kita menangis tak berhenti sebab merasa jalan hidup sangatlah payah.

Semuanya bukan sebab Dia benci tapi sebab Dia sayang.
Dia sangat sayang dan tak nak yang buruk pada kita, tapi yang baik-baik sahaja sekalipun perkara tu sangat-sangat kita inginkan.

Sangat-sangat inginkan...
Sangat sangat perlukan...
Sangat-sangat mahukan..

Tapi kita tak tahu ia baik untuk kita atau tidak.
Pejam mata, tarik nafas perlahan dan rasakan Allah itu sangat dekat dengan kita.

Remember this?
'Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Mu, ya Tuhanku' - [Maryam: 4]

Masya Allah, my favourite verse.
Everytime I look into these words, I just couldn't describe my own feelings. This made me smile somehow, how lucky we are.

It's the best feeling in the world, knowing that there is Allah, who listens to every du'as, who understand every feelings that we feel, who knows what is best for us, and what is not.
Sometimes we could be smiling in the worst situation because we know the situations themselves came from Allah, and He would never leave us. Right?

And dear myself first and foremost,
just remember,
In trusting Allah, sometimes what’s best for us might be what’s most painful. No one knows everything more than Allah.
Sometimes we may not understand the reason behind certain things but for sure, He knows best.

Because no matter what situation we're right now, Allah chose it for us.

So remember to trust Him. Put trust in His plan. Everything happens for a reason. As people, the best we can do is work hard and ask Him for what we want.

Allah knows best and He will give us the best . May whatever tests coming in our way, makes us stronger.

Have faith!

@ruang_aksara
Di dunia ni, tak ada kebahagiaan yang sempurna. Aku dah lama perasan tentang hal ni. Kita happy, kita rasa bahagia, kita ketawa, tapi sebenarnya jauh di sudut hati rasa incomplete itu tetap ada.

Misalnya, kau teruja diraikan dan dihidangkan segala macam makanan sedap-sedap depan mata, tapi kau tetap teringat anak-anak kau kat rumah, terfikir alangkah indahnya kalau mereka ada dan makan bersama.

Atau kau mungkin sedang bahagia tengok anak-anak kau sukses depan mata, tapi kau pun fikir alangkah baiknya kalau arwah isteri kau masih ada dan menikmati moment bahagia ini bersama-sama.

Atau kau seronok saja beraya di rumah mentua kau yang sporting dan baik budi, tapi kau tetap teringat pada keriuhan keluarga kau sendiri.

Begitulah. Sentiasa ada rasa tidak cukup! Tidak pernah sempurna.

Dan kau perlu telan rasa itu dengan penuh redha.

Redha itu maksudnya kau terima hakikat dan tak mengeluh apa-apa. Kau setuju saja.

Hari ini, aku baik-baik saja. Alhamdulillah, aku sihat. Aku tenang dan bahagia. Tapi bahagia aku tak sempurna. Sebab ada rasa rindu yang menekan dada. Rindu pada orang yang jauh di mata.

Namun aku telah lama terima rasa bahagia yang tak sempurna sebagai salah satu cara Allah menzahirkan kesempurnaan-Nya.

Aku tahu, hanya dengan cara itu, manusia seperti aku mampu sedar diri tentang lemahnya seorang hamba. Dan tentang indahnya syurga.

Ya rindu yang menekan dada ketika ini buat aku rindu mahu ke syurga. Kerana hanya di situ, segala bahagia menjadi sempurna. Terpaling sempurna!

Justeru rindu itulah kekuatan aku untuk terus memperjuangkan syurga, tidak peduli sebesar apa pun nilai yang harus aku korbankan untuk mendapatkan tiket ke sana!

@Ruang_Aksara
Kematian terasa begitu dekat. Aku selalu rasa cemas takut banyak hal aku tak sempat buat.

Hari ni rasa cemas tu kuat sekali. Entah berapa banyak air mata yang tumpah. Lepas menangis, menangis. Atas katil menangis. Atas sejadah menangis.

Baiknya suami aku hulurkan minyak. Dia fikir aku sakit kepala sebab banyak menangis. Padahal aku menangis sebab asyik fikir tentang mati saja sepanjang hari ini.

Jujurnya, aku tak kisahkan suami. Aku tahu dia baik, dia kuat dan dia boleh hidup tanpa aku. Even aku tak peduli pun kalau dia kahwin lagi lepas aku mati. Dia memang patut dapat isteri yang jauh lebih baik daripada aku.

Tapi bila fikir tentang anak-anak, aku jadi cuak. Aku tahu tidak ada orang lain yang mampu sayang anak-anak aku sedalam kasih sayang aku pada mereka. Aku yang mengandungkan, melahirkan dan mendidik mereka!

Tapi ya, aku cuak. Sebab aku tahu aku belum cukup mendidik mereka dengan baik. Kalau aku tiada, entah macam mana...

Allahu Akbar, sungguh rasa khauf dan raja' datang sepasang. Dalam pada aku takut-takut pada nasib mereka, tetap juga rasa harap itu ada. Semoga Allah lindungi kesayanganku, anak-anakku yang bertujuh itu. Hingga selamat ke syurga.

Sebak setiap kali mengingat mati dan mengenang yang aku masih belum tunaikan haji. Sempat atau tidak? Dapat atau tidak? Atau aku harus redha saja kalau mati tanpa sempat tunaikan rukun Islam kelima ini? Ya Allah... sedihnya!

Tapi sungguh, yang paling aku risaukan soal hutang aku dengan orang. Ada orang yang bersungguh aku cari, masih belum dapat aku temui. Dan paling aku takut kalau ada hutang yang aku sudah lupa.

Allahu Rabbi. Bagaimana aku mahu mati dalam keadaan begini? Banyak sangat benda tak settle lagi!

Ramai orang cakap aku murah hati. Selalu sedekah itu ini. Hakikatnya , aku cuma sedang buat apa yang perlu.

Memang bersedekah itu perlu bagi aku. Kalau tidak, macam mana aku nak timbus semua dosa-dosa? Macam mana aku nak jawab kat akhirat nanti kalau ada hutang yang tak sempat aku bayar masa di dunia sebab aku tak jumpa orangnya? Ya Rabb... Engkau Maha Tahu betapa aku telah mencuba!

Tentang mati. Ini satu hal yang sangat pasti. Hal yang sering buat aku ketakutan sendiri.

Kadang aku tengok ragam manusia berebut harta, pangkat dan pengaruh dengan rasa kosong, sekosong-kosongnya.

Di usia ini, malas aku nak fikir tentang persaingan, tentang kemenangan, tentang kemewahan.

Aku cuma nak fikir tentang persediaan. Dan aku berdoa, mudah-mudahan Allah ambil aku ketika aku benar-benar sudah bersedia.

Sekarang, belum. Jujurnya aku mahu... tapi aku belum mampu. Belum sampai ke tahap itu persediaan aku. Terlalu banyak yang perlu aku selesaikan dahulu

Ya Allah, mohon Kau berikan sedikit lagi waktu.

@Ruang_Aksara
Nak zikir, hati digayut rasa malas. Nak bangun tahajud, mata digayut rasa mengantuk. Bukan solat sunat saja culas, solat wajib pun akhir waktu.

Subhanallah!
Ini petanda aras iman aku berada di titik lemah. Ini kenyataan yang akan buat hati aku resah gelisah. Aku takut tapi sungguh dalam masa yang sama, aku tetap mencintai kegelisahan ini!

Kenapa?

Sebab itulah saja petanda bahawa iman aku masih berbaki. Setitik, dua titik, tak kisah! Walaupun tak membara, tak mengapa. Yang penting baranya masih ada!

Bayangkan kalau kau tinggal solat, tak rasa bersalah. Bayangkan kalau kau buat maksiat tapi rasa biasa. Bayangkan kalau kau mengumpat, kau tak terfikir lagi dah akibatnya.

Ini jauh lagi kritikal. Robek habis!

Jadi bagi aku, resah itulah petanda iman aku masih ada. Sedikit bara itulah harapan aku untuk menyalakan balik apa yang hampir padam.

Bara yang kalau aku nak marakkan balik, bukan perlu curah minyak. Tapi air mata penyesalan, air mata dendam. Sesal dengan kerenah sendiri. Dendam pada nafsu dan syaitan, musuh utama manusia!

Allah As Sami' dengar! Aku sentiasa percaya itu. Kalau hal yang ada dalam hati aku pun Dia tahu, apatah lagi tangisan penyesalan aku yang mendayu-dayu. Dia dengar!

Dia Maha Mengasihi dan Maha Mengasihani, itu aku teguh percaya. Sebab tu, aku usahakan juga buat apa saja untuk meraih simpati-Nya. "Aku lemah, Ya Allah. Engkau tolonglah!"

Iman.

Kau bercakap tentang iman, bererti kau akan bercakap tentang sesuatu yang ada turun naiknya.

Akan sampai masanya di mana kau akan tetap tergelincir dengan dosa walaupun kau tak suka dan kau cukup berjaga-jaga.

Apabila tiba situasi seperti ini dalam hidup aku, sungguh apa yang telah aku tulis, aku cakap, aku pesankan pada orang akan menjadi peluru. Peluru yang menembak hati aku bertalu-talu. Sakit!

Tapi itulah juga sebenarnya yang melindungi aku. Yang jadi perisai agar aku dapat terus bertahan.

Perisai malu. Malu pada kata-kata sendiri. Malu pada apa yang telah kupesankan pada orang lain. Terpantul jelas wajah aku di cermin. Dan itulah yang menjadi kekuatan aku!

Maka, kalau kau lihat aku sentiasa berpesan-pesan agar melakukan kebaikan, ketahuilah pesanan itu bukan cuma untuk kau, dia dan mereka. Lebih penting lagi untuk diri aku sendiri. Itulah peluru yang akan membidik kelalaian hati aku hari ini atau suatu hari nanti!

Kalau kau lihat aku menegur dan mencegah kemungkaran, sebenarnya itu bukan cuma atas nama tanggungjawab pada orang lain, tapi lebih penting lagi, itulah benteng yang cuba kubina sebagai cermin.

Itulah perisai untuk aku sedar diri bahawa aku sama saja seperti mereka. Tergelincir juga. Lemah, selemah-lemahnya!

Ya, aku tahu yang aku tidak pernah lebih baik daripada sesiapa. Dan aku tahu, aku tidak mahu jemu berusaha dan akan sentiasa mencuba. Even it is by trial and error!

@Ruang_Aksara
Menunggu

menepi...
seperti senja jatuh di kaki langit
lambat-lambat hilang tanpa pesan
tidak kabarkan pulang
pada deretan tunggu di dermaga waktu

sekujur tubuh...
menahan peluru kenangan
bertubi-tubi menikam
tajam
tembusi selembar ingatan
carik dan berlubang

lalu,
aku bagai angin
terbiar melayang
terkadang hangat dan dingin
dipeluk sepi yang sering
hanya bisa singgah di jendelamu
menjenguk rindu
menitip sedih di muka pintu

dan pulang...
sesat di ranting kering
mengayun putik-putik layu
luruh ke masa lalu
berharap
bertemu lagi denganmu
di kamar itu
meski kita telah kehilangan cumbu

pun rindu...
masih menetap
menjalani hari-hariku
mengintip kisah kelmarin
mendengar hening
dari suara hujan yang patah
dan lelah

sementara aku...
menunggu Tuhan menggantikan hati
untuk air mata ini berhenti
dan luka mati
seperti semula kita tak pernah saling mencintai...

@Ruang_Aksara
Attention seeker. Sejenis manusia yang sentiasa dahagakan perhatian dan pujukan orang terhadapnya.

Ada-ada saja isu yang nak ditimbulkan. Kadang sampai ke level ugutan.

Tak habis-habis play victim. Orang lain semua jahat. Dialah orang baik yang tersakiti. Punyalah mengharap orang tengok dia, macam-macam drama dia terpaksa reka.

Allahu Rabbi. Kesian tengok orang macam ni. Try hard betul!

Tapi minta maaf, saya memang malas nak layan! Sebab pengalaman buat saya matang menilai keadaan. Orang tu benar-benar terdesak atau pura-pura, kadang dah boleh 'baca' situasinya.

Orang macam ni, lagi dilayan, lagi menjadi-jadi. So, abaikan saja. Tak payah pujuk, tak payah kutuk.

Anggap saja dia halimunan yang sedang berhalusinasi. Kita tak nampak dia, tak dengar apa-apa, tak tahu cerita.

Penat berlakon nanti, pandailah dia berhenti. Tamat. Dan semua orang boleh tidur lena.

Orang jenis attention seeker ni kita kena layan macam orang sihat yang malas bekerja. Duit tak ada, dia pinjam kita.

Sekali, dua kali, bolehlah kita layankan. Bagi, bagi. Tapi kalau asyik-asyik nak bagi, apa cerita! Sampai bila kita nak jadi orang yang asyik suap makanan ke mulut dia? Takkan kita nak jadikan dia seorang yang malas berusaha?

Dalam hidup ni, kita kena faham, manusia ada macam-macam ragam.

Adakalanya kita membantu dengan memberi. Adakalanya kita membantu dengan menahan.

Yang disebut berbuat baik itu bukanlah dengan membabi buta. Tapi dengan pertimbangan akal waras kita.

Be kind but not naive!

Beri, tapi jangan sampai orang ambil kesempatan.
Beri perhatian, tapi jangan sampai diperbodohkan!

Bantu para attention seeker ini keluar daripada kemelut isu yang mereka cipta sendiri dengan tidak lagi peduli.

Bantu orang yang malas bekerja dengan tidak lagi membantu mereka agar akhirnya mereka terpaksa berdikari sendiri.

Insya-Allah, things will getting better. Tiada lagi drama-drama yang menyesakkan dada kita!

Berdepan orang bermasalah, jangan kita pula resah gelisah.

Sungguh, bukan semua yang hadir depan mata perlu dimasukkan dalam otak kita. Kadang, cuma perlu diabaikan saja.

Tapis. Belajar tapis sebahagiannya.

Baru banyak ruang masa kita boleh dimanfaatkan untuk hal-hal yang lebih penting.

@Ruang_Aksara
Menangis untuk lepaskan tenaga negatif itu normal.
Diam untuk elak pertengkaran itu normal.
Kawal newsfeed di media sosial itu normal.
Bersendiri untuk menyelesaikan masalah itu normal.

Kawan, memilih fikiran yang rasional itu adalah keperluan hidup. Tambahan bila kita sedar yang fikiran negatif tidak lagi membantu ke arah pembangunan diri yang lebih baik.

Jika selama ini kita selalu :

- Merasa cemburu dengan kisah orang yang berjaya.
- Merasa sunyi dengan orang lain yang ada pasangan.
- Merasa rendah diri dengan orang yang lebih cantik.

Dah boleh dah perlahan lahan tinggalkan tabiat begitu.

Bila datang rasa rendah diri, pasakkan dalam dalam bahawa kalian juga banyak kelebihan dan potensi.

Tidak perlu ada power baru dapat tahu potensi diri. Dalam kalian sudah ada genetik genius sendiri. Maka galilah dan cari.

'We are born with our own capability. You will shine differently when you are feel enough with your own strength.'

InshaAllah. Yakin!

@Ruang_Aksara
Ukhwah ni pelik kan?

Kadang-kadang orang yang jarang kita hubungi, tetap ada dalam hati kita sampai bila-bila.

Kadang-kadang ada orang yang kita hari-hari mesej, lama-lama diam dan makin menjauh.

Kadang-kadang, sekadar hadir untuk mengucapkan tahniah, dan kemudian menyepi.

Kadang-kadang, sekadar memerhati segala perkembangan kita tanpa sepatah kata.

Kadang-kadang ajak berjumpa apabila ada hal atau kerja.

Kadang-kadang, ada yang kita jarang berbual. Tetapi apabila kita memerlukan, dia tidak lokek menghulurkan bantuan.

Kadang-kadang, ada yang begitu rapat, berjumpa setiap hari, berkongsi cerita itu ini. Akhirnya pergi meninggalkan segaris luka di hati.

Okey.

Jangan lihat orang.
Tapi, lihatlah diri kita.

Satu nak pesan, jangan sesekali terus menghukum orang daripada mulut orang lain.

Pengalaman aku, dah 3 kali aku dengar cerita yang tidak baik pasal seseorang.

Tapi, apabila aku mengenalinya sendiri, 3 orang tu akhirnya menjadi sebahagian daripada hidupku.

Tidak aku sangka, mereka begitu baik terhadapku.

Allah. Bagaimana dengan cerita yang aku dengar sebelum ini?

Adakah kawan aku berdusta?

Tidak.

Kita yang mendengar perlu bijak menilai.

Ingatlah, mungkin dia tidak baik dengan orang lain.

Tetapi, tidak semestinya dia jahat dengan semua orang.

Kita?
Kenal dahulu,
menghukum jangan melulu.

Mana tau,dia baik dengan kita, sebab kita pun baik dengan dia.

Jadi, satu-satunya pilihan yang kita ada, baiklah pada semua orang.

Kbai.


@Ruang_Aksara
Apa yang perlu aku buat bila ada satu persoalan dalam hidup yang tak mampu aku jawab?” Sayu ketika bertanyakan soalan ini.

“Tak semua persoalan memerlukan jawapan. Terkadang memang tak akan ada jawapan.”

Diam.

“Apa yang aku perlu buat kalau aku takut dan sangsi akan pilihan yang aku pilih sebenarnya adalah salah dan bodoh?”

“Tanda seseorang matang adalah apabila berani mengkritik pilihan sendiri. Melihat kembali pilihan. Refleksi semuanya kembali.”

“Kau tahu apa maksud i’brah ?” Sambungnya lagi.

“Pengajaran, bukan?”

“Kata akar ibrah ialah عَبَرَ (A’ Ba Ro). Kau tahu apa maksudnya?”

“Tak.”

“Air mata yg jernih.”

“Jadinya untuk belajar akan sesuatu harus melalui air mata?” Entahlah, terasa sebak mengetahui akan maksudnya. Sungguh aku mahu menangis.

“Haaa... Kau sudah pun boleh nampak perkaitannya. Antara perkataan lain yang mempunyai kata akar yang sama ialah I’bar. Maksudnya telaga air jernih, dalam dan gelap.
Air telaga jernih kerana ianya tenang tak terganggu.
Untuk mendapat i’brah, atau pengajaran, memerlukan kejernihan dan kegelapan.
Kejernihan hati, dan juga keadaan yang gelap. Gelap lambang kepada kehimpitan, kerisauan, ketakutan, kesangsian.”

“Weh, aku rasa macam nak menangis,” air mata mula bertakung di hujung kelopak mata. Terasa panas.

“Menangis ja...”

Jeda.

“Jika sudah pun melalui proses i’brah, kemudiannya barulah mendapat i’ktibar اعتبر, yang bermaksud hormat akan semua perkara setelah menilainya. Inilah yang dimaksudkan dengan teladan.

Dalam Surah Yusuf, Yusuf dicampakkan ke dalam sebuah perigi yang disebut ‘Ghoyabatil jub’ غَيَٰبَتِ الْجُبِّ. Di sini Quran menyebutkan Nabi Yusuf berada dalam perigi tersebut dalam keadaan satu tempoh masa. Quran tidak menyatakan masa itu secara terperinci. Kenapa? Untuk mengatakannya tempoh itu adalah lama, mungkin berhari-hari. Adalah memerlukan tempoh yang lama untuk mendapat ibrah.

Apa yang kau akan rasa dan buat kalau kau terperangkap dalam satu keadaan yang gelap, tidak ada jalan keluar. Tidak ada orang lain yang boleh bercakap?”

“Itu sangat menakutkan. Tak boleh bayang.” Berkerut muka cuba membayangkan.

“Waktu itulah refleksi diri terjadi. Bayangkan dalam keadaan gelap, ketakutan begitu, proses refleksi diri yang tinggi terjadi. Nabi Yusuf adalah seorang manusia yang banyak menghadapi pergolakan-pergolakan dalam hidup, dibuang adik beradik, menjadi hamba, difitnah, dipenjara. Disebabkan itu, Yusuf lebih banyak berdiam, tetapi sebalik diamnya itu, penuh dengan refleksi,”

“Jadinya aku tidak boleh mengharapkan satu jawapan konkrit dari persoalan aku?”

“Tidak boleh. Ianya adalah abstrak. Tidak ada jawapan betul dan salah. Setiap satunya adalah unik dan bergantung kepada refleksi situasi individu.”

Termenung berfikir.

Segala sesuatu melalui proses yang panjang sebelum mencapai titik akhir. Sepanjang proses itulah agaknya pengajaran berlaku. Bukannya pada titik akhir.

Segalanya dalam hidup semuanya adalah tentang melalui dan menghargai proses.

Dari bahan mentah, dibersihkan dipotong dan dimasuk barulah menjadi makanan yang sedia dimakan. Proses. Mungkin mengambil masa, berjam atau berhari.

Dari benih yang kecil menjadi sebatang pokok besar teduh berbunga kemudian berbuah memberi manfaat kepada orang lain. Proses. Proses tumbesaran yang lama, bertahun.

Dari bayi kecil merah yang langsung tidak berdaya apa-apa membesar menjadi seorang dewasa mandiri yang boleh berfikir menggunakan logik akal. Proses. Juga proses tumbesaran yang lama, bertahun.

Dari seni bina vernakular ataupun domestik evolusi menjadi senibina bangunan komersial pencakar langit. Proses.
Proses evolusi yang sangat panjang, bahkan ribuan tahun.

“Jadinya adakah aku tak bercukup bersabar kerana mahu jawapan akhir dengan cepat?”

“Harus melalui proses ibrah.”

Termenung sendiri.

Benarlah, kita selalu mengabaikan dan tidak menghargai proses. Hanya kerana tidak cukup sabar, terus mahukan keputusan akhir yang boleh dilihat.

Sabar, berhentilah sekejap dan nikmatilah hidup dengan perlahan-lahan.


@Ruang_Aksara
Ringkas, tetapi cukup menyembuhkan.

Dia tahu, kita kadang-kadang lost.

Dia tahu, kita kadang-kadang serabut.

Dia tahu, kita kadang-kadang buntu.

Dan di saat itu, Dia ada.

"Fahada" – 'fa' bererti maka. Imbuhan ini dalam bahasa Arab membawa maksud jaminan terhadap apa sahaja yang datang selepasnya. Dalam konteks ayat ini, Dia menjamin bahawa dia akan membimbing (memberikan petunjuk) kepada kita.

"Hada" – bererti petunjuk, bimbingan. Datang dalam bentuk kata kerja. Kata kerja membawa maksud bahawa ia bukan janji kosong, tetapi janji berserta tindakan.

Janji-Nya pasti tiba, apakah kita masih mahu berputus asa?

#RefleksiJumaat
#RefleksiRamadan

@Ruang_Aksara
2024/09/29 10:21:36
Back to Top
HTML Embed Code: