Telegram Web Link
mengucapkan terima kasih. Bahkan menyedari ketidaksempurnaan diri tidak cukup sempurna, menghitung kesalahan diri sendiri, lantas mudah sekali menuturkan maaf.

Pernahkah kau melihat orang yang mudah berterima kasih, tetapi mahal sekali maafnya?

Moga Tuhan mengilhamkan kita menjadi manusia yang tidak lupa untuk berterima kasih. Lalu menjadi sebahagian daripada golongan sedikit sekali yang bersyukur.

Tanyakan pada diri sendiri, sudahkah kita berterima kasih kepada diri sendiri dan orang lain pada hari ini?


@Ruang_Aksara
Menangislah kawan, jangan ditahan air matamu.

“Saya selalunya menonton komedi ataupun drama kehidupan. Apabila saya mahu menangis tapi saya tidak punya alasan apapun, ketika itulah saya akan menonton roman. Supaya saya akan ada alasan untuk menangis,” - Seo Wu Jin

“Kenapa kamu langsung tidak menangis sahaja ketika kamu mahu menangis?”

“Mungkin saya hanya tidak mahu orang lain tahu bahawa saya ini sebenarnya lemah. Saya ada ego yang tinggi untuk mempertahankan entahlah apa,” sambung Seo Wu Jin.

Ini adalah petikan dialog satu babak dalam
K-drama bertajuk “Familiar Wife” (2018).

Agaknya, kadang kala mempunyai perasaan mahu menangis tetapi tidak punya alasan kukuh ataupun kadang langsung kosong alasan, lalu mencari alasan dengan menonton drama/filem melodrama dan roman supaya air mata boleh terbit keluar sendiri bukanlah dikira pelik. Masalah sejagat rupanya.

Unik betul emosi ciptaan Tuhan ini. Ada orang boleh ekspresikan begitu sahaja emosinya. Ada orang terlalu menahan segala rasa sehinggakan tidak kenal apa yang dirasainya.

Kita manusia punya akal untuk belajar mengenali dan mengawal setiap emosi apa yang kita rasa.
Rasa gembira, tenang, bahagia, marah, jengkel, benci atau sedih, semuanya membuatkan kita ini menjadi manusia yang manusiawi. Kalau tidak apa bezanya dengan patung yang bernyawa?

Seringkali yang aku temukan ialah manusia-manusia yang selalu tahan tangisannya. Mungkin seperti Seo Wu Jin, baginya menangis adalah tanda lemah.

Tuhan ciptakan perasaan sedih dan air mata punyai sebab dan alasan. Lalu, kenapa kita perlu menahan kuat rasa gundah dan menidakkan air mata untuk turun bebas mengalir?

Berlaku adillah dengan rasa sedih. Rasa gembira kita bebas tunjukkan, rasa sedih kita benci mahu disorok disimpan di bahagian yang terdalam.

Menangislah sepuas hatimu. Lebih kuat esakanmu, itu lebih baik. Jangan disimpan separuh-separuh. Mahu disimpan kepada siapa? Jika disimpan lebih lama hanya menjadi racun buat dirimu. Sedangkan adalah jenayah memberi racun kepada orang lain, lalu kenapa kita lebih rela memberi racun kepada diri sendiri?

Menangislah dimana sahaja yang kau suka.
Dan menangislah kepada siapa saja yang kau selesa.
Sama ada kepada Tuhanmu ataupun kepada hamba Tuhanmu, tidak mengapa.
Asalkan dilepaskan apa yang tersimpan.
Asalkan lepas.

Supaya lebih lega.
Supaya lebih tenang.
Supaya punyai ruang baru untuk mencari kembali harapan dan kekuatan.


@Ruang_Aksara
Berbagi Senyum Supaya Merasa Kaya Walau Tak Punya Apa

Senyum ketika duka akan beroleh bahagia. Bermakna, senyum ketika ujian adalah tanda senyum kepada takdir Tuhan lalu dipuji penduduk langit.”

Terdengar perkongsian Ustazah Asma’ Harun berkenaan senyum. Hati yang panas serasa sejuk disimbah kenyamanan.

Ketika seseorang diuji diutuskan bersamanya malaikat. Tuhan mengutuskan malaikat itu untuk memperlihatkan, sekiranya orang itu sabar, makanya akan mendapat redaku. Sekiranya, orang itu marah-marah, makanya akan mendapat kemurkaanku.

Teringat aku akan suatu kisah sendiri. Akanku kongsikan agar membenarkan pesanan di atas.

Lapan tahun (mungkin) yang lalu ketika masih di negara orang, aku mengalami hari-hari kelam lagi suram. Hatiku sendiri pecah berantakan kerana harapan kepada manusia sememangnya rapuh. Harapan kepada Tuhan jua utuh lagi benar.

Dalam keadaan serabut dan kacau, aku berjalan merayau seorang diri di taman besar di hadapan rumah. Anak sungai mengalir tenang dan sekawanan itik kelihatan di gigi air. Petang-petang begini, adalah biasa orang-orang berjoging, mengambil angin ataupun berjalan bersama anjing peliharaan.

Tengah berserabut, berselisih dengan seorang perempuan tempatan baya pertengahan bersama anjingnya. Aku mengangkat muka, memandang.

Teringat, “senyum itu kan sedekah?” Lalu aku berikan senyuman ikhlas walaupun dalaman kacau. Perempuan itu membalas senyuman lebar dan mengucapkan, “hello!”.

Secara magisnya, ada satu perasaan ketenangan menyelinap masuk ke dalam hati. Walaupun perasaan kacau masih ada, tetapi tetapi tetap dirasa kehadirannya.

Benar. Senyum itu adalah sedekah. Kita berbagi kerana tanda kita syukur. Makanya, senyum itu adalah manifestasi syukur. Lagi menyatakan syukur lagi ditambah nikmat. Ini janji Tuhan yang pasti.

Semalam, ada seseorang mengatakan kepadaku.

“Kau ini, sesuatu betul. Boleh rasa kau membawa udara positif. Dengan keyakinan diri kau. Dengan gelak tawa kau.”

Tarik nafas.

Aku ini juga manusia, ada hari aku rebah, ada hari aku tegak. Ada hari aku berbaring, ada hari aku berlari. Namun, ketika hari-hari aku rebah dan berbaring aku gandakan kiraan syukur dan senyum paksaan aku.

Bukan kepada orang lain. Aku mulakan terhadap diri sendiri. Berhadapan dengan diri di cermin, lalu hadiahkan senyum buat diri.
Supaya aku boleh berbagi senyuman kepada orang lain dengan jujur. Buat dahulu, makanya kau sendiri akan merasa magisnya nanti. Mudah-mudahan diberikan kekuatan berterusan.

Mana mungkin kita boleh berbagi cinta kasih sayang kepada orang lain, jika cawan sendiri kosong berhabuk kotor tidak terisi?

Jikalau kau merasa tidak punya apa-apa untuk berbagi, berbagilah senyum, nescaya engkau akan merasa paling kaya.

Bukankah tangan yang berada di atas lebih mulia? Di mana-mana, berebutlah untuk yang pertama sekali berbagi senyuman. Percuma sahaja kosnya, melimpah ruah impaknya.

Berbagilah senyuman. Biar bertebaran rasa kenyamanan kecil di serata-rata.

Senyum.


@Ruang_Aksara
Memberi maaf itu mudah. Hanya orang yang kuat sahaja mengakui salah lalu memohon maaf.

(Petikan daripada buku Merasa Pintar, Bodoh Saja Tak Punya oleh Rusdi Mathari.)

“Saya sudah memaafkan ibu kok, Cak.”

“Memaafkan itu gampang, Dul. Meminta maaf dan mengakui salah, itu yang susah. Tak semua orang mampu melakukannya kecuali orang-orang tertentu.”

“Kenapa saya yang harus meminta maaf, Cak?”

“Kalau begitu simpan saja sakit hatimu. Biarkan berkulat dan beracun.”

“Ya tidak begitu juga, Cak...”

“Dul, tadi kamu bilang ingin ketenangan. Ingin kesejukan...”

“Betul, Cak.”

“Kamu kan lulusan pondok, lebih tahu dalil-dalil agama ketimbang aku. Orang yang marah, kalau tak salah harus ambil wudu agar marahnya reda. Iya kan, Dul?”

“Betul, Cak.”

“Menurutmu kenapa harus ambil wudu?”

“Agar dingin Cak. Agar bisa menahan diri. Tidak emosi.”

“Wudu memang mendinginkan, Dul. Karena itu disebut mari’ul baarid. Air yang menyejukkan.”

“Apa hubungannya dengan saya yang harus meminta maaf pada ibu, Cak?”

“Dinginkan hatimu, Dul. Basuh dengan air wudu, dengan memberi dan meminta maaf. Itulah mari’ul baarid yang menyejukkan. Kecuali kamu terus menginginkan hatimu dibakar neraka. Kebencian dan masa lalu.”

**
“Tuan malu meminta maaf karena tuan merasa lebih mulia. Merasa lebih berharga. Merasa lebih dari yang lain. Begitu juga dengan orang yang enggan meminta maaf. Mereka berat karena merasa tidak bersalah. Merasa paling benar.”

***


Jika memberi maaf itu juga sukar bagimu, apalah lagi yang telah mengisi di hatimu?

@Ruang_Aksara
"Kau ni apsal eh? Nak tunjuk diri baik sangat sampai senang betul kena pijak? Biarkan je orang marah, tengking, sumpah-seranah kau? Ni kalau dibiarkan, makin besar kepala dia tu! Ingat cakap dia saja betul. Nanti, mentang-mentang orang tak lawan, tak boleh nak bersuara lantang macam dia, dia ingat dia menang."

–A

"Ya betul. Kalau tak fikir panjang, aku ni pun nak tunjuk perasaan. Ingat dia aje, boleh mengamuk? Aku pun boleh kot. Aku pun boleh sembur dan jerit! Tapi ... aku tak buat begitu. Aku belajar daripada kesilapan sebelum-sebelum ni. Aku percaya, api tak harus dihadapi dengan api. Teruji dengan emosi ni berat. Aku pilih, kasihankan saja dia tu. Emosi sedang ambil alih rasional dan kewarasan fikiran dia. Hmm ... kita boleh anggap dia 'sedang' tak sedar atau tak betul. Takkan aku nak layan ketidakbetulan kepala dia dengan membiarkan diri aku larut dengan emosi amarah pula kan? Memanglah susah nak tahan marah ni ... tapi aku tak sanggup nak hadap masalah yang lebih besar jika aku ni turut beremosi macam dia. Iyalah, memilih diam ni memang nampak lemah benar. Nampak kalah. Nampak pesalah. Tapi kau cuba fikir, nak ke dia dengar penjelasan panjang-lebar aku dalam keadaan dia terpekik-pekik begitu? Tak kan? Makanya, bagi aku ... by keeping my mouth shut is the best option to sooth him down."

–B


Bukannya tak tahu marah. Tak tahu sembur orang. Tak tahu mengamuk. Kita tahu kan? Tapi diusahakan juga kawal diri sebab kita tahu, menyumpah-seranah orang bukannya menyelesaikan masalah. Nak jadi bijak, fikir kena panjang dan perhati apa implikasi daripada setiap tindakan kita. Beremosi bukan suatu kelemahan. Ia fitrah yang perlu diuruskan. Jika berjaya tidak cepat melenting, ucap tahniah pada diri. Itu suatu pencapaian, bukan kekalahan!

@Ruang_Aksara
Pernah aku bertanyakan kepada seorang sahabat, “Apa yang kau akan buat jika kau punya masalah yang tidak nampak jalan keluar?”

Jawabnya, “Tiada cara lain. Hanya itulah. Atas tikar sejadah sahaja jawapannya.”

Diam.
Benar.
Mungkin ini panggilan untuk kembali ke jalan yang lurus.
Jalan yang telah diberikan nikmat.

Mendengar lagi perkongsian Ustazah Asma’ Harun, mengenai sebuah doa. Seolah-olah menyimpulkan jawapan persoalan berat ini. Doa ketika diri sedar tidak mampu mencari jalan keluar lalu menyerah semua urusan diri kepada Tuhan.

Bacalah ketika darjat kepala yang sentiasa berada paling tinggi, merendah ke titik paling hina ke lantai bumi.

Selagi mana manusia hanya mencari manusia untuk mencari jalan keluar, selagi itulah kita tidak akan berjumpa dengan jalan keluar. Mencari jalan keluar melalui manusia adalah usaha tetapi jangan dilupa akan asbab utama siapa yang mengawal urusan manusia.

Ujian yang diberikan Tuhan adalah panggilan jiwa. Jiwa meronta untuk kembali kepada penciptanya. Kerana kita ini hamba faqir tak punya apa. Sedar diri senantiasa perlukan Dia.

Lalu segala urusanku diserahkan seluruhnya kepada Dia al-Basir, juga yang Maha Menguruskan keseluruhan urusan semua hamba-Nya.

@Ruang_Aksara
Musibah Itu Anugerah

(Petikan daripada buku Merasa Pintar, Bodoh Saja Tak Punya oleh Rusdi Mathari)

“Kasih sayang Allah itu untuk seluruh alam, Mat. Untuk seluruh makhluk, tapi manusia sering mengingkarinya. Ketika mereka sakit, mereka berdoa untuk disembuhkan. Ketika mereka melarat, mereka berdoa agar diberi kesejahteraan. Ketika kemarau mereka berdoa meminta hujan. Ketika hujan mereka lari memghindar. Doa mereka penuh nafsu. Mereka berdoa kerana nafsu.

“Padahal ketika mereka sakit, ketika mereka melarat, ketika diberi kemarau, ketika diberi hujan, boleh jadi itulah waktu dan kesempatan bagi mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tapi mereka tidak paham. Mereka menganggap musibah sebagai cobaan. Mereka tidak menyadari, musibah sebagai anugerah.”

“Anugerah, Cak?” Mat Piti membuka suara.

“Iya, Mat, musibah itu anugerah bagi orang-orang yang mengerti. Ujian dan cobaan yang paling berat adalah ketika kamu berlimpah nikmat dan diberi kecukupan dalam segala urusan dunia. Bukan pada saat kamu diuji dengan berbagai kesulitan dan keterbatasan...

“Hidup ini hanya harus dijalani. Kalau kita takut pada ujian dan cobaan, menghindar dari persoalan, kita mestinya tak perlu hidup. Musibah atau ujian apa pun mestinya bisa menghantar seseorang menjadi semakin dekat kepada penciptanya. Lewat musibah mereka harus menyadari, diri mereka fakir. Tidak punya apa-apa. Tidak punya daya kekuatan apa pun di hadapan Allah.

“Mereka mungkin punya kekayaan di dunia ini, tapi mereka fakir. Mereka mungkin bisa beribadah tapi fakir. Mereka mungkin punya kekuasaan tapi daif. Mereka semua tidak punya apa-apa di hadapan Allah.”

“Jadi, kita semua ini fakir ya, Cak?”

“Betul, Gus. Tak satu pun dari kita yang lebih unggul daripada yang lainnya. Tak seorang pun. Karena itu jangan sombong. Jangan takabur. Jangan jemawa merasa diri lebih dari yang lain.”


@Ruang_Aksara
Pernah tak kita tengok orang yang kita sayang terlantar kat hospital, tak sedarkan diri, dan doctor pun datang jumpa kita sambil cakap “I hope all of you will be prepared, the chances are slim.”

Aku pernah. To be exact, dua kali.

Pernah tak kita harap sangat kita dapat putarkan masa, kita nak spend masa banyak-banyak dan perbetulkan semua kebodohan yang kita buat terhadap orang yang paling kita sayang sekali?

Aku pernah. Sampai sekarang aku teringat-ingat lagi suara mak telefon, "boleh tak tolong datang hospital, mak nak mandi.”

Masa tu aku tengah sibuk kerja. Perasaan tu, takde satu kata pun yang mampu nak digambarkan.

Kes covid semakin hari semakin naik tanpa perkembangan yang baik, aku nampak ramai yang macam tak endah. SOP sudah tidak dijaga lagi, seolah-olah virus ini sudah pun melarikan diri.

Di Kawasan sekeliling aku, satu persatu kilang-kilang ditutup, seolah ia sudah menjadi satu kebiasaan. Tapi kita lupa, di pejabat-pejabat dan Kawasan perindustrian itu ramai yang berlelah-lelah mencari makan. Ada anak-anak yang menanti di rumah dengan kegembiraan.

Mungkin kerajaan tak mampu lagi nak halang pergerakan kita. Ekonomi kita terlalu getir ketika ini. Kita tak mahu lebih ramai yang hilang pekerjaan. Kita tak mahu masalah mental menaik tidak berpenghujungya.

Melihat kematian orang yang kita sayang bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, apetah lagi bila kita sentiasa dihantui bahawa kitalah penyebab kematian mereka. Lebih teruk, jika kitalah yang menyebabkan kematian kesayangan orang lain.

Warga tua dan kanak-kanak adalah golongan yang sangat berisiko. Lebih kasihan jika mereka tidak kemana-mana, tapi mereka dijangkiti kerana kita. Lebih kasihan juga rakan-rakan yang berlelah-lelah menjaga SOP, tapi ditutup periuk nasinya kerana kita.

Kerajaan mungkin tak mampu menghalang pergerakan dan kawal SOP kita. tapi kita mampu menjadi masyarakat yang prihatin. Percayalah, melihat orang tersayang berlalu pergi bukan sesuatu yang mampu dibuang dari hati. I’ve experienced it twice, and I can tell you the story without any part missing because I still remember it vividly.

Jangan sampai keranda diusung pergi, barulah air mata bercucuran di pipi.

@Ruang_Aksara
Batu Kalah dengan Hati Manusia

(Petikan daripada buku Merasa Pintar, Bodoh Saja Tak Punya oleh Rusdi Mathari)

Batu tak mau menjadi manusia. Kata batu, ‘Maafkan aku manusia, aku tak mampu jadi manusia. Aku tak sanggup. Aku memang batu, tapi aku kalah keras dibanding hatimu.’

“Aku malu sama batu ini, Mat. Dia setia menjadi batu. Menjaga amanat Allah di pinggir kali. Sementara aku...”

“Lah iya masak batu harus jadi manusia, Cak.”

“Memang tidak mungkin, Mat. Karena itu aku bilang batu ini setia. Konsisten. Istiqamah sebagai batu. Justru manusia yang tidak konsisten karena bahkan hatinya kemudian menjadi mereka ubah menjadi batu. Menjadi keras.”

“Keras gimana, Cak?”

“Ya, keras, Mat. Dan keradnya hati manusia bisa lebih keras dari kerasnya batu.”

“Kenapa hati manusia bisa jadi keras, Cak?”

“Karena sering berdusta dan tidak amanah. Pendendam dan jarang meminta maaf. Dengki dan kikir.”


@Ruang_Aksara
So i was down with cough and flu and the doctor adviced me to stay at home instead of going to work to refrain the disease from spreading, just in case i’m infected with the famous corona; well the case keep showing an uptrend in KL for past few days.

Staying at home, eventhough for a short period of time already struck me with boredom and that makes me thinking about people who lost their jobs at this current critical phase. You know, someone who was at a stable job, or who was a workaholic were left with no job, but still commitments keep on knocking at their doors on time.

What if question will keep on coming. What if my children dont have foods to eat? What if I cannot pay the loans? What if here and there ; which leads to later problem— anxiety and depression. Commiting suicide seems to be normal nowadays and even you have comitted suicide people will still blame you for having a low faith in God.

How scary our society is.

So if you see your friends are doing something unusual or suddenly selling or promoting something to you, be nice. If you dont wanna buy, at least dont criticize. They are just trying to make a living.

You know, we are all struggling in our own ways. They say we are all in the same boats but no, we are in the same ocean but different kinds of boats. Some ride on a stable ferry whilst some only have a raft.

But many of us are drowning. You may not understand if you are still receiving your monthly paycheck.

So the least you can do is be kind. Always. Can you?


@Ruang_Aksara
"Aku pelik orang sekarang ni. Tahulah bahagia kan. Tapi tak perlulah kot nak tunjuk sangat. Macam tak berhati perut betul. Langsung tak jaga perasaan orang lain. Nak makan, makan ajelah. Nak tayang buat apa? Pergi jalan mana-mana, tak perlu nak menunjuk sangat. Tak sensitif betul la ..."

– A


Hmm ... ya, aku setuju dan tak setuju dengan kau.
Aku setuju, untuk tak semua hal yang terjadi dalam hidup kita perlu ditayang pada dunia. Tapi aku tak setuju, yang apa mereka post tu diiringi niat nak menunjuk-nunjuk atau tak berhati perut.

Iyalah, cubalah fikir balik. Apa yang kita sangka betul, tak semestinya betul kan? Kita tak berhak untuk semudahnya nak hakimi apatah lagi nak hukum orang.
Bukan kita tak tahu, yang sebenarnya tidak semua yang diperlihatkan orang tu betul pun. Orang hanya akan pilih tunjuk, apa yang dipilihnya untuk tunjuk saja.

Misalnya, ada orang masalahnya banyak. Wajarlah kan dia menghambur emosi sedih dan serabut tu di media sosial? Tapi, dipilihnya untuk berkongsi hanya hal-hal terbaik yang berlaku dalam hidupnya. Adilkah kita menuduhnya tak cakna, tak sensitif terhadap orang lain yang sedang teruji?

Contoh lain, jika ada yang suka berkongsi gambar makanan yang dimasak atau dimakan olehnya setiap hari. Tidaklah bermakna dia tak cakna ada perut yang lapar di luar sana, bahkan mungkin begitulah cara dia menzahir rasa syukur terhadap rezeki yang dia ada pada hari itu. Saja nak berkongsi rasa dengan kawan-kawannya yang ada di media sosial.

Dan lagi satu ... cubalah fikirkan semula. Jika kita kecam atau tak suka dengan post yang dikongsikannya di media sosial, apa yang kita harapkan daripadanya kalau memang tak boleh berkongsi hal-hal yang menggembirakannya pula? Atau mungkin, kita suka dia menzahirkan segala sedih, kesusahan hidup, keserabutan dan amarahnya, begitu?

Kita tiada jawapan kan?

Nah, begitulah. Pada aku, untuk menebak nawaitu seseorang— bukanlah kuasa kita. Jika benar, kita rasa perlu untuk menegur seseorang, lakukan dengan hikmah. Jangan sampai menyakiti atau memfitnahnya pula. Jika kita rasa setiap perkongsian keterlaluan, berlebihan, menyakiti banyak hati, menyalahi syariat maka tegurlah dengan baik. Kita perlu berhati-hati dalam meletakkan sangka-sangka terhadap orang, agar tiada campur tangan syaitan dalam cubaan memanipulasi.

Syaitan memang suka kalau kita saling berbencian,
saling iri, dengki dan mengutuk antara satu sama lain.
Moga Allah ampunkan dosa kita dan singkirkan segala prasangka yang boleh menjadi penyakit hati bagi kita.
Insya-Allah.

@Ruang_Aksara
Forwarded from Ruang Aksara
Tentang 'cemburu'

"Kak..salahkah saya ni cepat cemburu dengan orang.Saya cemburu lihat orang lain macam takde masalah.Bahagia..senyum memanjang.Saya cemburu tengok orang lain bijak mengurus kehidupan dia.Saya cemburu...! Saya cemburu sampai satu masa tu saya benci.Saya tak naklah penyakit hati ni bertambah parah.Macam mana saya nak buang ya?Saya rasa tambah stress bila tak dapat kawal emosi saya sendiri..
"

Cemburu tu fitrah.
Siapa tak pernah experience cemburu tu mesti ada bau-bau bacang dengan alien planet marikh.

Tapi,kalau manusia pure..cemburu tu biasa.Lumrah.Fitrah.
Bukan sesuatu yang pelik.

Tapi,kita naklah juga..cemburu tu cemburu yang Allah redha kan.

Macam mana cemburu yang Allah redha tu?

Contoh.
Kau tengok hidup si A tu perfect.Kaya pun kaya.Family pun baik-baik.Pandai pun pandai.Yang empunya badan pun lawa dan cantik molek.Agamanya...peribadinya..MasyaAllah!Tak terkata nak describe macam mana.

'Kenapalah Allah beri dia macam-macam? '-hati yang cemburu ni mula tertanya-tanya.

'Aku ni serba serbi kurang.Tak ada tu.Ada family pula bermasalah.Ada rupa tak cantik!Pergi belajar tak memberansangkan!Kenapalah Allah macam tak adil aje dengan aku..' - si empunya hati bertambah sedih dan mula merasakan Allah tak adil.

Dalam hidup kita,jangan BANDINGKAN apa yang orang ada dengan apa yang kita tiada.
Allah tak pernah tak adil.Allah beri sama rata dengan 'cara'Nya..dengan nisbah dan ukuranNya.Bukan guna formular matematik kita.

Ingat tu.

Sebelum menyebokkan diri nak lihat orang,tanam kat dalam hati tu rasa SYUKUR dan rasa YAKIN terhadap Allah.

Kalau kau bawa rasa syukur,rasa yakin,rasa redha kau tu kat mana-mana..jumpalah dengan makhluk hebat macam mana pun,perfect tahap mana pun..kau akan kekal terkawal dengan sifat syukur kau tu.

Ya..tak mudah kut.Saya tahu tu.Saya sendiri pernah bertemu dengan orang-orang spesis hebat nan beruntung ni depan mata!Giler la kalau tak terdetik dalam hati rasa cemburu tu.Malah yang tak boleh bla boleh terberangan nak jadi si hebat nan beruntung ni! (Hahaha)

Ok.
Cemburu tu bukan pelik ok.
Itu biasa.

Berbalik pada point atas nun,macam mana kita nak cemburu kita ni diredhai Allah?Tak bertunas menjadi penyakit hati!Macam manaaaa?

Saya pun pernah menderita penyakit cemburu ni.Pernahh kut.Sebab tu saya banyak bertanya kat asatizah.

'Ustazah..macam mana nak betulkan hati?Macam mana nak bagi kita tak cemburu tengok hidup orang happy..?macam mana?,'

Dan,
jawapan yang saya terima pada masa tu..lagi-lagi mengkonfiussssskan saya!


'Kita nampak orang kaya.Doakan orang tu bertambah kaya.Kita lihat orang tu sihat,bahagia,pandai..doakan mereka terus dirahmatiNya.Doakan..doakan..doakan..,' -syarah ustazah.

Haha.

Mesti kita akan respon,

Err..dah kenapa pula nak kena doakan?
Baik saya doa saya yang jadi kaya,senang,pandai..kan?!

Orang tu dah cukup macam-macam kut.Buat apa kita nak susah-susah??

Tapi..cantiknya nabi ajar kita.Indahnya cara Allah didik kita.

SubhanAllah..wa sollu 'ala nabi.

Allah suruh kita bersyukur.Allah minta kita yakin padaNya.Dengan itu,kita akan lebih positif menangani apa jua ujian hati.Contohnya kes cemburu nilah.

Pernah bayang tak..kita yang sederhana ini..boleh jadi terlalu 'cantik' dan menarik di sisi Allah dengan adanya adab dan peribadi yang unik begini.Sudahlah diuji macam-macam..hebat pula mengatasi ujian-ujian Allah.

Haa.
Nak cemburu dipersilakan.
Jangan lupa semai elemen-elemen yang Allah redha.

Kalau orang tu soleh solehah..
Kalau orang tu baik dan peramah..
Kalau orang tu kaya dan pemurah..

Cemburulah kepada mereka dengan menjadikan mereka teladan!

Tolak diri,latih diri untuk jadi lebih soleh solehah,lebih pemurah,lebih ramah..lebih baik hati daripada mereka!

But always..tajdid again your niat.
Everything lillahitaala!
Kejar mardhatillah!

Wallahu'allam.


@Ruang_Aksara
Forwarded from Ruang Aksara
Hari ini saya dengar satu ceramah dari youtube, lebih kurang begini bunyinya, more or less.

"Ada orang sekarang dia bersedih, ada juga yang sedang sesak, lelah, mungkin ada juga sedang risau, mungkin ada juga sedang susah , tapi saat diingatkan dengan nama Allah, tenang saja ada Allah, tenang saja ada Allah membantu, bukankah semuanya di tangan Allah?"

I'm touched.

Dalam hidup kita ini,
akan sampai satu masa,

Kita rasa penat sangat,
kita rasa sakit sangat,
kita rasa dah tak sanggup nak hidup,
kita rasa bagai nak gila.
Kita rasa exhausted sangat.

Ujian yang Allah berikan datang satu demi satu.
Sampai satu tahap, you think you are in the lowest point of your life.

And you cry, because the pain is greater than what you can bear. And you sleep, because you can’t stay anymore.

Kadang-kadang bila kita lihat orang lain, kita tertanya-tanya,

"Kenapa mereka nampak sangat bahagia?"
"Kenapa aku diuji, sedangkan yang lain mampu tersenyum sedang aku berteman air mata?"

Itu hanya penilaian mata kita.

Yakin lah Allah lebih tahu keadaan hamba-hambaNya.
Kerana ujian Allah itu berbeza.

Mungkin untuk dapat kekuatan luar biasa, hati itu perlu rabak berkali-kali.

Mungkin yang kita lihat selalu tersenyum itu, menyimpan air matanya ketika bersendirian.
Mungkin yang kita lihat selalu gembira itu, sedang berduka tapi berusaha menyembunyikan kesedihannya.

You won’t be able to answer everything in life, but that is okay
Whatever hardship you’re going through. Read this beautiful Dua.

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلًا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلً

[Ya Allah, there is no ease other than what You make easy; if You wish You can ease sorrow.]

There will come a time where you finally understand why Allah put you in that situation. When you finally find peace with what Allah has decreed for you. When you finally realize it was only because He loves you and wants to strengthen you. Just trust Him. Trust in His plan.

One day you’ll laugh so much that you’ll forget you have scars.keep telling yourself,

"I’ll be okay. I have to endure this pain. I have to be strong for Him."

Never forget Allah is by your side. He loves you more than a mother loves her child, so don’t be shy to pour your heart out to Him and cry!

It’s Allah who truly knows your heart.

SubhanAllah, whatever pain we suffer in this life is not in vain. It is not wasted. We may cry and wince and groan over the pains, but Allah sees our suffering and will compensate us more than we can imagine, as long as we are patient and keep faith in Him.

What’s beautiful is how Allah plans things to turn out for us, there is nothing better than His qadr. No matter what, always remain patient, He has the best waiting for us..

Just give it time. Trust Him!

If you’re reading this, I hope Allah grants you patience through your hardships and soothes any pain you may be bearing and I request of you to please make the same prayer for me. For all of us.

Have faith!

@Ruang_Aksara
Pernahkah kau merasa berat sekali mengakui kesalahan diri? Ketika mana kau merasa berat untuk merasa diri salah, merasa kau paling benar. Ketahuilah, bahawanya ketika itulah ego dirimu berada di puncak paling tinggi. Kau mungkin merasa menang, hakikatnya kau kalah. Jiwa angkuh melukakan lalu membunuh dirimu dan juga sesiapa yang berdekatan denganmu, perlahan-lahan, tanpa kau sedari. Apabila kau sedar, mungkin semuanya telah mati ataupun mengundur diri.

Pernahkah kau merasa tidak berdaya ketika mana kau mengaku salah? Kau membentangkan sekali satu-persatu kesalahan kau. Walau terasa berat namun dapat dirasakan satu beban mencair mengalir dalam seluruh saluran darah di tubuh kau. Sekaligus entah mengapa air mata juga mengalir ketika itu? Ketahuilah, itulah tanda ego dirimu lebur. Kau mungkin merasa kalah, hakikatnya kau telah menang. Jiwa rendah diri menyuburkan dirimu dan sesiapa sahaja yang berdekatan denganmu, perlahan-lahan, tanpa kau sedari. Apa yang pasti, ianya menghidupkan.

Antara dua, pilihlah mana yang kita mahu, menghidupkan atau mematikan?


@Ruang_Aksara
Beberapa hari lepas, saya buka ruangan 'question' di instagram saya. Ada beberapa soalan yang buat saya berfikir seketika..

"Macam mana saya nak stop overthinking?"
"Saya suka sangat compare diri saya dengan orang lain"
"Hai, boleh tak bagi tips untuk bahagia,macam mana saya nak stop bandingkan diri saya dengan orang lain"
"Orang lain happy, kenapa saya tak boleh nak happy?"

Antara beberapa soalan yang saya dapat sepanjang minggu lepas saya buka soalan di IG saya.

Ada satu perkara yang saya sedar.
Pernah tak dalam hidup ni, anda rasa macam bestnya kalau kita dapat tu, jadi ni..jadi dia and the list goes on.

Bila kita mula..
Tengok kehidupan orang lain.
Bila kita suka sangat bandingkan diri kita dengan orang lain.
Bandingkan hidup kita dengan dia.
Bila kita lihat “hidup” orang lain di media sosial,
Kita teringin nak ada hidup seperti dia.
Kita rasa bestnya kalau jadi macam dia.
Seronok. Suka. Gembira. Bahagia.
Happy memanjang je..
Senyum lebar hingga ke telinga je..
Tafsiran mata kita.

You know you shouldn’t compare yourself to others. Yet, that’s often easier said than done.

Teringat pula kawan arab saya pernah cerita. Kadang-kadang kita selalu cakap,
"Bestnya jadi dia, cantik"
"Bestnya jadi dia. pandai"
"Bestnya jadi dia, pass exam"
"Bestnya jadi dia. Ada anak"
"Bestnya jadi dia. Kahwin"

Tafsiran mata kita.

"Aku hodoh, dia cantik"
"Aku tak pandai macam dia"
"Bijaknya dia, aku ni tak pass exam sampai sekarang.
"Malangnya hidup aku tak ada anak sampai sekarang.."
"Sampai sekarang aku single, orang lain semua dah kahwin. "
Malangnya hidup aku..

Tapi..
Jangan kita terlupa, yang kita lihat itu adalah apa yang dia tunjukkan.
Yang dia sembunyikan, mungkin lebih banyak, lebih pahit dan bahkan mungkin tidak terjangka.

What we see externally about other people is just one part of their lives. What we see so beautifully portrayed on an instagram/facebook etc just tells us how they spend one hour of their entire week , but there's a lot more beyond that. Yet, we compare the best part of their lives to the most boring parts of ours. Thats why we feel like shit.

Kita nampak kehidupan orang best best belaka, tanpa kita tahu, setiap orang punya bahagian sendiri.
Punya ujian sendiri. Punya struggle sendiri.

Dia kata kat saya, Allah ini adil. Analoginya Allah bagi semua orang 100. Ada orang 80 dalam pelajaran, 20 dalam kehidupan berkeluarga. Ada orang 20 pelajaran, 20 harta, 60 anak-anak. Campur, darab, tolak, bahagi, semuanya 100.

Kita lupa Allah bagi kita sama banyak juga macam orang lain.
Allah jua lah yang menyusun segala-galanya.

“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, ( Al-Baqarah: 155)

Kadang kita ingat kita akan dapat atau tak dapat sesuatu, tapi kita lupa atas semua tu ada Dia, yang menentukan segalanya.
Dalam hidup ini,

Bila diberi nikmat syukur
Bila tak diberi lagi pun syukur.

Sebab Allah bagi kita semua nikmatnya sama saja. Kita saja tak nampak.

Allah is indeed the best in His plannings.
Ada waktu, Allah menarik semua dari kita, supaya kita belajar merasai cukup, hanya dengan adanya Dia.

Ada waktu, Allah menahan semua dari kita, supaya kita belajar mengerti, bahawa untuk mengecap manis itu, kita hanya perlukan Dia.

Ada waktu Allah memberikan kita segalanya, supaya kita belajar bahawa kasih sayang Allah itu sentiasa ada buat kita hamba Nya.

Sometimes we lose some, but we also gain some.

Well, its not easy to be redha.
Redha dengan setiap perkara samada kita suka atau tidak.
Redha, bilamana kita percaya tiada kebetulan atas apa yang terjadi. Semua yang berlaku atas kehendak Allah dan terselit hikmah.

Because, when Allah wills something, nothing can stop it from happening.

Life is not a race. never compare our journey with others. We have our own timeline. Life is not a competition. It’s a journey. We are all on a journey, to find something, to become something, to learn, to create.

And regardless of the efforts we may/may not put into making things happens,
will only happen with Allah's permission..
So, redha whatever Allah has decided for us.

And looking around me, I guess I'm learning a thing or two about this; that redha is not just through words;
"Aku redha"
It's when our amal and hearts are.
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Allahumma Inni as aluka nafsaan bika mutmainnah, tu'minu biliqaa-ika wathardha, Bi qadhaaika, wataqna'u bi atho ika.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepada Mu, yang yakin akan bertemu dengan Mu, yang redha dengan ketetapan Mu, dan yang selalu merasa cukup dengan pemberian Mu."

Have faith!


@Ruang_Aksara
Hari ni dalam kelas saya, teringat kata kata Dr Iyd, terkesan bila beliau kata,

"Talk to our creator, like we talk to our spouse or our friends. Make Him our best friend, if you have time, sit in the middle of night, and pour all your worries, your thoughts, anything happens in your life, He is always available for all of us, you will find your peace there."

Terdiam sejenak.

Dalam hidup kita ni mungkin sampai satu tahap, kita akan sampai kepada fasa kehidupan yang kita rasa berat sangat diuji dan terus diuji oleh Allah.

Sakit, pedih, terluka, hati hancur koyak rabak.

Qadr Allah, He does what He wishes.

Ada orang diuji dengan masalah kesihatan,
Mungkin ada orang diuji dengan masalah kewangan,
Ada yang diuji dengan kemiskinan dan kesusahan.
Ada juga yang diuji dengan masalah rumahtangga,
Ada orang diuji dengan masalah hati dan perasaan.
Dan sebenarnya banyak lagi cara Allah berikan kita 'hadiah'nya. Andai saja kita mengerti.

Air mata mengalir, dalam bersendirian.Penatnya diuji. Kadang tertanya tanya " Kenapa aku wahai Allah, kenapa aku yang diuji begini?"

Kadang-kadang bila tak dapat nak tahan sakit dan pedihnya segala ujian yang mendatang..

Air mata pun cukup sebagai bahasa untuk berbicara dengan Tuhan.
Ada masanya mampu bertahan, ada masanya rebah. Tidak tertahan dan air mata tumpah membasahi pipi.

Dan Allah adalah saksi segala saksi atas segalanya.

Wahai insan pilihan Allah yakni yang sedang diuji,

Alirkan lah air mata, dan rasakan hanya Allah.

Dia ada, sangat dekat dengan kita.
Dan Dia tidak pernah tidak mengira air mata yang tumpah itu.
And dear, just cry, let it out.

Cry when things go beyond our control ,cry when trials just kept on coming over and over again, cry when you feel helpless in the battle you face.

It's okay.

Sebab segala kepahitan,penat, sesak, lelah atau apa jua yang dirasa, insya Allah adalah kebahagiaan untuk kita 'di sana'
Semuanya susunan dari Dia.

Sometimes, you really need and you just need to be so. Even when you cry loud inside despairing your tiredness, you just need to stay strong.

It's hard I know,
But you're still fighting, and I'm proud of you.
You're amazing.
And when you wake up
in the middle of the night
feeling all alone with your thoughts,
go straight into sujud
for Allah arouse you out of your sleep,
so you could be with Him
and beg Him for guidance.
Trust me,

you will notice that you won’t need anyone else but Al-Wahhab,The Giver of All.

Allah knows your pain. Just hold on. He’ll heal your pain.
Just wanna say this, make sure to never forget that Allah always love us.

He sends subtle messages to remind us to take care of ourselves from little things in life.

We just gotta open our eyes wider, settle our heart at times, take a moment to think.The world is created with thorns and storms raging in and out of our lives.

And Allah never neglect us, because He always promises the faint smell of roses and the faint beam of light from the sky.

Percaya saja segala jalan cerita dan takdir hidup kita dalam genggamanNya.

Mudah diungkapkan tapi mungkin terlalu sukar untuk dilaksana.
Namun percayalah Allah sentiasa melihat usaha usaha kita.
Dan lihatlah betapa indahnya Allah titipkan ayatnya untuk memujuk kita,

“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung." (Attaubah: 129)

Trust Him, He knows best.
InsyaAllah. :')

Have faith!

@Ruang_Aksara
Dear all,

No matter how hard the situation is.

Tarik nafas.
Bertenang.
Ambil masa untuk bersendiri.
Kalau rasa nak nangis, nangis je lah.

Sometimes Allah has tests us in order for us to find Him. Sometimes He will remove things from our hearts and place His love there instead.

Do not think that pain is forever. Because if today can come to an end, then so can pain. Today will be history tomorrow. The adversities will be history sooner or later.

Life is a war.
Every day we fight for a reason.
Some battles you lose.
Some battles you win.

But never stop fighting for what you believe in because in the end, you will win the war. You will find your happiness

If you’re reading this, I hope Allah grants you patience through your hardships and soothes any pain you may be bearing and I request of you to please make the same prayer for me. For all of us.

Have faith!

@Ruang_Aksara
2024/09/29 14:19:33
Back to Top
HTML Embed Code: