Telegram Web Link
Kawan, aku tahu kau penat.
Kau penat bersangka baik dan berlaku positif
walhal kau tidak. Kau penat berbagi semangat
pada orang, walhal kau sendiri bukanlah
bersemangat mana pun. Kau penat, bila kau
dicari kerana mereka harapkan 'sesuatu'
daripada kau, tanpa sedar kau diam-diam
mengharapkan hal yang sama.

Sesekali, kau mahu juga membuang topeng
yang kau pakai di wajah. Kau mahu juga
terlihat lemah, tak bersemangat dan negatif –
kerana kau hanyalah manusia biasa yang
sampai masa, kau tahu mengeluh juga.
Kau tahu bagaimana rasanya tertekan, sedih,
risau dan marah.

Namun, jauh di dalam diri ada suara sedang
berkata-kata – betapa kau tidak boleh terlihat
begini dan begitu kerana itu bukan kau. Itu akan
lebih melemahkan kau. Itu akan memalukan kau
dan...itu bukan sebahagian daripada kau!
Kau menangis sendirian mengenangkan
alangkah rapuhnya seorang kau.

Kawan,
manusia adalah sebaik-baik ciptaan yang
Tuhan wujudkan bagi 'memakmurkan'
kehidupan di atas muka bumi ini. Dan kita
antara manusia yang terpilih tersebut.
Manusia 'dikayakan' dengan pelbagai ragam
dan warna emosi. Sebab tu, kita tahu tertawa
dan boleh mengalirkan air mata.

Tiada manusia yang sepanjang masanya
kuat dan tiada pula yang bermula lemah,
selama-lamanya lemah. Sebab tu, dalam kita
merasakan kita perlu sabar, kuat,
bersemangat dan tabah jalani hidup –
kita tak boleh menidakkan bahawa kita juga ada
limitasi dalam diri. Kita adalah makhluk yang tahu
tersenyum dan menangis. Ada masalahnya kita
gembira, ada masa kita berduka. Ada masa kita
mampu bersabar, ada masanya kita juga tahu
hilang sabar.

Justeru, siapa pun kita...jangan diajar diri untuk
menidakkan keperluan diri untuk 'seek the help'
bila kita rasakan diri kita sedang memerlukan
bantuan. Yang bercakap, ada masanya perlu
mendengar. Yang selalu mendengar, ada masanya
perlu didengarkan juga. Bila kau rasa kau telah
mencapai limit kesabaran, kau telah kehilangan
sebab untuk terus bersangka baik, maka ketahuilah –
kau sedang perlukan bantuan. Mungkin selama ini
orang mencari kau untuk meminta bantuan maka
mungkin kini, kaulah yang sedang perlukan
bantuan.

Sungguh. Bukan suatu perbuatan yang tak baik
atau satu keaiban untuk mencari seseorang yang
boleh kau kongsikan masalah atau bercerita tentang
kemelut rasa yang sedang kau deritai sekarang.
Tolong...jangan dibiar pendam seorang sampai
satu masa yang kau sendiri sudah tidak terkendalikan.
Dan, untuk yang kesekian kali...ketahui selalu –
bahawa sebaik-baik pendengar itu adalah
Yang Maha Mendengar iaitu Allah Azza
Wajalla. Berdoalah dan mintalah apa pun
kepada-Nya.

Didiki diri untuk lazimi pergi kepada Dia sebelum
pergi kepada dia, dia atau dia. Kerana ilham, petunjuk
atau apa jua bentuk kemudahan itu datang daripada-Nya – mungkin asbab doa yang dikabulkan
dan mungkin tanda rahmat Allah sedang merangkulmu yang memerlukan dan kasihan.

Belajar untuk percaya, bahawa ada telinga yang
ikhlas mendengarkan.
Belajar untuk yakin, bahawa setiap orang di
sekeliling kita ada 'kebaikan' yang boleh dibahagi-
bahagikan.

Insya-Allah, kusut di kepala atau serabut di dadamu
takkan mahu betah berlama-lama menakluk seluruh
kamu! Kau akan kembali positif, ceria dan bersemangat lagi!

@Ruang_Aksara
Dalam hidup,

Kadang-kadang, ada satu masa Allah saja buat kita rasa sampai tak mampu berdiri lagi menghadapi hari-hari yang ada..

Kadang-kadang dalam hidup, sampai satu point, memang Allah sengaja buat rasa sesak sangat, penat hadapi ujian luar biasa daripada Allah.

Kadang-kadang dalam hidup, ada satu masa memang Allah saja bagi kita terduduk, menangis, dan rasakan hidup tak bermakna.

Sebab apa?
Sebab Dia nak kita belajar sesuatu.

Sampai satu masa, Allah nak kita betul-betul faham apa lah yang Dia nak sampaikan sebenarnya.

"Ketika kamu berharap terlalu tinggi kepada manusia, Ia timpakan atasmu sakitnya sebuah pengharapan, agar kamu kembali berharap kepada-Nya. Hanya kepada-Nya"-[Imam As syafie]

Maha Baiknya Allah.
Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya.

Segala ujian yang perit dalam hidup.
Itu bukan lah satu penderitaan.
Tapi satu kekuatan.

Kerana..
Hari hari ke hari, setiap detik yang berlalu,
kita sedang diajar.

Diajar erti kehidupan oleh Tuhan.

And remember this?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah :216]."

لا حول و لا قوة إلا بالله

La haula wa quwwata illa billah. Tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah.

How beautiful is it that we don’t need to shoulder everything on our own? I’m always reminded of this whenever i come across the above ayah.

It’s only through admitting our powerlessness, that we’re unable to do anything without the help of Allah, that it stops us from over burdening ourselves with so much this life throws at us.

Just note that..
Allah loves us so much.

The hope in Allah which is never lost, and the love He has for us. There is always Allah s.w.t; who would never leave us alone.

And we all know that He's the best that we could ever hoped for.Know that He is with us wherever we are.

He understands us when other people don’t. He is there to ask upon, to help us, to guide us.

Dan cantiknya cara Allah memujuk kita,

“Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya.”(Ath-Thalaq : 3)

Masya Allah.
Baiknya Allah kan?

Life is a struggle.
Indeed a beautiful struggle.

Insya Allah. Have faith
!

@Ruang_Aksara
SEHELAI KARTU PILU

Kepada A – yang menyentuh malam lalu tiba-tiba malam menjadi beku

Malam ini, engkau adalah segugus kabus yang bederai
dari lelangit pengakhiran, menyelit di celahan jalur-jalur
dakwat yang kutumpahkan, di atas kartu
mengeja semula namamu, dengan pena nyilu
di ronyok kertas pilu
berhuruf rindu

Menyentuh hadiah sebungkus jujur yang engkau persembah
aku hanya membalasnya dengan setangkai nurani desah
tapi lihatlah, kau senantiasa tahu di mana marga kelabu
dan di mana puspa kenangan, sambil tanganmu
menggenggam secarik peta, yang kulukiskan
untuk engkau mengerti kanan dan kiri
kala kau tiba di simpang perpisahan itu nanti

Tengkujuh telah kembali, engkau menyimpuh di pinggir sepi
mencantum hari-hari, mengikat hati-hati, aku melarang
- kenapa kau terus tak menyedari, masa untuk kita berlari
sudah suntuk dan matari sudah runduk?
lantas kau tersentak, senja sudah merah
dan kau segera menyiapkan pelana, membubuh sembuh pada luka
- sudah ketepikan itu semua, mari ikut aku
kita ke taman daffodil, semi akan tiba dan kita takkan berduka
aku tidak pasti kenapa kau masih tercegat di pintu kenyataan
sedang di depanmu ialah lorong pengharapan

Aku terjaga, kala kau menyerahkan nota keliru
untuk aku bacanya, sebelum kau pinta
koyakkan ia menjadi perca
yang tak dapat lagi dibaca.

@Ruang_Aksara
Kawan, apa khabar hari ini?

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kan.
Bila mana anda mungkin masih boleh
melayari internet dan berkesempatan membaca
nukilan saya ini, maka...tandanya kita masih
dalam kalangan yang cukup beruntung kerana
masih menerima begitu banyak nikmat daripada
Allah yang Maha Baik.

Alhamdulillah, jika difikirkan negara kita
Malaysia, masih yang terbaik kerana sangatlah
mementingkan kebajikan setiap rakyatnya,
sementara ada negara yang lain sangat kasihan
saat hak hidup mereka bagai dinafikan.
Syukur, kita masih menerima terlalu banyak
'kelebihan' walau dalam keadaan paling
kita takutkan.

Anda semua sudah makan?
Alhamdulillah, kita masih boleh makan dengan
tenang. Mungkin ada yang tak mewah mana
seperti sebelumnya. Tapi, masih ada.
Malah ada dalam kalangan kita yang masih punya
stok makanan atau wang simpanan yang
mencukupi untuk meneruskan hari tanpa banyak
fikir. Syukur, ada juga dalam kalangan kita
menerima bantuan itu dan ini bagi mencukupkan
keperluan.

Alhamdulillah, walau ada rasa takut tak cukup,
rasa takut kehilangan sumber makanan kerana
tiadanya punca pendapatan– kita juga tahu kita
masih ada 'seseorang' di kiri dan kanan yakni,
jiran tetangga atau kenalan untuk kita mohon
atau minta bantuan daripada mereka.

Alhamdulillah, di sekeliling kita...ramai
orang-orang baik dan tahu berempati terpanggil
menghulur bantuan. Ditanyakan khabar kita,
diberikan apa mereka punya untuk kita nikmati
sama apa yang ada, sekadarnya.

Alhamdulillah, setiap hari kita masih bangkit
dengan rasa senang, kerana kita masih ada
insan-insan tersayang di bawah bumbung yang
sama. Alhamdulillah, walau kita jauh daripada
keluarga, kita sentiasa tenang kerana kita yakin
mereka baik-baik saja.

.

Kawan, paling menguntungkan menjadi kita –
jiwa kita ini masih sarat dengan rasa yakin
bahawa kita ada Allah, pemegang kunci kepada
tombol pintu yang akan bawa kita keluar daripada
kemelut musibah ini. Jadi, bersyukurlah kita, saat
jiwa masih mampu menguntum senyum sambil
memujuk hati untuk redha demi beroleh rahmat
Ilahi.

Jika ada masanya, kita sudah kehabisan sabar...
kita sudah kehilangan sebab untuk terus
bertabah dan bersangka baik, maka –
renungkanlah dalam kehidupan orang lain
yang tak kurang hebat ujiannya dengan kita.
Bahkan, ada yang menerima implikasi
yang lebih dasyat kerana ujian ini!

Justeru, malulah kita andai masih mahu
terus zikirkan keluh...sedangkan doa dan rayu
kepada-Nya itulah 'penawar' untuk kemelut ini.
Ya, sukar untuk berbaik sangka. Tapi memilih
berlemah-lemah, bersedih-sedih, memenuhkan
kepala dengan negativiti– itu jauh lebih menyusahkan.
Insya-Allah, cekalkan hati...dan ikhtiar lagi.
Sama-sama kita belajar untuk redha atas apa
pun ujian yang diberikan-Nya.

Sudah tentu, musibah ini akan menyumbang
sesuatu ke dalam pembentukan peribadi kita.
Lebihkan syukur, banyakkan istighfar dan
bersangka baiklah pada Allah.

@Ruang_Aksara
“Kak, tak rasa kite muda lagi ke?”

I was about to go back home when this one pretty girl stopped me and wanted to listen to my advice about marriage.

I smiled. “Aku pun rasa aku muda lagi.”

“PUHAHAHAHAHAH.” I did not manage to finish my sentence when she burst into laughter. Non stopable😑

And I continued to smile. I never believe on the age limit for a person to get married. Different person has different story, different path, and different fate.

Just dont get married because your friends are getting married, or just because you want to have an idea that you are in love when you are actually not.

I cant think of anything lonelier than spending the rest of my life with someone I cant talk to, or worse someone I cant be silent with.

It is better to wait long, than to marry wrong. Never define other people’s happiness with yours. Just because kau bahagia kahwin tak semestinya orang lain akan bahagia jugak, kalau kau definekan kebahagiaan tu sebab kau kawin dengan laki kau yang baik tu, kau bagi ajeler laki kau kat dia.

And with that, I waved her goodbye, and hope she would find her true love that wouldnt take her for granted.☺️

After all, we always worry about our love in this world, less that we realize that God loves us more than anything😊

Salam Ramadhan ! ❤️


@Ruang_Aksara
Saya jarang ikut perkembangan Ustaz Ebit Lew. Seingat saya sejak PKP dilaksanakan di Malaysia, baru saya start ikuti perkembangan aktiviti ustaz Ebit.

Teringat peristiwa 5 ke 6 tahun lepas.

One message received.

" Salam , I'll be waiting at the bus stop at 11 am"

Lepas tu saya balas sekadarnya saja, setuju.

Professional Ethics Forum bertempat di salah sebuah Medical University. Kami berdua tak pernah pergi ke situ, jadi kami hanya search di internet.

Sepanjang perjalanan ralit kami berbual sampai tak sedar. Kami ambil beg dan kemudian berlari. Pantas.

" Well, alhamdulillah, but then where are we right now?"

Dua-dua pun dah ketawa.Kami sesat dan hanya sampai di universiti tersebut setelah lebih 3 jam berpusing.Bila sampai di universiti tu,pelik sangat sebab tak ada orang, tapi dalam email, rasanya betul dah tempat yang dituju tu.

Lepas tu saya call , person in charge. Cakap punya cakap,

" Sorry madam..oh actually, it was yesterday.."

Speechless. Saya berpandangan dengan kawan saya, tak tahu nak rasa apa. Kami sesat selama beberapa jam, silap pilih jalan, bila sampai rupa-rupanya forum itu semalam!

"Perhaps, Allah wanted to teach us something, Lyd." Saya pandang kawan saya.

" Yeah." Dia pun senyum juga.

Tak apa lah masing-masing pun dah redha dan senyum saja. Jadi sebelum balik tu, saya ajak kawan saya tu pergi beli makanan, sekadar nak isi perut sebab tak sempat makan lagi.

Tengah beratur tu, sedang asyik memerhati, tiba-tiba terdengar suara garau seorang lelaki yang bercakap tanpa henti.

Saya menoleh, ada seorang lelaki dalam lingkungan 60 an, kelihatan pakaiannya kotor, memakai wintercoat lusuh panjang berwarna hitam, wajahnya berjambang nampak kusut sekali.

Kelihatan seperti nak minta tolong. Lelaki di hadapan saya tu buat tak peduli.

Lepas tu saya ambil keputusan nak pergi tegur pakcik tu, tapi sebelum saya sampai, ada seorang perempuan muda di depan saya yang mendahului.

" Do you need any help?" Perempuan itu senyum sambil menundukkan badannya.

Saya hanya memerhati dari tepi. Mereka berbual dan rupa-rupanya..
Pakcik tu tak tahu macam mana nak beli makanan, dia tak reti nak gunakan mesin tu. Dia cuma perlukan pertolongan sebab pakcik tu ada duit,walaupun hampir sejam pakcik itu berdiri.

Saya rasa hampir nak menangis di situ. Tak ada orang pun peduli dekat pakcik itu sehinggalah perempuan itu datang.

Perempuan itu membelikan makanan untuk pakcik itu, kemudian dia tunggu pakcik itu , siap bukakan bungkusan makanan dan dia tunggu sambil tolong potongkan kepingan roti itu. Sangat lembut dengan senyuman dia layan pakcik tua itu.

Betul, rupanya Allah memang nak tunjukkan dan ajar saya sesuatu.

Masya Allah sister. I must say you inspire me a lot!
Rasa macam jumpa salah seorang bidadari syurga.

I'm touched. Yes, we can never really know how deep of an impact we've made in someone's life. What we consider a little bit of kindness may just turn a person's life completely around and give them hope for the future.

Sometimes what all we need is a kind words, a helping hand, and an open heart. And this could be our means to Jannah.The strength that we'll certainly need to keep us battling in this life.

In the end, perhaps Allah wanted to teach us something , that any little reminder from Allah is nothing too little.Cause if we're to die, any deeds, no matter insignificant or small they are, those deeds that we often take for granted are usually the ones that we wish we'd do more of.

After all, alhamdulillah for all His blessings!

Truly He is the best planner of all !

Have faith :)


@Ruang_Aksara
Ingat lagi ada satu malam tu, syaaban tahun lepas.

I felt totally lost, burn out, super tired.

Tengok sekeliling. Gelap.
I just couldn't describe my own feeling.

Rasa sesak.
Rasa nak menangis. Tapi tak boleh.
Everything seems okay, but it just I am totally tired.

Nak di luah mungkin tak terdaya.
Nak di cerita entah pada siapa.
Nak di adu mungkin agak susah dan bukan pada siapa siapa.

Nak menangis pula dah tak mampu.

Tak tahu nak buat apa.

Tapi ingat lagi kata kawan saya ketika itu,
kalau rasa tak tahu. Dah tak tahu nak cerita kat siapa, apa yang tak kena. Luahkan saja pada Allah.

Yes,
malam itu, malam yang sangat sunyi, sepi.
Saya bangun. Dengan hati yang sangat galau.

Ambil wuduk, bentang sejadah.

"Ya Allah. ya Tuhanku, sudilah pandang aku, hari ini aku penat sangat ya Allah, hari ini aku sakit sangat ya Allah..Aku tak pandai ya Allah...Ya Allah aku tak tahu ya Allah...Engkau yang Maha Pandai ya Allah..Engkau yang Maha tahu ya Allah..Bantu lah seorang Farah Ahmadi ya Allah.."

Saya ingat lagi bait doa saya masa itu.

Lepas dah menangis. Lepas dah luahkan segalanya pada Allah, tak tahu bagaimana nak gambarkan, tapi tenangnya luar biasa.

Sungguh-sungguh luar biasa!

Dan saya tidur dengan linangan air mata ketika itu, tubuh masih berbalut telekung putih.

The tears kept flowing down..

I remember that that was the most peaceful night for me.

Masya Allah.

Bukan sekali tu je. Banyak kali dah dalam hidup rasa macam tak boleh nak go on.

Rasa jatuh. Rasa tak mampu. Tapi boleh lagi rupanya.

Jatuh, bangkit lagi. Jatuh, bangkit lagi.

We are all broken, and He is Al Jabbar, The Mender of Broken hearts.

We all need peace, and He is As Salaam, The Embodiment of Peace.

We are all hopeless, and He is Al-Muqeet, The one who sustains.

We all need sustenance; and He is Al -Razzaaq, The Provider.

We all need love; and He is Al -Wadud, The Most Loving.

We all need protection; and Allah is Al -Hafiz, The Guardian.

Allah has an unlimited supply of everything we desire or need in this life and in the hereafter.

Yes brothers and sisters,
If you're sad today, Allah may allow you to be happy tomorrow. And when no one understand us, remember, Allah understands.

So, just remember this ayah,of course one of my favorite verses too,

" Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah" -Az-zumar: 53.

Yes, when we feel pain inside when we make our du'as but no tears like before.Tell Allah this, say it with our heart,

"I just miss the tears so much...Oh Allah, the crying eyes.. inside of remembering You"

Insya Allah something will appear in our heart. Just remember, that every heart is within Allah's grasp, sometimes we just need to pray and leave everything to Him.

Because that's just our fitrah, we are born weak and that's why we need Him.

Allah sentiasa ada dan akan ada di setiap masa kita perlukan Dia.

Yes my dear,
Andai pernah kita merasa, Allah tidak sudi lagi memandang kita.
Kita silap. Benar-benar silap.

Kerana Allah tak pernah sekalipun berhenti memandang dan meninggalkan kita, walau sesaat.

Insya Allah. Have faith! :)


@Ruang_Aksara
Hari ini saya dengar satu ceramah dari youtube, lebih kurang begini bunyinya, more or less.

"Ada orang sekarang dia bersedih, ada juga yang sedang sesak, lelah, mungkin ada juga sedang risau, mungkin ada juga sedang susah , tapi saat diingatkan dengan nama Allah, tenang saja ada Allah, tenang saja ada Allah membantu, bukankah semuanya di tangan Allah?"

I'm touched.

Dalam hidup kita ini,
akan sampai satu masa,

Kita rasa penat sangat,
kita rasa sakit sangat,
kita rasa dah tak sanggup nak hidup,
kita rasa bagai nak gila.
Kita rasa exhausted sangat.

Ujian yang Allah berikan datang satu demi satu.
Sampai satu tahap, you think you are in the lowest point of your life.

And you cry, because the pain is greater than what you can bear. And you sleep, because you can’t stay anymore.

Kadang-kadang bila kita lihat orang lain, kita tertanya-tanya,

"Kenapa mereka nampak sangat bahagia?"
"Kenapa aku diuji, sedangkan yang lain mampu tersenyum sedang aku berteman air mata?"

Itu hanya penilaian mata kita.

Yakin lah Allah lebih tahu keadaan hamba-hambaNya.
Kerana ujian Allah itu berbeza.

Mungkin untuk dapat kekuatan luar biasa, hati itu perlu rabak berkali-kali.

Mungkin yang kita lihat selalu tersenyum itu, menyimpan air matanya ketika bersendirian.
Mungkin yang kita lihat selalu gembira itu, sedang berduka tapi berusaha menyembunyikan kesedihannya.

You won’t be able to answer everything in life, but that is okay
Whatever hardship you’re going through. Read this beautiful Dua.

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلًا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلً

[Ya Allah, there is no ease other than what You make easy; if You wish You can ease sorrow.]

There will come a time where you finally understand why Allah put you in that situation. When you finally find peace with what Allah has decreed for you. When you finally realize it was only because He loves you and wants to strengthen you. Just trust Him. Trust in His plan.

One day you’ll laugh so much that you’ll forget you have scars.keep telling yourself,

"I’ll be okay. I have to endure this pain. I have to be strong for Him."

Never forget Allah is by your side. He loves you more than a mother loves her child, so don’t be shy to pour your heart out to Him and cry!

It’s Allah who truly knows your heart.

SubhanAllah, whatever pain we suffer in this life is not in vain. It is not wasted. We may cry and wince and groan over the pains, but Allah sees our suffering and will compensate us more than we can imagine, as long as we are patient and keep faith in Him.

What’s beautiful is how Allah plans things to turn out for us, there is nothing better than His qadr. No matter what, always remain patient, He has the best waiting for us..

Just give it time. Trust Him!

If you’re reading this, I hope Allah grants you patience through your hardships and soothes any pain you may be bearing and I request of you to please make the same prayer for me. For all of us.

Have faith!

@Ruang_Aksara
Beberapa hari lepas ada seorang junior saya mesej.

" tak kira lepas je habis pkp ni saya nak ke mahkamah! saya dah tak tahan, saya dah betul tak tahan kali ni!"

Speechless.

Terdiam lama saya, sebab sejujurnya rasa tak layak nak bercakap lebih.

Dalam hidup kita ini. Dalam fasa hubungan kita, tak kisahlah yang belum bertunang, tengah bertunang, atau orang yang berkahwin sekalipun, tetap akan diuji.

Setiap orang ujiannya berbeza.

Ada orang yang berkawan sampai 3, ke 4 tahun, akhirnya putus di tengah jalan.
Ada orang yang bertunang sehingga 2 tahun, dah hampir tarikh nikah, akhirnya tak jadi kahwin.
Ada orang yang dah berkahwin bertahun tahun, dapat anak 3 ke 4 orang, akhirnya bercerai juga.

Kadang-kadang ada yang bertahan, atau yang terputus di tengah jalan. Semua yang berlaku dalam genggaman Allah.

Have you ever felt like the more you try to grasp on to something or someone, the more it flees from you?

As though you're trying so hard to maintain something, yet it's battling with you, to escape from your clutch? Does it not become exhausting?

We can't hold on to what's not meant for us. We can't force things to happen or people to stay.

But through such we learn.

We learn who Allah is.
We learn of His mercy.
We learn of His kindness.
We learn of His readiness in response. We learn of His attentiveness towards us. We learn of His ability to heal.
We learn of His ability to mend.

Nothing shall ever happen to us except what Allah has ordained for us,regardless of the efforts we may or may not put into making things happens. Whatever does happen, will only happen if Allah gives His permission.

Apa yang saya belajar, begitulah, perkahwinan itu bukan sekadar aku suka kau, kau suka aku, then kita kahwin. Happily ever after. No.

It's more than that.

Dalam hubungan kita, sejauh mana pun ia diuji, sejauh mana pun rasa tak tahan dengan segala dugaan, yang paling penting, kita kembalikan semuanya kepada Allah.

Ada sahabat saya selalu pesan, tak kisah lah apa isunya sekalipun,

" Kita buat kerja kita je. Setakat ni tak ada koyak mana mana pun kan, ada luka kat mana mana tak, selagi boleh bertahan, terus bertahan dan ubah. Kita tak mampu ubah orang lain, tapi kita mampu ubah diri kita"

And that's where we have to return,and feel the presence of our Great Beloved, Allah.

Allah will always be there for all of us.
The time when you feel you are all alone,
The time when the tears flowing down,
He always been there.

Loving people for the sake of Allah. In that solid reason, you would find that people make mistakes and hurt you sometimes unintentionally.

That the people, human beings is a weak creation of God and need Allah all the time. At that moment you realize, that you would support the one whom you love, no matter how hard the situation is.. why? Simply because of Allah. Simply for the sake of Allah.

No matter how hard the situation is.

Tarik nafas.
Bertenang.
Ambil masa untuk bersendiri.
Kalau rasa nak nangis, nangis je lah.

Sometimes Allah has tests us in order for us to find Him. Sometimes He will remove things from our hearts and place His love there instead.

Do not think that pain is forever. Because if today can come to an end, then so can pain. Today will be history tomorrow. The adversities will be history sooner or later.

Life is a war.
Every day we fight for a reason.
Some battles you lose.
Some battles you win.

But never stop fighting for what you believe in.
Because in the end, you will win the war. You will find your happiness.

He answers, in the best way, at the best time. Keep begging. Keep doing the right thing. Keep having hope. He will never fail you. Even if it’s different from what you ask.

He will always respond with what is best for you.

Keep on going and be with Allah because He never leave.
And pray and make du'a always because He loves to listen to us.

And wallahi, He is so near to us.

Insya Allah, have faith ey? ;)

@Ruang_Aksara
DIA PERGI JUA

Seharian aku menanti
berminggu aku menunggu
berbulan aku mengharap
suatu masa pasti akan bertemu.

Akhirnya dia pergi begitu sahaja
membelah lautan merentas ombak
belum sempat aku beritahu
betapa sabarnya aku
memintal semua kenangan
mahu aku tunjukkan padanya.

Tinggal juga aku sendirian
mengenang mimpi tak jadi
mengingati angan tanpa realiti
hari ke hari
hari berganti minggu
minggu berganti bulan
di mana kabar berita
mana perginya ingatan dan memori.

Dia pergi jua
pergi begitu sahaja
tanpa tinggalkan pesan
tanpa apa-apa berita.

@Ruang_Aksara
Langit cerah. Winter.
Saya ingat lagi masa tu bila dia kata,

" Sampai satu tahap dalam hidup, bila kita rasa dah jatuh, gagal, tak mampu nak bangkit balik, dan rasa hanya Allah je yang mampu tolong kita, bukan sesiapa lagi, ketika itulah Allah akan angkat kita semula."

Ringkas tapi cukup bermakna.

Teringat ayat quran yang sangat best,

“Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya.”
(Ath-Thalaq :3)

Sebak.

If you are having a hard time right now, please read this.

I know how it feels to feel lost and be hopeless. When you just wanted to disappear because the pain is too unbearable. That feeling that gets so heavy every single day.

One thing that kills your happiness is when you compare your journey with everyone. You do not have to put so much pressure on yourself. You have a different journey to take. Run at your own pace. You will have your time too.

You might be in a dark situation right now, but soon enough the light will shine again. It will bring relief to your restless heart. It will give you that peace of mind that you have been praying for.

Have you been really tired and you know that it is more than physical tiredness? When you can’t really explain as to why you feel that way.

Your dilemmas will not last forever. Surely, your struggles are temporary. At the right time, everything will fall in its places perfectly. Everything will be okay.

Never lose hope because you are not alone in this bitter-sweet journey. Have faith in Him.

The hope in Allah which is never lost, and the love He has for us. There is always Allah s.w.t; who would never leave us alone.

And we all know that He's the best that we could ever hoped for.Know that He is with us wherever we are.

He understands us when other people don’t. He is there to ask upon, to help us, to guide us.

It's true that life has it's ups and downs.

And for everything that happened, as long as we keep our trust in Allah and keep remembering Him, we can always feel His presence, His mercy.

Sometimes even in the depth of darkness, we know that there is something good in it for us. Allah always knows better.

Remember, when Allah says;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah :216].

Exactly. We don't know. He may be doing things, that seem so difficult to accept, however is actually the best thing for us.

Sometimes, in order to save or protect us, something is taken away from us, or given to us in a way we don’t want.

So, there will be pain, joy, disappointment but there will also be perseverance, effort and most importantly, faith in Him.

We are all fighting different battles and I am writing this just to say to the people out there that you are not alone.

Sometimes things get a little bit too much but insya Allah there would be a way out. When it happens, think of it this way; you are at your worst now so thing can only get better as long as you do not give up!

The problems could be huge but so is Allah's mercy. His help is probably just a prayer away, so make it.

Insya Allah. Have faith

@Ruang_Aksara
MANGSA

Aku tidak pernah berniat untuk semua ini
Sungguh,
Melukakan hatimu bagai melukakan diriku sendiri.
Terlalu banyak salah faham yang berlaku hingga aku jadi buntu,
Tidak tahu bagaimana harus ku terangkan kepadamu,
Akhirnya aku memilih diam,
Menadah semua tohmahan itu kemudian berpasrah pada takdir tuhanku.

Biarlah.
Aku tahu Dia Maha Tahu,
Dia tahu di mana semua ini bermula,
Saat semuanya baik-baik saja hingga syaitan mencucuk jarumnya.
Dia tahu kesilapanku dan Dia juga tahu kesilapanmu.
Justeru sekali lagi aku memilih diam pada takdir yang hingga kini tidak mampu ku hadam.

Memang aku tidak sebaik yang mereka kata, Namun aku juga tidak seburuk yang engkau sangka!
Sungguh,
Saat ini sakit hatiku tumpah pada syaitan yang tertawa,
Dan simpatiku melimpah pada kita.

@Ruang_Aksara
Forwarded from Ruang Aksara
Move on and let it go.

"Awak, macam mana nak lupakan orang yang kita sayang, macam mana nak move on?"

Dia dah bertunang selama hampir 2 tahun, and in the end, broke up dengan tunangnya.

So she pray and pray, but she can't forget him.

"Sakit awak..sakit sangat.."

Matanya bengkak, lepas tu tak lalu makan sampai berminggu-minggu. Badan pun sampai susut.Dalam solatnya menangis, dalam doanya dia menangis, sebelum tidur menangis.

Banyak masanya menangis saja.

Nak cakap lebih pun saya tak berani. Dan dia asyik salahkan dirinya sendiri kerana rasa tak cukup bagus untuk tunangnya. Dia salahkan dirinya untuk perpisahan ini.

"Kalau lah aku jadi lebih baik, lebih lembut, lebih cantik, semuanya tak akan jadi begini kan ?"

But you know what?

Ultimately, moving on from a relationship that wasn’t working is about loving yourself. For some, this is the hardest part. Believing that you deserve to be in a loving relationship with someone.

The truth is, unless you let go, unless you forgive yourself, unless you forgive the situation, you cannot move forward.

Banyak dari kita terus menerus salahkan situasi dan sabotaj diri kita sendiri. Hakikatnya dia dah pergi.

Most people hold on because its easier than moving on.

Really, its hard.

Tarik nafas.

Bertenang.

Ambil masa untuk bersendiri.

I know, it’s never easy to let go.
Never easy.

It takes time dear.
Bukan hari ni lepaskan, esok pagi dah tak rasa apa-apa.
Bukan begitu,
tapi kadang-kadang sebab kita tahu itu yang terbaik.
Lepaskan pergi, at the moment at least.
Lepaskan juga walaupun dalam keadaan kamu masih menyayanginya,
masih ingat dunia ini sementara?
Hidup dan nafas pun tak akan selama mana.
Lepaskan dia kerana kau percaya Allah akan menjaganya dengan lebih baik.

Its okay, kalau hari ini masih belum mampu.
Its okay, kalau hari ini masih lagi struggle.
Its okay, kalau hari ini masih lagi rasa sedih.

Take your time.

But remember this, who wins if you move on?

How good to feel to take the baggage from your shoulders?

To focus.To build your own future.

Moving on of your life.
To create your best version of yourself.

Bila tiba masanya, kebahagiaan sebenar akan tiba. Yakinlah..

So, here I would like to share the du'a again,

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ أَنَّ اللَّهَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ
وَمَا ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ بِعَزِيزٍ

"Subhanal malikil quddus, innallaha khalqis samawaati wal ardh bil haqq, in yasyaa’ yudzhibkum wa yaati bil khalqin jadiidin wa maa dzaalika ‘allallahi bi’aziz."

[Maha suci Allah yang menciptakan, jika Dia mengkehendaki dihilangkannya dan digantinya dengan yang baru, tidaklah yang demikian itu susah bagi Allah]

Allah itu adil, sangat adil, maha Adil. Percayalah..
Dia tahu apa yang terbaik buat hamba hamba Nya.

Dearest friends,

Almost the time,in life it may not come true the way we want it, but if we turn to Him, He'll give us what is best for us. Even if it takes longer for it to be answered, perhaps it's because Allah is saving it for our akhirah and going to protect us from something else in this life or bless us with something better. Who better to ask it from than the One Who knows our future and can hook us up with what's the best for us.

But then, those falling and tripping, those mistakes; they are what make us humans.

Hamba Allah yang sentiasa lemah, dan memerlukan pertolongan-Nya.

As for the reminders? it's just a cycle of life that keeps on going.

We remind others, with the hope that we would always be reminded by others.

Have faith dear! :)

@Ruang_Aksara
Kita tak mampu jaga dan kawal orang lain. Maka kita cuma perlu jaga kita, hati kita, tindakan kita.

Nak tegur, nak nasihat, tak perlu stressing sangat. Buat saja setakat mana yang kita mampu buat.

Kalau orang terus jahat, kalau orang tetap khianat, dialah yang bakal tanggung bahana kesilapannya sendiri. Kita tak rugi apa-apa. Kita tak perlu menderita atas kesilapan sesiapa.

Sebab kita percaya pada keadilan Allah. Allah tak akan aniaya kita. Maka, kita cuma perlu jaga kita. Tak perlu layankan sangat sebarang prasangka.

@Ruang_Aksara
AKUKAH YANG BERSALAH

Akukah yang bersalah
pada setiap kali ada masalah
setiap kali ada rasa kami yang berdarah
atau pada setiap parut yang bernanah
aku sahaja yang selalu suka bertelingkah
sedang engkau langsung tidak gundah
belantara sengketa ini aku saja yang redah
dan pada suatu hari bila aku rebah
siapa yang akan serba salah?

Jangan lihat diri sendiri sahaja
pandang juga sekeliling kita
mungkin aku dan engkau sama belaka
barangkali hanya adigan sebuah sandiwara
bukan yang dilakukan betul semua
ada waktu berlaku silap juga
bagaimana aku harus percaya?

Baik kita berhenti saja di sini
bermunajat dan muhasabah diri
mengapa harus dilayan semua ini
aku lebih betah menyendiri
biar aku sendiri berusaha mengubati
aku saja yang tahu tentang parah lara hati.

Ingatlah kekasihku
yang bersalah bukannya aku
sewaktu bermenung aku fikir semua itu
semuanya bergantung pada hebat egomu
lihatlah kembali kisah-kisah masa lalu
siapa yang ambil berat dirimu
siapa yang sering tanya kabar tentangmu
tiada orang lain melainkan aku
lalu mahu juga letak salah padaku?

@Ruang_Aksara
'Menghidupkan' kehidupan ni tidak
semudah mengawal televisyen dari
tempat bersimpuh kita.
Ada remote control untuk ditekan-tekan–
mengalih paparan dari satu ke satu
rancangan yang lain.

Kita perlu 'mengangkat' diri untuk
bangkit dan menekan punatnya
sendiri. Barulah segalanya akan terjalankan
seperti yang dirancangkan.
Barulah yang kita harap terjadi, akan
terjadi sesuai usaha dan dengan izin-Nya.

Sungguh, dalam hidup ini kita jangan expect
akan jumpa hal-hal yang mudah saja.
Berharap urusan kita akan dimudahkan;
ditolong orang saja.

Tidak kiralah serumit apa hidup,
sesukar mana likunya yang telah
kita lalui. Biar terpukul akal untuk fikir.
Biar terusik hati untuk sedar.
Tidak akan berubah corak hidup,
andai kita tidak berusaha untuk
memperbaikinya.

Selamat memulakan hari dengan
positif! Saya doakan urusan kita
semua dipermudahkan. Insya-Allah.
😇

@Ruang_Aksara
“I tak suka kerja double job, banyak-banyak kali nak update, can I just reject those unnecessary requests because it gives no advantage to our team.” Harini aku confront top management. Aku tak suka unnecessary jobs. Sebab benda tu bukan penatkan aku je tapi the whole team yang kena undergo the process.

Mula-mula nak pergi tu nervous juga. Macam-macam dalam kepala fikir. What if kena marah? What if orang pandang aku tak berkaliber? What if what if. Tapi aku tarik nafas je, redah.

And guess what, top management reply, “you can always do that. Kita bukan hamba abdi. Kita kena stick to our principal. You are not getting paid to do all the manual jobs.”

Aku tarik nafas lega. Alhamdulillah setel satu perkara.

Bila fikir-fikir balik, dalam hidup ni banyak je kali kita bersangka-sangka. Nak buat sesuatu — takut. Nak keluar dari comfort zone— tak berani. Semua ketakutan tu ada dalam otak kita dan kita biar dia tinggal kat situ.

Lama-lama kita pun terperuk.
Stres. Sendiri.


Haritu ada orang tanya aku, “macam mana nak bahagia macam orang lain?”. Aku pandang dia.

“Jangan tengok orang lain.”

Tengok jelah pinggan kita sendiri. Kenapa nak dengki dengan orang lain? Kenapa dengki lauk dalam pinggan orang lain? Fokus kat pinggan kita. Kita tak tau betapa banyak kudrat dah kena kerah untuk orang lain dapat lauk bermacam-macam.

Lagipun, kita sendiri yang taknak ubah diri kita. Kita biar je ketakutan yang ada dalam kepala tu merajai segala— jadi, kenapa marah dengan yang lain?

You cant change people, but you can change you.

Ingat je janji Allah— kalau kita bersyukur, nanti Allah tambah lagi. Dan Allah itu selalu bersama sangkaan hambaNya.

Fikir yang baik-baik,
Jadilah yang baik-baik.

Alhamdulillah untuk cerita hari ini, Tuhan.

❤️


@Ruang_Aksara
Ada pernah sekali tu, sampai satu fasa, rasa down sangat. Rasa loser. Rasa jatuh sangat, tak nampak jalan. Sakit. Pedih. Terluka.

Balik dari kelas. Menangis je kerja. Penat sangat. Sikit lagi nak give up.

Saya ingat ada seseorang kata,

" Kau ada value yang sangat banyak. Kau dapat sambung belajar. Kau ada kat luar negara. Kau ada rupa, kau sempurna je anggota badan, tak ada yang kurang. Cukup semuanya. Stop, rasa diri kau loser. Stop fokus benda yang kau tak ada!"

Tersentak.

Pernah tak dalam hidup ni, anda rasa macam bestnya kalau kita dapat tu, jadi ni..jadi dia and the list goes on.

Mungkin ada di antara kita.
Bila kita mula..

Tengok kehidupan orang lain.

Bila kita suka sangat bandingkan diri kita dengan orang lain.

Bandingkan hidup kita dengan dia.

Bila kita lihat “hidup” orang lain di media sosial,

Kita teringin nak ada hidup seperti dia.

Kita rasa bestnya kalau jadi macam dia.

Seronok. Suka. Gembira. Bahagia.

Happy memanjang je..
Senyum lebar hingga ke telinga je..

Tafsiran mata kita.

Well, pernah ada seorang..
Seorang sahabat saya memutar kenangan lalu. Bercerita betapa payahnya nak jumpa jodoh.

Seorang sahabat saya ini pula, sudah berkahwin hampir 3 tahun, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

Bila dengar kawan saya bercerita, saya pula yang terdiam. Berfikir panjang. Dan yang paling menyentuh hati saya,

"Jalan ini susah. Mungkin sebab ujian ini, Allah dah bagi segunung pahala.."

Ada yang ada anak autisme, asyik memukul diri sendiri. Ada yang diuji dengan anak yang mengambil najis sendiri dan makan. Macam-macam.

Ada seorang ibu ini. Anak pertama normal, anak kedua autisme. Sedang hamil anak ketiga. Dan anak sulung ini cakap dengan ibu dia, "Ibu, adik yang nombor tiga ini jangan autisme ye".

Menangis ibu ini.

Teringat pula kawan arab saya pernah cerita. Kadang-kadang kita selalu cakap,

"Bestnya jadi dia. Pandai"

"Bestnya jadi dia, pass exam"

"Bestnya jadi dia. Ada anak"

"Bestnya jadi dia. Kahwin"

Tafsiran mata kita.

Tapi..

Jangan kita terlupa, yang kita lihat itu adalah apa yang dia tunjukkan.

Yang dia sembunyikan, mungkin lebih banyak, lebih pahit dan bahkan mungkin tidak terjangka.

Kita nampak kehidupan orang best best belaka, tanpa kita tahu, setiap orang punya bahagian sendiri.

Punya ujian sendiri.

Dia kata kat saya, Allah ini adil. Analoginya Allah bagi semua orang 100. Ada orang 80 dalam pelajaran, 20 dalam kehidupan berkeluarga. Ada orang 20 pelajaran, 20 harta, 60 anak-anak. Campur, darab, tolak, bahagi, semuanya 100.

Allah jua lah yang menyusun segala-galanya.

“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, ( Al-Baqarah: 155)

Kadang kita ingat kita akan dapat atau tak dapat sesuatu, tapi kita lupa atas semua tu ada Dia, yang menentukan segalanya.

Dalam hidup ini,
ada yang ingin sekali belajar, tapi tidak punya peluang.
ada orang nak lulus exam, tapi tak juga lulus.
Ada yang ingin sekali berkahwin, tapi masih belum bertemu jodoh.
Ada orang yang teringin punya zuriat,tapi belum dikurniakan lagi.
Ada orang yang sakit, tapi belum diberikan kesembuhan.

And the list goes on.

Andai Allah tak izin lagi kita dapat sesuatu tu, maka tak akan dapat lah. Tapi kalau Allah nak bagi, Dia akan bagi.Dan Allah saja tunjukkan kita dengan semua ni, sebab Dia nak kita belajar sesuatu.

Ada satu kisah yang cukup cantik yang memberi bekas di hati saya.

Kisah Nabi zakaria.
Berdoa dengan penuh rasa hamba.

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku" (Maryam :4)

Dan akhirnya Allah berikan juga Nabi zakaria apa yang dihajatinya.

Allah jugalah yang menetapkan yang terbaik dalam jalan hidup kita.

Cantik kan?
Well, its not easy to be redha.

But believe me. Its a process. 😊

Proses berperang dengan diri. Proses berdamai dengan takdir.

Bukan mudah.

Redha dengan setiap perkara samada kita suka atau tidak.

Redha, bilamana kita percaya ti
ada kebetulan atas apa yang terjadi. Semua yang berlaku atas kehendak Allah dan terselit hikmah.

Tapi kena paksa juga.
Macam mana sakit pun kena terima juga.

So taking a step back, it's quite obvious how beautiful Allah planned our lives isn't it?

Terima kasih Allah atas segalanya!

Ingat...

Dia takkan pernah menzalimi hamba Nya. Jika kita datang berjalan ke arah Allah, sesungguhnya Dia akan datang berlari ke arah kita. Hamba Allah yang sentiasa lemah, dan memerlukan pertolongan-Nya.

So, remember this,

Hang in there!

Allah is the most powerful. If He wants something to happen, He can do it easily. So, let's put our strong faith and trust in Allah,surely He will help us, anywhere and everywhere.

InsyaAllah


@Ruang_Aksara
Diri, nak buat baik ni bukan semata-mata mengerahkan diri buat baik saja. Amalan kebaikan yang kita tak pernah buat, kita nak buat. Bahkan sebenarnya yang jauh lebih mencabar adalah bagaimana nak membuang segala kebiasaan
diri yang Allah tak suka. Itu juga sebahagian daripada perjuangan melakukan kebaikan.

Contoh—jika amalan baik yang kita nak tambah adalah dengan berbanyak memberi dan bersedekah. Allah suka. Tapi apa pula amalan buruk yang perlu kita ubah? Mungkin diri kita yang sebelum ini sangat suka membazir. Suka beli makanan banyak-banyak tapi tak habis, sudahnya yang dimasukkan ke perut tong sampah itu jauh lebih banyak.

Maka di sini, perlu difahami setiap hati yang sentiasa mahu menambah baik diri—melakukan kebaikan itu tidak semata-mata memperbanyak amalan baik yang tidak pernah dipratikkan sebelum ini tapi turut diberi keutamaan dan perhatian adalah melakukan hijrah atau perubahan dalam diri yakni membuang segala yang buruk; yang Allah tak suka kita lakukannya.

Kebaikan yang tak pernah kita buat, kita cuba usahakan untuk buat. Wujudkan.
Keburukan, kelemahan, aib diri yang telah jadi sebahagian daripada diri–demi redha Allah, kita perlahan-lahanlah berjuang membuangnya.
Insya-Allah. Begitulah, wahai diri.

Jangan jemu berusaha ya?

@Ruang_Aksara
2024/09/29 18:17:57
Back to Top
HTML Embed Code: