Telegram Web Link
Ya,
kita malu bila
ilmu kita tak banyak
mana.

Ya, kita segan berada
dalam bulatan ramai
yang banyaknya mereka
tahu.

Dan ya, kita harus ada
pendirian untuk terus
gigihkan cari serta
timba ilmu.

Kerana ya, kita tak
mahu terus menderita
jahil dan bodoh.

Aku ni jenis lambat
nak faham 'sesuatu'.
'Sesuatu', yang bukan
semua dan tak dalam
setiap keadaan.
Ia adalah perihal
sesuatu.
Sesuatu yang aku saja
tahu.

Aku perlu masa untuk
menangkap, mentafsir,
mencerna, menghadam,
dan memahaminya.

Sebab tu 'blur', 'loading',
'krik krik' itu signifikan
untuk mentafsirkan aku.
Dan bila jadi begitu,
aku jadi sangat kalut
kerana khuatir apa yang
aku faham tak seperti
apa yang orang fahamkan.

Keadaan ini juga pernah
memaksa aku untuk
bersegan dalam bertanya.
Sebab, aku tahu jika
aku salah tempat bertanya -
orang mungkin takkan
sabar hayati ke'blur'an aku.
Orang mungkin akan
membaca aku yang
sebenarnya bukan aku.

Adapun, masa berlalu...
aku juga dipertemukan
dengan ramai orang.
Tuhan izin aku masuk
ke pelbagai situasi
dan paling bermakna
bila dididiknya aku
dengan variasi cara.

Demi sebuah ilmu
yang bermakna hingga
ke mati, kita akan rasa
sakit, rasa diperjudikan
maruah kita, rasa dianiaya
takdir dan sebagainya.
Tapi, tidak ada yang
sia-sia jika kita tahu
ilmu yang kita timba
dengan sepenuh hati itu,
Allah setia dalam
memandangnya.

Kawan,
setiap hari adalah
hari baru untuk kita
terus baiki diri.
Ada ilmu, tarbiah dan
amalan baru kita boleh
dalaminya demi mengharap
redhanya Allah.

Marilah kita didiki hati
untuk tidak malas,
malu dan segan biar
bertempat dan bertabah
hadapi label -
'bodoh' atau kebalkan
telinga hayati kalam -
'eh, itu pun kau
tak tahu?'

Jadikan ia asbab menyala
semangat memperjuangkan
ilmu. Suka memetik kata
motivator Naqibah Leena Idrus -

"Ilmu kalau kita timba
dan tidak diamalkan hanya
FYI sahaja. 'FOR YOUR
INFORMATION' sahaja."

Kita tak naklah begitu
kan. Kita tak nak bersusah
sia-sia.

Jadi jom, bersih niat
dan doa pada Allah
agar dipermudahkan urusan
kita belajar dan mengamalkan
ilmu tersebut setiap hari.

Insya-Allah.

@Ruang_Aksara
Sakit sebenarnya, jika
kau berusaha keras,
meletakkan cita-cita
sekadar untuk orang lain
lihat apa yang kau capai.

Tidakkah kau kasihan,
diri kau yang telah
berusaha, telah lalui
banyak, hingga mampu
kecapi apa yang kau
ada saat ini?

Atau paling tidak...
telah hampir kepada
kejayaan yang selama
ini kau idamkan?

Kawan,
kejayaan untuk setiap
orang itu mungkin
berbeza mengikut
persepsi masing-masing.
Tapi bagi aku, belum
berjaya aku selagi
tak mampu menghargai
diri sendiri, tak mampu
rasakan syukur, tak mampu
melihat betapa Tuhan itu
Maha Mengasihani.

Hidup memang perlu
matlamat dan harus
tegas memperjuangkannya.
Tapi adakah bahagia untuk
berserius hingga tercicir
nikmat yang paling
berharga iaitu syukur
dan sabar seadanya?

Untuk ke sekian kali,
ingat-ingatkanlah
diri sendiri bahawa
bahagia itu sederhana.
Dinikmati dalam suasana
yang cukup sederhana.
Tidak bermakna harus
tiba di puncak jaya -
yang semua orang jadi
memuja-muji dan akui
kita, baru kita nak rasa
'oh, bahagianya!'

Bahagia adalah suasana
damai di hati.
Dimiliki jiwa yang sederhana.
Menjalani hidup apa adanya.
Moga kitalah insan-insan
yang sedang, telah dan
pernah kecapi bahagia.

@Ruang_Aksara
Telah jelas tertulis
kalamnya Tuhan -


'bahawa Aku uji sesuai
dengan kesanggupanmu.'


Yang cukup kita
fahamkan ia
tidaklah berlebih hingga
melimpah, tidak juga
terkurang bahkan cukup
sesuai.

Namun, kebanyakan kita
tidak sedari itu.
Ujian telah sesuai memasuki
acuan kudrat kita, tapi
kerana terlebih fikir kita,
tak terkawalnya emosi kita -
kita jadi makin sesak dada.
Jadi makin serabut.
Jadi makin hilang punca.

Perkara yang belum
pun berlaku, kita telah lalui
kesakitan berhadapan
dengannya, angkara tak
terbendung sangka-sangka
fikiran kita.

Ya, perkara yang tak jadi
pun lagi. Belum tentu
pun lagi. Masalah yang
sedia ada kita panjang-
panjangkan untuk terus
dipeningkan.

Akibatnya, masa kita
banyak dibuang untuk
bernegatif.

Allah...letih.
Sangat letih sebenarnya.

Oleh itu, wahai diri...
belajar untuk jangan
diserabutkan sesuatu yang
Tuhan percaya kita boleh
hadapinya.

Kita fikir baik, maka
Insya-Allah, yang baik-baik
akan terjadi. Sangka baiklah
ya? Apa kita lupa Tuhan itu
menurut apa yang dalam
sangkaan kita?

Jangan lupa.
Semoga saja yang serabut
makin tenang dan temui
bahagia yang diidamkan.


@Ruang_Aksara
Saat Tuhan datangkan
ujian demi ujian,
dugaan demi dugaan,
masalah demi masalah
kepada kita...

apa rasanya bila
disuruh diri kita ni
bersabar?

Tentunya...

Penat!
Tak mudah.

'Kau tak rasa, bolehlah
nak cakap kencang.'

Tak terkata.
Sungguh tak terkata
apa.

Apa masih tak
boleh kita menzahirkannya?
Apa masih dikira lemah
jika memilih untuk
menangis?
Meluahkan?
Hambur segala rasa.
Salahkah berbuat
demikian?

Sabar, bukanlah tentang
sekadar bertahan, menafikan,
pura-pura okay atau lari
daripada suasana masalah
tersebut.

Sabar, bukanlah bila kau
rasa kau nak menangis
kau bertahan untuk enggan.

Sabar, bukanlah bila kau
rasa kau mahu berbicara
dan meluahkan isi hati
pada seseorang kau halang
diri berbuat demikian.

Sabar, bukanlah tentang
membiar diri untuk tidak
terjalani fitrah lahiriah seorang
manusia biasa.

Sabar adalah tentang -
tidak mengizinkan diri
untuk berlemah-lemah,
walau kudrat yang ada
tinggal sedikit tersisa.

Sabar adalah tentang -
kembalinya sebuah senyuman
menjadi peribadi dalam
entiti seseorang.
Kembali menyemangati
diri sendiri setelah dihambur
segala rasa bersama keringnya
deraian air mata.

Sabar adalah apa yang
subur menghuni jiwa
setelah dibajai dengan
percaya, yakin dan sangka-sangka
baik terhadap tiap aturan
yang ditetapkan-Nya.

Sabar adalah bahasa
paling berakhlak seorang
hamba mengakui kuasanya
yang Maha Esa


@Ruang_Aksara
Izinkan Airmata Berbicara

Untuk kamu yang sering bersedih saat bersendiri;

Kamu tidak perlu memaksa diri untuk sentiasa kuat dan tabah. Tidak mengapa, untuk kamu sesekali merasa lemah. Tidak mengapa, andai kamu mahu berehat melepaskan lelah.

Kasihani diri mu, juga hati mu.

Tidak perlu berpura pura kuat sepanjang masa, izinkan dirimu meluah rasa — dengan tangisan yang selama ini kau sembunyikan dari manusia.

Menangislah, lepaskan saja semuanya. Semua rasa yang selama ini menyesakkan dada.

Sudah puas? Lega?

Di saat kamu telah melepaskan segalanya dengan tangisan, kembalilah mengumpul kekuatan — untuk mengukir semula sebuah senyuman.

Lantas, kembalilah tersenyum seikhlasnya — pada dunia :)


- NF

@Ruang_Aksara
Masuk je ke masjid Azhar, saya mencari port untuk solat. Di bahagian dalam tempat ruang solat wanita.

Tapi masih boleh nampak bahagian luar yang terbuka berbumbungkan langit yang sangat cantik dengan angin yang bertiup perlahan.

Ya Allah bestnyaa! Tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana.

Masya Allah, I must say, the best place ever to pray Tarawih.

Sudah agak terlambat. Saya solat di sebelah seorang wanita arab, lengkap berpakaian jubah hitam bersama quran di tangannya.

Masuk je saya terus ikut imam, bacaannya merdu di pendengaran. Best.

Terdengar orang Indonesia di sebelah menangis sambil mengesat mata dan hidung.

" Eh, siapa yang menangis? Dia menangis ke?"

Dalam solat pun sempat lagi fikir. Astaghfirullah.

Siap keluarkan tisu lagi.

Entahlah.

Hati saya pun ikut tersentuh. Tak faham pun ayat quran tu cerita tentang apa, boleh faham dari perkataan bahasa arab yang saya faham maksudnya, tapi walaupun tak faham semua, tetap yang dengar akan rasa macam nak nangis.

Yang bacaannya hands down the best I've ever heard walaupun imam baca agak laju berbanding masjid yang saya pergi sebelum ni.

Walaupun dapat grasp sikit-sikit je maksud dia. Tapi sampai ke hati. Sedap dan kuat bunyi ayat quran mendesup dalam hati.

Setiap kali dia menarik nafas, setiap kali itu juga lah hati bagai ditarik-tarik. Tersentuh.

Masa part," Innallazina aamanu..."

Lagi lah, orang kat sebelah saya tu.

Menangis dia.

Saya yang hati agak keras ni pun, bila baca terjemahan Quran tu rasa menusuk sangat ke dalam dada.

Lantas saya teringat ayat quran yang lebih kurang begini bunyinya,

“Hanya orang-orang yang beriman, apabila disebutkan nama Allah, maka menjadi gentarlah hati mereka...”

Mengalirlah air mata mukmin..

Bila cerita dengan kawan cerita bestnya macam tu, lepas tu dia cakap,

"Tapi kak farah, saya tak rasa pun ramadhan ni, kenapa ya?Tak rasa apa. Tak rasa nak menangis..entahlah..sedih tak rasa apa apa.."

I dont know. I feel you.

Dear,
To the heart that is struggling.

Standing in tarawih while everyone is weeping – except you. I ever feel that.

You wish you could be like that person praying next to you in tarawih who sobs during every prostration.

You want to be the one passionately pleading with Allah with humility. Your hope is that you can be that person whose heart is broken before Allah.

You know what, though? You, too, are special to Allah.

You who recites the Qur’an because you know it is good. You who prays because Allah commanded you to.

The Prophet told us that the person who recites the Qur’an and struggles with the recitation receives twice the reward: for their recitation and for their effort and struggle.

As long as you are trying, Allah is with you.
The fact that you get up to pray qiyaam (night prayer) even though you feel nothing is appreciated by Allah.

When you mouth the words to your du'a even when your heart is numb, Allah knows how you feel. And you are rewarded for that. Do not think that this will go to waste.

Allah gets it. Including your heart.

Because you are not worshiping a feeling.
And you know He can bring you back.

So dear,
Do not give up just yet. Your heart is on a journey.

Allah will not only love you, but He will show that love for you. He will bestow His affection upon you, and your heart will feel it.

Your heart will open, He is, after all, al-Fattah. Al-Fattah is He who opens whatever is closed; your heart included. You might wonder when and how, but just know that it will happen. It could be on the last night of Ramadan or it could be a month after Ramadan ,your heart will open, Insya Allah.

And if it gets too much, just talk to Allah. Tell Him how you feel, and tell Him how you want to feel. Do it every night, and every time you feel empty. Allah is there; never underestimate your turning to Him. ‘Turning to Him’ does not just mean prayers and supplications; you can just tell Him what is in your heart.

If it takes dragging yourself to your prayer mat in order for you to pray - then do that.

Drag our feet towards it every single day and as each day passes they’
ll feel less heavier than they were previously.

If we struggle to shed tears then spend those few more minutes in sujood because nothing softens a hardened heart like the tranquility we feel while our burdens fall off our shoulders.

Change doesn’t happen overnight, it takes time to walk this road but soon we’ll reach the most beautiful destination because where we're headed is towards our Lord. Encourage ourselves until the day we cannot wait to pray, the day when our heart will be yearning for what we'll have taught it to love.

So push ourselves and exert all the effort we can muster. The tiniest ray of light can brighten the darkest of places.

Have faith! Salam jumaat Barakah :)


@Ruang_Aksara
Dulu, aku pernah
berpendirian untuk kisahkan
hal sendiri saja.
Tak perlu nak cakna
sangat hal orang.

Tak perlu nak kecoh
nasihat-nasihat atau
tegur orang. Cukup,
orang tak usik hidup
aku, aku tak usik hidup
orang.

Bukan apa...
rasa rendah diri sebab
diri sendiri pun tak baik
mana. Tak betul mana.
Malah banyak sangat
celanya.

Nak beri cadangan,
nak perbetul, nak nasihat
orang pun teragak-agak;
berkira-kira. Seolah diejek
suara dalaman -

'engkau, pun perangai
teruk, nak ajak orang
berakhlak cantik.
Tak payahlah.'

Allah. Sinisnya.
Terpukul rasa!

Betul...diri jadi teragak-agak
nak buat apa pun.
Takut nanti nama kita
naik, dikontroversikan.
Takut, dipersendakan.
Takut dilabel. Takut dianggap
yang bukan-bukan.

Hmm.

Masa berlalu, Allah tarbiah
diri ini agar sedikit sebanyak
faham konsep 'berpesan-pesan'.
Tak perlunya harapkan diri
mencapai sempurna, baru nak
berbuat sesuatu yang dituntut.

Syukur, ada kekuatan dan
keberanian untuk 'timbul'
dalam berperangnya rasa
untuk tenggelam saja.
Bila amalan berpesan-pesan
mula menjadi sebahagian
daripada prinsip diri,
ujian lain mendatang pula.
Jarum iblis bertambah tajam
mencucuk hati.

Mulalah terlupa bahawa
adakalanya kita ni akan
khilaf juga. Tak selalu
pendapat atau cadangan
kita itu betul dan wajar.
Tak selalunya nasihat kita
sesuai diaplikasi di mana-
mana dan terpakai untuk
dituju kepada siapa-siapa.

Maka di sinilah kita harus
belajar untuk lakukan
solusi yang tepat kepada
permasalahan tadi.

Apa solusinya?

Berhenti?

Ingat ya. Setiap apa yang
kita usahakan untuk buat,
yang pada mulanya memang
kita niat demi Allah,
nak redha-Nya -
tetap pada pertengahan jalan
pasti teruji prinsip tersebut.

Jadi, pilihlah untuk tidak
mengalah meski jika kita
sudah tersalah. Kesalahan
harus dijernihkan dengan
sebuah pembetulan.
Dosa harus disucikan dengan
mujahadah dalam mengusahakan
keampunan-Nya.

Bukan mendiam.
Bukan berlepas tangan.
Bukan lari.
Bukan menafikan hak diri
untuk perbetul khilaf sendiri.

Begitulah.
Bila kita menasihat, menegur
atau memperbetul silap orang
lain, nasihat dan teguran itu
juga sewajarnya terpakai untuk
diri sendiri juga. Kita, yang harus
ingatkan diri sendiri terlebih
dahulu sebelum pergi kepada
orang. Barulah seimbang
dan tampak kena pada tindakan.

Sangat-sangat sukar untuk
jalan dan amalkan sesuatu
yang sedap kita perkatakan.
Sukarnya nak 'walk the talk.'
Namun, jangan putus asa.
Jadikan ia titik pencetus semangat
dalam diri kita.

Lazimi sebanyaknya kebaikan,
agar kita yang tak baik mana
ni, terbiasa melakukan kebaikan.
Hanya dengan itu caranya kita
akan perlahan-lahan membaik.
Kita usahakan, selebihnya kita hajatlah Allah taala bantu urusan
kita ni. Insya-Allah.

Jomlah merefleksi diri.

@Ruang_Aksara
"Bukan aku tak nak beri,
apa yang aku ada
ni pun cukup-cukup
untuk aku."

-A

"Nak beri, tapi kadang
singgah rasa, eh macam
tak cukup juga untuk
diri sendiri. Hmm."

-B

Korang pernah disinggahi
rasa-rasa ini?

Saya pasti, selalu atau
kadang-kadang, sesekali
akan diuji begini.
Saya sendiri pernah alami
rasa berkira-kira untuk
memberi kerana takut diri
sendiri tak cukup dengan
sedikit yang ada.

Dan kesannya, bila saya
tangguh tindakan memberi
ini, saya jadi sangat serba
salah dan makin sempit
dada. Sedikit yang saya ada
itu, benar-benar rasa tak
cukup hingga diri sendiri
pula terpaksa 'meminjam'
pada orang lain. Ya,
pernah begitu.

Namun, itulah. Hidup ini
harus dihadapi dengan bijak.
Sekali sudah terkhilaf, takkan
mahu diulangi silap yang
sama? Mahukah melalui rasa
serba salah untuk kali keduanya?
Rasa rugi untuk kesekian kalinya?
Rasa sakit menyesal kerana
tak yakinkan konsep yang
diperkenalkan-Nya?

Tak mahu.
Tak mahu alami
rasa itu lagi.
Jadi, memang perlu
bereksperimentasi
untuk mencari pendirian
sendiri.

Bila dirasa diri ada sedikit
rezeki, belajar untuk cari
orang-orang yang memerlukan
atau paling tidak, belanja orang
terdekat makan ke, menyumbang
sedikit pada tabung masjid ke,
menyokong sahabat penulis
dengan membeli bukunya ke,
atau terdengar saja ada kawan
sedang ditimpa ujian, laju-laju
tawarkan diri untuk bantu.
Beri sekadar yang mampu.
Sekian-sekian.

Bila Allah menguji diri sendiri
dengan masalah kewangan
atau rasa sungguh kering yang
amat untuk lalui bulan tertentu
asbab musibah yang tak berbau,
maka ringankan hati dan tangan
untuk tetap memberi sedikit pada orang lain. Sambil kita memberi, sambil kita doa Allah permudah urusan kita. Sambil kita memberi, sambil kita ingatkan diri -
bahawa di luar sana sebenarnya
lebih ramai yang menderita susah, melarat kehidupannya yang
jika dibanding dengan masalah kita, alangkah tidaklah seberapa.

Perluaskan persangkaan baik
terhadap Allah, bahawa tiada yang
mustahil bagi-Nya. Semua datang
daripada-Nya. Yang kita mahu,
yang kita tak mahu, dengan
izin-Nya belaka. Dan cuba bayang,
jika kita berikhlas dalam berbuat
apa yang DIA suka, adakah DIA
akan berkira-kira dalam
menggembirakan kita?

Apa saja yang kita lakukan,
kita bawa pendirian hati -
'tawakkal alallah'.

Bukankah Allah juga sebut
jelas, memperingat -
jika kita bertakwa, Allah akan
beri jalan keluar pada tiap
masalah kita dan kurniakan
rezeki dari arah yang tak
disangka-sangka?

Allahu, sangat mujarab
satu tip untuk beroleh
ketenangan dan kecukupan
ini. Yakini Allah saja.
Belajar yakini yang tiadanya
yang mustahil bagi tiap
sesuatu jika kita yakin Allah
sentiasa bersama dalam
urusan kita. Insya-Allah.

@Ruang_Aksara
Ada yang pernah hadir lalu berkata; "Saya banyak buat dosa. Jadi rasanya lebih baik saya jahanamkan terus diri saya"

Mungkin kita juga tidak lepas dari merasakannya. Rasa telah banyak melakukan dosa, dan tertanya 'apakah diri masih layak mendapatkan cintaNya?'

———

Teruntuk kamu yang merasa hina, sesungguhnya ia adalah lebih baik berbanding merasakan diri itu mulia. Namun jangan pula menjadikan perasaan itu sebagai penghalang untuk terus mengejar redha Tuhan, dan berfikir untuk berputus asa dari rahmatNya.

Sungguh — kita semua punya pilihan. Untuk berubah menuju ketaatan, atau terus berada dalam kemaksiatan.

Pinggan kotor yang ada di dapur, akan kekal kotor andai kita membiarkannya. Namun ia bisa kembali bersih andai kita menyucikannya. Begitu jugalah dengan diri dan hati kita. Pilihan itu ada. Samada mahu berubah atau kekal sama. Maka pilihlah yang sebaiknya.

Sungguh, setiap pendosa itu layak mengejar syurga. Maka janganlah berputus asa — dalam mendapatkan cintaNya. 🌿

I do believe that we can change. Please dont give up on yourself, because we only fail when we stop trying :)

- NF

@Ruang_Aksara
Diri,
kelak nanti bila kau
rasa diri kau telah sarat
amat dengan ilmu,
setinggi mana ilmu
kau, jangan berasa
diri tinggi. Jangan berasa
diri lebih mulia.

Tak gayatkah
menjulang ego?
Tak takutkah Allah
murka dengan sombong
diri yang kau besar-besarkan?

Jangan pandang rendah
dengan teguran, nasihat
dan cadangan orang lain.
Hatta sedap atau tak
sedap teguran yang kau
terima, tak mahukah memilih
berlapang dada dan cuba
mengkoreksi diri?

Lihat cermin.
Teliti, mana yang
tak kena.

Seronok, bila sedikit
ilmu yang kita ada,
kita berbagi setulusnya.
Semakin jauh kita
berpergian dalam menyelami
ilmu demi ilmu,
satu yang perlu disemat
selalu dalam hati -
harus semakin tunduk
bila semakin berisi,
kenangkan alangkah
banyak, alangkah luasnya
lagi ilmu Allah yang belum
diketahui.

Jangan dicicirkan empati
dan faham dalam diri
bagi mengertikan orang
lain yang masih jahil,
masih tidak tahu, masih
tak sampai kefahamannya
seperti fahamnya kamu.

Bukankah setiap kita
bermula daripada tiada
apa-apa?
Pernah tidak tahu dan
jahil juga?

Belajar empati.
Itu ilmu juga.

Biar kita ini,
Allah redhai kerana
sedikit ilmu yang
kita ada, kita amal
dan kita tahu pula
beradab dan berakhlak
dengannya.

Ingat itu wahai diri...

@Ruang_Aksara
Hidup kita ni, memang
Tuhan susun untuk kita
belajar sesuatu.
Bukan saja-saja kita
bersalah kalau bukan nak
tunjuk pada kita yang
salah satu hikmahnya kita
bersalah, kita dapat belajar.

Orang yang pernah
buat silap, sedar dirinya
telah buat silap, wujud
rasa menyesal dalam diri -
akan ada kecenderungan yang
lebih kuat untuk meningkatkan
mutu usaha, lebih berhati-hati,
lebih berstrategi dan matang
berkeputusan.

Sebab tu orang kita
kata, guru terbaik dan
paling tegas dalam mendidik
kita ada pengalaman kita
sendiri. Bila kita pernah
sakit kerana menanggung
beban sebuah kesilapan,
sakit itu jugalah yang menjadi
pencetus imuniti keyakinan dan
kematangan dalam berpendirian.
Kita juga jadi takut dan
benci untuk jatuh ke lubang
silap yang sama.

Ya, begitulah.

@Ruang_Aksara
Pernah ada seseorang kata,

'Mungkin. Sampai suatu masa nanti. Kita akan sedar.

Sebenarnya Allah tidak pernah kata tidak.'

Bila saja kita hantarkan doa. Pasti dan sangat pasti Allah akan kabulkan.

Allah mungkin cuma kata nanti.
Allah mungkin cuma mahu kita tunggu.
Tunggu sehingga sampai saat masa yang sesuai.

Masa itu nanti, Allah akan beri, yang lebih baik daripada apa yang kita minta.

Mungkin ada yang lambat graduate,
Mungkin ada yang lambat dapat kerja,
Mungkin ada yang lambat berkahwin,
Mungkin ada yang lambat dapat anak.

Setiap orang ada bahagiannya masing-masing.

Things are not in our control.

We can't control where we are in life.

Ada benda yang kita hanya boleh usaha, selebihnya kita letakkan pada Allah.

I have unmarried uncles/aunties who are nearing 40 and not yet married.Obviously, that’s not what they wanted for themselves, but that’s what Allah wanted for them.

In the same way, some people have been married for years and do not have children yet. Maybe, that’s not what they want. But that’s what Allah wants for them.

I know many graduates who are struggling to find employment. I’m sure that’s not what they wanted, but that’s what Allah wanted for them.

Interestingly enough, when we do end up doing what we’re supposed to be doing, no one questions anymore how long it took to get us there.

A few friends of mine recently got married, they’re in their late twenties. Now that they’re married. No one cares how long it took to get them there.

A few friends of mine recently had babies. Only the other day, I figured out their ages, as it came up in a conversation.

I realised that they got married late, were married for years and now have had their first baby with some being in their mid-late thirties.

Now that they have children.
No one questions how long it took them to get there.

The guy who may be seen as ‘delaying marriage’ is not delaying marriage because he wants to, it’s because Allah does not want him to be married yet.

The unemployed graduate is not jobless out of choice but does not have a job because that’s not what Allah wants for him.

In the same way, the couple who do not have children is not because they are still using contraceptives, and are childless out of choice, but because that’s what Allah wants from them.

Because, when Allah wills something, nothing can stop it from happening.

Life is not a race.
And regardless of the efforts we may/may not put into making things happens, will only happen with Allah's permission..

So, redha whatever Allah has decided for us.

And looking around me, I guess I'm learning a thing or two about this; that redha is not just through words;

"Aku redha"

It's when our amal and hearts are.

Semoga Allah selalu kurniakan kita,
hati yang selalu inginkan kebaikan.
Buat diri sendiri dan orang lain.

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Allahumma Inni as aluka nafsaan bika mutmainnah, tu'minu biliqaa-ika wathardha, Bi qadhaaika, wataqna'u bi atho ika.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepada Mu, yang yakin akan bertemu dengan Mu, yang redha dengan ketetapan Mu, dan yang selalu merasa cukup dengan pemberian Mu."

And just remember whatever does happen, will only happen if Allah gives His permission.

Doa, minta pada Allah.
Minta sungguh-sungguh.
Ask from Him.

Have faith ey?

@Ruang_Aksara
Sesekali memang perlu
bertegas, tapi tanyalah hati.
Benarkah tegas atau
membiarkan diri dizalimi
keegoan dan ketidakmatangan
diri sendiri?

Muhasabah.
Istighfar.
Banyak-banyak rujuk
hati jumpa penciptanya.

Kita ni cepat alpa
wahai diri.
Kadang, kita rasa
kita dah betul dah.
Tapi sebab kita ni
memang cepat sangat lupa...
kita lupa - ada ketika kita
boleh salah dan terlalu
ikutkan emosi.

Waspada kendali hati.

@Ruang_Aksara
Bila kita memilih untuk
memberi, maka belajarlah
untuk memberi tanpa
syarat. Dan kalau memang
nak ada syarat sangat pun -
biarlah syaratnya 'tiada syarat.'

Maksud di sini, ubah mentaliti
kita yang bila kita buat baik
kat orang, orang akan buat
baik pada kita juga. Bila kita
beri, nanti orang akan kenang
jasa kita. Bila kita tolong sekarang,
suatu hari nanti bila kita pula
berkeperluan, orang itu akan bantu
kita pula.

Bukan tak boleh mengharap.
Bukan tak boleh bersangka
begitu. Tapi, ajar diri untuk
tak perlulah.

Mungkin kita ni tak terfikir.
Ya, mungkin kebaikan kita
akan dikenang, tapi entah
mampu tidak orang tu membalas
dengan cara yang kita harapkan.
Misalnya, kita ditipu scammer (nauzubillahminzalik!).
Habis duit puluhan ribu. Kebetulan
dulu, si Polan itu sering kita
bantu di kala kesusahan.
Bila kita susah, kita harapkan
pertolongannya. Kita berniat pula
nak pinjam wangnya. Jangan kecewa sangat, bila jumlah yang
kita nak tak mampu diberikannya.
Walau kita lihat kehidupannya
telah stabil dan jauh lebih
baik sekarang. Jangan dituduh
dirinya telah melupakan jasa
kita.

Mungkin dia tak mampu juga
nak beri banyak. Tak mampu
nak beri seperti yang kita
hajatkan. Tak mampu bantu
kita seperti kita ni yang pernah
membantunya.

Lagi satu, jangan berjauh hati
bila berhadapan dengan orang
yang memang akan lupakan
kebaikan kita terhadapnya.
Seolah tak pernah dia menangis
di hadapan kita dulu. Kini bila
kita susah, dia buat tak nampak.
Tentu terdera perasaan kita bila
berhadapan dengan situasi ini.

Makanya, wahai kawan.
Bila kita memberi, berilah
tanpa syarat. Berilah kerana
memang kita nak beri.
Programkan dalam kepala kita,
apa yang kita beri pada orang
adalah untuk dilupakan.
Biar jadi rahsia antara kita
dan Tuhan. Namun, apa yang
orang beri pada kita (kebaikan)
atau kita terima daripada
orang - itulah yang sampai mati,
kita harus ingat.
Jangan ajar diri lupa.
Jangan ajar diri tak pandai
kenangkan jasa.

Mengapa kerahsiaan dalam
memberi itu sangat perlu?
Salahkah kita bersangka baik,
kalau kita buat baik kat orang,
orang akan buat baik pada
kita?

Sungguh, tak salah pun.
Nak sangka baik boleh.
Tapi jangan tercicirkan Allah
sebagai pengantara.

'Aku tolong A hari ini.
Semoga kebaikan ini menjadi
asbab untuk Allah tolong aku
pula suatu hari nanti.'

Jangan pandang manusia
sebagai objek -
mengapa kita buat baik
padanya. Tapi, pandang hati
dan nawaitu kita yang paling
utama, atas sebab apa kita
buat baik pada orang.

Saya minta maaf pada
semua jika saya terungkitkan
kebaikan yang pernah saya
beri atau saya terlupa jasa
kalian sepanjang berurusan
dengan saya.

Moga rahmat dan keampunan
Allah, milik kita semua.
Aamiin.

@Ruang_Aksara
"Saya tahu, bukan saya seorang saja diuji. Saya tahu setiap orang
ada ujian hidup masing-masing.
Tapi macam mana ya nak buat,
supaya kita redha dan terus
bersangka baik terhadap Allah?
Saya macam tak boleh kalau tak
mengeluh, nak luahkan juga apa yang terbuku di hati ni. Cerita kat orang, tapi
tak semua orang faham. Ada yang faham pun...bukan selalunya ada
masa untuk dengarkan kita. "

-seseorang


Redha, tidaklah bermakna kita
membisu dalam memberi
respon terhadap ujian yang
singgah.

Senyap itu bukan redha.
Relakan saja aturan takdir
bukan satu keredhaan.
Redha adalah perbuatan
mengakuri segala ketentuan
Tuhan seikhlasnya dan punya
usaha untuk menghadapinya
dengan cara yang dikehendaki-Nya.

Follow the flow,
bukan bermakna dibiar diri
hanyut dibawa arus air lalu
mati lemas.

Tapi di situlah mungkin
diri dididik untuk berinisiatif
menyelamatkan diri untuk
berpaut pada batu-batu atau
mungkin berenang ke tepian
agar nyawa diri dapat terus
hidup.

Fitrah manusia memang amat
memerlukan sokongan dan
kata-kata pembakar semangat
daripada orang-orang sekelilingnya
apatah lagi orang yang rapat di
hati seperti keluarga terdekat dan
sahabat karib.

Setiap manusia berhajat untuk
difahami, disantuni kerenahnya,
dilayankan 'anginnya' dan disayangi
tanpa syarat.
Berceritalah pada yang dipercayai
boleh membantu mengurangkan
beban hati.
Tersalah bercerita juga boleh
makin menambahkan gundah.

Adapun, letaklah DIA selalu
sebagai yang terutama.
Banyak-banyakkan dialog hanya
pada DIA.
Berdoa. Berdoa. Berdoa.
Sujud lebih lama.
Sebut nama-Nya sentiasa.
Hayati bait-bait kata yang
termaktub dalam kitab-Nya,
kerana di situlah syifa untuk segala
penyakit jiwa yang melanda.

Kita tak boleh marahkan
manusia kerana tak fahamkan
kita, tak punya masa, tak selalu ada
untuk kita. Kerana kita seharusnya
maklum bahawa dia, dia, dia itu
juga manusia seperti kita.
Sedang sibuk berurusan dengan
ujian hidup masing-masing.

Rapat-rapatlah dengan Tuhan.
Akan kau dirapatkan pada
manusia yang InsyaAllah
mampu membantu dunia akhiratmu.


@Ruang_Aksara
Telah tiba fasa terakhir
dalam bulan Ramadan.
Dan kau mungkin salah
seorangnya yang diuji hilang
momentum dalam mengimarahkan
Ramadan dalam hati kau.

Bukan apa.
Kau rasa kau tidak bermula
dengan baik, kau tidak
memberikan yang terbaik
pada pertengahannya,
kau tidak terbuat yang kau
hajatkan, kau tak capai
matlamat yang kau sasarkan
dan pejam celik...kau sudah
berada di fasa terakhir namun
kau tidak berasa kemenangan
dalam diri.

Kau sedih.
Kau kecewa terhadap diri kau.
Kau tahu, belum tentu kau
hidup lagi untuk Ramadan
tahun hadapan.
Kau sangat kecewa melihat
diri sendiri yang bagai tak
bersungguh mana.
Kau menyesal...kau hampa...
kau sedih.

Namun, wahai diri...
untuk berputus asa, untuk
berlemah-lemah, untuk terus
salahkan diri sendiri tanpa
melanjutkan dengan tindakan
sebelum bulan bonus keampunan
dan rahmat berganda ini
berakhir, tidakkah menjadi sangat
sia-sia? Bukankah masih tidak
membantu kau apa-apa?

Jika memang sudah tertinggal
bas, bukankah kau sepatutnya
bergerak juga untuk sampai
ke tempat yang mahu ditujui?
Walau terpaksa menaiki kenderaan
lain atau berjalan kaki -
demi untuk sampai bukankah
kau perlu berinisiatif?
Berhenti melangkah bukanlah
satu usaha untuk sampai.

Demikianlah situasi kau kini
juga. Kalau benar sudah rasa
tidak diberikan komitmen
terbaik sebagai hamba-Nya
sepanjang fasa permulaan
dan pertengahan di bulan
mulia ini, maka berhenti tentu bukan
caranya untuk sampai atau capai
matlamat kita. Kau masih perlu
bergerak, teruskan apa yang sudah
dimulakan atau baru nak memulakan.

Lambat tak terlambat itu bukan
soalnya. Yang kita tahu, istimewanya
Ramadan tiada pada bulan lain.
Jadi, di fasa akhir ini...semangati
diri sendiri untuk terus memburu
keampunan dan redha Allah ke
atas diri sendiri, ke atas seluruh
keluarga dan saudara seislam
kita di seluruh dunia.

Betul. Jangan layankan down
kita, hampa dan kecewa kita
sangat sampai merencatkan
usaha dan semangat kita nak
ibadah. Yang dah berlalu,
biarlah berlalu...sisa hari yang
masih ada ini, manfaatkan
sebaiknya.

Teruslah berjalan, walau tak
laju macam orang lain.
Walau dah rasa alangkah terlalu
jauh sudah diri ketinggalan.
Buat yang kita mampu, seadanya -
asal kita berjalan mengarah ke
destinasi yang betul.

Bergembiralah dan bersyukurlah
ke hadrat Ilahi kerana masih
mahu mencetus sedar dalam diri
walau sudah berada di fasa
terakhir ini. Moga keampunan
dan rahmat Allah bersama kita
semua. Moga diizin lagi bersua
Ramadan di tahun hadapan.

Insya-Allah.

@Ruang_Aksara
JANGAN SEDIH ORANG
PEREMPUAN KALAU DAH
'RAYA' DULU SEBELUM TIBA
HARI RAYA

"Sedihnya bila kita dah 'raya'
dulu sebelum tibanya
hari raya. Kita nak juga
bergagah nak kejar keberkatan
10 malam terakhir Ramadan
ni."

-seseorang


Sungguh. Begitulah dilema orang
perempuan. Akan kedengaranlah
getar suara menahan sebak
kerana dirasa diri tak berpeluang
untuk merebut keberkatan 10
malam terakhir Ramadan lebih-lebih
lagi malam istimewa yang
sememangnya sangat diimpikan
setiap manusia beriman, iaitu
malam lailatul qadar.

Ada yang kendur semangat untuk
beribadah juga. Mungkin juga
kerana kematian idea mahu lakukan
apa jika memang ibadah solat dan
membaca ayat-ayat suci al-Quran
itu, haram dibaca ketika sedang
dalam haid.

Sahabat, jangan bersedih.
Janganlah merajuk. Janganlah
rasa Allah sengaja menyekat
usaha kita pula. Bukankah memang
begitu fitrah semulajadinya seorang
perempuan? Bukan suatu yang
luar daripada kebiasaan pun kan?

Daripada kita melayan sedih
dan terus hadap rasa kecewa
yang bertunas di jiwa, alangkah
baik andai kita tahu bagaimana
untuk tetap memanfaatkan peluang
untuk beroleh keberkatan malam
terakhir di bulan Ramadan ini
dengan terus usahakan seberapa
banyak kebaikan yakni amalan
atau ibadah yang Allah Azza Wajalla
suka kita lakukan.

Ha, apakah dia tu?

Ya, kita masih boleh melakukan
hal-hal seperti berikut dengan
konsisten, penuh kusyuk dan
keikhlasan meski tidak dibolehkan
untuk kita bersolat atau membaca
al-Quran. Antaranya adalah :-

1)Berdoa

Maha Baik Allah. Masih diberikan
kita ni peluang, ruang dan kesempatan untuk berdoa tanpa
batasan. Berdoalah banyak mana
pun, bila-bila masa dan di mana
pun jua. Tiada halangan!
Allah masih sama, masih
tetap Maha Mendengar dan
tentunya mahu mengabulkan doa
setiap hamba-Nya dengan cara
yang tersendiri. Jadi, sudah 'raya'
meski belum tiba hari raya
bukan alasan untuk menoktahkan
permohonan ampun dan
merayu keberkatan hidup
daripada-Nya. Jadi, janganlah
persiakan kesempatan ini.
Yakin dan bersungguhlah!


2)Berzikir

Mungkin kalau selama ini,
kita zikir, kurang feel. Tak kisahlah
bertasbih, bertahmid atau
bertakbir pun. Bacalah Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahu akbar,
astagfirullah dan seterusnya ke apa.
Lidah mungkin sudah terbiasa
melafazkannya. Namun, di hati
dan di kepala sedang tidak
memaknakannya sepenuh hati.
Maka, di kesempatan ini...
berinisiatiflah untuk meningkatkan
kualiti zikir kita. Biar kita sebut
kalimah puji-pujian tersebut seiring
maknanya yang tepat dan kita
bersungguh akuinya.

Boleh bayang, bagaimana Allah
akan pandang kita?
Tak boleh solat tak apa. Nak feel
ibadah tu, bentang saja kain
sajadah tu. Duduklah bersimpuh
atau bersopanlah ikut mana pun -
yang paling beradab sebagai hamba. Melalui zikir yang difahami
pun, jiwa tentu rasa lunak untuk
mengalirkan air mata. Dan ya,
sudah tentu boleh sujud juga.
Berdoa dan berzikir dalam sujud.
Kita nak sangat-sangat feel
ibadah dan rasakan betapa hambanya kita ini. Kan?


3) Di Sepertiga Malam...

Tak boleh solat, bukanlah alasan
tidak boleh hidupkan sepertiga
malam dengan amalan. Kita masih
boleh bangkit, fikir-fikirkan tentang
Allah. Masya-Allah, ingatkan Allah
pun pahala juga. Fikirkan kebesaran-Nya, sambil zikir. Tadah tangan, tadah jiwa atau tunduk sujud memanjatkan doa ke hadrat-Nya.
Apa yang aneh atau salahnya
berbuat demikian? Tiada kesalahan
untuk mengusahakan kebaikan
demi mencuri perhatian-Nya.
Percayalah, Allah suka sangat
kita berperilaku sebagai hamba
yang berlumba-lumba rebutkan
rahmat dan keampunan-Nya.


4)Baca terjemahan atau tafsir

Kita mungkin tidak dibolehkan
untuk memegang kitab, mengaji atau mengalunkan ayat suci al-Quran ketika dalam haid. Tapi, bukankah kita masih
boleh menghayati doa-doa terpilih
yang dihighlight dalam al-Quran
seperti al-mathurat misalnya?
Atau, bukankah kita masih
boleh menekuni dan menjiwai
bait terjemahan kalam Allah ini?

Bayangkan jika kita tetap
merutinkannya walau punya
kekangan - tidakkah Allah suka
usaha kita ini?


5) Jadi orang bermanfaat
terhadap orang lain


Jika sebut ibadah saja, di
kepala kita tu nampak solat,
puasa atau
2024/09/30 14:30:41
Back to Top
HTML Embed Code: