Telegram Web Link
Ketakutan meneruskan kehidupan!
Perasaan apa yang hadir ini, wahai Tuhan?
Dalam pekat malam, aku mengongoi dalam diam.
Dalam pada tertahan-tahan, pipi tetap basah mengalirkan tekanan,
Resah gelisah berterusan,
Sendirian.

Perasaan apa yang hadir ini wahai Tuhan?
Rasa benci pada diri sendiri,
Rasa benci pada semua yang kukasihi,
Rasa mahu membunuh segala bahagia yang baru kunikmati,
Bahkan mahu menjauh daripada segala yang maujud di dunia ini!

Ketakutan meneruskan kehidupan!
Apa ini tanda aku sedang menuju kematian?

Tolong aku, Tuhan!
Tolong jangan ambil kembali apa yang pernah Engkau beri,
Cahaya seindah itu sudah jadi milik aku,
Maka tolong biarkan ia terus begitu,
Sungguh-sungguh aku merayu...
Tolong!

Andai cahaya itu kian malap dan aku akhirnya harus kembali bergelap,
Andai air mata ini terus mengalir lagi dan lagi menjadi banjir melemaskan diri ini,
Aku pasti mati!
Dalam benci...
Benci Engkau pada aku,
Benci aku pada aku,
Tidak, aku tidak mahu!
Tolong jangan sampai begitu!

Tolong aku, Tuhan!
Aku ketakutan meneruskan kehidupan!


@Ruang_Aksara
Saya secara peribadi memang mengenali keluarga ini.

Jumratiah Binti Naip, ibu tunggal yang dikurniakan seorang anak kurang upaya dan menjaga seorang adik lelaki yang juga kurang upaya.

Mereka tidak mempunyai rumah melainkan sebuah tapak rumah yang tidak berdinding. Kini beliau menumpang di rumah adiknya yang terdiri daripada 6 anggota. Bayangkan dalam sebuah rumah kecil berpenghuni 10 orang. Hakikatnya rumah yang sudah usang tersebut terlalu kecil untuk menampung kesepuluh mereka.

ibu tunggal yang dikurniakan seorang anak kurang upaya kategori Global Development Delay (GDD) iaitu seorang kanak-kanak yang tidak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya berdasarkan umurnya.

Jumratiah mempunyai seorang adik yang juga merupakan seorang kurang upaya dimana kedua belah matanya tidak dapat melihat dan dia juga memerlukan pertolongan jika ingin bergerak kerana dia tidak boleh berjalan.

Ayah Jumratiah yang juga seorang muallaf telah meninggal sekitar 20 tahun lalu dan disusuli arwah ibunya 9 tahun kemudian.

Setelah kematian keduanya, kehidupan Jumratiah sekeluarga disara oleh abangnya sehingga arwah meninggal pada bulan November yang lalu.

Kini tanggungjawab menjaga adik dan anaknya yang kurang upaya serta anak arwah abangnya terletak di bahu Jumratiah.

Dengan keprihatinan anda, kami ingin bangunkan sebuah rumah kos rendah di tapak yang dia miliki sebagai hadiah buat mereka sekeluarga.

Klik link untuk bersama kami bina sebuah rumah untuk Jumratiah dan keluarga kecilnya :
https://www.ensany.com/campaign/3380

Mohon please share beramai ramai ya. Tempoh kempen ini hanya tinggal 6 hari sahaja lagi.

Semoga dengan bantuan semua dapat memberi sinar baru dalam hidup mereka.

@Ruang_Aksara
Biarlah masalah yang dirasakan terlalu banyak,
'alasan' untuk selalu mengadu dan pergi
hanya kepada-Nya. Bila masalah tidak lagi
dipandang sebagai masalah, tapi 'nikmat' yang
meningkatkan keterdekatan hamba kepada
Tuhannya— hidup lebih terjalani indah dan
tenang, Insya-Allah.

:)

Tenangkah hatimu hari ini?

@Ruang_Aksara
Kalau yang pergi itu seorang manusia yang tidak pandai menghargai, seharusnya kau relakan saja.

Kalau yang pergi itu seorang pengkhianat, seharusnya kau bersyukur sebanyak-banyaknya.

Kalau yang pergi itu manusia yang tidak setia, maka biarkanlah dia.

Kau tahu?

Aku saban waktu mengharap Tuhan membersihkan sekitarku daripada seputar manusia-manusia seperti itu.

Walau segunung kasihku,
Walau selaut cintaku,
Tapi jika saja dia tidak tahu menilainya, aku tega dia pergi tanpa kembali.
Tiada tempat untuknya di sisi ini.

Dan kau tahu, teman?

Pada setiap perginya manusia seumpama ini, hidupku lebih aman.
Tenang tanpa pura-pura,
Bahagia tanpa prasangka.

Justeru mengapa harus kau layankan duka saat Tuhan sudah menjauhkan kau daripada dia?

Syukuri pilihan-Nya!


@Ruang_Aksara
"Entahlah kak ..Saya pun keliru.." Dia lepaskan keluhan di hujung hela nafasnya.

" Saya penat, penat sangat dengan hidup, susah nak move on. susah nak lepaskan. Makin nak lepaskan..makin sakit. Susah ya kak nak lupakan apa yang dah berlaku?"

Saya dengar saja.

Tapi entah kenapa rasa nak lari, nak peluk dia. Sebab saya sendiri tahu dan pernah rasa bagaimana rasa sakitnya tu.

Untuk menerima Qadr Allah, tak bermakna kita tak akan sakit. Yes it will. A lot.

Hati kita akan rasa sakit, akan rasa hancur dulu.
Air mata kita akan mengalir setiap masa.
Dalam kepala kita tak boleh nak sense apa yang berlaku.

Sampai satu tahap mungkin kita tertanya tanya,

'kenapa begini ya Allah?"

Tapi ketika ini lah kita kena ingat apa yang Allah pilih untuk kita itu yang terbaik. walaupun it doesnt make sense.

Pilihan Allah tetap adalah pilhan yang terbaik daripada apa yang kita nak.

Hanya kerana kita berdegil tak mahu menerima apa yang telah terjadi, ia takkan mengubah apa-apa yang telah ditentukan oleh Tuhan.

Dengan rasa sakit, dengan rasa serabut, pedih, lelah, sesak dan segala tangisan itu lah proses untuk menerima takdir Allah. Percayalah, itu semua proses.

Proses menjadi lebih kuat.

Itu lah yang membuatkan kita kuat dan belajar menerima takdir Allah.

Semua orang buat silap. Its okay.
Semua orang pernah gagal. Its okay.
semua orang pernah jatuh. Its okay.

"Kadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang itu Allah akan biarkan hati dia hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada lagi harapan di dunia ini.

Dan itu akan membuat dia punya harapan hanya untuk Allah saja."– Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Tarik nafas.

Bertenang.

Ambil masa untuk bersendiri.

I know, it’s never easy to let go.
Never easy.

It takes time dear.
Bukan hari ni lepaskan, esok pagi dah tak rasa apa-apa.
Bukan begitu,
tapi kadang-kadang sebab kita tahu itu yang terbaik.
Lepaskan pergi, at the moment at least.
Lepaskan juga walaupun dalam keadaan susah dan sangat struggle.

Ada satu doa yang sangat best yang saya nak kongsikan,

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.

Baca lah berulang ulang kali.

Kita semua akan diuji dengan titik terlemah kita sehingga kita terduduk tak terdaya. Lalu kita sedar bahawa tiada kebahagiaan melainkan dengan jalan sabar dan redha menerima ketetapan dan keputusan Allah.

Apa yang dah berlaku tak mampu untuk diubah, its okay.
Apa yang akan terjadi juga kita tak tahu. Its okay.

Ita totally okay.

We all make mistakes, have struggles, and even regret things in our past. But we are not our mistakes, we are not our struggles, and we are here now with the power with the help of Allah to shape our day and our future.

Its okay.

Every single thing that has ever happened in our life is preparing us for a moment that is yet to come.

One day all the pain will disappear.

Yang bersedih akan tersenyum.
Yang diuji akan tabah.
Yang patah hati akan bahagia.

Kalau hati tu dah pecah, terkoyak, ambil, kutip balik, cantumkan semula dan isi hati kita dengan Allah.

Susah, memang susah.
Penat, memang penat.

Tapi Allah tahu. Dia tahu. Dia faham.
Bahagia pasti akan tiba.

Have faith dear! :)

@Ruang_Aksara
Kerinduan kepada yang telah pergi.

Kendati pun kita cuba bersabar dan menerimanya dengan redha, namun sesekali pasti juga rasa rindu itu tetap singgah lalu hati menjadi resah gelisah.

Rindu pada sesuatu yang telah pergi dan pada kenangan yang tidak mungkin akan berulang lagi.

Ya Allah, rahmatilah insan-insan yang pernah hadir menyerikan kehidupan kami.

Redhailah mereka yang telah pergi dan redhakanlah hati kami dengan takdir ini. Amin. Amin. Amin.


@Ruang_Aksara
Pernah satu kali tu, aku tengah down teruk. Dan aku bawa diri berjumpa dengan seorang sahabat.

“Why are you so different when you are with me?” Dia buat muka hairan selepas aku merengek-rengek mengadu macam-macam, hampir sikit saja lagi mahu menangis.

“Different in term of what?” Aku lagi hairan.

“Yalah, in your social media, you look like a very inspiring and strong person. Your posts are full with positive words... but look at you now, in front of me...”

“Okeyyy... so, what?”

“So... jelly. Lemah dan lembik,” dia gelak sambil buat gaya tangan goyang macam rupa jeli kena goyang.

Aku gelak.

“Weiiii, everybody wants to hide their skeletons in their closet. Who wants to share it in public? Okeylah... may be there are some people chose to spill their tea in public. But that’s their decision.

I am not an angel. I am a human being too. Because only with you, I am comfortable to show my true colours... my vulnerabilities.”

Acee... bukan main ayat.

Itulah, seringkali kita selalu lupa yang orang yang kita rasa paling kuat itu sebenarnya ada ketika juga rasa lemah. Bukannya kuat dari azali. Dengan kelemahan itu dia cuba cari balik kekuatan untuk bangun.

Sebab kita semua adalah manusia, masing-masing ada titik kelemahan dan kekuatan sendiri. Ada kalanya kita perlukan orang lain untuk kepastian, sokongan, doa dan harapan.

Always be kind to others, people. Always.
We don’t know what they have went through.

A simple question like “are you okay?” sometimes made a person’s day.

“Sometimes the person who is always there for everyone else, needs someone there for them too. Sometimes, the person who smiles the biggest holds the biggest hurt.“

Be kind.
🙂


@Ruang_Aksara
“Tell me, have you seen a sunset, turn into a sunrise?”

Mendengar lirik lagu ini di radio, teringat akan satu soalan daripada seorang rakan yang ketika itu senja mula melabuhkan tirai malamnya.

“Hanis, antara matahari terbenam dan matahari terbit, yang mana satu lagi awak suka?”

Terdiam seketika. Berfikir.

“Kedua-duanya saya suka,” tenang.

“Kenapa?” Dan sangkanya saya hanya sukakan matahari terbenam.

Matahari terbenam adalah tanda kegelapan malam akan menjelang.
Gelap dan malam sinonim dengan kejahatan, malang, dugaan, musibah dan segala yang pahit yang perlu kita hadapi dalam kehidupan.

Detik-detik sebelum betul-betul gelap itulah yang paling indah untuk dinikmati. Dengan suhu dan angin nyaman ditambah variasi warna langit kuning, jingga, merah hingga magenta. Begitulah juga hidup, saat ketika paling aman itulah, kita harus bersedia, boleh jadi selepas itu ada ujian melanda seperti gelapnya malam.

Seringkali kita lupa, gelap malam kan berakhir dengan terbitnya fajar dan matahari esoknya.
Tanda harapan sentiasa masih ada.
Sentiasa ada.

Mana mungkin mencintai yang waktu terbenam sahaja tanpa pasangannya, waktu terbitnya seribu harapan baru.

“Mengapa manusia lebih mencintai senja daripada fajar?

Kerana manusia lebih banyak
meratapi kepergian daripada
menyambut yang datang,” - Jiwa.

@Ruang_Aksara
Kalau rintik hujan itu kau anggap beban, biarlah mentari mencipta kemarau agar kau tahu sakitnya merindu.

Rindu melihat awan mendung.

Rindu mendengar derap hujan memukul bumbung.

Kalau terik mentari itu kau anggap beban, biarlah hujan mencipta bah agar kau tahu peritnya menunggu.

Tertunggu-tunggu munculnya pagi.

Tertunggu-tunggu mentari kembali.

Kalau maujudnya dia kau anggap beban, biarlah takdir mencipta perpisahan agar kau mengerti apa itu pernah.

Pernah ada dia yang tulus mencintai.

Pernah ada dia yang tidak kau hargai.

Sayang,

Ada peluang yang takkan berulang lagi.

Ada pemergian yang tidak pandai kembali.

Hati-hati
!

@Ruang_Aksara
“Even if it’s 50-50, we’ll still try our best to save your mom.” The doctor smiled, before she continued, “I saw you were crying there. Dont worry we’ll try our best.”

I dont know whether the doctor was just trying to comfort me or she was just a plain kind doctor. I dont know, “Thank you” i said

I glanced to the left where my mom was lying emotionlessly. No smile. No laughter. No voice. Her chest went up and down fastly. I looked at the monitor. Heart rate 144.

“Mak, rif datang ni ica pun ada. Mak kena kuat ye.” My brother rubbed my mom’s forehead. And I cried.

I am a cry baby afterall, i think i’m strong — but i guess i’m not that strong yet. My brother asked me how do i cope when my father died.

I never cope. I would still cry everytime i remember or tell people about my father. The wound, the scar — they are still there. But, they are the proof that i overcome something big in life. They are the reminder of times when life tried to break me but failed.

“Mak, mak kata nak pergi jalan-jalan lagi, cepatlah bangun.” I rubbed her hand, and i kissed her cheeks as i bid farewell.

I remembered my mom told me many times that her cancer will clear. That she will be as healthy as before.

Mak, do you feel uncomfortable with all the wires and machines? Do you feel hurt?
Mak, will it be so selfish of me if I ask you to stay a little bit longer...?

@Ruang_Aksara
Bila bila rasa down, rasa macam segala benda tak menjadi mengikut perancangan kita.

Ambil wuduk.
Doa banyak banyak.
Nangis. Luahkan pada Allah.

Tutup mata, tarik nafas perlahan dalam-dalam kemudian hembus, letak tangan atas dada, dan katakan pada diri sendiri.

" Allah ada perancangan yang terbaik untuk aku, apa jua yang berlaku, Allah tahu, Allah faham, Allah sangat mengerti dan Dia sangat mengetahui. Allah tahu apa yang terbaik buat hamba Nya"

Teringat masa belajar degree dulu Dr Marsufah pernah cakap,

"Pernah dengar tak ni? Kalau kita dapat apa yang kita doakan selama ini, mungkin kita boleh syukur 1 kali, tapi kalau kita tak dapat apa yang kita nak kan seperti yang kita minta dalam doa, kita kena syukur 10 kali.."

"Eh?"

"Yang kita doa itu pilihan kita, Allah makbulkan. Tapi bila Allah tak bagi lagi,mungkin itu lah pilihan Allah yang terbaik untuk kita"

Allah ada, dan Dia tak pernah tinggalkan kita sendirian.
Bila mana kita rasa payah, Dialah yang memudahkan.
Bila mana kita rasa sempit, Dialah yang melapangkan.
Bila mana kita rasa sesak, Dialah yang melegakan.

Andai kita rasakan hidup ini sangat payah, dan tidak berjalan seiring dengan perancangan kita, mengadu lah kepada Allah dan menangislah sepuasnya.

Andai kita rasakan tiada manusia mengerti dan memahami kita, Dia akan selalu ada untuk fahami kita.

Andai kita merasakan tiada orang yang menyedari tangisan kita, ingatlah Allah yang melihat segalanya.

Mengadulah kepada Dia dan menangislah.

Setiap kekusutan, tiada yang melapangkan selain Dia.
Setiap keserabutan, tiada yang meleraikan selain Dia.
Setiap kesakitan, tiada yang menyembuhkan selain Dia.

Allahu Al Basit.Tuhan Yang Maha Melapangkan.
Dia yang Maha Melapangkan.

He unfolds thing. Masya Allah!

If we feel stuck like a lump, or twisted like a long rope, know that He can unfold us.

If our chest feels really tight due all to the problems coming our way. Or perhaps there's nothing wrong but we're constantly worry of something, believe that, He can release that feeling and make us feel at ease.

Dear believer, don't despair.

Remember this ayah?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…” (At-Taubah :129)

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”( At -Taubah :40 )

Masya Allah!

If He doesnt heal us today. He will heal us tomorrow. The cure always comes. Certainly Allah loves those whose put their trust in Him.

May whatever tests coming in our way, makes us stronger.

Insya Allah.

Have faith ey...;)

@Ruang_Aksara
Saya pun baru start follow beliau di IG . Lepas je tengok satu rancangan beliau dengan Prof Muhaya masa tu. Selalunya jarang nak ambil port pasal artis, Tapi beliau ada 'sesuatu.'

Masya Allah masa tu menitis juga lah air mata.

Ada satu part tu Neelofa ajar, tulis semua doa doa and goals kita dalam buku.

Neelofa kata, dari apa yang dia tulis and minta, 99% Allah bagi. Menangis juga lah Neelofa masa tu. Kita pun sebak tengok sekali. Alhamdulillah.

Apa yang kita minta, Allah mesti tunaikan. Percayalah. Cuma kadang-kadang, mungkin dari cara yang berbeza. Tapi, yakinlah tu mesti yang terbaik. Kita manusia selalu down sebab percaya logik manusia, tapi lupa magik nya Allah. Betapa besarnya lagi kuasa Allah.

Allah bukan tak tahu apa yang kita rasa, Allah bukan tak tahu apa yang kita nak. So keep positif and nikmati setiap turun naik nya perjalanan hidup kita. Tiada apa yang berlaku tu sia sia.

Semua yang Allah bagi tu baik belaka, sebab Allah sayang sangat kat kita. Susah kekadang kita nak comprehend dengan limited ilmu yang kita ada kan.

Tetiba teringat satu peristiwa dulu. Dengan seorang sahabat.

Saya menghabiskan petang di rumahnya.
Ketika kami berbual-bual, dia memberitahu saya berita yang menggembirakan.

"My husband and I are planning to have a baby next year. My husband will take care of me. Oh, he is the greatest man I ever had in the world!" ucapnya gembira.

"Oh, If you need my help, just tell me. I will straight away come to your house to help you with the pregnancy!"

Melihatnya gembira buat saya turut gembira.

"Oh thank you so much, now I am thinking to learn how to pray. I promise if I pass, I will pray everyday. You've got to help me,"

"Do you pray?" saya memancingnya. Sebab dah biasa straighforward je dengan dia. So tak ada hal.

"No, I don't pray," jawabnya.

"Why? " Angkat kening.

"Because I don't know," jawabnya jujur.

Sebak. Dia tak solat bukan sebab dia tak nak, tapi sebab dia tak tahu. Dia tak tahu nak mula kat mana.

" Why didn't you tell me? I can teach you how to pray,dear. Anytime, anywhere. I am willing to do it,"Tiba-tiba rasa sungguh excited.

"Oh thank you, I am planning to do it as soon as possible. I want Allah to help me " Katanya.

"Yes, He will help you anytime, dear,"Saya mula meyakinkannya.

"But, I need to cover my head, my hand first. I don't have scarf to wear"

"Oh, I can accompany you to buy scarf, don't worry, I know where to get a new scarf,"

"Oh, thank you again. Right now, I only know 4 dua's. My brain is to hard to absorb the recital. I need to learn more."

Dia senyum sambil pegang tangan kiri saya.

"If you can memorise all the facts in medicine, I'm pretty sure you also can memorise all the dua's too."

"Ya, I know I can do it!" Ujarnya dengan semangat. Comel sunggguh!

Saya senyum melihat gelagatnya dan senyuman itu meleret hingga saya pulang.

Sepanjang perjalanan pulang, saya berdoa agar saya dapat kembali lagi ke rumahnya.

**
And now, seeing these around me.
It's mindblowing.

The guy who used to smoke, stopped smoking.
The girl who used to wear short skirts, started wearing hijab.
The guy who was extremely addicted too much on game, started reciting Quran most of his freetime.
The girl who needs her daily dose oftoo much movies and drama, ends up not caring about it at all.

We just can't deny the changes that are happening in them. the small changes that I bet everyone of us want for ourselves so much too. we wonder, where did their strength to change came from? where did their motivation came from?
It's all came from Allah.

Siapa sangka Allah pilih seorang yang mungkin dulunya tak pakai tudung untuk bawa agama Dia?

Siapa sangka Allah pick orang yang baca quran merangkak-rangkak untuk lebih kenal Dia? Lalu diberikan kefahaman agama?

Siapa sangka Allah pertemukan budak sukan dengan budak yang dulunya tak berapa aktif sukan untuk mentadabbur ayat Dia? Surat cinta yang sama?

Siapa sangka?

It's unexplainable by words, but the connection is too strong. All I can say is, Allah did all this. Allah is the one who united our hearts.

People once said, its
too cliche talking about changing nowadays.
Tapi, those extraordinary people, its not many. Sebab tu kita panggil extraordinary.

And a lot of them, they actually live among us. So,understand that everybody has their own struggles,regardless of whether we can see it or not.

Seeing them struggling to survive. I'm starting to wonder.
Mudah saja sebenarnya jalan hidayah yang Allah susun.

And their effort to change for better. Its mind blowing.

And now, my dear, just surround ourselves with the people who love us, and know we're not really alone. Allah is always be there, for you and for me.

Thus, let us put our hands together for them, and for ourselves, and make du'a that Allah will show His Mercy and guide us through this path towards Him.

To keep our hearts steadfast in this very short journey. Shall we?
Insya Allah.Have faith! :)

15.10.2020
#Neelofa
#Girlcrush

@Ruang_Aksara
“Kau okey?” Kawanku bertanya. Aku tahu dia merujuk satu tulisan aku yang satu itu.

Tulisan yang berkaitan kita ini dasar manusia yang selalu pentingkan diri. Selalu merasakan nasib diri yang celaka dan selalu lupa untuk bertanyakan khabar yang lain.

Perkara terburuk yang kita boleh lakukan terhadap orang yang dilanda kesedihan yang sedang mencari teduh, adalah apabila kita menyatakan kepada mereka; “aku ini lebih teruk/ lebih sedih berbanding keadaanmu.”

Terus, yang mencari teduh terus kecewa, hujan kebasahan seorang diri, merasakan tidak ada yang sudi mendengar lagi memahami.
Memahami perasaan tidak didengari itu luka sekali. Asalnya niat mahu mencari teduhan terus berubah berusaha memberi teduhan.

Berharap, orang itu tidak luka sepertinya lalu gagahkan diri, simpan rapat dan terdalam perasaan sendiri lalu bertanya; “kau kenapa? Ceritakan kepadaku,”moganya dia pula yang berasa lebih tenteram.

Dalam itu, kecewa tetap terkumpul. Jelas tergambar di riak wajah mungkin yang membuatkan dia bertanya khabarku walaupun sebelum tu aku diam melayan perasaan sendiri.

Lalu mengadu kepadanya, aku kecewa dengan orang yang aku paling harapkan untuk aku mencurahkan rasa dan mendapatkan sinar cahaya kekuatan, langsung terus gagal total. Berkecai.

Itulah pengajarannya, berharap pada manusia sering kali kecewa, kawan.

Kawanku yang seorang ini menjawab, “mungkin kita yang terlebih dahulu perlu bertanya keadaan orang berkenaan sebelum kita sendiri yang mencurahkan apa yang terpendam.”

Tajam. Tertusuk. Baru tersedar.
Oh, ya, benar!

Selfish sekali rupanya aku ini. Mahukan orang bertanyakan tentang kita. Mahukan orang mendengar curahan hati kita. Mahukan itu, mahukan ini.
Mahu sahaja mengharap daripada orang lain, tetapi aku sendiri yang terlupa mahu berbuat perkara yang sama terhadap orang lain terlebih dahulu.

Mana mungkin engkau dikasihi jika engkau sendiri enggan mengasihi.

Kawan, kita yang perlu memberi terlebih dahulu sebelum kita boleh menerima. Beri sahaja tanpa mengharap apa-apa balasan. Ikhlas.
Biar Tuhan Maha Adil, yang menentukan apa yang patut kita terima.


@Ruang_Aksara
Dulu saya ada seorang kawan perempuan.
Setiap hari ambil berat. Tanya khabar. Risau bila saya sakit.

"seronoknya tengok kau happy"
"aku risau kalau kau tak sihat"
"Kau happy, aku pun happy.."
"bagilah gambar kau travel tu.."

Tak lama lepas tu saya dapat tahu, kat belakang saya dia fitnah, mengata, memburukkan saya. Sakit memang sakit.

Apa saya buat?

Diam.
Dan cut semua contact di mana mana media sosial.

Di whatsapp, saya tukar no.
Di facebook. Saya block.
Di insta, saya block.
Di mana mana saya pastikan dia tak nampak lagi kewujudan saya.

Bukan apa, saya tak nak lagi dia senyum di depan saya tapi di belakang saya dia rasa sakit melihat perkembangan diri saya.

Kesian.

Kawan,
dalam hidup kita ni hanya kita sahaja boleh control dengan siapa kita nak access. Dengan siapa kita nak berkawan. Bagaimana kita nak mulakan hari kita.

Kita boleh pilih untuk bahagia.

Satu kesilapan yang banyak mengajar saya hari ini,
Saya ingat saya boleh mengubah orang lain. Tapi rupanya saya silap.

Apa yang saya boleh kawal hanyalah sebatas diri saya sendiri.
Bagaimana saya memandang sesuatu.
Apa yang saya boleh buat.
Saya pilih apa reaksi saya terhadap perbuatan tersebut.

Pernah dalam hidup?

Kita tertanya tanya, kenapa aku ya Allah?
Kenapa aku yang diuji begini.

Sakit. Pedih. Luka. Sesak. Lelah.
Sometimes it is during those moments when you feel like you are helpless and powerless- that you feel most empowered.

Dan ujian tu sendiri
will make us stronger at the broken pieces.
Mungkin sekali tak cukup, mungkin dua kali tak cukup.
Allah bagi sampai kita betul-betul faham, betul-betul rasa apa yang Allah nak sampaikan.

Kadang apa yang jadi dalam hidup kita dekat dunia ni jauh bezanya dari apa yang kita susun tapi, Allah lebih kenal hamba-hamba Nya.
Takdir Allah itu yang terbaik.

Setiap kekusutan, tiada yang melapangkan selain Dia.
Setiap keserabutan, tiada yang meleraikan selain Dia.
Setiap kesakitan, tiada yang menyembuhkn selain Dia.
Allah jua lah yang menyusun segala-galanya dengan sebaiknya. Dalam berdoa minta yang sebaik-baiknya, sebab kita memang tak akan tahu apa yang Allah takdirkan buat kita.

Teringat doa ghulam,
"Ya Allah, bantulah kami dengan apa jua cara yang Kau suka dan Kau kehendaki...".

Dan setiap orang jalan ceritanya berbeza.
Allah akan uji pada titik terlemah kita, sampai kita jatuh terduduk, hati hancur pecah koyak rabak, sehinggakan rasa sesak dan lelah dengan dunia, di akhirnya kita akan sedar kita sangat perlukan Dia.
Hanya Dia.

"Kadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang itu Allah akan biarkan hati dia hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada lagi harapan di dunia ini.

Dan itu akan membuat dia punya harapan hanya untuk Allah saja."– Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Semoga ujian itu sendiri buat kita lebih kuat.
Strong in the broken pieces.

Sometimes Allah tests us with a situation that we think is difficult or takes away something or someone that in our mind was good for us, we need to remember that perhaps it may not be so.

Perhaps if we had continue in our way, it might have been harmful for us.

Sometimes we may not understand the reason behind certain things but for sure, He knows best.

Bila Allah tarik seseorang dalam hidup kita, ingat mungkin Allah nak hadirkan orang yang akan membantu membangunkan kita dengan ikhlas. Jika Allah ingin memberi kebahagiaan kepada manusia, ia tidak akan mampu dihalang oleh mana-mana tangan pun.

Fokus pada yang menyayangimu.
Fokus lah pada nikmat kawan yang sentiasa mendoakanmu.
Terlalu banyak kebahagiaan dan nikmat yang Allah memang dah berikan kepada kita hambaNya. ;')

Kalau Allah tarik satu, pasti Dia akan hadirkan sepuluh lagi yang akan bersama mu
.

@Ruang_Aksara
"Awak, kite baca satu artikel ni, doktor suka bila ada orang buat surprise hantar makanan kat pantry." Satu-satu ayat itu saya taip sebelum butang send ditekan.

"Ye ke?? pastuu??" Dia membalas, beserta ikon smiley sebanyak mungkin.

"Lepastu, kite terus berhenti membaca. Eee kuasa sangat nak buat macamtu kat awak." *eyes rolling.*

"Membencikan." Balasnya sepatah sebelum menyambung, "Ala haritu pun ada orang bagi pizza kat pantry tapi kite tak sempat makan pun."

Hati saya jadi sayu. Pasti badannya semakin susut, teringat keluhan-keluhannya yang kepenatan. Malah tidak terkira berapa banyak kali dia menghantar mesej --

"sorry semalam tertidur letih sangat."

Dan entah berapa kali jua saya sekadar mampu membalas, "It's okay bebeh, i understand. Still surviving?"

Mungkin kelmarin dia sudah sampai ke kemuncak sabarnya. Mesej yang selalu dia balas "doakan kite" telah bertukar ayat --

"Kite baru balik kerja. Kite beli burger. Kite lapar sangat." Mesej itu saya tatap sayu. Saya tahu dia penat, tahu benar emosinya terganggu, tahu benar perasaannya berkocak antara ingin menangis atau tidur dahulu.

"Okay.. makan kenyang-kenyang tau."

"Nanti kite date k, tapi tak taulah bile. hm raya depavali kot." Entah tiba-tiba dia berkata begitu, mungkin diselubungi rasa bersalah. Sudah berapa kali rancangan ingin berjumpa walau sekejap cuma terpaksa dibatalkan begitu sahaja lantaran tuntutan kerja. Malah, pernah sekali saya sudah tiba di hospital tempatnya bertugas dan menunggu lama hanya untuk mendapat mesej darinya, "Sorry jumpa next time eh, kite kena assist ambik darah."

"Raya Depavali tahun 2020 kot? haha." Saya cuba melawak, sekadar ingin mengendurkan suasana.

"Hm.. tahun tu pun tak tahulah kite jadi doktor lagi ke tak." Dia membalas sedih. Lawak pun dah tak jalan, ni betul-betul emosi tak stabil ni.

"Janganlah cakap macamtu. Jangan give up. Ingat dulu mula-mula kenapa nak jadi doktor."

"Tulah masalahnya. Kite tak tahu kenapa kite nak jadi doktor. Kalau nak tolong orang, volunteer pun boleh tolong orang."

Mengenalinya semenjak berusia 13 tahun membuatkan saya begitu masak dengan tingkahnya. Dia seorang yang berdedikasi, tekun, serta lembut hati. Mungkin kerana terlalu letih, segala positiviti dalam dirinya terbang meninggalkan bumi. Mungkin kerana terlalu bosan dengan karenah masyarakat sekeliling, fikirannya jadi pening.

"Tapi, volunteer tak boleh tolong orang macam doktor tolong orang. Tak boleh selamatkan nyawa orang. Yang paling penting doktor dapat banyakkk pahala sebab asyik melawat orang sakit."

"Tu kalau ikhlas, kalau tak ikhlas asyik merungut je tak taulah Allah terima ke tak." Balasnya pula.

"Look, the beginning will always be the hardest part. Allah kan baik, Allah mesti faham awak merungut sebab penat sangat. Yang penting awak tak give up, betulkan balik niat.. Awak nak merungut ke memberontak ke takpe, lepastu please get back to the track. Kalau kecik-kecik dulu give up tak nak jalan sebab asyik jatuh je mesti sampai sekarang awak masih merangkak. I believe in u. I know u can do this."

Melihat-lihat kembali perbualan kami, hakikatnya membuatkan saya tersentak sendiri. Setiap manusia yang kita jumpa, tidak kira di mana-mana sekali pun pastinya menanggung satu beban yang kita tak tahu. Lalu berbuat baiklah. Bersangka baiklah. Orang tak balas kita senyum, bukan sebab dia sombong tapi mungkin di fikirannya terlalu banyak masalah yang berhubung.

Senyum sahajalah. Mungkin sahaja dengan satu senyuman kita itu mampu membahagiakan hati mereka di luar sana.

Dan menyedari akan hakikat sebuah ujian -- kuatlah. Percayalah dalam dunia ini tiada satu apa pun yang akan tetap tinggal. Kebahagiaan akan pergi, begitu juga dengan kesedihan. Maka jangan khuatir, teruslah melangkahkan kaki. Kerna saat kau memutuskan untuk tak bergerak lagi, saat itulah kau memilih untuk mati.

Saya teringat pada kakak saya yang saya kagumi. I adore her so much. Pada saat saya masih berkira-kira mahu meninggalkan perkarangan rumah, dia sudah meneroka Jepun tatkala berusia 15 tahun secara bersendiri atas tiket pertukaran pelajar. Dia telah ikuti
program Mercy malah telah meninjau-ninjau syarat pendaftaran 'doctors without borders.'

Tatkala dia bersusah payah memohon untuk buat praktikal kedoktorannya di Afrika, saya jadi hairan. Lalu saya bertanya;

"Kenapa nak susah-susah? Dahlah nanti awak sorang je orang Malaysia yang praktikal kat sana."

Dan dia mengeluarkan satu ayat yang saya semat hingga kini "Kata nak jadi doktor, takkanlah cuma nak bekerja di Amerika sahaja?"

Kata nak jadi baik -- takkanlah dapat ujian sedikit terus taknak bergerak lagi?
Kata nak jadi berguna -- takkanlah susah sedikit terus terasa hancur satu dunia?

Bila terasa susah -- bersyukurlah kerana anda telah keluar dari zon selesa yang anda cipta sendiri and believe me it's good --

Kerana mereka yang keluar dari zon selesalah yang lebih mengenal potensi diri.

Stay tough! Please stay tough for Islam.

Salam cinta 😊


@Ruang_Aksara
Dalam hidup kita ini,
mungkin akan sampai satu masa,
Kita rasa penat sangat,
kita rasa sakit sangat,
Kita rasa dada sesak dan sempit,
kita rasa dah tak sanggup nak hidup,
kita rasa bagai nak gila.
Kita rasa exhausted sangat.

Saya percaya, semua akan lalui semua ini, cuma mungkin pada waktu dan cara yang berbeza.

Ujian yang Allah berikan datang satu demi satu.
Sampai satu tahap, you think you are in the lowest point of your life.

Dalam hidup kita ni mungkin sampai satu tahap, kita akan sampai kepada fasa kehidupan yang kita rasa berat sangat diuji dan terus diuji oleh Allah.

Qadr Allah, He does what He wishes.

Ada orang diuji dengan masalah kesihatan,
Mungkin ada orang diuji dengan masalah kewangan,
Ada yang diuji dengan kemiskinan dan kesusahan.
Ada juga yang diuji dengan masalah rumahtangga,
Ada orang diuji dengan masalah hati dan perasaan.

Dan sebenarnya banyak lagi cara Allah berikan kita 'hadiah'nya. Andai saja kita mengerti.

Pernah?

Air mata mengalir, dalam bersendirian.

Penatnya diuji. Kadang tertanya tanya " Kenapa aku wahai Allah, kenapa aku yang diuji begini?"

You won’t be able to answer everything in life, but that is okay..

Kadang-kadang bila tak dapat nak tahan sakit dan pedihnya segala ujian yang mendatang..

Air mata pun cukup sebagai bahasa untuk berbicara dengan Tuhan.
Ada masanya mampu bertahan, ada masanya rebah. Tidak tertahan dan air mata tumpah membasahi pipi.

Mungkin untuk dapat kekuatan luar biasa, hati itu perlu rabak berkali-kali.

Hancur, pecah, berkecai.

Mungkin yang kita lihat selalu tersenyum itu, menyimpan air matanya ketika bersendirian.

Mungkin yang kita lihat selalu gembira itu, sedang berduka tapi berusaha menyembunyikan kesedihannya.

Dan Allah adalah saksi segala saksi atas segalanya.
Wahai insan pilihan Allah yakni yang sedang diuji,

To all those people being bullied
To all those people who have lost a loved one
To all those people who have lost a pet
To all those people being abused
To all those people going through depression
To all those people with anxiety
To all those people in poverty
To all those people going through a breakup
To all those people having a bad day
To all those people with insecurities
To all those people just having a hard time,

Don't forget your weakness today is your strength tomorrow
It always gets better.

Believe me, one day you will forget your pain.
You will forget you have this scars.
One day you will smile again.
One day you’ll laugh so much that you’ll forget you have scars.

Dear, I'm talking to you,
Love yourself
Stand up for yourself
Don't abuse yourself
Don't abuse others
We all fight battles, we all have scars, we all have emotions
Kill them with kindness
Treat people with kindness
We've all had these times
There will always be a hole in our chests

But let's all be each others' strength!

No matter how hard the situation is.

Tarik nafas.
Bertenang.
Ambil masa untuk bersendiri.
Kalau rasa nak nangis, nangis je lah.

Sometimes Allah has tests us in order for us to find Him. Sometimes He will remove things from our hearts and place His love there instead.

Do not think that pain is forever. Because if today can come to an end, then so can pain. Today will be history tomorrow.
Life is a war.

Every day we fight for a reason.
Some battles you lose.
Some battles you win.
But never stop fighting for what you believe in because in the end, you will win the war. You will find your happiness.

To everyone who reading this, for those people who are dealing with depression and anxiety, don't give up and cheer up because we cares for you and Allah loves you❤️

And remember this, we are all are loved . We are all beautiful.

Stay safe in these hard times.
Have faith!

@Ruang_Aksara
Tatkala kita sudi berterima kasih atas perkara-perkara kecil, barulah kita mampu memancarkan syukur dalam apa jua keadaan sekalipun.

Pagi itu, aku memandang kosong ke arah luar jendela. Menyoroti gumpalan kapas awan besar, laju membiarkan dirinya ditolak angin.

“Pendapat kau, kenapa kita perlu berterima kasih atas perkara-perkara kecil?” Sengaja aku bertanyakan soalan sebegini kepada dia.

Dia diam sebentar, memikir. “Sebenarnya tak ada perkara yang kecil, semuanya adalah besar.”

Aku mengangguk.
Benar.

Kita terasa ianya hanyalah kecil ketika kita masih menggenggamnya. Barangkali apabila ianya sudah hilang, barulah direntap terasa betapa besarnya sebuah kehilangan.

Pesan pada diri, belajarlah berterima kasih atas perkara-perkara kecil, remeh, sepele atau tidak penting di matamu mungkin. Tidak mungkin hati dapat merendah ke bumi segenap jiwa jika masih ada sekelumit zarah rasa diri meninggi ke langit. Kerana permulaan kepada perkara besar adalah sentiasa daripada yang kecil.

Bermula dengan berterima kasih atas hal-hal kecil barulah lebih mudah untuk berterima kasih atas hal-hal besar walau dalam apa jua keadaan sekalipun, sama ada ketika matahari panas terik memancarkan nikmat, atau ketika ribut taufan datang menghancurkan.

Tatkala ada yang bertanya khabar, berterima kasihlah. Bukankah itu tanda masih ada yang mengingati mu? Apabila tiada yang bertanya, barulah terperosok keseorangan.

Tatkala ada yang melemparkanmu dengan senyuman mesra, berterima kasihlah. Bukankah itu tanda mereka berbagi rasa bahagia mereka kepadamu? Apabila tiada senyuman kecil, alangkah masamnya dunia.

Tatkala bangun di pagi hari, berterima kasih kepada Tuhan masih diberi kekuatan untuk membuka kelopak mata. Masih hidup, dan kesempatan yang baru. Masih mampu menarik nafas panjang dengan sempurna.

Tatkala diri lelah menghadapi badai dunia, berterima kasihlah kepada diri. Bukankah itu tanda menghargai diri sendiri yang tetap kekal gagah cekal mengharungi?

Jika untuk orang lain, mudah benar Kita mengucapkan terima kasih. Apatah lagi yang terutama dan terdekat, diri sendiri. Letak tangan di dadamu, pesan “terima kasih untuk segalanya sehingga ke hari ini.”

Berterima kasihlah kerana mempunyai emosi. Merasai turun naik kembara perasaan. Jujurlah dengan diri sendiri dengan menerima perasaan sendiri. Jika terasa sedih, keluarkan sahaja empangan air matamu. Jika terasa gembira, zahirkan sahaja senyuman dan tenaga ceriamu. Jangan ditahan sebarang rasa, dikhuatiri nikmat emosi ditarik Tuhan, lalu kebas dan cacatlah untuk benar menjadi manusia.

Mendidik diri menghargai perkara-perkara kecil, kemudian orang-orang sekeliling yang kita rasakan kecil peranan mereka, barulah dapat benar-benar menyelam erti kesyukuran kepada Tuhan.

Adalah biasa berterima kasih lalu bersyukur atas perkara-perkara besar.

Adalah luar biasa berterima kasih lalu bersyukur dengan mengira atas hal-hal kecil.
Bukan setakat yang ada pada diri sendiri, juga yang dibuat oleh orang-orang sekeliling tanpa mengira pangkat atau darjatnya.

Adalah terhebat berterima kasih lalu duduk bersyukur atas musibah, ujian, kesakitan dan segala macam keperitan dunia. Tidaklah mudah untuk melakukannya, namun jika mampu, tanda berjaya mencapai tahap terunggul dalam syukur. Tanda mengaku kita ini hamba. Hamba yang bertuhan.

Barangkali dengan memaksa diri berterima kasih kepada Tuhan dengan mengira hal-hal kecil barulah lebih mudah untuk merendahkan hati berterima kasih kepada para makhluk lain.

Berterima kasihlah atas perkara-perkara kecil supaya hari-hari kelam yang singgah memudahkan kita untuk melihat sinar dan mengira alasan kebahagiaan.

Kolam air jernih yang luas, jika ditumpahkan lumpur semangkuk langsung tidak berubah warnanya. Demikianlah perumpamaan hati yang luas lagi lapang dalam menerima gertakan. Tetap tenang mempesonakan.

Mula dengan hanya terima kasih, barulah mudah untuk menutur kata maaf. Terima kasih dan maaf, rapat sekali hubungannya. Orang yang memasakkan hatinya di bumi lebih banyak menginsafi diri menerima lebih banyak berbanding memberi, lantas
2024/09/29 16:32:56
Back to Top
HTML Embed Code: