Telegram Web Link
mengaji saja.
Padahal, islam adalah sebuah
manual kehidupan yang sangat
sempurna. Kita hanya perlu
menjadikan islam sebagai
cara atau gaya hidup.

Betul, kawan. Apa saja yang
kita lakukan ini semuanya
berpahala kalau dilakukan
berlandaskan syariat yang
ditetapkan. Jangan cicirkan Allah
dalam setiap apa kita buat.
Itu saja caranya.

Pergi kerja, tolong kutip sampah,
bantu hantarkan jiran sakit
ke hospital, hulurkan sumbangan
buat anak-anak yatim, tolong mak
di dapur, bantu jaga keperluan
dan kebajikan anak-anak, jaga
mak sakit, bersabar hadapi
makcik bawang membawang,
mudahkan urusan orang yang
susah, mendengar luahan rasa
sahabat yang bermasalah,
nasihati kawan yang memerlukan
pertolongan, bersabar hadapi
orang marah-marah, sediakan
makanan orang bersahur atau
berbuka dan banyak lagilah!

Itu semua akan jadi satu
ibadah yang mengundang
kepada pahala dan rahmat Allah
dengan izin-Nya.
Bergantung kepada kita saja
bagaimana cara kita memanfaatkan
kesempatan yang ada.

Allah...
tak jadi nak layan kecewa
lama-lama kan?
Buat apa nak kecewa.
Kecewa tu bukan ibadah bawa
pahala atau mengundang
rahmat Allah pun. Lebih baik,
kita tetap syukuri kondisi
diri yang sedang lalui fasa
biasa fitrahnya dan cepat-cepat
fokus ibadah!

Moga siapa pun kita -
para wanita bunga agama,
tetap tak putus asa menangkan
perjuangan diri menambat
perhatian dan rahmatnya Tuhan!

Aamiin.


@Ruang_Aksara
Masuk ke dalam kedai gunting rambut.
Saya duduk sambil pandang ke depan saja.

Tak peduli pun orang kat sekeliling.

Bila dah datang masanya nak murajaah/mengulang hafalan tu.

Nak mengulang tu biasanya tak peduli orang mana pun. Sebab kat Mesir ni biasa saja kalau orang baca Quran. Tak ada nya pelik mana pun.

Kat mana mana je orang tuturkan ayat ayat Quran, sama ada dari hafalan atau pun orang yang membaca Quran di tepi jalan, di dalam kedai, atau di mana sekalipun.

Suasana yang sangat berkah.

Jadi saya tutup mata saja, sambil bayangkan ayat ayat tu.

Tiba kat satu ayat ni, saya stuck.

Sebab saya tak ingat ayat tu tentang apa. Lupa makna dia dalam bahasa melayu.

Jadi terus stuck kat situ.

Tak ingat langsung. Dah lah handphone pun dah tak ada bateri. Jadi nak tengok tu dah tak boleh.

Jadi saya ulang ayat yang saya baca tu sampai 10 kali..

Pun tetap tak ingat ayat apa yang seterusnya.

Ayat kat juzuk 3.

Jadi saya ulang dari awal ayat dari atas, sampai kat tengah jadi stuck balik tak ingat juga.

Bila saya ulang ulang tu, saya tak perasan pun tukang gunting rambut tu perlahankan Tv kat depan saya tu.

Sebab memang tak peduli keadaan sekeliling pun. Rupanya dia perlahankan tv nak dengar saya baca tu.

Lepas tu tiba tiba dia sambung ayat tu.

"Sohih?" Sambil pandang saya minta kepastian.

Yes, itu ayatnya!
Angguk laju.

Entah macam mana nak jelaskan,
Rasa macam,

Eh orang ni hafal Quran ke?

"Ya Allah.."

Betul pula tu sampai ke akhir ayat. Sebab saya memang dah stuck tak ingat.

Betapa lah Allah jaga Al Quran ni kan.

Siap bagitahu lagi, ayat ni macam ni, macam ni. Kenapa ayat ni turun.

Rasa nak menangis pun ada.

Terharu. Entah kenapa, bagai ada satu perasaan yang sukar nak gambarkan.

Saya senang tersentuh dengan moment begini.

Terima kasih.

Rupanya dah hafal Quran. Tak lama lagi pun nak habis dah.

Ada sekali tu masa kat dalam Uber pun sama juga. Tiba tiba driver tu tegur sebab ada yang salah. Kadang tu masuk dalam ayat lain kan.

"Oh, salah ya" ujar teman saya masa tu.

Dia angguk sambil sambung. Rupanya dah hafaz 30 juzuk.

Pemandu teksi, tukang gunting rambut, tukang sapu sampah, doktor, dah berapa kali dah begini. Siapa saja pun.

Berkahnya bumi ni dengan penghafal Al-Quran.

Quran tu bukan sekadar hafalan tulisan semata mata tapi seperti dah melekat dalam darah daging mereka.

Beruntungnya kita sebagai orang Islam ni.

Sebab kita ada Al-Quran.

Saya ingat lagi, bagaimana perjalanan saya mencari ketenangan dalam hidup.

Menangis merintih. Rupanya ketenangan itu hadir saat membaca Al-Quran.

As most people do, I turned to Allah and Islam during the hard times of my life.

It was then that I started truly understanding the ways of Allah, how everything that happens has a purpose and that I was supposed to learn from that.

Saat membaca Al -Qur'an hati akan terasa bergetar, setiap ayat demi ayat.

Mengingatkan begitu besarnya kuasa sang pemilik semesta dan manusia hanyalah makhluk yang kerdil tiada dan upaya yang dapat dilakukan.

Kecuali dengan pertolongan Allah.

Yes, the more we learn, the more we keep thinking about and, that in our lives there will be ups and downs.

That we really need Him.

Hamba Allah yang lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan-Nya.

And the answer is rather simple, we are all seeking His redha, albeit the rather complicated and challenging path.

So, always remember this ayah,

Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" ( Al Baqarah :214)

"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah" (Az Zumar verse 53)

Insya Allah. Have faith! 😊

@Ruang_Aksara
Sungguhlah.
Dalam hidup kita ni,
kalau tidak cuba dibuka
pintu hati untuk santuni
ada apa dalam kehidupan
orang lain - kita akan nampak
diri kita saja, susah kita saja,
ceritera berkisar tentang
diri kita saja.

Padahal, kita tahu kita sedang
hidup tidak keseorangan.
Maknanya, bukan kita saja
berurusan dengan ujian hidup
sehari-hari.

Seperti kita, yang ada waktunya
diuji susah, diuji serabut, diuji
serba salah, diuji senang hati -
maka demikianlah begitu orang
lain juga.

Manusia seharusnya tiada
masalah untuk mengertikan
manusia yang lainnya.
Belajarlah untuk tidak pentingkan
diri dan sesekali lihatlah suasana
hidup orang agar diri jadi
lebih segar dengan syukur.

Tak rugi menelusuri, jika
yang sebenar-benarnya kita
cari itu adalah ibrah dan hikmah.
Makin infiniti tahap yakin
dan percaya terhadap-Nya.
Insya-Allah.

@Ruang_Aksara
Forwarded from Ruang Aksara
Hidup adalah tentang
apa yang kau dapat,
kau lihat, kau rasa,
kau ada, kau tiada -
kau pilih untuk tersenyum
dan mensyukuri.

Kau tetap mahu mendoakan
hati agar bersabar dan
bersangka baik.
Sentiasa bermanis sangka
terhadap setiap apa yang
telah terjadi dan mungkin
bakal terjadi.

Segalanya bukankah
rencana DIA?
DIA sayangkan kita
lebih banyak dari banyaknya
cinta kita pada diri sendiri,
dan DIA mahu yang terbaik
untuk kita mengatasi kebaikan
yang kita hajatkan kita miliki
untuk diri kita

Jika dicari kelemahan yang
ditemui pastinya kelemahan.
Jika diteliti kekurangan yang
ditemui hanya kekurangan.
Namun, andai terdidik hati untuk senantiasa meyakini-Nya...
tiada apa yang bisa
merosakkan yakin seorang
hamba terhadap penciptanya.

Terus yakin.
Pegang hati dengan doa rintih.
Tidak perlu diragukan
cara Tuhan memberi kasih.
Dalami iman, jiwai takwa...
kau akan mengerti tiap
bahasa cinta daripada-Nya.

@Ruang_Aksara
Hari ini, jumaat terakhir
dalam bulan Ramadan
bagi tahun ini.
Sayu hati rasa kan?
Tapi hidup harus terus
diteruskan.

Walau dirasa diri tak
buat yang terbaik,
yang seharusnya pada
Ramadan kali ini -
jangan sesekali biar
putus asa itu singgahi
laman hati.

Teruskanlah niat untuk
teruja baiki diri dan
teruskan juga usahakan
kebaikan buat diri.

Jangan fikir alangkah
tak layak kita yang
hamba ni nak meminta-
minta pada Allah.
Fikirlah betapa Maha
Kaya dan Maha Mampu
Allah nak beri segala
kebaikan yang kita perlu
dan hajat-hajatkan.

Mungkin, kita serba
kekurangan, serba tak
mampu, serba lemah
di sana sini. Tapi ingatlah
dalam setiap keadaan
Allah beri kita hak,
beri kita kemampuan untuk
lakukan ini.

Apa dia?

BERDOA.

Jangan berputus asa
memohon rahmat-Nya.
Terus berdoa, doa dan
doa.

Kaya, miskin, susah,
senang - semua mampu
nak berdoa.

Insya-Allah.

@Ruang_Aksara
"Eh ni dah habis belajar, bila nak kahwin?"

Bila dah kahwin,

"Eh ni berdua lagi, bila nya nak bertiga?"

Tahun tahun sebelum ni mungkin dah ditanya.

Mungkin sekadar pertanyaan biasa. Nak beramah mesra.

So senyumkan saja.

Tak perlu rasa sakit hati, tak perlu rasa nak menyindir, tak perlu ada rasa tersinggung.

Antara ayat yang selalu buat saya tersentuh ialah,

"Sebab atas segala usaha dan ikhtiar manusia itu, tetap ada takdir Allah s.w.t"

Qadarullah. He does what He wish.

Saya ingat lagi perkongsian seorang sister kami tak lama dulu,

"The baby will come when we stop thinking to have the baby.

Jodoh also will come when we stop thinking who is our spouse to-be.

Rezeki juga akan ada, bila kita berhenti untuk dapat habuan dunia sahaja.

Kejayaan juga akan datang, bila kita usaha, tapi result nya kita serah pada Dia."

Besarnya kuasa Allah dan redha kepada Dia.

It came when I realized something important, the ultimate best part is, all things belongs to Allah.

Bila Allah kata 'Ya', no matter kita rasa macam tak boleh, no matter kita rasa mustahil, no matter bila kita rasa penat sangat dan macam tak mampu, semua tetap akan jadi.

Dan kalau Allah kata 'Tak'.
Allah tak nak bagi, Allah tak izinkan lagi, tak kira kita buat macam mana pun, no one could help us.

Because we ourselves are too powerless over things that are beyond our control.

Dalam hidup kita ini,
Ada benda yang kita nak sangat, tapi kita tak dapat.

Ada pula yang kita tak nak, tapi itu lah yang Allah berikan.

Ada yang tak pernah kita sangka, yang tak pernah kita duga.

Ada orang jodohnya muncul lambat walaupun rakan sebaya dah berumah tangga.

Ada orang tak dapat anak lagi, walaupun bertahun menunggu cahaya mata penyeri rumahtangga.

Ada yang juga mungkin hatinya lapang dan bahagia bersama pasangan tercinta.

Ada juga yang mungkin yang dalam fasa cuba mempertahankan rumahtangga.

Tapi tak ada siapa tahu atau siapa sangka.

Mungkin yang jodohnya sampai lambat sebab Allah nak kurniakan rumah tangga sampai syurga.

Mungkin juga yang tak dapat anak lagi, sebab Allah nak persiapkan diri jadi ibu bapa terbaik buat anak-anak.

Sakit yang selalu menimpa mungkin rupanya itu cara Allah nak kita selalu ingat Dia dan tak lekang dibibir hanya menyebut nama Dia..

Yang selalu bahagia, mungkin supaya kita selalu ingat dan syukur atas segala nikmatNya.

Yang diuji dengan derita,mungkin Allah nak angkat darjatNya ke sisi yang lebih mulia.

Siapa tahu? Siapa sangka?
Cantiknya Allah menyusun takdir hidup kita.

Perhaps it just another sign from Allah.
Untuk setiap milestones dalam hidup kita.

Sedih, gembira, suka dan duka.

Its just another sign.
That life is temporary.

Tak ada yang kekal.

Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

Diberi nikmat, mungkin untuk kita lebih mensyukuri Nya.

Tak dikurniakan lagi, mungkin untuk kita lebih sabar dan redha.

How lucky we are.

Allah sangat tahu apa yang terbaik buat hamba Nya.

Walaupun ada kalanya, kita tak faham.
Kita tak mengerti aturan Ilahi.

Zahirnya mungkin derita, tapi tiada siapa tahu hikmah segala sesuatu.

Jika kita datang berjalan ke arah Dia, sesungguhnya Dia akan datang berlari ke arah kita.

Hamba Allah yang sentiasa lemah, dan memerlukan pertolongan-Nya.

Teruskan berdoa.

Remember this ayah?

"Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Mu, wahai Tuhanku." [Maryam :4]

Allah is the most powerful. If He wants something to happen, He can do it easily.

So, let's put our strong faith and trust in Allah,surely He will help us, anywhere and everywhere.

Insya Allah, Have faith!

@Ruang_Aksara
Random act of kindness

Jom pergi bazar

Kelmarin sebab dah lambat balik kerja tak sempat nak masak, abang aku ajak pergi bazar. Takde selera pun nak beli apa.

Cuma nak tengok-tengok. Tiba-tiba ada gerai jual air buah RM1. Sorang boleh beli satu aje katanya. Tak lepaskan peluang, kami beli.

“Itu je kot.” Kata aku. Kepala serabut fikir kerja, takde selera nak makan.

On the way ke kereta ada seorang lelaki— dari jauh aku tengok dia senyum. Semakin aku dan abang jalan dekat, semakin lebar senyuman dia, sampai dia berselisih dengan kami.

“Assalamualaikum.” Katanya.

“Waalaikumsalam.”

“Nah ambiklah.”

bekalan plastik di tangannya— beralih ke tangan abang. Kami tergamam, dan dia berlalu pergi. Murtabak. Plastik tu ada murtabak. Sebenarnya aku teringin jugak sikit-sikit makan murtabak cuma takde selera nak beli.

MasyaAllah. Kadang-kadang kita tak sedar pun benda sekecil-kecil kebaikan yang kita buat sebenarnya memberi makna yang besar untuk orang lain. Kita rasa senyuman kita tak bawa apa-apa makna, tapi siapa tahu senyuman tu mampu mengurangkan beban di bahu yang lain?

Bila aku makin ramai jumpa orang dan explain pasal unit trust ni, makin aku sedar — dalam dunia ni terlalu banyak cerita yang dilakar. Ada mak yang tersenyum lebar nak buatkan simpanan anak-anak.

Ada juga orang yang teringin sangat nak buka akaun tapi belum ada kemampuan. Hidup ini hakikatnya bukan sebuah pertandingan. Ia sebuah perjalanan— biarlah lambat asalkan selamat.

Hari ini, aku senyum lagi bila orang tanya
kau selalu senyum je takde masalah ke?”

Terus aku teringat satu ayat :

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat; sesung-guhnya Allah adalah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah : 153)

Kita ada Allah. Nak sedih apa..? 😉

Salam sayang kerana Allah.

@Ruang_Aksara
Kematian tentulah menyakitkan -
baik bagi yang dijemput pergi,
ataupun yang masih ditinggal
di sini. Dibiar oleh DIA untuk
yang masih diizin bernyawa
ini bergelumang dengan
ujian kehilangan, kerinduan
dan kesendirian. Dan untuk
yang namanya terpilih untuk
mati, berhadapan pula alam
sesudah dunia, alam kubur.

Adapun, ia tetap suatu
kebenaran, ketentuan yang
pasti semua akan rasai dan
alami. Lambat-laun namamu
pula dipetik untuk jatuh,
hingga berpisah ruh dan jasad
tanpa rela dan tahumu.
Seandainya mati bukan lagi
rahsia, adakah ibadah diri
ini akan lebih sempurna,
Ya Rabb?

Peringatan tentang kematian,
jadikan sebaik-baik
jalan untuk menghijaukan
hati yang lama layu.
Sungguh, perjalanan selepas
mati nyata masih jauh, sangat
jauh. Dan dunia adalah tempat
mengumpul sebanyaknya bekal
untuk dibawa mengharung
permusafiran yang masih
panjang itu.

Tak mampu ditangguh,
dicepat, dilambat atau diundur
kembali - fahamilah hakikat
kematian.

@Ruang_Aksara
Dalam dunia ni, ada orang
suka kita, ada orang tidak.
Yang suka tu boleh jadi
sebuah ujian. Yang tak
suka tu lebih-lebihlah lagi.

Yang suka pada kita,
kagumi kita, yang kita
anggap 'always
be there' untuk kita -
tetap ujian juga.
Mereka ini membuat kita
diam-diam tenteram di
zon selesa.
Mereka ini membuat kita
jadi manja hingga sedikit
diusik dugaan, kita jadi
cepatnya melonglai lemah.
Mereka ini, yang suatu hari
nanti jika meninggalkan atau
berpaling daripada kita -
akan membuat kita tersungkur
jatuh.

Aduh, alangkah sakitnya.

Berhadapan dengan orang
yang pusinglah ikut mana pun,
sualah banyak mana pun
kebaikan kita - tetap memilih
untuk tak suka kita, ini juga
ujian. Allah takkan uji orang
suka kita saja, sokong kita
saja. Pasti ada, yang terpilih
untuk diuji membenci kita,
tak suka tentang kita,
tak suka segalanya yang
kita buat.

Kalau ikutkan, siapa nak
dibenci orang, dimusuhi
orang kan?
Tapi tak dinafikan insan-
insan yang datang sebagai
ujian beginilah yang secara
tak sedar, secara tak langsung
membantu kita mengeluarkan
NILAI sebenar dalam diri
kita ni.

Adakah penyabar tak kita ni?
Adakah mudah dikawal
amarah kita ni?
Adakah cepat melatah kita ni?
Adakah cepat berputus-asa kita
ni?

Disebabkan mereka ini,
kita menjadi lebih berani
ketengahkan potensi,
perjuangkan suara kebenaran
dan mendewasa searus
putaran zaman.

Masihkah kehadiran mereka
ini dipersalahkan?
Masih sia-siakah segala
susunan takdir dan yang
namanya ketentuan Tuhan?

Sebab tu, ajar diri menyayangi
walau seteruk mana kau
dibenci. Ajar diri memaafkan,
walau tiada yang memohon
atau merayu kemaafan daripada
kau. Tidak selalunya keadaan
yang kau senangi tu selamanya
baik untuk kau. Begitulah
sebaliknya.

Insya-Allah, yakin terhadap
Allah.

@Ruang_Aksara
Forwarded from Ruang Aksara
ORANG TAK KAYA-RAYA YANG SOMBONG

Ada sebahagian asatizah dan kawan-kawan yang direzekikan berjumpa dengan orang miskin yang punyai usaha mencari rezeki yang halal, mereka bersikap merendah diri dan tekun bekerja.

Golongan ini wajar dicontohi dan dijadikan iktibar dalam kehidupan. Menjadikan kita lebih menghargai nikmat rezeki kurniaan Allah dan membudayakan amalan tolong-menolong.

Saya pula ada berjumpa orang yang sebaliknya. Iaitu orang yang tidak kaya, tetapi punyai sikap takabbur dan beregoistik tinggi. Lisannya saja menuturkan segala kenalan orang besar-besar, barangnya ditunjuk-tujuk, dan bicaranya umpama menghina-hina.

Ada suatu malam saya makan bersama beberapa sahabat dan ada satu orang yang begini sifatnya. Memang terasa pahit hendak menelan semasa nak makan. Cepat sahaja saya beredar, dalam hati saya kata "Ini belum kaya lagi sudah begini sifatnya..." Timbul rasa membuak-buak ingin mengumpat.

Memang ada manusia begini, persis dengan firman Allah ta'ala:

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

"Dan kalaulah Allah meluaskan (memewahkan) rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia akan (keadaan) hambaNya amatlah mengetahui lagi Maha melihat" [Al-Syura: 27]

Berapa ramai orang yang layak dengan kemiskinan yang Allah berikan kepadanya, agar mereka tidak melampui batas dan tidak bersikap menindas.

Disamping kita meminta rezeki agar bertambah, mohon sekali kepada Allah rezeki yang diberkati. Supaya kita beramal dengan erti syukur.


@Ruang_Aksara
Bagaimana Istiqamah Selepas Ramadan?

1. Ramadan telah pun pergi meninggalkan kita. Apakah kita akan meninggalkan semua amalan ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadan ini? Kekuatan berpuasa 30 hari, tarawih 8 rakaat dan bacaan Quran yang banyak seharusnya diteruskan.

2. Beberapa hadith ini seharusnya menjadi pemangkin kepada kita untuk konsisten dalam melakukan amal ibadah seusai Ramadan. Antaranya adalah:

3. Bagi bacaan al-Quran, Rasulullahﷺ mengingatkan kita bahawa kedudukan seseorang di akhirat kelak adalah bergantung kepada akhir ayat yang dibaca. Lagi banyak di baca, lagi tinggi kedudukan kita. Justeru, bacaan al-Quran mesti diteruskan setelah Ramadan. Sabda Rasulullahﷺ:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ ، كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا ) .

Sabda Rasulullahﷺ: " Di akhirat kelak, ahli al-Quran akan dikatakan kepada mereka: “Bacalah (al-Qur`an) dan naiklah (ke syurga) serta tartilkanlah (bacaanmu) sebagaimana engkau membacanya secara tartil sewaktu di dunia. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) adalah berdasarkan akhir ayat yang engkau baca”.(HR. Tirmizi dan Abu Daud)

Hadith ini menggambarkan bahawa lagi banyak kita baca, lagi tinggi kedudukan kita di akhirat kelak. Teruskan konsisten membaca al-Quran selepas Ramadan.

4. Bagi amalan puasa pula, Rasulullahﷺ konsisten berpuasa 3 hari setelah Ramadan. 3 hari ini hanyalah 10% sahaja daripada jumlah puasa Ramadan kita sebanyak 30 hari. Perkara ini diceritakan oleh Aisyah dalam sebuah hadith:

عن مُعَاذَةُ الْعَدَوِيَّةُ، أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ؟ "، قَالَتْ: "نَعَمْ"، فَقُلْتُ لَهَا: "مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ كَانَ يَصُومُ "، قَالَتْ: لَمْ يَكُنْ يُبَالِي مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ يَصُومُ

Maksudnya: Muazah pernah bertanya kepada Aisyah: Apakah Rasulullah berpuasa tiga hari pada setiap bulan? Aisyah menjawab: “Ya.” Muazah kemudian bertanya: Rasulullah berpuasa pada hari apa (berkenaan 3 hari tadi)? Aisyah menjawab: Baginda tidak kisah dari hari apa pun.”

Ini bermakna, Bagindaﷺ akan meneruskan amalan berpuasa ini sebanyak 3 hari setiap bulan, tidak kira hari apa pun. Yang penting konsisten meneruskan amalan berpuasa yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini.

5. Manakala bagi amalan solat tarawih pula, kita boleh terus konsisten melakukannya dengan Solat Sunat Witir setelah Isya'. Saidina Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullahﷺ berpesan kepada beliau tentang tiga amalan yang tidak pernah beliau tinggalkan sepanjang beliau hidup iaitu: (1) Solat Witir, (2) Puasa tiga hari setiap bulan dan (3) Solat Duha (HR al-Bukhari). Kata Abu Hurairah:

فعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: " أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ: صِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: Kekasih aku (Rasulullahﷺ) berpesan kepada aku tiga perkara (yang tidak aku tinggalkan sehingga aku mati) iaitu: Puasa tiga hari sebulan, Solat Duha dan Solat Witir sebelum tidur.

6. Salin hadith di atas, dan tampal ditempat yang mudah dilihat. Mudah-mudahan ia sentiasa menjadi peringatan buat kita untuk konsisten dan istiqamah melakukan amalan yang telah kita lakukan di dalam bulan Ramadan.

Moga Allah membimbing kita untuk istiqamah setelah Ramadan.

@Ruang_Aksara
Forwarded from Ruang Aksara
AKSARAKU MATI

Pergi
Angin sembunyi
Kicau kenari sunyi
Ranting bungkam puisi mati

Hampa
Lelah jiwa
Sebait kata sirna
Tenggelam tertikam serpihan luka

Diam
Hati suram
Diksi pun kelam
Syair berlalu imaji karam

Sepi
Aksara berlari
Untaian syahdu mati
Lelap dalam dekapan ilusi

Lelah
Penaku patah
Goresan tinta gelisah
Bait diksiku sirna sudah

@Ruang_Aksara
Tiada guna kau
sendirian berjuang
menyatukan retak
ukhuwah yang pecah.
Kerana ikatan itu tidak
terbina sendiri-sendiri
tanpa wujud kerjasamanya
pihak kedua.

Jika kau usahakan
untuk membina,
sementara yang di sana
berjuang merobohkannya.
Lalu di mana hasilnya?

Bagi kau yang tidak
sukakan permusuhan
dan terlalu cinta
ikatan ukhuwah yang
pernah terpatri,
ada saatnya kau harus
belajar menerima...
tidak semua orang
ditakdirkan untuk
selama-lamanya
'bersama' kita.

Kau harus belajar
menerima, ada orang
datang,
ada orang tidak akan
tinggal -
dan...wujudnya
mungkin pernah, tapi
tak tertakdir untuk
selamanya.

Begitulah.
Belajar untuk menerima.
Hormatkan kemahuannya
dan kasihanilah perasaan
sendiri. Kau berhak
untuk mendapatkan pahala
redha dan sabar.

Tidak sehaluan, tidak
bermakna kau terus
lenyapkannya dalam
hidup kau.
Kau masih boleh memilih
untuk terus santuninya
lewat doa-doa.
Dan, itulah yang lebih
baik sebenarnya.

@Ruang_Aksara
'Kenapa buat sharing-
sharing yang baik-baik,
padahal kau tahu kau
bukannya baik sangat
pun?'

-monolog


Setidaknya, orang yang
tak baik ni ada rasa juga
nak usahakan kebaikan.
Walaupun mungkin
terpandang tak ikhlas
pada orang, dibuat-buat
atau sekian - apa pun
yang singgah di kepalanya
yang menyanggah.

Sukar puaskan hati
orang. Adakah perlu
menjadi diri sendiri
yang memang tak baik
atau buruk perangai ni
baru orang akan puas hati
bahawa inilah diri kita?

Apa tak boleh orang yang
pernah jahat, sentiasa
jahat dipandang mata kau
ini, cuba gigihkan diri usahakan
satu dua kebaikan yang
termampunya?

Mungkin kita lupa yang
kebaikan itu harus diusaha
untuk melakukannya bukan
sekadar menanti suatu
saatnya nanti kita kan
sempurna.

Menjadi baik itu harus
diusahakan dengan
melakukan seberapa banyak
kebaikan meski kita tak
baik lagi. Hanya itu
caranya. Dan mengapa
mempersoalkannya?

Seronokkah kita menjadi
punca matinya harapan
seorang pendosa untuk
hidup dalam suasana
kebaikan?

Mengapa rasa berdaulat
dapat menghalang orang
lain melakukan kebaikan?

Kasihanilah diri sendiri.
Kita ni banyak sangat
'prihatinkan' hidup orang
hingga terlupa memprioritikan
diri sendiri.

Orang yang betul-betul baik,
dibantunya orang lain jadi
lebih baik. Bukan menjadi
penghalang, penyebab matinya
rasa orang lain nak jadi
baik.

Kita semua pendosa.
Kita harus sedar kita ni
sama-sama ada dosa.
Jangan rasa diri seorang
layak syurga hingga kita
tega menyekat orang-orang
yang mahu berjalan menujunya.

Buang sombong di
hatimu kawan.
Buanglah.

@Ruang_Aksara
Forwarded from Ruang Aksara
Tentang 'cemburu'

"Kak..salahkah saya ni cepat cemburu dengan orang.Saya cemburu lihat orang lain macam takde masalah.Bahagia..senyum memanjang.Saya cemburu tengok orang lain bijak mengurus kehidupan dia.Saya cemburu...! Saya cemburu sampai satu masa tu saya benci.Saya tak naklah penyakit hati ni bertambah parah.Macam mana saya nak buang ya?Saya rasa tambah stress bila tak dapat kawal emosi saya sendiri..
"

Cemburu tu fitrah.
Siapa tak pernah experience cemburu tu mesti ada bau-bau bacang dengan alien planet marikh.

Tapi,kalau manusia pure..cemburu tu biasa.Lumrah.Fitrah.
Bukan sesuatu yang pelik.

Tapi,kita naklah juga..cemburu tu cemburu yang Allah redha kan.

Macam mana cemburu yang Allah redha tu?

Contoh.
Kau tengok hidup si A tu perfect.Kaya pun kaya.Family pun baik-baik.Pandai pun pandai.Yang empunya badan pun lawa dan cantik molek.Agamanya...peribadinya..MasyaAllah!Tak terkata nak describe macam mana.

'Kenapalah Allah beri dia macam-macam? '-hati yang cemburu ni mula tertanya-tanya.

'Aku ni serba serbi kurang.Tak ada tu.Ada family pula bermasalah.Ada rupa tak cantik!Pergi belajar tak memberansangkan!Kenapalah Allah macam tak adil aje dengan aku..' - si empunya hati bertambah sedih dan mula merasakan Allah tak adil.

Dalam hidup kita,jangan BANDINGKAN apa yang orang ada dengan apa yang kita tiada.
Allah tak pernah tak adil.Allah beri sama rata dengan 'cara'Nya..dengan nisbah dan ukuranNya.Bukan guna formular matematik kita.

Ingat tu.

Sebelum menyebokkan diri nak lihat orang,tanam kat dalam hati tu rasa SYUKUR dan rasa YAKIN terhadap Allah.

Kalau kau bawa rasa syukur,rasa yakin,rasa redha kau tu kat mana-mana..jumpalah dengan makhluk hebat macam mana pun,perfect tahap mana pun..kau akan kekal terkawal dengan sifat syukur kau tu.

Ya..tak mudah kut.Saya tahu tu.Saya sendiri pernah bertemu dengan orang-orang spesis hebat nan beruntung ni depan mata!Giler la kalau tak terdetik dalam hati rasa cemburu tu.Malah yang tak boleh bla boleh terberangan nak jadi si hebat nan beruntung ni! (Hahaha)

Ok.
Cemburu tu bukan pelik ok.
Itu biasa.

Berbalik pada point atas nun,macam mana kita nak cemburu kita ni diredhai Allah?Tak bertunas menjadi penyakit hati!Macam manaaaa?

Saya pun pernah menderita penyakit cemburu ni.Pernahh kut.Sebab tu saya banyak bertanya kat asatizah.

'Ustazah..macam mana nak betulkan hati?Macam mana nak bagi kita tak cemburu tengok hidup orang happy..?macam mana?,'

Dan,
jawapan yang saya terima pada masa tu..lagi-lagi mengkonfiussssskan saya!


'Kita nampak orang kaya.Doakan orang tu bertambah kaya.Kita lihat orang tu sihat,bahagia,pandai..doakan mereka terus dirahmatiNya.Doakan..doakan..doakan..,' -syarah ustazah.

Haha.

Mesti kita akan respon,

Err..dah kenapa pula nak kena doakan?
Baik saya doa saya yang jadi kaya,senang,pandai..kan?!

Orang tu dah cukup macam-macam kut.Buat apa kita nak susah-susah??

Tapi..cantiknya nabi ajar kita.Indahnya cara Allah didik kita.

SubhanAllah..wa sollu 'ala nabi.

Allah suruh kita bersyukur.Allah minta kita yakin padaNya.Dengan itu,kita akan lebih positif menangani apa jua ujian hati.Contohnya kes cemburu nilah.

Pernah bayang tak..kita yang sederhana ini..boleh jadi terlalu 'cantik' dan menarik di sisi Allah dengan adanya adab dan peribadi yang unik begini.Sudahlah diuji macam-macam..hebat pula mengatasi ujian-ujian Allah.

Haa.
Nak cemburu dipersilakan.
Jangan lupa semai elemen-elemen yang Allah redha.

Kalau orang tu soleh solehah..
Kalau orang tu baik dan peramah..
Kalau orang tu kaya dan pemurah..

Cemburulah kepada mereka dengan menjadikan mereka teladan!

Tolak diri,latih diri untuk jadi lebih soleh solehah,lebih pemurah,lebih ramah..lebih baik hati daripada mereka!

But always..tajdid again your niat.
Everything lillahitaala!
Kejar mardhatillah!

Wallahu'allam.


@Ruang_Aksara
Forwarded from Ruang Aksara
Melihat senang orang
yang bersepah di
sekitar membuah rasa
iri di hati?

Melihat bahagia
orang di pentas sosial
media massa,
pernah membuat
kau cemburu?

Alangkah indah
andai senyum dan
gelak tawa yang dipamer
itu aku miliki - fikir diri.

Kawan,
satu khilaf yang
sering kita terbuat
adalah -
membandingkan apa
yang kita rasa di hati;
apa yang berlegar di
fikir kita dengan apa
yang orang
lain tampak di luar;
yang terzahir pada
pandangan mata kasar
kita.

Janganlah berulang kali
mengulangi khilaf yang
sama.
Kita takkan pernah tahu
sedang bagaimana dia
sebenarnya.
Apa yang dipendam,
apa yang dibawa dibahunya,
apa yang ditahan,
apa yang disabarinya dalam
diam.

Begitulah.
Takkan pernah kita
ketahui sedang apa dia.
Kerana itu adalah dia.
Dan diri kita, adalah diri
kita sendiri.

Tempuhilah jalan hidup
kita dengan kurangkan
prasangka. Seharusnya
lebih banyak diwujudkan
syukur.

@Ruang_Aksara
Semua yang ada di
Bumi itu akan binasa.
Tetapi wajah Tuhanmu
yang memiliki kebesaran
dan kemuliaan tetap kekal.
Maka nikmat Tuhanmu yang
manakah yang kamu
dustakan?

(Ar-rahman ayat 26-28)

Segala yang dipinjamkan,
yang sedang dinikmati
sebagai pemilik -
yang terpandang indah
pada orang lain,
yang diimpi-impi untuk
dicapai,

wajah yang dipuja kerana
cantiknya,
harta yang disimpan
dengan banyaknya,
pangkat dan darjat yang
dibangga -
takkan bernilai apa bila
harinya tiba kebinasaan.

Telah diingatkan, segala
yang dipinjam akan diambil
semula dengan cara-Nya.
Jika meminjam, maka -
buat cara pinjam saja.
Tidak perlu mendabik dada
kerana sesungguhnya,
kita manusia tak punya
apa untuk dibangga.
Melainkan...
ya, melainkan iman dan
takwa yang ditukar-ganti
dengan syurga serta
rahmat-Nya.

Berjuanglah demi Allah.
Jika perlu membesarkan,
maka besarkan Dia yang
Maha Besar, Maha Kuasa.
Bercita-citalah untuk miliki
redha dan rahmat-Nya.

Segala puji bagi-Mu,
Ya Rabb.

@Ruang_Aksara
Forwarded from Ruang Aksara
"Bila nak ada baby?"

Shout out to all the women and not seeing the result they were hoping for + to the women who get double lines and wished they hadn’t + to the women who get a positive and are thrilled to bits.

Whichever road you’re on, please remember that your value as a woman is not determined by the result on the stick.

If you are a woman of a certain age, then it’s happened to you many times before.

The dreaded question:

“When are you going to have a baby?”

"Bila nak ada baby ni?"

Despite ourselves, we ignore the sensitivities that go along with that question. We don’t know if she has been trying, but is struggling, or suffered the tragic loss of a child.

If she is financially strapped, or desperately wants a child but wants to wait to find a partner first. Or if she simply never wanted to be a mother.

So why do so many of us buy into this ridiculous pressure to procreate?

We may as well ask, “When are you going to build a multi-million rand industry?” Possible? Yes. Necessary? No. Important for our own happiness? That's completely up to the individual. And then it’s all about timing.

Ada satu perkara yang saya sedar.

Well, pernah ada seorang..
Seorang sahabat saya memutar kenangan lalu. Bercerita betapa payahnya nak jumpa jodoh.

Seorang sahabat saya ini pula, sudah berkahwin hampir 3 tahun, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

Bila dengar kawan saya bercerita, saya pula yang terdiam. Berfikir panjang. Dan yang paling menyentuh hati saya,

"Jalan ini susah. Mungkin sebab ujian ini, Allah dah bagi segunung pahala.."

Ada yang ada anak autisme, asyik memukul diri sendiri. Ada yang diuji dengan anak yang mengambil najis sendiri dan makan. Macam-macam.

Ada seorang ibu ini. Anak pertama normal, anak kedua autisme. Sedang hamil anak ketiga. Dan anak sulung ini cakap dengan ibu dia, "Ibu, adik yang nombor tiga ini jangan autisme ye".

Menangis ibu ini.

Allah jua lah yang menyusun segala-galanya.

“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, ( Al-Baqarah: 155)

Kadang kita ingat kita akan dapat atau tak dapat sesuatu, tapi kita lupa atas semua tu ada Dia, yang menentukan segalanya.

Ada satu kisah yang cukup cantik yang memberi bekas di hati saya.

Kisah Nabi zakaria.
Nabi Zakaria sendiri tak ada anak. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku" (Maryam :4)

Dan akhirnya Allah berikan juga Nabi zakaria anak.
Allah jugalah yang menetapkan yang terbaik buat hambaNya.

So taking a step back, it's quite obvious how beautiful Allah planned our lives isn't it?

Ingat Allah.

Dia takkan pernah menzalimi hamba Nya. Jika kita datang berjalan ke arah Allah, sesungguhnya Dia akan datang berlari ke arah kita. Hamba Allah yang sentiasa lemah, dan memerlukan pertolongan-Nya

Allah is the most powerful. If He wants something to happen, He can do it easily. So, let's put our strong faith and trust in Allah,surely He will help us, anywhere and everywhere.

Being on the inside looking out, I have never been more convinced of this:

We should be left to do what we believe is right for us in our own time.

I applaud any woman who knows what she wants in life, sticks to her guns, and does it her way.

Have faith!😊

@Ruang_Aksara
Kita takkan selalunya
dapat dengar, apa yang
kita mahu dengarkan.
Misalnya, bila kita melakukan
atau mengusahakan sesuatu.

Ada orang, nampak usaha
keras kita - maka, kita akan
dapat kata-kata berbentuk
pujian yang makin menyemarakkan
lagi semangat untuk menjayakan
apa yang dimatlamatkan.

Namun, ada juga yang akan
nampak sudut lemah kita,
kurang kita, khilafnya kita -
maka, akan juga kita dengar
suara-suara berbentuk ejekan,
perlian, kritik atau kecam yang
melampau, dan sebagainya.

Hal ini, biasalah kan.
Percayalah tentu ramai saja
yang lalui atau pernah hadapinya.
Justeru, syukuri saja begitu
sunnatullah kehidupan.
Bayangkan kalau kita hajat
dengar yang kita nak dengar
saja. Entah berkembang tidak
pemikiran. Paling mengerikan
bila kita nampak diri kita
saja yang betulnya. Kita mungkin
tak sedar apa salah dan kurang
kita hingga kita tak terdorong
untuk baiki atau kembangkan
potensi yang ada.

Oleh itu, belajar untuk
berlapang dada. Be cool enough
untuk bertoleransi terhadap
apa jua komentar, nasihat atau
teguran daripada orang lain.
Seronok yang amat, andai kita
mampu tumbuhkan rasa
'humble' dalam jiwa kita.

:)

@Ruang_Aksara
Yang mereka lihat,
mungkin...
pakaian hidupmu
sempurna.
Dan kau masih
menyangka segalanya
baik-baik saja.

Dunia memuja.
Boleh nak kata,
semua hampir kau ada.

Lantas sempatlah
kau bertak-apa -
belum sakit lagi.
Belum tua lagi.
Belum nak mati lagi.
Masih ada sekejap lagi.
Masih ada hari esok.

Dibiarkan kau selesa,
dan segala terjalankan
indah tanpa banyak
masalah.

Diri,
tanda murka tak selalu
terpandang melalui
musibah, bencana atau
derita.
Kerana 'dibiarkan' kau
baik-baik saja tanpa
singgah rasa berdosa
menderhakai-Nya -
itulah raja segala musibah!

@Ruang_Aksara
2024/09/30 12:25:38
Back to Top
HTML Embed Code: